CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

    [Copy link]
Post time 20-9-2011 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by kittycomel at 20-9-2011 12:58

ni pulak pengalaman kitty mase kitty ngan kwn2 pi bercuti kt italy. biase ler budget student so kitorg dudok pon kot hotel murah jer. 3 org share satu bilik ade 3 katil. Kami berenam so kitorg amik 2 bilik.first day tu kawan kitty sakit pala migraine so dia decide nk dudok kt bilik jer sementara kitty dgn kwn2 lain pi jln2 kuar.

kitorg kuar jln2 lama gak dari pagi sampai lewat mlm. sampai jer kt hotel , kitorg tngok kwn kitorg dudok lepak2 kt lobby jer. Bile kitorg sampai baru dia ikut masuk ke bilik. kitty xde lak tanye ape2 sbb ingat kot dia pon kuar jln2 n baru tibe kt hotel. it was only bile check-out nxt day baru dia citer what happened mase kami tiada.

dia ckp dia mkn painkiller n rase ngantuk. after 2 jam sakit pala dah hilang so utk hilangkn bosan dia dudok kt sebuah meja kt bilik tu sambil layan facebook. kira dia dudok membelakangkan katil 3 bijik tu ler. pastu dari ekor mata dia perasan ade seorg lelaki dudok kt tepi katil dlm bilik tu. lelaki tu nmpk mcm mat saleh dan pakai topi besar sambil hisap rokok. bile dia toleh lembaga tu ilang. dia rase seram tp dia buat2 bodoh sambil layan laptop dia.

kemudian dia terbau asap rokok dan bulu tengkok dia meremang. So dia offkan laptop dia n loncat atas katil dan capai selimut. masa tu dia nmpk katil sebelah katil dia mcm ade kesan tenggelam seolah2 ade org baring atas katil tu. kesan tu juga nmpk kt bantal atas katil tu. At the same time kerusi dia bergerak dan terbalik ke belakang. kawan kitty pon ape lagi , terus mencicit lari kuar dari bilik tu dan dok kt lobby hingga kami sampai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2011 01:46 PM | Show all posts
macam macam story ader kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 02:14 PM | Show all posts
sy dah follw since dr part 1 lg.. so nk lh share sikit.. ini pengalaman sendiri, mmg sy sdiri yg alami.. benda ni, kalau kt takut sgt dia suka, kalau brani sgt pun nant dia duga.. perkara ni sy alami dh lama, bukan di hotel tp di asrama dlm thn 97 di melaka. sy mmg seorg yg brani n pd mula nya mmg tk percaya sgt dgn benda2 mcm ni..kat asrama, member2 slalu kena histeria. tp pd sy, dia org lebih kpd buat2 kena.. itu pendapat sy.. disebbkan sy ni berani sgt..selalu lah member2 mintk tlg temankan kalau nk ke mana2.. lebih2 lg bila mlm nk ke toilet.. dipendekkan cerita, satu hari tue sy keletihan kerana terlibt dgn perlwnn bola jaring..letih sambil baring2 terus tertido..sedar bukak mata dorm dah gelap..teringt bj tk iron lg..tp letih nye hal..malas nk pikir, dlm hati esk2 je lah pikir..so terus je sambg tido lg.. kejap tu, member plk kejut mntk tlg teman kan pi toilet.. jrg org kejutkan sy nk suh teman pi toilet pasal selalunya sy mmg jenis tido lambat.. nak tk nak, member nye pasal, bangun jgk..dia ckp nk gosok gigi.. sampai toilet, dia pun gosok lh gigi.. dlm keadaan membongkok mengadap sy.. ada masa, sy rasa cam sy terlelap.. bila sedar balik, rasa cam lama sgt dia gosok gigi..posisi sama tk gerak2.. sy pun pndg ke arah dia, muka tk nmpk sebab dia membongkok dlm keadaan rukuk.. tetibe jer bulu roma meremang...bila sy pndg, tgk darah keluar membuak2 dr mulut dia, tp dia relaks je gosok gigi mcm tkde apa2..sy dh rasa lain..rasa cm nk panggil member len dtg tgk..sy pun ckp kat dia; "sekejap eh nk balik dorm.." dia jawap; "sekejap ke, dah tahu...." tk tau mcm mn sy lari, (or brape laju sy lari)  pasal, skjp jer sy da ader dlm dorm.. terus bukak lampu dorm.. member yg tersedr, semua tanya kenapa.. sy tgk2 kat semua katil.. semua ader org kecuali katil sy.. sy pun dah tk sure member mn yg kejutkan sy mntk temankan pi toilet td...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 08:56 PM | Show all posts
Reply 121# annehuda

member tak nampak...  yang dia nampak mengkuang tu jek...  tu yang dia jadik pucat bila dapat tau ada cik pon kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 08:59 PM | Show all posts
ni pulak pengalaman kitty mase kitty ngan kwn2 pi bercuti kt italy. biase ler budget student so kito ...
kittycomel Post at 20-9-2011 12:56


adeh...  siap ada bau rokok tu...  dah la kat tempat orang, mesti rasa seriau tu lebih sket...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 10:45 AM | Show all posts
sy dah follw since dr part 1 lg.. so nk lh share sikit.. ini pengalaman sendiri, mmg sy sdiri yg ala ...
sukacoklat Post at 20-9-2011 14:14



    xdapat bayangkan kalau aku dok ditempat ko,menangis xberlagu gamaknya...seramnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2011 12:24 PM | Show all posts
last week pi PD stay kat Mayang Sari .. Alhamdurillah takde apa2 yg terjadi

sbb sy pernah dengar byk cite sal hotel2 kat PD tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 12:38 PM | Show all posts
dengarnye kan kat otel mint dlo pown berhantu kan..skunk da jadi nouvelle otel...hmm sape taw cite p ...
ChintaRizq Post at 3-8-2011 11:10


tak penah stay kat mint hotel ni tapi slalu nampak klau lalu plus ngan besraya..
hotel ni terbiar lama sebelum jadi nouvelle hotel..
harap2 tade la entiti yang menumpang kat situ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 01:28 PM | Show all posts
kat langkawi.. hotel kat cenang beach.. ada forumer yang dah sebut nama hotel..

i dapat bilik ground floor.. belum sempat nak linger-linger rehat atas katil dah kena kacau.. shower terbukak sendiri.. lampu bilik air on off sendiri..

dalam hati i, sah lah i dapat roomate suka duduk dalam bilik air.. dah lah nak duduk 3 hari kat situ.. malam nak tido angkut bantal gi tumpang tido bilik kawan.. subuh buta balik bilik sambung tido..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:41 AM | Show all posts
smlm lalu jln klang lama pastu ade 1 hotel kat area tu b4 tol pjs ta salah sy
my frens kata hotel ada org lain tp sy tgk hotel tu dr luar cantik n kemas je....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:41 AM | Show all posts
Genting Highlands...

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.

Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.




ada yang kata 'sesuatu' dah tengok dari tokong kat bawah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:42 AM | Show all posts
Reply 130# bettyboops


    aseana???
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:43 AM | Show all posts
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:45 AM | Show all posts
1. Amber Court



Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:46 AM | Show all posts
Biliknya seperti di bawah ini:



Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”

“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:47 AM | Show all posts
lagi gambar skeri Amber Court



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2011 10:51 AM | Show all posts
2. Apartment Ria





Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:

“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “

Ini yang berlaku di sini:

-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

Ini cerita mereka di Apartment Ria:

“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”




Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:54 AM | Show all posts
3. First World Hotel







Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.

Ini kesnya:

-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran

Ini cerita dari orang yang mengalaminya:

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku
ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la
tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs
tak ingat tower brapa
dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu
mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring
pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun
membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko
aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi
sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm





nampak cantik tp skeri juge...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:57 AM | Show all posts
4. Cradle Rock




Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:

budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…
sbab kedudukan batu macam tergantung…
alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je/….
kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ
depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…
membe aku kene kat situ…
dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..
nampak la bende tu…
nampak cam pompuan nangis2……………..
ingat nak tolong la..pegi tanya…..
makin lama makin kuat nangisnya..
dari nangis tuka mengilai kuat…
nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..
die blah slow2
besok demam gak la 2 hari


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:58 AM | Show all posts
semuanya dari emel... bukan pengalaman sebenar.. aku kalo p pun sat jer tak pernah tido sana pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.131139 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list