CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6200|Reply: 50

APM 2011 terakhir untuk Faizal

[Copy link]
Post time 29-7-2011 09:29 AM | Show all posts |Read mode
APM 2011 terakhir untuk Faizal

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


BUKAN mahu berlagak, tetapi sebagai seorang karyawan muzik, Faizal Tahir berhak memberikan justifikasi.



BIARPUN Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) sudah berlalu pada 15 Julai lalu, namun ramai yang masih lagi memperkatakan tentang acara hiburan yang telah diadakan di Singapura itu.

Lebih banyak yang negatif daripada positif yang dikhabarkan tentangAPM 2011. Namun, penganjuran APM kali ini nampaknya telah memberikan tamparan yang cukup hebat buat penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir.

Ternyata,APM 2011 telah meninggalkan impak yang bukan kecil untuk Faizal apabila dikritik dan dikecam hebat gara-gara gagal memberikan persembahan yang mampu membanggakan negara.

Alam maya cukup sesak pada waktu itu apabila ramai yang mempersoalkan tindakan Faizal yang dilihat telah mencalarkan namanya sendiri.

Mana tidaknya. Sebelum ini, trek rekod Faizal memang cukup cemerlang dalam mana-mana acara anugerah seandainya dia diberi peluang membuat persembahan.

"Saya sebenarnya cukup kecewa dengan apa yang berlaku. Seboleh-bolehnya saya juga tidak mahu lagi mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya menganggapnya sebagai mimpi ngeri yang mahu dilupakan dengan segera.

"Apa yang boleh saya katakan di sini,APM 2011 adalah yang terakhir untuk saya dan tidak mungkin saya akan membuat persembahan di acara itu lagi.

"Jika selepas ini, pihak penganjur tidak lagi mahu menyenaraikan karya saya untuk dipertandingkan, saya sudah tidak kisah lagi. Bagi saya, apa yang berlaku telah menjejaskan maruah saya sebagai seorang penghibur.

"Persembahan pada malam itu juga saya sifatkan sebagai persembahan terburuk saya sepanjang saya bergelar seorang penyanyi," katanya dalam nada tegas namun penuh diplomasi.

Faizal yang merupakan naib juara One In A Million musim pertama itu ditemui pada majlis pelancaran Sesuci Fitrah TV3 dan Ramadan Di Hatiku TV9 di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, bapa kepada empat orang cahaya mata itu menjelaskan masalah sistem bunyi telah mencacatkan perjalanan persembahannya malam itu.

Bukan hanya dirinya, malah pemuzik pengiring Faizal iaitu The Royal FT Force juga berdepan dengan masalah serupa sehingga menyebabkan nyanyiannya kedengaran sumbang sewaktu menyampaikan lagu Hanyut dan Selamat Malam.

Apabila memperkatakan tentang perihal ini, Faizal memberitahu kesilapan terletak kepada pihak produksi yang disifatkannya tidak begitu profesional menjalankan tugas mereka dengan baik.

Sehinggakan, Faizal sendiri tidak sedar apabila namanya diumumkan sebagai Artis Lelaki Terbaik memandangkan tiada pihak yang memberi arahan kepadanya untuk bersiap sedia naik ke pentas.

"Sudahlah jarak dari bilik menunggu ke pentas jauh sehinggakan saya terpaksa berlari. Kemudian dalam keadaan tercungap-cungap itu jugalah saya perlu bersedia untuk membuat persembahan selepas itu.

"Mengenai persembahan saya pada malam itu, belum pernah saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Masalah mula timbul sejak dari hari latihan lagi apabila apa yang saya mahukan tidak dipenuhi oleh mereka.

"Akhirnya, ia tidak berjalan dengan lancar seperti mana yang saya mahukan apabila bukan satu tetapi lapan monitor tidak berfungsi dengan baik pada malam acara itu," cerita Faizal yang kini cukup popular dengan lagu Karma ciptaannya bersama Audi Mok.

Disebabkan kekecewaan yang teramat sangat itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta itu tertinggal trofi kemenangannya di bilik hotel.

Dalam masa yang sama, Faizal juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mahu menunjuk lagak atau pun bersikap seperti seorang rockstar apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini.

"Saya lakukan bersebab dan semuanya justifikasi daripada pihak saya berhubung dengan apa yang berlaku. Saya percaya kalau artis lain yang berdepan dengan masalah serupa, pasti akan melahirkan rasa tidak puas hati mereka," ujar bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana ini dengan maksud yang cukup dalam.




Credits: utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 09:34 AM | Show all posts
mmg btol2 sumbang faizal nyani malam tu..macam x percaya dia yang nyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:09 AM | Show all posts
but kawan mek kat APM cakap kat saner tak bunyi sumbang pulak .. ok jer.. mungkinkat tv jer yang hancur kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:20 AM | Show all posts
i love ft
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:25 AM | Show all posts
setuju..mmg sumbang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:28 AM | Show all posts
suara terpancit2 disebabkn masalah sistem bunyi ker..? semua artis menggunakn alat yg sama tak ada masaalah pun terutama aryan band pakai alat yg sama aku tengok live best aper..? dia kata jarak bilik menunggu jauh..Hady Mirza n Rossa pun bersiap2 utk membuat persembahan semasa namanya dipanggil tapi tak buang masa bila nak ambik award..ucapan ini tak berlagak ker.."eh lawa microphone...eehh..ini award aper..? ni award perempuan ker lelaki...?" lain kali periksa diri sendiri sebelum nak menyalahkn org lain betul2 tak professional...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2011 10:33 AM | Show all posts
Reply 3# samshik
hancur la..maybe kawan u suka sgt kat dia sbb tu tak nampak dia punya calar..mmg dj2 RIA suka sgt dgn dia! sblm apm nama dia aje yg disebut2 sbg bakal menggegarkan pentas..bila dia keluar mmg tepukan gemuruh..tapi bila dia nyanyi semua ternganga sebb tak seperti yg dikatakn spt sebelumnya..aku sendiri nak tengok dia sbb ini pertama kali aku tengok dia nyanyi live..sekali..hummm..!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:39 AM | Show all posts
sian faizjal taher nih ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 10:44 AM | Show all posts
Reply  samshik
hancur la..maybe kawan u suka sgt kat dia sbb tu tak nampak dia punya calar..mmg dj ...
ira_229 Post at 29-7-2011 10:33



    tapi selama nie die tak penah fail...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:52 AM | Show all posts
tapi selama nie die tak penah fail...
samshik Post at 29-7-2011 10:44


klu nak ckp dia ni sengaja buat perangai nak rosakkan APM..tengok balik la utube dia kan struggle..kadang2 penyanyi ni ada masa2 dia tak boleh nyanyi dgn baik pernah dgr seorg penyanyi kata klu nak berlatih jgn terlalu overstress takut nnti bila tiba masa buat persembahan nnti tekak "cedera"...aku agak dia over konfiden nak kasi persembahan yg baik banyak sangat berlatih sampai tekak dia "cedera" kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:56 AM | Show all posts
klu nak ckp dia ni sengaja buat perangai nak rosakkan APM..tengok balik la utube dia kan struggl ...
ira_229 Post at 29-7-2011 10:52



    hm .. takper la .. bender dah lepas .. nak buat caner .. ader jatuh bangun kan?? macam la mek iti ngan ahkak jenna tak penah pancit...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:06 AM | Show all posts
hm .. takper la .. bender dah lepas .. nak buat caner .. ader jatuh bangun kan?? macam la  ...
samshik Post at 29-7-2011 10:56

betul benda da lepas.. tapi dia buat komen kat akbar utk mempertahankan diri tanpa pengetahuan pihak yg lagi 1 mmg tak adil..klu betul2 nak kan penjelasan mesti interview pihak produksi juga lepas tu pembaca boleh timbangkan..sebetulnya apm ni bagus klu kesemua 3 negara sokong, sbg platform utk memperkenalkn muzik negara masing2..kira pengajur fair selama ni kita tak kenal ana rafali, amanda imani, hafez n ramai artis2 yg baru..tapi RIA very fair putarkn lagu2 mereka tiap2 segmen sejak raptai apm lebih kurang 2 bulan..sampaikn ramai pendengar ria fedup sbb terlalu banyak kebanjiran lagu2 artis luar..tapi RIA sangat professional..!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:14 AM | Show all posts
mmg teruk gile suara dia mlm tu...tp bnda da lepas..usah dkenang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:17 AM | Show all posts
mcm bukan dia yg nyanyi mlm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:17 AM | Show all posts
betul benda da lepas.. tapi dia buat komen kat akbar utk mempertahankan diri tanpa pengetahuan pih ...
ira_229 Post at 29-7-2011 11:06


harap2 wartawan dpt lerrr interbiu pihak penganjur lak pasni tuk dengo penjelasan mereka lak.......usah ribut2 keh....dia pon xkn suka suki nk burukkan nama sndrik kt atas pentas tuuuu kan........
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:19 AM | Show all posts
kenapa lak masa artis lain nyanyi ok je bunyi ........... jangan lupa tau singapore tu negara maju ......... kalau setakat sistem bunyi cam tu memang first class kalau dibandingkan dgn malaysia dan indonesia. artis memanglah tak mengaku salah sendiri .......... suara dia malam itu memang teruk, terukang, terukis, terukung ............. kalau dia tak buat persemabhan pun bagus .... bukannya dia sahaja artis yang boleh buat persembahan ............ puluhan lagi artis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 11:20 AM | Show all posts
FT kebelakangan ni selalu sumbang....masa semi MM25 pon sumbang sore dia...
tp kat APM ari tu aku rasa kesumbangan FT di tahap sederhana...x de la terok sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:36 AM | Show all posts
i rasa ni bukan 1st time dia nyanyi sumbang kan???
dah sumbang sumbang lahh...
tp yg APM tu mmg the worst sumbang ever from him...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:39 AM | Show all posts
ada ke orang nak kesah dia nak tinggalkan apa2 anugerah sekali pun??
mungkin dia merasakan dia sitinurhaliza perempuan
mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:43 AM | Show all posts
aku yg agak penatik dia ni pun skang rs memang dia nyanyi sumbang sejak lepas sakit tu..nk kata tv ku tk elok, ku tgk tv plasma kira canggih gak le kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.105454 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list