CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11462|Reply: 58

kasih selamanya

[Copy link]
Post time 1-8-2011 05:35 AM | Show all posts |Read mode
saja jer nak kongsi cerita ni sementara nak tunggu idea Rahsia Hati Hanim (citer ni pun dah nak habis)

Rina terpaku mendengar apa yang di ucapkan oleh bibir Aiman suaminya.Benarkah? Semudah itukah kasih yang mereka bina beralih arah. Hanyakerana mereka belum dikurniakan cahaya mata setelah lima tahunberkahwin, kasih lelaki itu telah beralih arah. Sampai hati abang…

“Maafkanabang Rin, tapi hati abang ni susah di kawal. Abang rasa sunyi…” lelakiitu berbicara lagi. Matanya masih merenung ke arah Bella di sisi. Bellasi gadis genit pilihan ibu yang akhirnya berjaya mencuit hatinya.

“Baiklahkalau itu yang abang inginkan, Rin izinkan tapi lepaskan Rin” balasRina tegas. Jika kasih sudah tiada, tiada guna dia merayu. Dia jugapunya maruah. Biarlah Aiman mengejar bahagianya sendiri. Dia redha jikasetakat ini sahaja penghujung cinta mereka.

“Rin…”Aimanterkesima mendengar permintaan Rina. Hatinya berbelah bahagi. Namundesakan dari pihak ibunya dan rasa kasih yang mula berputik pada Bellamembuatkan dirinya tidak mampu melepaskan gadis itu.

“Baiklah,jika itu yang Rin inginkan. Abang lepaskan Rin dengan talak satu,”Aiman pantas berlalu dari situ selepaskan mengucapkan kata-kataperpisahan antara mereka. Bella tersenyum sinis memandang ke arah Rina.Air mata mengalir perlahan menyusuri pipi Rina. Akhirnya inilah akhircinta mereka selama lapan tahun ini. Terlerai juga akhirnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Lima tahun kemudian

“Mama….”Jeritan nyaring Naqib kedengaran dari tuang tamu rumah. Rina yangsedang memasak di dapur segera ke ruang tamu. Habis bersepah ruang tamuyang baru di kemaskan. Di satu sudut kelihatan Naqib dan Naqisha sedangberebutkan sebuah buku.

“Abang, adik dah jangan berebut. Nantikoyak buku tu” arah Rina pada permata hatinya itu. Naqisha terusmendapatkan mamanya bila Naqib berjaya memperoleh buku yang di rebutkanmereka.

“Mama… abang ambil buku adik” adu Naqisha pada mamanya.Tangannya mengelap air mata yang laju menuruni pipi. Naqib hanya ketawasambil menunjukkan buku tersebut kea rah Naqisha yang masih lagimenangis.

“Abang kenapa ambil buku adik? Hari tu mama nakbelikan abang tak mahu. Abang nak buku lain sekarang berebut denganadik pula. Dah, pulangkan buku adik, kalau abang nak minta izin dariadik dulu” Naqib hanya memandang mamanya yang sedang membebel. Sesekalimamanya memujuk Naqisha yang masih lagi menangis.

Pelahan Naqib melangkah menghampiri Rina dan Naqisya. Buku di tangan di suakan kea rah Naqisha.
“Nah,adik ambillah buku ni. Jangan nangis lagi” pujuk Naqib pada Naqisha.Tangannya mengesat air mata di pipi Naqisha. Rina hanya memerhatitelatah anak-anaknya. Ada senyuman di bibir. Bahagia. Mungkin adahikmah apa yang berlaku.

“Abang ambillah, adik dah habis baca” balas Naqisha. Tangannya memaut tangan Naqib. Ada keakraban di situ.

“ok lah jom kit abaca sama-sama” balas Naqib sambil memaut mesra bahu adiknya.

“Macamtu lah anak mama” Rina pantas memeluk anak-anaknya sambil mengucup pipimereka. Kedua-duanya ketawa riang. Kini hanya mereka cahaya hidupnya.Syukur pada Allah, setelah seminggu kes perbicaraan mereka selesai, diamenyedari dirinya hamil. Alhamdulilah, dia hilang Aiman Allahanugerahkan anak bagi mengubati hatinya.

………………………………………………………………………………………………………..

Aimanmelangkah masuk ke rumahnya. Masih seperti lima tahun dahulu. Tiadayang berubah. Dia sengaja mengekalkan susun atur rumah itu. Semuanyaidea Rina. Berharap suatu hari nanti rina akan di temuinya. Puas sudahdia mencari Rina namun pemergian Rina tanpa jejak yang boleh diikuti.Rina hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanya penyesalan dan rasa rinduyang tidak pernah surut,

“maafkan abang…… Rin baliklah abangrindukan Rin” Aiman mengeluh lagi. Tangannya meraup rambut yang sudahsemakin panjang. Tidak terjaga. Tanpa Rina hidupnya kosong. Sebahagiandari dirinya hilang. Hilang bersama-sama dengan Rina.

Dia tidakpernah sedar betapa pentingnya Rina. Rina selalu ada. Walau jauhmanapun dia melangkah, Rina tetap ada di situ menantinya kembali. Kinisemua kosong. Rina sudah meninggalkannya. Bukan pinta Rina tapisalahnya sendiri. Dia yang merelakan Rina pergi dari hidupnya. Keranadia yakin, Rina bukanlah sesiapa. Tidak pentingpun. Bella yang pentingtika itu hinggalah Rina pergi.

Dia bagai terjaga dari mimpi.Hidupnya kacau bilau. Biarlah apapun yang Bella lakukan, hatinya tetapresah. Dirinya terasa kosong lalu Bella di tinggalkan. Majlispertunangan yag di rancang telah dia batalkan. Pedih telinganyamendengar leteran ibu. Namun tiada kesan pada dirinya. Yang ada hanyaRina. Rina perlu di cari.

“Baliklah Rin… biarlah seribu Bellapun tidak akan mampu menandingi Rin” Aiman merintih perlahan. Gaunmalam yang dihadiahkan pada Rina di peluknya. Hanya itu yang ada bagimengubat rindunya pada Rina. Matanya memandang potret Rina. Rinatersenyum riang dalam pelukannya. Fikirannya terus melayang mengingatidetik-detik bahagia mereka sehinggalah matanya tertutup. Hanyut di buaimimpi indah bersama-sama Rina kekasih hatinya.

………………………………………………………………………………………………………

Amalinamelangkah memasuki rumah ibunya. Anak-anaknya di biarkan bermain ditaman. Rumah itu kelihatan sunyi. Entah mana semua penghuninya pergi.

“Mak Mah, ibu mana?” Amalina bertanyakan pembantu rumah ibunya yang sedang menyediakan makan tengahhari.

“Datin di bilik Cik Lin. Dato’ keluar,” balas Mak Mah

“Ok, saya naik atas dulu” Amalina pantas berlalu ke tingkat atas. Mencari ibunya.

“Ibu buat apa tu?” Tanya Amalina bila melihat ibunya termenung.

“Iburindukan Aiman, dah lama Aiman tak balik. Ibu tahu dia masih marahkanibu.” Amalina mengeluh. Tahu betapa ibunya rasa bersalh atas apa yangberlaku apatah lagi melihat keadaan Aiman sekarang. Sudah lima tahunberlalu. Sepanjang waktu itu Aiman tidak pernah kemari. Pejabat jugasudah tidak dipedulikan. Hidup adiknya itu hanyalah mencari Rina.Kasihan Aiman. Hanya sedikit kesilapan, adiknya itu menderita hinggakini. Dia hanya mampu berdoa moga ada sinar menyinari hidup adiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 09:09 AM | Show all posts
best2..sila sambung..
cite rahsia hati hanim tu pun tak abis lagi..sila sambung jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:51 AM | Show all posts
cite ape ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:35 AM | Show all posts
best baca intro nih... hope ada byk idea nanti, k...

jgn lupa dgn rahsia hati hanim lak. sabar menunggu nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2011 11:02 AM | Show all posts
“Ibu janganlah fikirkan sangat, Lin yakin satu hari nanti Aiman akan ok juga. Lin yakin, Aiman tak pernah marahkan ibu. Dia Cuma merajuk jer. Lin juga yakin Rina akan kita temui juga. Malaysia ni bukannya besar sangat” pujuk Amalina.

“Ibu tak tau nak buat apa lagi Lin. Sampai bila keluarga kita nak macam ni? Ibu rasa bersalah sangat pada Rina dan Aiman. Kalaulah ibu tak turutkan rasa hati…”

“Ibu, dah lah tu. Jangan salahkan diri lagi. Lin tak nak ibu muram macam ni. Sakit nanti macammana? Dah jom turun makan. Budak-budak tu dah lama tunggu. Mereka rindu betul pada ibu” Amalina pantas meminpin ibunya ke tingkat bawah. Dari jauh sudah kedengaran suara anak-anaknya. Bising betul tapi dia senang begitu. Sekurang-kurangnya rumah ni taklah sepi sangat.

Datin Khamisah tersenyum melihat telatah cucu-cucunya itu. Terlupa seketika masalah yang dihadapinya.

“Anip, baby janganlah bising sangat” tegur Amalina pada anak-anaknya.

“Opah…” jerit Anip dan baby. Pantas mereka berlari mendapatkan Datin Khamisah. Tubuh tua itu mereka peluk. Datin Khamisah menghadiahkan ciuman pada pipi kedua-dua cucunya itu.

“Baby rindu betul kat opah”

“Anip pun sama”
“Opah pun rindu kat Anip dan baby. Kenapa lama tak jenguk opah?”

“Mama dan papa tu asyik busy jer. Tak dapat bawa baby gi rumah opah” balas Baby riang.

“Ya? Cian cucu opah. Jom makan. Tok Mah masak sedap tau hari ni” ajak Datin Khamisah. Amalina hanya memerhati. Sedikit lega melihat wajah ibunya yang sudah agak ceria.

………………………………………………………………………………………………..

Amalina hanya melihat adiknya yang sedang termenung. Langsung tidak menghiraukan kehadirannya. Makanan yang dihidangkan juga tidak terusik. Anak-anaknya di biarkan menonton tv di ruang rehat.

“Sampai bila Man nak macam ni? Man tak kesiankan ibu? Papa? Kalau Man tak kesiankan mereka, Man kesiankan lah diri Man. Tengoklah Man tak terurus langsung. Rambut dan jambang tu bila nak cukur. Rimas akak tengok” Aiman hanya diam. Dibiarkan sahaja leteran Amalina. Puas nanti, berhentilah mulut Amalina. Mereka hanya tahu bercakap, hanya dia yang tahu sengsara hatinya bila kehilangan Rina. Bukan salah mereka, silap dirinya sendiri. Diri sendiri yang tak teguh pendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2011 11:04 AM | Show all posts
Reply 2# melinda_gordon


    Insyaallah hana akan sambung cerita tu... skrg tengah blur ckit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2011 11:06 AM | Show all posts
cite ape ni ye?
rimau_belang Post at 1-8-2011 09:51


citer ape? macam mana nak cajap erk??? salah satu dari nukilan hana. just nak kongsi dengan ahli cari
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 6# shana85


    ok..sambung lagi n3..tgh best ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2011 02:57 PM | Show all posts
Rina menolak troli yang sarat dengan barang-barang keperluan mereka sekeluarga. Suasana di Tesco hari ini agak lengang. Masih waktu pejabat. Dia senang membeli belah waktu begini. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Naqib dan Naqisha ditinggalkan di nursery. Nursery yang dibina atas usaha sendiri. Gembira, akhirnya impian untuk membuka nursery Nur Qaseh tertunai sudah.

“Cikgu Qaseh” Rina pantas berpaling ke satu arah bila mendengr namanya di panggil. Siapa? Matanya terpandang satu wajah comel yang sedang melambai ke arahnya.

“Kazrina, buat apa kat sini?” Tanya Rina pada pelajarnya itu.

“Ikut mama shopping. Abang pun ada” jawab Kazrina. Matanya menunjukkan ke satu arah.

“Baby… kat sini rupanya. Puas mama cari” tiba-tiba terdengar suara seorang wanita dalam nada panic.

“Maaf cik anak saya ni nak……” kata-kata wanita itu terhenti kala terpandang wajah Rina. Rina juga tergamam. Tidak menduga akan ada pertemuan antara mereka lagi.

“Rin…” wanita tersebut pantas memeluk Rina.

“Kak Lin…” Rina juga membalas pelukan Amalina. Rindunya pada Amalina yang baik hati dan sentiasa melindunginya dalam keluarga Datin Khamisah.

“mama kenal dengan cikgu Qaseh ke?” soal Anip. Kazrina a.k.a Baby hanya diam. Terpinga-pinga melihat gelagat mama dan cikgunya itu.

“Kenal, salam dengan Acu Rin saying” pinta Amalina pada anak-anaknya.

“Acu Rin?” Bany bertanya pelik. Begitu juga dengan Anip. Tak mengerti mengapa mamanya memanggil cikgu Qaseh Acu Rin.

“Ya, Acu Ri. Acu Rink an isteri Pak cu Man,” balas Amalina. Rina yang mendengar rasa tidak tenang. Ada resah yang melanda.

“Jom Rin, kita ke KFC depan tu. Banyak yang Kak Lin nak bualkan dengan Rin. Setelah lima tahun, jumpa juga akak dengan Rin. Syukur pada Allah. Aiman mesti suka” Amalina bersuara gembira. Rina serba salah mendengar permintaan Amalina. Tak sampai hati pula hendak menolak.

“Baiklah, tapi Rin kena bayar barang-barang ni dulu”

“Jom, Kak Lin pun nak bayar barang-barang ni juga” balas Amalina sambil menunjukkan trolinya yang sudah penuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 05:10 PM | Show all posts
“Macammana hidup Rin sekarang?” soal Amalina. Matanya sesekali memerhati anak-anaknya yang sedang enak menjamu selera.

“Baik, macam yang kak Lin lihat. Biasa je. Tiada apa yang berubah” balas Rina.

“Rin tak rindu pada kami semua? Mana Rin pergi selama ni? Puas kami cari Rin tau”

“Cari Rin? Untuk apa? Rin malas nak cari masalah Kak Lin. Itu pilihan abang. Biarlah. Rin doakan dia bahagia dengan pilihan hatinya. Siapalah Rin…” Amalina mengeluh mendegar kata-kata Rina.

“Rin tak tau, sepanjang lima tahun ini banyak yang berubah. Rin jangan ingat Aiman bahagia sepanjang lima tahun ni. Aiman juga sengsara Rin. Baliklah. Kesian Aiman. Puas dia cari Rin selama ni” Rina sekadar tersenyum sinis. Untuk apa lagi Aiman mencarinya. Bukankah lelaki itu yang membuangnya. Meninggalkannya.

“Untuk apa Kak Lin. Itu pilihan dia sendiri. Rin balik dulu. Rin minta Kak Lin rahsiakan pertemuan kita. Cukuplah setakat ini sahaja. Rin tak nak ada hubungan lagi dengan Aiman. Hati Rin masih lagi sakit. Masih lagi luka. Maafkan Rin. Rin balik dulu. Assalamualaikum” Rina pantas berlalu. Amalina hanya mampu memandang. Ternyata lima tahun ini telah banyak mengubah kehidupan mereka. Doanya agar Rina bahagia dengan kehidupannya.

Rina terpaku. Kak Maz menghampiri. Matanya memandang wajah Rina yang pucat. Qazrina juga memandang wajah pak Cu dan cikgu Qaseh silih berganti.

“Mama, kenapa mama nangis?” Tanya Naqisha. Naqib juga sudah berdiri dihadapan mamanya. Rina tyersentak. Matanya memandang wajah anak-anaknya. Pantas tangan ke dua-duanya di tarik Rina menuju ke dalam nursery. Kak Maz terpinga-pinga melihat reaksi Rina. Apa yang berlaku. Qazrina juga terkebil-kebil memandang tingkah cikgu Qaseh yang terus meninggalkan mereka.

Aiman memandang langkah Rina yang makin menjauh. Tiada lagi cahaya cinta pada mata wanita itu. Yang ada hanya sinar kebencian dan amarah yang entah bila akan hilang.

“Maaflah Encik, cikgu Qaseh tak sihat sikit. Encik nak ambil Qazrina ya?” Kak Maz menegur mesra. Cuba menjernihkan keadaan yang agak kurang menyenangkan tadi.

“Ya, Baby ambil beg kita balik” arah Aiman. Matanya masih memandang ke dalam nursery.

“Rina dah lama kerja kat sini?” tiba-tiba Aiman bersuara. Kak Maz tersentak. Rina…

“Opps.. maksud saya cikgu Qaseh? Qaseh Airinakan nama dia?”

“Yaa.. maaflah Encik. Kat sini semua panggil dia Qaseh tu yang…Eh!! Mana Encik tahu nama Qaseh?”Kak Maz bertanya hairan. Setahunya jarang yang tahu nama penuh Qaseh.

“Taka pa Puan Maz. Baby yang beritahu nama cikgu Qaseh. Tadi tu anak-anak dia ke?”

“Ya…” jawab Kak Maz teragak-agak. Hatinya masih ragu.

“Pak cu jom balik” Qazrina pantas memaut tangan Aiman.

“Jumpa lagi Puan Maz. Sampaikan salam saya kepada cikgu Qaseh ya”Aiman terus memimpin Qazrina kekereta. Akhirnya pencariannya selama ini hamper menemui noktahnya.  Yang pasti dia akan menyiasat mengenai Rina dan budak-budak tu. Anak siapakah itu. Hatinya dipaut ragu... ada resah di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 05:10 PM | Show all posts
“Qaseh ok?” Kak Maz menyapa Qaseh yang sedang termenung. Ada air mata yang mengalir dipipi wanita itu.

“Saya ingat saya sudah cukup kuat untuk hadapi semua ini. Saya letih kak Maz, letih sangat. Kenapa mesti dia kembali selepas apa yang berlaku. Selepas dia tinggalkan saya. Buang saya seperti sampah…” tangis Rina. Kak Maz hanya memeluk tubuh Rina. Dibiarkan wanita itu menangis di bahunya. Meluahkan semua rasa yang terpendam di jiwa.

“Sabarlah Qaseh. Tapi dia siapa? Lelaki tadike? Pak su Qazrina?” Kak Maz menyoal. Dia dapat rasakan perubahan emosi Qaseh berkaitan dengan lelaki tersebut.

“Dia papa Naqib dan Qisya. Bekas suami Qaseh. Dah lama Qaseh cuba lupakan dia. Tak sangka akhirnya……..”

“Maaf kalau Kak Maz Tanya, bukan Kak Maz nak menyebok tapi dia tahu tak mengenai Naqib dan Naqisya? Rasanya dia tak taukan? Apa yang berlaku sebenarnya?” Duga kak Maz.

“Tak… dia tak pernah tahu……..” dan Rina terus bercerita. Meluahkan segala rahsia hidupnya. Kak Maz hanya mendengar. Ada simpati bertamu di hati. Tak menduga hidup Qaseh yang sentiasa ceria itu ada duka yang tersembunyi. Pandai Qaseh menyembunyikan segala lara dihatinya selama ini.

………………………………………………………………………………….

“Fer, aku ada kerja yang kau perlu uruskan” Aiman bersuara tegas. Dia mesti tahu status Rina sekarang dan siapa budak-budak tersebut.

“Kerja apa” Tanya suara di hujung talian.

“Aku dah jumpa Rina, aku nak kau siasat mengenai Rina. Semuanya. Aku nak tahu apa terjadi selepas kami berpisah. Kalau boleh secepat mungkin. Nanti aku sms alamat dia yang baru.”

“ok, aku akan uruskan” talian ditamatkan. Aiman meraup rambutnya. Rambutnya yang sudah panjang.

‘Rina… akhirnya bertemu juga kita. Abang akan pastikan Rina tetap menjadi milik abang. Kita akan bina semula keluarga kita. Walau jauh manapun Rina pergi selepas ini akan abang jejaki…’ Tekad Aiman. Dia akan cuba menawan hati Rina semula. Hanya Rina yang layak mendiami istana kasih mereka. Tiada yang lain. Hanya Rina…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 05:11 PM | Show all posts
“Auntie…” Bella bersuara riang memasuki ruang tamu banglo Datin Khamisah. Senyumannya makin lebar bila terpandang raut wajah Datin Khamisah. Pantas dia memeluk tubuh Datin Khamisah. Pipi wanita itu dicium mesra.

“Hhmm.. Bella. Bila balik?” Datin Khamisah tersenyum hambar. Rimas juga dengan sikap Bella yng keanak-anakan itu.

“Bella sampai pagi tadi. Rehat kejap kat rumah. Abang Aiman tak datang ke?” Tanya Bella. Datin khamisah sekadar menggeleng. Wajah Bella terus berubah. Sudah puas dia mencuba mengambil hati lelaki itu namun hampa. Lelaki itu masih terus menggilai bekas isterinya. Entah apa yang perempuan tu bagi sampai Abang Aiman langsung tak memandangnya. Bella geram memikirkan hal itu.

“Bella belikan hadiah ni khas untuk auntie tau,” Bella terus memberikan bungkusan hadiah yang dibawanya.

“Terima kasih. Susah-susah je”

“Tak susahlah auntie. Auntiekan bakal ibu mertua Bella” balas Bella riang.

“Bella masih tunggu Aiman? Jangan begitu. Bella kena teruskan hidup Bella. Auntie pun dah tak berharap lagi. Kini semua terpulang pada Aiman. Auntie dah tak nak campur lagi. Biarlah siapaun yang Aiman pilih, asalkan dia bahagia auntie terima” balas Datin Khamisah perlahan. Tangannya mengelus bahu Bella. Berharap Bella akan faham dan meneruskan hidupnya. Agar Bella dapat menerima hakikat Aiman tak mungkin akan memilih dirinya.

“Sampai hati auntie. Bella tetap akan tunggu. Takkan auntie nak bermenantukan mana-mana perempuan. Entah mana asal usul mereka pun tak tahu…”

“Auntie akan terima asalkan anak-anak auntie bahagia..” Tegas Datin Khamisah. Wajah Bella berubah. Tak percaya wanita itu tidak lagi menyokongnya. Hatinya geram namun wajahnya tetap dimaniskan.

“Tak apalah auntie, Bella balik dulu. Terlupa Bella ada janji dengan kawan” balas Bella sambil mencium wanita dihadapannya.

“Jaga diri..” pesan Datin Khamisah. Matanya terus memandang kelibat Bella yang makin menjauh.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 05:11 PM | Show all posts
Aiman sabar menanti Fer. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Sri Selasih. Matanya sesekali memandang orang yang lalu lalang. Ada resah yang bertamu dihati. Berharap doanya saban waktu menjadi kenyataan. Berharap hati Rin masih belum dimiliki.

“Maaf Man, aku ada hal tadi” Fer bersuara. Mengejutkan Aiman dari lamunannya.

“OK, apa yng kau dapat?” Tanya Aiman tanpa sabar. Fer terus menyerahkan beberapa dokumen dan gambar kepada Aiman.

“Budak-budak tu anak kau. Aku dah dapat makilumat mengenai mereka. Dalam dokumen itu ada laporan mengenai mereka termasuk salinan surat lahir mereka. Mereka lahir enam bulan selepas penceraiian kau dan Rina” terang Fer.

Aiman diam. Terus melihat maklumat yang Fer berikan padanya. Ya Allah… apa yang aku dah lakukan. Ada penyesalan dan rasa bersalah bersak dalam jiwanya. Kalaulah dia tak melakukan kesilapan sudah tentu mereka bahagia sekarang.

“Lelaki ni siapa?” Aiman bertanya. Hatinya di pagut cemburu melihat gambar ditangannya. Tergambar kemesraan lelaki itu bersama-sama Rina dan anak-anaknya.

“Ahmad Risyam bin Sulaiman. Menurut maklumat lelaki tersebut kawan baik Rina. Malah dari sumber yang aku dapat, lelaki tersebut pernah melamar Rina…”

“What!!!” Aiman terkejut.

“Aku nak kau buat apa sahaja. Yang penting jauhkan lelaki ni dari keluarga aku” arah Adam tegas.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:26 PM | Show all posts
best2 suka2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 08:57 AM | Show all posts
Saya dah baca citer ni. Pernah disiarkan di blog Dr. Love, betul tak? Blog Koleksi Tinta-tinta Indah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 09:09 AM | Show all posts
best....sambung lagik yek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply 15# zeeghaz

citer ni memang hana siar kat blog hana (ceritera hatiku) lebih dahulu sblum siar kat cini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 09:44 AM | Show all posts
kak Jingga

tq atas kedit yg diberi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 12:00 PM | Show all posts
Cepatlah sambung shana......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 03:33 PM | Show all posts
moga CIKGU QASEH aka RIN akan terus tabah demi anak2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060026 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list