CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16692|Reply: 211

♥ M1: K. Sahmura B. Mustika [1030 pm Bottom 3, Imuniti, Singkir]♥

[Copy link]
Post time 27-7-2011 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 2-8-2011 14:46








KERDIPAN SAHMURA
BERSANGGAR MUSTIKA



  





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2011 01:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 27-7-2011 03:00



((((TOPIK))))

1. "Bintang Sepanjang Zaman"
2. "Suara Emas, Alunan Indah Berzaman"
3. "Jerat Percintaan"
4. "Bentera Suara, Gemersik Berbisik, Perempuan Menawan, Salju Ayu"
5. "Satu Suara, Satu Hati Untuk Semua"
6. "Segah namamu, Sesuci budimu, Secantik Wajahmu"
7. "Transkripsiku, Siti Nurhaliza♥Datuk Khalid Mohd Jiwa"
8. "Diva Asia"
9. "Aku hanya manusia biasa: Siti Nurhaliza"
10. "Laksana Bintang, Mutiara Nusantara"



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 01:11 AM | Show all posts







SIXRET


CTSUERAYA



SHANA85


  
AZHARAZHAR91



CMF_BLINGBLINGS



ADIFRS


  
EDDYSHEDDY


  
AIRWICKSS



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 03:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 27-7-2011 03:16

Peraturan DAN Tugasan



1. Untuk tugasan minggu pertama, karya yang anda perlu buat ialah SAJAK.

2. Anda mesti menghantar sajak dengan berpandukan tajuk-tajuk pada posting #2
(KLIK SINI)

3. Anda boleh pilih mana-mana tajuk dalam posting #2. Satu tajuk tidak dihadkan untuk seorang sahaja.

3. Sajak anda MESTI berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Jika tiada hubungan antara isi dengan tajuk, maka markah anda akan ditolak. Selain itu, sajak anda tidak semestinya berkaitan dengan Siti Nurhaliza sekiranya anda memilih untuk tidak mengaitkannya tetapi masih berpandukan pada tajuk.

4. Anda MESTI menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Bahasa rojak dan Bahasa Inggeris tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan singkatan bahasa melayu juga adalah dilarang.

5. Plagiat (Copy-paste) hak karya orang lain DIHARAMKAN sama sekali.

6. Panjang sajak minimum adalah 100 manakala maksimum adalah 500 patah perkataan.

7. Anda bebas mengarang sajak berdasarkan kreativiti anda. Hiasan posting akan mendapat markah bonus daripada pihak juri.

8. Karya yang dihantar TEPAT pada masanya akan mendapat kredit +15.

9. Anda mesti menyiapkan sajak anda sebelum 11:59 pm 31/7. Karya yang lewat dihantar akan dikenakan
penalti sebanyak 50% jumlah markah penjurian.

10. Karya dihantar dengan cara berikut: , kemudian diikuti dengan nukilan sajak anda.

NAMA PESERTA:
JUDUL SAJAK:


11. Jika anda tidak menghantar karya langsung sebelum 06:00 pm 2/8, maka anda akan disingkirkan secara automatik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 03:18 AM | Show all posts
Imuniti dan Penyingkiran


1. Minggu pertama bakal menyaksikan pemberian imuniti dan penyingkiran peserta. Imuniti diberikan kepada peserta yang mendapat markah juri tertinggi manakala peserta akan disingkirkan sekiranya mendapat markah (undian awam+ juri) yang terendah.

2. Pengumuman imuniti dan penyingkiran dilakukan pada malam 2/8.

3. Peserta yang mendapat imuniti pada minggu pertama akan DIKECUALIKAN untuk menghantar karya pada minggu ke-2 dan kebal dari penyingkiran pada minggu ke-2. Begitu juga sebaliknya berlaku kepada peserta yang dikurniakan imuniti pada minggu ke-2.

4. Segmen penyingkiran pula bergantung kepada persembahan peserta pada malam itu.
Segmen penyingkiran akan berlaku 3 kemungkinan:
(a) TIADA penyingkiran.
(b) Seorang disingkirkan.
(c) Dua orang disingkirkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 03:37 AM | Show all posts
Penilaian Markah Peserta




1. Markah peserta: 60% SITIUNDI (undian awam) + 40% Markah Juri.

2. SITIUNDI dibuka mulai esok (27/7/2011). Undian adalah hak forumer .Setiap forumer diberikan tiga undi sahaja.(KLIK SINI untuk ke paparan undian awam)

3. Juri Tetap: masarju, khyree
Juri Jemputan: ColbyRaikkonen

4.
Setiap juri akan memberikan markah ___/40 dan dijumlahkan 40% markah keseluruhan.

5. Penilaian juri adalah berdasarkan kreativiti, nilai estetik, penggunaan bahasa, hiasan, mematuhi peraturan, paralelisme dsb.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2011 03:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 27-7-2011 03:42

JURI-JURI TETAP




khyree



masarju








JURI JEMPUTAN






ColbyRaikkonen



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 28-7-2011 23:07












Rentetan Bahagia Untukku Yang Tiada Apa-Apa



Kala mata pena laju mencoret pada kertas putih,*1
Aku merakamkan kenangan indah,
Yang dipateri menjadi bait-bait ayat,
Tidak ku sangka sungguh cepat masa berlalu,

Masih terngiang-ngiang di benakku,
Kalimah suci yang kau lafazkan,
Di hadapan wali dan sanak saudara,
Disaksi para malaikat yang bertahmid memuji Ilahi,*2
Usai semuanya, termeterai ikatan kasih.

Pasir pantai di bumi Kemaman itu menjadi saksi,
Tatkala ranting runcing melakar rasa cinta,
Cinta agung yang terikat utuh,
Yang menyatukan dua hati.

Desiran ombak sayup kedengaran di telinga,
Tika engkau mengucup dahiku,
Rasa kasih yang paling dalam membuak-buak memenuhi dadaku,
Perlahan-lahan, titisan air mataku mengalir,
Penuh kesyukuran atas cinta pinjaman yang diredhai Azza Wajjal.

Lagu “Cintamu” nyanyian suara mersik, *3
Milik Siti Nurhaliza, penyanyi kesayanganku,
Menjadi titian jiwa kita berdua.

Janin suci yang kedua ini menjadi bukti yang amat jelas,
Betapa tiada syak lagi rasa cintamu terhadapku,
Moga engkau mudiki bahtera cinta kita ke pelabuhan yang diredhai Rabiul Al-Amin.

Ingin ku telusuri,
Setiap saat yang mendatang,
Walau susah mahupun senang,
Bersama-samamu di bawah sinar Islam,
Demikian doa yang kutitipkan setiap waktu.

Aku sedar syurgaku ialah taat kepadamu,
Selagi suruhanmu tertakluk pada perintah Allah,
Aku juga sedar syurgamu ialah taat kepada ibumu,
Selagi ibumu menuruti perintah Allah,
Bukankah syurga tempat pengakhiran yang paling nikmat?
JanjiNya yang tidak pernah mungkir.*4

D, aku ingin menjadi surimu di dunia,
Selagi rohku bersatu dengan jasad,
Tika tarikh luputku sampai,
Aku ingin menjadi penghulu bidadarimu di syurga,*5
Moga sulbiku dan sulbimu sentiasa bersama hatta dikandung tanah.*6





Segala puji bagi Allah yang memberi sedikit rasa bahagia ini.



Nota: Allah menjadi saksi atas sajak ini. Sepenuhnya hasil usaha sendiri. Jika terdapat persamaan, kebetulan semata-mata. Bukankah kata-kata indah itu universal sifatnya?







*1 Pada mulanya, sajak ini ditulis pada kertas selepas menyiapkan kerja pejabat. Kemudian ditaip dalam komputer.

*2- Ikatan ijab kabul itu ialah satu perjanjian yang amat suci antara lelaki dan perempuan yang menghalalkan hubungan itu. Malaikat berbondong-bondong menyaksikan ikatan halus yang amat suci itu sambil bertahmid(Alhamdulillah) kepada Allah.

*3-
Lagu bertajuk Cintamu dimuatkan di dalam album Hadiah Daripada Hati. Dikhabarkan lagu ini juga turut menjadi lagu kegemaran Datuk K dan Siti Nurhaliza.Bait-bait lirik yang indah benar-benar sesuai untuk orang yang bercinta selepas berkahwin. Wallahua’lam.

*4- Bacaan lanjut, sila rujuk:

http://1khalifah.wordpress.com/2010/05/05/tanggungjawab-isteri/

*5- Merujuk kepada firman Allah dalam ayat Az-Zukhuf ayat 70-71:
“Masuklah kamu bersama dengan isterimu ke dalam syurga. Kamu akan disambut dengan piring-piring dari emas dan piala-piala.  Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya”

Dengan syarat, perempuan yang bercerai mati atau bercerai hidup itu TIDAK bekahwin dengan lelaki lain. Wallahua’lam.

Bacaan lanjut, sila rujuk:

http://copieetpate.blogspot.com/2008/09/masih-suami-isterikah-di-alam-akhirat.html

*6- Sulbi ialah satu-satunya tulang dalam tubuh badan manusia yang tidak akan hancur sehingga hari kiamat.
Bacaan lanjut sila rujuk:

http://www.eramuslim.com/syariah/quran-sunnah/coccyx-tulang-sulbi-tungging.htm

Wallahua’lam.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 04:09 PM | Show all posts
hiasan akan dibuat ketika senang sikit. Insya Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply 9# sixret

akak, tajuk mesti berdasarkan posting #2

http://eforum4.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&ptid=588343&pid=45073915
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 04:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 28-7-2011 16:48

Salam,

memandangkan banyak peserta belum lagi jelas dengan peraturan,
sebelum menghantar karya , sila baca dulu peraturan #4
http://eforum4.cari.com.my/redir ... 588343&pid=45074391

Tajuk mesti berdasarkan posting #2 thread ini..
ada 10 tajuk/topik...pilih salah satu darinya..
Karangkan sajak berdasarkan tajuk berikut...

Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan markah penjurian anda ditolak 50%...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 04:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 28-7-2011 16:56

Reply 9# sixret

terima kasih atas nukilan sajak ini...
saya anggap karya ini sebagai karya selingan pada minggu ini....
saya tetap akn bg kredit ats usaha akak...

klu akak nak antar gak sajak ni sebagai penyertaan minggu pertama,
ubah tajuk, pilih antara 10 topik itu dan edit sket sajak supaya selari ngan tajuk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply  sixret

terima kasih atas nukilan sajak ini...
saya anggap karya ini sebagai karya seling ...
dauswq Post at 28-7-2011 16:54



    tu bukan karya selingan. tu karya utk minggu ni yang belum dihias dan ditacap. akan diubah tajuk i.e Jerat percintaan.

akak akan buat weekend ni.still dlm tempoh yg dibenarkan i.e sebelum 31/7, so akan diedit sebelum tempoh tu.kiranya still work in progress la ni kekdahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply 14# sixret

okeh..sure
saya tak bg lagi kredit sbb penyertaan belum diberi scr rasmi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 11:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by adifrs at 28-7-2011 23:55

NAMA PESERTA : ADIFRS
JUDUL SAJAK : SATU SUARA, SATU HATI UNTUK SEMUA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 12:30 AM | Show all posts
adeh best giler lar mendeklamasikan sajak korang
terasa berada di atas pentas hehe
thumb up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2011 12:38 AM | Show all posts
Rentetan Bahagia Untukku Yang Tiada Apa-Apa


Kala mata pena laju mencoret  ...
sixret Post at 28-7-2011 16:09


Terima kasih Sixret
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 12:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 29-7-2011 01:21
NAMA PESERTA : ADIFRS
JUDUL SAJAK : SATU SUARA, SATU HATI UNTUK SEMUA
adifrs Post at 28-7-2011 23:50


Terima kasih adifrs
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by shana85 at 30-7-2011 20:59


  


  



Nama: shana85
Tajuk :Transkripsiku, SitiNurhaliza♥Datuk Khalid Mohd Jiwa




Cinta hadir tanpa dipinta
Lalu salahkah hati bila memilihnya
Cinta itu buta kata pepatah
Tapi aku tahu cinta ini bukan buta
Kerna rasa ini hanya aku dan dia tahu

Bila hati mula berbicara
Ku tahu dia yang terpilih
Hanya dia mampu menyentuh ruang hatiku
Ruang paling dalam yang tak pernah tersentuh
Lalu kasihnya ku terima seadanya

Bila hati mula senada
Aku tega menempuh onak duri bersamanya
Kerna hati ini yakin
Aku tulang rusuknya yang hilang itu
Lalu terpatri janji setia seia sekata

Restu ayah bonda pembuka bicara
Lalu ikatan tulus terjalin Kasih dan sayang terpatri
Dalam istana cinta suci Diiringi restu semesta alam
Merestui cinta tulus dua hati yang bersatu
Melakarkan satu kisah indah cinta dua insan

Biar apa kata mereka
Biar karam dilambung ombak
Cinta ini akan terus mekar mengalir dalam urat nadiku
Kerna dia yang aku cinta lalu hati ini aku pertaruhkan
Jagalah, bajailah  moga cinta ini terus mewangi di sanubari

Aku hanya manusia biasa Adakala teguh adakala rebah
Pimpinlah aku bimbinglah aku Agar bisa terus disisimu
Agar bisa menjadi kekuatanmu keteguhan mu
Menempuh onak dan duri dalam mencari bahagia
Diiringi restu Ilahi kerna hanya Dia tempat kita berserah

Dalam membina istana bahagia sebuah perkahwinan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 01:21 AM | Show all posts
Nama: shana85
Tajuk :Transkripsiku, SitiNurhaliza♥Datuk Khalid Mohd Jiwa
shana85 Post at 29-7-2011 01:17


terima kasih shana85
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.096197 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list