CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11853|Reply: 105

Awal Shaari tiada niat tandingi Melodi

[Copy link]
Post time 9-8-2011 06:26 AM | Show all posts |Read mode
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN

AWAL Ashaari merupakan pengacara Fuhhh! yang berjaya menghidupkan rancangan itu sejak hampir dua tahun lalu.



AWAL Ashaari merupakan pengacara rancangan hiburan, Fuhhh! terbitan TV3 sejak ia diterbitkan pada Januari tahun lalu. Malah, sejak dari awal diterbitkan sehinggalah kini, pengacara berusia 29 tahun terbabit masih mengacarakan rancangan tersebut.
Biarpun masih setahun jagung, tetapi Fuhhh! merupakan salah satu rancangan hiburan yang popular selepas Melodi yang turut diterbitkan oleh TV3 yang masing-masing terletak di bawah saluran televisyen (TV) swasta milik stesen penyiaran Media Prima Berhad.
Berbeza dengan Melodi yang sering bertukar-tukar pengacara, ia berlainan dengan Fuhhh! yang masih menaruh kepercayaan terhadap Awal sebagai pengacaranya. Fuhhh! dan Melodi juga dikatakan saling bersaing antara satu sama lain sejak akhir-akhir ini.
Menurut Awal, dia tidak menafikan rancangan yang diacarakannya itu mempunyai tarikan tersendiri. Namun, sambutan para penonton itu bukan menunjukkan dia mahu menandingi rancangan yang dikatakan berasal daripada inspirasi kejayaan Melodi.
"Saya cuba melakukan sedaya upaya saya bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikan Fuhhh! pada setiap minggu. Ia tiada kena mengena dengan istilah mahu 'caras mencaras' dan sebagainya. Setakat ini pun, Melodi masih berada di tangga teratas rancangan hiburan di TV3.
"Biarpun Melodi dan Fuhhh! rancangan berkonsepkan hiburan tetapi pendekatan kami berbeza. Contohnya, Melodi lebih ke arah gosip dan cerita sensasi, manakala Fuhhh! berbentuk informasi dalam dunia hiburan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.
Pada pertemuan sebelum rakaman Fuhhh! Merdeka Raya di PNB Darby Park, Kuala Lumpur itu, Awal mengacarakan rancangan tersebut bersama ramai artis jemputan antaranya pelakon drama Juvana, Johan As'ari, Saiful Apek, Fizz Fairuz, Miera Leyana dan Mia Sara.
Fuhhh! Merdeka Raya dengan durasi tayangan hampir sejam yang diterbitkan oleh Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau dengan kerjasama PNB Darby Park itu akan disiarkan melalui TV3 pada 30 Ogos ini pukul 11 malam sempena Hari Raya Aidilfitri.
Jelas anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur (KL) ini, Melodi dan Fuhhh! juga menampilkan gaya persembahan yang berbeza bukan setakat pengisian bahan-bahan di dalamnya tetapi juga waktu tayangannya agar ia tidak mengelirukan para peminat dua rancangan itu.
"Melodi ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, sedangkan Fuhhh! pula disiarkan pada setiap Selasa pukul 11.05 malam hingga 12 tengah malam. Fuhhh! dirakamkan sedangkan Melodi pula disiarkan secara langsung.
"Saya yakin lama kelamaan para peminat akan dapat membezakan antara rancangan Melodi dan Fuhhh! Sebab itu saya kata, saya mahupun Fuhhh! bukannya mahu bersaing dengan Melodi kerana kami berada di bawah stesen yang sama. Tetapi ia satu alternatif buat para penonton," ujarnya. -Utusan-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 06:46 AM | Show all posts
perlu ke nak bagi perhatian pada rancangan murahan cenggini? bukan nak tandingi tapi same je dgn melodi tu. rancangan yang biase sahaja. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 07:16 AM | Show all posts
la mmg ada pertandingan ker
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 07:18 AM | Show all posts
naik bosan aku nengok si awal ni dok tiup2 tangan gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 07:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by jojie at 9-8-2011 07:24

yuckkk tk suka awal pakai seluar macam ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 07:24 AM | Show all posts
Betul tu, TV3 macam dah takde idea, dok terbitkan rancangan2 infotainment yg sama jer, tapi lain konsep. Fuhhh ni mmg ntah apa2. Segmen dia pun ntah apa2. Mak tengok masa first episode jer, pastu THAT's IT! Dah lah rancangan murahan...pengacara pulak perasan JANTAN and perasan glamour itiew...koser mak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2011 08:07 AM | Show all posts
xsuka fuhh! semuanya xkena
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:17 AM | Show all posts
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


AWAL Ashaari merupakan pengaca ...
serulingsenja Post at 9-8-2011 06:26






x bleh ke ckp tu jujur pd diri sendiri, yeahhh sy mmg berusaha nk jadikan fuhh lg bgus n lagi bermakna dr melodi walaupn kami di bwh stesen yg sama, tp kami tetap mahu bersaing......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 08:18 AM | Show all posts
banyak juga yg tengok fuhhh ni rupanya............


.......................................fuhhhhhhhhhhh......................................
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:20 AM | Show all posts
awal buah!!~
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:42 AM | Show all posts
Betul tu, TV3 macam dah takde idea, dok terbitkan rancangan2 infotainment yg sama jer, tapi lain kon ...
MakareyumSuciey Post at 9-8-2011 07:24



    even die cakap tak bersaing ka .. mek raser fuh nie ala2 melodi extended version .. isi kandungan macam tu jugak .. senang la kalu macam tu .. hantor jer reput yang sama .. then buat cter yang sama .. tapi program berbeza.. adoyaiiii!! tanak komen pasal ader satu lagi program yang sejibik .. ingat tak?? yang irma hasmie jadi pengacara .. PUN SAMAAAAA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:45 AM | Show all posts
adoyaiiii!! tanak komen pasal ader satu lagi program yang sejibik .. ingat tak?? yang irma hasmie jadi pengacara .. PUN SAMAAAAA!!!samshik Post at 9-8-2011 08:42



    GALAKSI at TV9
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:47 AM | Show all posts
melodi pun dah tak hot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:56 AM | Show all posts
x bleh ke ckp tu jujur pd diri sendiri, yeahhh sy mmg berusaha nk jadikan fuhh lg bgus n ...
micha Post at 9-8-2011 08:17


errmmm... kenyataan yg sungguh berasas!!
mek suker!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:57 AM | Show all posts
even die cakap tak bersaing ka .. mek raser fuh nie ala2 melodi extended version .. isi ka ...
samshik Post at 9-8-2011 08:42



betul!! masa mek mula2 tgk galaxy pun mek terfikir sama ngan melodi..
kaedahnyer ada melodi, galaxy & fuh....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:11 AM | Show all posts
kalau dh tgk melodi..xyah tgk fuh ngn galaxy..sama jerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 09:14 AM | Show all posts
melodi dah x hot lah kawan ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:18 AM | Show all posts
aku x pnh tgk pun fuhh ni...
iklan pun x nmpak....

ari ape tayang???
ape yg same????
aduuuhhhh!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:24 AM | Show all posts
awal boleh tak tolong jangan pakai ketat atau yg kene tuck in sebab tak sesuai ngan "bentuk" dia...terlalu menonjol lah bende alah tu....mintak maaf ye akak tegur iklas..pakailah jeans ngan tshirt yg longgar..tak yah tuck in okehhh  



(harap harap awal bace sebab maybe die tak sedar kot bentuk tu slalu kelihatan kalau dia pakai ketat or tuck in)
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:30 AM | Show all posts
fuhh ++ melodi =  bahan yang sama (repeat)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.530263 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list