harap esok ada miracle ye..klu singapore wat strategi bertahan... mcmana? karan ...
azwa81 Post at 28-7-2011 00:49
aku rasa singapore xkan bertahan malam esok..dorang tau malaysia punyer defend lemah..so wat per nak bertahan....
dorang akan still main macam biasa..tapi akan nampak la dorang cuba lengah2kan perlawanan...
malaysia xde masalah nak score esok..yang dibimbangkan,berapa malaysia akan bolos..tu jer....
PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (tengah) bersama Sharbinee Allawee Ramli (kiri) dan Nasril Nourdin giat berlatih di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
PENYERANG sensasi negara, Mohd. Safee Sali hampir pasti menggalas tugas sebagai kapten skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Biarpun bekas kapten, Aidil Zafuan Radzak turut menjadi calon untuk menjadi pemimpin di atas padang, Safee dianggap sebagai calon yang lebih layak berdasarkan beberapa kriteria.
Safee, 27, merupakan pemain paling tua di kalangan 24 pemain negara dan satu-satunya pemain yang berpengalaman luas beraksi di liga luar negara iaitu bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.
Selain itu, Safee turut memakai lilitan lengan setelah kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49 ketika aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.
"Kita tahu Aidil merupakan kapten sebelum Safiq. Tapi Aidil tak main pada dua perlawanan terakhir. Safee pula memiliki karakter, kesungguhan dan bertanggungjawab.
"Tapi hanya selepas sesi taklimat pasukan pagi esok (hari ini), saya akan buat keputusan rasmi siapa kapten," kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.
Sementara itu, Safee berkata: "Sebagai pemain paling senior, kalau dipilih saya sedia pikul tanggungjawab selaku kapten. Saya tak rasa ia akan menjadi beban."
Aidil pula berkata: "Siapa kapten tak penting. Saya mahu lebih beri fokus untuk perlawanan, mahu beraksi baik dan menang. Tapi jika diberi tanggungjawab kapten, saya akan terima dengan positif."
Dalam pada itu, Rajagobal turut memberitahu: "Kami akan pakai jersi biru. Ia memberi tenaga. Tapi penyokong bebas nak pakai jersi kuning atau biru."
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 28-7-2011 03:30
Singapura tiada kelebihan
PEMAIN Singapura, Qiu Li (kiri) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Pusat Latihan Maybank, Bangi kelmarin.
APA kelebihan Singapura?
Ingat boleh menang ke pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Jangan haraplah! Tidak semudah itu nak menjinakkan Harimau Malaya.
Kira nasiblah boleh menang 5-3 pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lalu.
Selain itu, skuad kebangsaannya pula bukan dibarisi anak-anak jati Singapura, sebahagian besarnya diimport. Yang mereka import pun tidak memiliki kualiti luar biasa.
Jika diimbas rekod lalu, banyak yang boleh dijadikan cerita tentang nasib pasukan Singapura apabila bertandang ke bumi Malaysia.
Andai ada yang berpendapat Singapura hebat, itu silap, mereka hanya hebat 'mengimport' pemain.
Sebenarnya, Harimau Malaya bukan tandingan Singapura.
Harimau Malaya adalah skuad kebangsaan Malaysia, skuad yang sedang mencipta nama di pentas antarabangsa.
Jadi, usah mimpi nak 'pukul' Harimau Malaya dan sejarah lalu pula menyaksikan Selangor pun Singapura tak mampu nak tewaskan. Itu baru pasukan negeri.
Malam ini, kalau Singapura berhasrat nak melangkah jauh pada kelayakan Piala Dunia 2014, elok lupakan, kecualilah mereka 'mengimport' lagi pemain dalam skuad untuk menentang Harimau Malaya.
Tidak perlulah untuk menceritakan tentang kehebatan Harimau Malaya.
Kemapuhan mereka memang sudah terbukti.
Andai Singapura masih ingat lagi bagaimana perjalanan skuad Harimau Malaya untuk muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF tahun lalu, maka mereka akan tahu tentang betapa sukarnya menumbangkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal ini.
Sedarkah Singapura bahawa Harimau Malaya tidak memiliki kesebelasan terbaik pada aksi pertama, Sabtu lalu.
Beberapa tonggak utama tidak disenaraikan ekoran kecederaan.
Jentera pertahanan pula digalas oleh pemain muda tetapi berwibawa.
Tanpa watak utama dalam skuad Harimau Malaya pun menyaksikan betapa sukarnya Singapura untuk menyekat mereka.
Malam ini, Singapura perlu bersedia untuk berdepan kemusnahan.
Harimau Malaya tidak rela dipijak di bumi sendiri.
1Malaysia akan berdiri teguh di belakang wira-wira negara ini.
1Malaysia pasti akan membanjiri stadium untuk menambahkan lagi 'ngauman' Harimau Malaya yang bakal meratah sang Singa.
Singa akan dibelasah habis-habisan kerana Harimau Malaya sedang kelaparan mencari mangsa.
Bukan semangat mereka sahaja yang semakin memuncak tetapi watak utama di jentera serangan, Mohd. Safee Sali juga cukup berbisa.
Safee semakin konsisten menggegar gawang lawan.
Andai benteng Liverpool pun Safee boleh lolos daripada kawalan, inikan pula budak mentah dalam skuad Singapura.
Sudah terbukti pada aksi pertama Sabtu lepas bagaimana Safee menonjolkan keajaibannya apabila jaringan hampir-hampir memusnahkan Singa di kandang sendiri.
Walau apa pun, skuad asuhan Rajagobal ini perlu mengelak daripada berasa terlalu ghairah.
Bila keghairahan mengatasi segalanya, ia boleh memakan diri.
Maka, semua pemain perlu ingat - tampil dengan rentak yang lebih terancang, tenang dan pergunakan sepenuhnya peluang yang ada.
Dua gol menjadi buruan, namun penyokong tempatan meramalkan Harimau Malaya bakal meraih kemenangan 3-0.
"Saya yakin Harimau Malaya akan menang 3-0. Mereka ada kualiti dan mereka layak menang perlawanan malam esok (malam ini) berdasarkan gaya permainan mereka di Singapura, minggu lalu," kata salah seorang penyokong Afdal Arrifin ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.
Dalam ramai-ramai yang ditemui itu, sebahagian besar yakin Malaysia akan menang 3-0.
Malam ini, adalah penentuan.
Penentuan inilah yang terus menaikkan semangat barisan pemain Harimau Malaya dan juga penyokong setia mereka. Penyokong sudah berikrar untuk menyerbu Stadium Bukit Jalil, dan buktinya - 90,000 tiket sudah habis dijual.
Bersedialah Singapura untuk berdepan kemusnahan di Bukit Jalil malam ini. - Editor Sukan
Nasihat Kadir kepada Singa hadapi cabaran Harimau Malaysia
Oleh Mohd Sani Ali
MANTAPKAN benteng dan berusaha baiki kesilapan. Yang paling penting, elakkan gawang dibolosi pada awal permainan.
Demikian nasihat bekas pemain pertahanan nasional, Kadir Yahaya, kepada para pemain Singapura apabila berdepan Harimau Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Menurut Kadir, jurulatih yang membantu negara memenangi pingat perak Sukan Olimpik Belia (YOG) 2010, pemain-pemain Singa tidak harus menghiraukan sorakan 80,000 penonton pasukan tuan rumah.
'Pemain kita perlu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas perlawanan dan tahu peranan yang perlu dilakukan.
'Jika mereka mampu berbuat demikian, sorakan itu akan mempunyai kesan sebaliknya iaitu membuat mereka bermain dengan rasa yakin,' kata Kadir.
Pengalaman beraksi dalam era Piala Malaysia sebelum Singapura mengundurkan diri pada 1995 selain bertugas sebagai bekas penolong jurulatih Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia, turut membantu Kadir mempersiapkan pasukannya meningkatkan tekanan mental.
Semasa beraksi dulu, Kadir, yang bertindak sebagai pemain pertahanan, bukan sahaja digeruni, malah disegani pemain lawan.
Beliau pemain yang bukan sekadar mantap, malah penuh disiplin tetapi mempunyai corak permainan lasak.
'Jika minda anda fokus memikul cabaran yang anda hadapi di padang, anda dengan sendirinya terlupa suasana yang sedang anda lalui,' ujarnya.
Bagaimanapun, Kadir akur pasukan Malaysia, yang akan menggunakan sepenuhnya sokongan padu penyokongnya, akan melancarkan serangan awal untuk mencari gol pendahuluan.
'Di sinilah para pemain harus lebih berwaspada tetapi tidak harus gentar.
'Sebaik sahaja mereka mampu menyerap tekanan dan memastikan pintu gawang terkawal rapi, maka ia mampu mengembalikan tekanan tersebut kepada pasukan lawan,' tambah Kadir.
Mengulas persembahan Singapura di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Kadir yakin dengan kemampuan anak didik jurulatih Radojko 'Raddy' Avramovic selepas mencatat kemenangan memberangsangkan 5-3.
'Singapura seharusnya mampu menggunakan kelebihan dua gol itu sebagai bekalan terbaik apabila bertarung dalam pusingan kedua nanti.
'Yang penting, jangan sesekali membiarkan mereka menjaring gol awal kerana jika ini berlaku, ia mampu meningkatkan tekanan ke atas Singapura pula dan saya harap ini tidak berlaku,' ujar Kadir.