CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13181|Reply: 93

Kenapa Benci Sangat TKhalidah TBidin Dengan Mawi???

[Copy link]
Post time 8-8-2011 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Pinggan tak retak, nasi tak dingin


CINTA Elia dan Apek akhirnya berkecai jua.

--------------------------------------------------------------------------------



KISAH cinta pemain bolasepak negara, Khairul Fahmi (Apek) dan tunangnya, Elia, mendominasi carta kontroversi minggu ini. Apek berterus terang memberitahu ikatan pertunangannya dengan gadis berusia 22 tahun itu tidak boleh diselamatkan.

Dia dan Elia tidak mungkin bersatu sebagai suami isteri kerana tidak berjodohan. Elia pula mendakwa putusnya cinta mereka angkara orang ketiga.

Banyak yang anggap kes putus tunang Apek dan Elia banyak persamaan dengan kes putus tunang penyanyi Mawi dan bekas tunangnya, Ina, lebih lima tahun lalu. Selepas Mawi popular, Ina ditinggalkan kesepian dan hal yang sama dilakukan Apek kepada Elia.

Cinta Mawi dan Ina, pada saya tak perlulah diungkit kembali. Masing-masing sudah bertemu pasangan hidup dan baik Ina mahupun Mawi sedang berbahagia dengan jodoh mereka.


Kita telah melihat banyak hikmah di sebalik kisah putus tunang Mawi dan Ina dulu dan tidak mustahil hikmah yang sama sedang menunggu Apek dan Elia pada masa depan.

Lebih baik putus tunang daripada berlaku perceraian setelah ke jinjang perkahwinan. Apa yang nyata, Elia bukan lagi menjadi 'pengarang jantung' selepas penjaga gol kebangsaan itu dipuja-puja ramai kerana kehandalannya beraksi di padang.

Benarkah cinta orang seperti Apek sangat mudah goyang? Apakah benar kerana terlebih popular, Apek menjadi 'lupa diri' dan sekaligus melupakan insan tersayang?

Itu hanya persepsi. Bagi saya, Apek membuat keputusan sangat 'lelaki' apabila memilih untuk berterus terang. Bila berasa tidak lagi boleh meneruskan ikatan, dia dengan rendah diri meminta untuk 'memulangkan' semula anak dara orang kepada ibubapanya. Bukan 'menjerat' dan menggantung Elia dalam ikatan pertunangan yang sia-sia tanpa sebarang arah dan tujuan. Apabila kasih sayang sudah hilang, baik dilepaskan, bukan disimpan.

Pun, iktibar dari kes ini boleh kita ambil dan kata orang tua-tua banyak benarnya. Kalau berbuat sesuatu perkara, biar berpada-pada, jangan kita dilihat keterlaluan.

Masih segar dalam ingatan betapa meriah majlis pertunangan mereka. Maaf cakaplah, sampaikan ada yang kata nampak berlebih-lebih sangat, sedangkan itu hanya majlis pertunangan.

Siap ada adegan posing berdua, berpelamin, seperti sudah jadi pengantin baru. Bila sudah jadi kes begini, yang menanggung malu, sudah tentu di pihak perempuan dan juga keluarga. Tambahan pula putus tunang itu dimaklumkan hanya melalui media, darjah 'malu' pun bertambah.

Kepada Elia, saya harap banyakkan bersabar menempuh ujian kehidupan. Allah tidak akan memilih kita untuk diuji kalau Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya.

Jadi perempuan kena kuat dan tidak perlu rapuh hanya kerana gagal dalam cinta. Masa depan Elia masih panjang, usah gundah gulana hanya kerana dikecewakan seorang lelaki.

Bangkit dan buktikan suatu hari nanti, Elia mampu mencapai kejayaan jauh lebih gemilang, malah lebih hebat daripada bekas tunang.

Dan sebagai perempuan, lebih baik kita ambil pendirian 'pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, aku pun tak ingin.' Itu lebih elok daripada kiasan 'perigi mencari timba'. Renung-renungkan dan selamat berpuasa dengan penuh kesabaran. Salam Ramadan!



----- Begitu byk retis yg putus tunang dan bercerai berai, mawi jugak yg dijadikan contoh. Aku tgk hampir semua penulisan dia yg menyentuh ttg putus tunang n bercerai, mesti ada sebut nama mawi, tulis pulak mcm penuh dgn dendam kesumat.  Pernah frust ngan mawi ke hapa tine ni?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 08:30 AM | Show all posts
takyah la bg Mawi sebagai contoh...bodoh bangang punya wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:31 AM | Show all posts
hm .. aper nak jadi ngan bekas penerbit tb3sukun nieee... hm .. y mek raser better kf bawak haluan sendiri ek??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:36 AM | Show all posts
wrtwn ni terlalu bijak kan... cuba tgk ayat die tu.... dah sebut mcm kes mawi n ina... pastu ade la tulis tak perlu ungkit kisah lama.... motif awal2 ko dah highlight kisah putus tunang....
asal putus tunang je mawi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:36 AM | Show all posts
sebab mawi punya cerita lebih kurang mcm tu jgk kot..ade ke artis lain yg berlaku kes putus tunang mcm ni slain mawi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:37 AM | Show all posts
sebab mawi punya cerita lebih kurang mcm tu jgk kot..ade ke artis lain yg berlaku kes putus tunang m ...
cheton Post at 8-8-2011 08:36



    bukan setakat putus tunang.. cerai berai pun ramai pe lepas pemes.... tapi still nak letak nama mawi hehehehehhe.. dia berkenan kat mawi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2011 08:38 AM | Show all posts
mawi kan terkenal dan menjadi pojaan..
layak la dijadikan contoh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:39 AM | Show all posts
bukan setakat putus tunang.. cerai berai pun ramai pe lepas pemes.... tapi still nak letak ...
redsentra Post at 8-8-2011 08:37

mslhnya wrtwn tu tak ingat... antara sbb putus tu wrtwn gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 08:39 AM | Show all posts
mawi kan terkenal dan menjadi pojaan..
layak la dijadikan contoh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:44 AM | Show all posts
hurm.. tu la kesian ngn mawi nie.. sume la bagi cth die mase apek ngn elia nie putus..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:46 AM | Show all posts
dah mavvi pemes.. kisah dier smpai masuk tv..

tapi benda lama, apsal nk ungkit2.. buat doser jekkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:51 AM | Show all posts
aura tsu-mawi masih ada........
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:55 AM | Show all posts
mslhnya wrtwn tu tak ingat... antara sbb putus tu wrtwn gak...
dino Post at 8-8-2011 08:39



    sb mawi menjadi pojaaan Dino harus jd contoh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:57 AM | Show all posts
Rasanya sebab kes putus tunang Mawi Ina sahaja yg ada program spesel dalam TV1/ASTRO
kes putus tunang org laen x de camtu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:58 AM | Show all posts
wrtwn ni terlalu bijak kan... cuba tgk ayat die tu.... dah sebut mcm kes mawi n ina... pastu ade la  ...
dino Post at 8-8-2011 08:36

kes putus tunang mawi dgn ina paling sensasi kot....siap ada buat prgm khas kat tv lagi tu....dan2 tu jgk lah ada siaran langsung majlis perkahwinan Tokti.....persaingan diantara tv stesen gamaknya.........nasib baik nama mawi tak dikaitkan dlm kes kembar dia yg asyik hilang tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:58 AM | Show all posts
merembes tgk mawi k0t
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 08:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by ladygempak at 8-8-2011 09:00

tsumawi....
tsufahmi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 09:00 AM | Show all posts
Ramai je artis kaki rampas...tapi nama mawi gak yg naik. takyah la nama samakan. dah takde jodoh nak wat camne. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 09:02 AM | Show all posts
kes putus tunang mawi dgn ina paling sensasi kot....siap ada buat prgm khas kat tv lagi tu....dan2 ...
achik2009 Post at 8-8-2011 08:58

yola kan.... yg kelakar time tu pak menteri pun sibuk psl rating... katanya show putus tunang tu mengatasi show live wedding ct...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 09:07 AM | Show all posts
yola kan....  yg kelakar time tu pak menteri pun sibuk psl rating... katanya show putus tunan ...
dino Post at 8-8-2011 09:02

tau takpe....artis lain mampooo??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.091369 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list