CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14706|Reply: 86

Abang Jem - SY ditipu...?!!...

[Copy link]
Post time 1-8-2011 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Tipu jaja majlis Salih Yaakob

                 
KUALA LUMPUR: “Saya kecewa apabila majlis meraikan empat isteri saya 24 September ini dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan sedangkan tujuan asal saya menganjurkan majlis itu sebagai amal jariah sepanjang 50 tahun saya hidup di muka bumi Allah,” kata pengacara terkenal, Salih Yaakob, 50.
  Kekecewaan itu diluahkan Salih sejurus dia memberitahu Majlis Malam Mesra Salih Yaccob dan Keluarga Tersayang yang dirancangnya pada September ini dipolitikkan dan diniagakan pihak penganjur untuk kepentingan mereka.

  Menurut Salih, awal Julai lalu dia didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Shafie, 50-an mendakwa  pemilik kedai emas di Johor dan menawarkan diri sebagai penaja majlis itu dengan nilai anggaran kos keseluruhan kira-kira RM400,000.    “Lelaki terbabit sanggup mendapatkan saya di Astro Bukit Jalil dan memberitahu mahu menaja majlis saya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Persada. Pada mulanya saya enggan menerima kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku namun sesudah lelaki itu tidak henti memujuk saya, akhirnya saya menerimanya.

  “Namun, yang peliknya apabila Shafie enggan menandatangani sebarang perjanjian dan tiada surat hitam putih dimeterai biarpun puas saya memintanya mewujudkan perjanjian bersama.    “Lelaki terbabit seolah-olah cuba merancang sesuatu sejurus meminta menangguhkan perjanjian  sehinggalah semalam (kelmarin),” katanya.

  Kata Salih, sepanjang sebulan berurusan dengan Shafie melalui lima kali pertemuan di ibu kota, lelaki itu berperangai pelik dan bersifat kurang ajar apabila memasuki bilik hotel penginapannya di Jalan Ampang, di sini, sesuka hati dan meminta isteri keduanya menjadi pembantu peribadi sepanjang menguruskan majlis terbabit.

  Menurutnya, dua minggu lalu ketika datang ke hotel penginapannya, lelaki terbabit menghampiri isteri kedua dan anak perempuannya dengan mengeluarkan kata-kata lucah iaitu “tidak dapat anak, emak pun jadilah”.



  “Saya geram dan mula mencurigai lelaki terbabit. Sesudah memeriksa latar belakangnya barulah saya tahu saya ditipu kerana Shafie bukanlah pemilik kedai emas, tidak bekerja dan banyak menipu orang ramai termasuklah terbabit satu kes penipuan pertandingan karaoke di Johor,” katanya.

  Menurut Salih, seminggu lalu dia mendapati lelaki itu mengiklankan majlis malam mesra  di Internet tanpa persetujuannya termasuk menjual meja tempahan bernilai RM5,000 dengan menawarkan 150 meja keseluruhannya.


  “Saya tidak merancang untuk ‘menjual’ majlis saya kerana majlis dirancang adalah untuk meraikan empat isteri, sambutan Aidilfitri, rumah terbuka untuk peminat dan majlis penyampaian sumbangan kepada mereka memerlukan,” katanya.

  Katanya lagi, lelaki terbabit mensasarkan ‘perniagaan’ itu dengan menawarkan meja tempahan kepada seluruh rakyat Johor selain turut menghasilkan baju, topi, cenderahati dan logo menggunakan namanya selain menyebarkan tandatangannya di blog seterusnya mencemarkan namanya.

  “Saya meminta kepada seluruh rakyat Johor supaya tidak terpedaya dengan iklan itu dan kepada mereka yang sudah membuat tempahan supaya segera berurusan dengan lelaki berkenaan. Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah menyetujui tempahan meja itu,” katanya.

  Kata Salih, menyedari ditipu, dia kini merancang  menganjurkan majlis makan malam itu menggunakan wang sendiri dengan memperuntukkan  RM500,000.

  “Saya mengimpikan menderma RM100,000 kepada isteri dan anak artis (artis yang sudah meninggal dunia) dan saya sudah pun memperuntukkan sejumlah wang untuk kegunaan mereka,”  katanya.

~KREDIT TO HARIAN METRO~

Banyaknye duit SY ni....huhu...ratus2 ribu ajeeee....huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 11:08 AM | Show all posts
500000 slu,mber jerk eik .. memasng banyak duit ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:12 AM | Show all posts
kaya nya abg sy ni........
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:15 AM | Show all posts
murah rejeki SY...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:15 AM | Show all posts
byknye duit...boleh caya ke ni...kiranye sy ni separuh jutawan la erk!
dari buat majlis gitu baik guna duit tu tuk belanja anak bini hari2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:19 AM | Show all posts
patut la bini byak..duit pn byak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2011 11:27 AM | Show all posts
tebal gak poket abg jem ni yek...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:29 AM | Show all posts
alhamdulillah jika niat baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 11:34 AM | Show all posts
kaya tp low profile...show pun byk...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:36 AM | Show all posts
kot2 dia ada aset lain such as rumah sewa kan... dia mampu baguslah... rajin pula menderma, semoga terus murah rezeki SY
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:38 AM | Show all posts
isk!! betul ke kaya atau kaya sembang nie!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:38 AM | Show all posts
kaya sy ..jutawan tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:44 AM | Show all posts
huih.... 500k tu.. banyak tol
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:45 AM | Show all posts
memang kaya SY nih..kaya duit..kaya isteri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:47 AM | Show all posts
perghhh..byk siot pitih abg sy ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:02 PM | Show all posts
yang si syapie nih memang cam haremm eh.
ngurat bni SY..patutle kena maki dengan SY.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 12:05 PM | Show all posts
takkan dibiarkan aje lelaki tu? tak report polis ke? senang2 je jantan tu melarikan diri kencing org lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:16 PM | Show all posts
betul ke RM500,000.00 ke reporter salah tulis Rm50,000.00???/
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:21 PM | Show all posts
betul ke RM500,000.00 ke reporter salah tulis Rm50,000.00???/
carly_lah Post at 1-8-2011 12:16


betul la kot...yg dia impikan nak derma kat isteri n anak artis yg dah meninggal pun dah cecah rm100k...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:25 PM | Show all posts
uhhh...murah rezeki SY...nasib baik tersedar sebelum tertipu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.076982 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list