CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11263|Reply: 77

2 Kali Masuk Wad Sebulan : RCW Nafi Disihir

[Copy link]
Post time 18-7-2011 06:04 AM | Show all posts |Read mode

ROZITA...dua kali masuk hospital dalam tempoh sebulan.
      
KUALA TERENGGANU: “Saya tak pernah terfikir sampai ke situ,” kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu.
  Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih.      Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor  kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.

   Rozita berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dia baru saja pulang daripada penggambaran episod terakhir drama bersiri Anissa yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.
  “Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital.

   “Ketika hendak mendapatkan rawatan, kaki saya terlalu sakit dan tidak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung   abang untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui pada Pertunjukan Peragaan Fesyen Garden Of Bliss oleh butik Klasique dan My Couture di sebuah hotel di sini, kelmarin.

   Menurutnya, selepas pemeriksaan x-ray dilakukan, doktor mendapati ligamen kakinya terkoyak dan dia diberi rehat  seminggu serta terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran.


   “Doktor kata ia tidak teruk, tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh,” katanya.

   Rozita berkata, selepas kecederaan kakinya pulih, pada pertengahan Jun lalu dia sekali lagi terpaksa dirawat ke hospital.     “Saya berasa sakit kepala dan sekali lagi mendapatkan rawatan di hospital sama. Selepas pemeriksaan, doktor memberitahu saya menghidap demam kuning dan terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari,” katanya.     Ketika ditanya mengapa dia tidak mahu menerima pelawat sepanjang dirawat di hospital, Rozita berkata, dia hanya mengikut nasihat doktor yang mahukannya berehat sepenuhnya.     “Bukan semua orang tak boleh melawat saya di hospital kerana ahli keluarga terdekat dibenarkan berbuat demikian. Hakikatnya, saya sakit biasa saja dan menerima rawatan seperti orang lain di hospital, selain mengikut nasihat doktor supaya tidak melakukan sebarang kerja.

   “Jika doktor tidak tahu punca penyakit saya memang saya takut juga kerana mungkin ada sebab lain, namun apabila doktor beritahu saya menghidap demam kuning, saya yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, kini saya sudah sihat dan boleh kembali bekerja,” katanya.

   Rozita yang menerajui butik My Couture bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom kini meluaskan empayar perniagaannya apabila membekalkan busana untuk wanita sopan rekaan mereka kepada butik Klasique di bandar raya ini.

    Pelakon jelita itu turut menafikan andaian sesetengah pihak kononnya dia menceburi bidang perniagaan sebagai persediaan untuk bersara daripada arena seni.

   “Saya memang minat berniaga sejak dulu lagi, malah saya juga merancang membuka sebuah butik tahun depan. Pada masa sama, saya masih aktif berlakon,” katanya.

   Rozita berkata, rezekinya dalam lakonan tidak putus-putus apabila baru saja selesai membintangi telefilem, Kiah Raya Solo di Perlis dan kini memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod, Biarlah Rahsia. -HM-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 06:55 AM | Show all posts
mungkin mata aku saja la kot nampak muka dia mekap sungguh tebal
dia ni bukan tak cantik pun, dah sedia cantik,kurang2kanle mekap tu isk
tentang tajuk ni..untuk rozita jangan ambil ringan semua perkara..itu saja la
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 07:16 AM | Show all posts


tebalnyer mekap....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 07:22 AM | Show all posts
cantik mekap ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:23 AM | Show all posts
dia ni kalo x makeup lg lawa...natural beuty...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:39 AM | Show all posts
Apasal aku tengok pelik jeee wajah Acik Eita ni......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2011 08:46 AM | Show all posts
kalo dia x pakai contact lens kaler biru ni x boleh keww????manjanggggg kaler biru aku tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:52 AM | Show all posts
moga cpat2 sembuh cik ieta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 08:54 AM | Show all posts
“Saya berasa sakit kepala dan sekali lagi mendapatkan rawatan di hospital sama. Selepas pemeriksaan, doktor memberitahu saya menghidap demam kuning dan terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari,” katanya.




awas shahir.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:13 AM | Show all posts
umur 37..to nampak dah tua  mcm dah 40an....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:22 AM | Show all posts
sapo la nak sihir cik ta
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:25 AM | Show all posts
alahai .. sampai camni wartawan nak gossipkan eik ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:44 AM | Show all posts
nampak sangat dah tua bangka, badan dah sizen, asyik sakit2 jek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:48 AM | Show all posts
nampak sangat dah tua bangka, badan dah sizen, asyik sakit2 jek.
Santeira Post at 18-7-2011 09:44



baru nak keluarkan stetmen ni, dah ada yg tulis dulu. Jadi silalah bersara cik Ta. Kawin cepat2 dgn shahir, moga jadi isteri solehah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:12 AM | Show all posts
asik keluar masuk spital..apa ajelah yg nak dimantapkan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:51 AM | Show all posts
moga cepat sembuh...... suka kat kak rcw ni....
tapi xleh tahan kalau dia bersolek.....
kalau yg ori kan canteeekkkkk gakkk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 11:04 AM | Show all posts
make up scary
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 11:13 AM | Show all posts
tah2 ade fanatik org tu yg tak puashati sbb hubungannya ngan RCW baru2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 11:18 AM | Show all posts
ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital.

Saya terpaksa didukung   abang untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital


dia ade abg ke??  bkn die anak no. 2...yg sulung kakak dia yg janda kawen ke tunang ngn duda kaya tu..aku bace kt benang adik bradik rcw kot..klu aku salah mohon pencerahan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 11:21 AM | Show all posts
dia ade abg ke??  bkn die anak no. 2...yg sulung kakak dia yg janda kawen ke tunang ng ...
demmit Post at 18-7-2011 11:18 AM



    Lagi pon, kalo tak salah aku adek badek dia semua pompuan.. kek celah mano dtg abg plak...??

Berbaik sangko >> Cik Ta punyo abang ipar....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.081926 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list