CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40610|Reply: 264

Cara Ibadah ahli penolak hadis

[Copy link]
Post time 10-8-2011 12:57 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by habibollah at 11-8-2011 15:26

Bismillah hir rahman nir rahim

to syeikh sirikhafi,cilijeruk dan tolokminda, dll (yang menolak hadis)

izinkan saya bertanya, saya curious, bagaimana kamu melakukan ibadah fardu setelah menepikan hadis,

1)sembahyang, didalam alquran, tidak ada menyatakan bagaimana cara menyempurnakan sembahyang dan semua bacaan(kecuali fathihah) adalah dari hadis dan sunnah.
2)cara berpuasa, berbuka puasa dan sahur? tambahan: apakah perkara yang membatalkan puasa?
3)mlakukan haji?
4)cara mandi wajib?Rephrase: bagaimana cara mensucikan diri selepas berjimak, selepas haid dan nifas?
5)memandikan jenazah,menyembahyangkan jenazah, doa untuk simati?cara mengkuburkan mayat dll?
6)sebelum nyawa dicabut, sebutan apakah yang patut dibaca?
7)bagaimana hal akad nikah?
8)Apakah yang kamu lakukan  kepada bayi yang baru lahir kedunia?
9)tatatertib menyembelih binatang korban?
10)bagaimana pula ibadah2 lain seperti sembahyang sunat gerhana,tarawikh, witr, dll?
11)bagaimana cara kamu berwudhu?atau bersuci?


harap syeikh2 menjawap tanpa ada rasa prejudis,buruk sangka terhadap pertanyaan saya, dan sila sertakan dalil2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2011 01:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 10-8-2011 01:18

Reply 271# cilijeruk


  
Kalau tidak ada dalam Quran maknanya tak payahlah nak mengada-adakan.

not a good answer

Tuhan memberitahu kita melalui Al-Quran bahawa kita perlu berpuasa sebagaimana orang terdahulu berpuasa. Dan di dalam Quran hanya satu contoh puasa orang terdahulu yang boleh kita jadikan teladan. Tapi saya percaya Habib tentulah tidak akan menerimanya.


susah sangat kah nak memberitahu jawapan terus?inikan perbincangan ilmiah

Al-Hajj bermaksud penyelidikan. Maka kalau nak buat penyelidikan mungkin elok kita tiru cara orang Jepun atau Korea atau USA atau Jerman dsbnya.

penyelidikan? nak selidik apa?

Tentang mayat ni, Tuhan beri kita petunjuk dari kisah manusia yang pertama mati dalam dunia ni. Tuhan hantar gagak aje untuk ajar manusia mengenainya. Tapi sudah tentu, yang begini pun tentulah Habib tak akan percaya.

maaf syeikh jika kasar bahasa, kalau awak yang mati bagaimana? atau ibubapa awak?isteri atau anak dll?so awakterus kuburkan mereka begitu sahaja?

Di dalam Quran Tuhan berulang-ulang kali mengingatkan kita supaya jangan mati ketika menyekutukan Tuhan. Jadi kalau nak sebut sesuatu sebelum mati pastikan ia bukan suatu ayat atau perkataan yang mengesahkan kita memang seorang penyekutu Tuhan.

saya nak tahu, ada pernah kah teman seperjuangan kamu yang telah meninggal dunia? bagaimanakah nafas terakhir dia?cuba ceta

Dalam Quran Tuhan ajar bagaimana, Habib?

saya tak perlu soalan, saya mahu jawapan.

Kena bersihkan dan beri dia susu. Takkan la tak sabar-sabar nak jadikan dia seorang penyekutu Tuhan pulak.

Maaf syeikh sekali lagi tetapi adakah ALQuran menyebut perkataan sedemikian?

Melalui Al-Quran Tuhan kata kita tidak boleh makan haiwan yang disembelih atas nama selain dari Tuhan. Jadi saya tak makan daging yang masa nak disembelih disebut-sebut nama ni.

nak sembelih pakai apa? nak sembelih sampai putus ke? anda pernah sembelih binatang korban ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:18 AM | Show all posts
Salam dan maaf mencelah,

Seperti yg saya katakan (di topik sebelah) beramal ibadah perpandukan Al Quran semata-mata disamping  berpandukan di luar Al Quran tentulah mempunyai "cara" yg berbeza dalam pelaksanaannya.

Kebanyakkan pelaksanaannya pula bukanlah baginda Nabi sebagai pelopor atau pemulaan tetapi telah lama diamalkan sebelum kedatangan agama islam dan baginda sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 10-8-2011 10:04

1. Sholat

Seperti yg saya katakan kebanyakkan amalan syariat bukanlah baginda nabi yg memulakan atau diwajibkan keatas baginda nabi dan umat islam, begitu juga dengan arahan ibadah sholat.

Saya percaya baginda nabi dan nenek moyang baginda adalah penganut agama nabi Ibrahim dengan erti kata lain mereka beriman kepada Allah melalui syariat Nabi Ibrahim. Oleh itu sholat bukan pertama kali di arahkan kepada umat islam semasa peristiwa israj mikraj seperti yg dipercaya ramai tetapi telah baginda nabi amalkan sejak lama sebelum di lantik menjadi Rasul.

Ok, sekarang kita masuk kepada soalan iaitu penyempurnaan sholat berpandukan Al Quran semata-mata.

Rukun sholat dalam Al Quran yang Allah senaraikan  adalah;

1.        Berdiri
2.        Rukuk
3.        Sujud
4.        Bersuara
5.        Faham apa yang dibaca/ucapkan.


Ini sahaja rukun yang Allah senaraikan dan lebih mudah dari 13 rukun yang berpandukan selain Al Quran. Antara dalil berdiri, rukuk dan sujud adalah;

AQ 5:6. ' Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu  berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan ........'

AQ 4:142. " Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas,....."

AQ 2:125 .......... "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

AQ 22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.

AQ 22:26. "......... Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

Manakala dalil “bersuara” dan “faham apa yang dibaca/ucapkan” telah saya kemukakan pada posting saya diatas... sial rujuk.

Bacaan ketika sholat

Semasa Berdiri

Apabila hendak memulakan sholat, kita hendaklah menyeru nama Allah dengan menyebut salah satu nama-namaNya.

AQ 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

Dari ayat diatas dengan jelas mengarahkan agar nama Allah sahaja diseru, penambahan lain tidak diarahkan. Oleh itu kita boleh menyebut perkataan "Allah" sahaja atau "ArRahman" atau "ArRahim" atau "AsSalaam" dan sebagainya.Memandangkan perkataan "Akbar" tidak termasuk dalam salah satu nama-nama Allah, maka tidak perlu diucapkan.

Kemudian selepas itu bolehlah dibaca ayat-ayat lain, antaranya ayat yang berbentuk ikhrar atau taat setia kita hanya kepada Allah;

AQ 6:162-163..... "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintahkan, dan aku yang pertama muslim."

Dan oleh kerana surah Fatihah adalah merupakan sebuah doa maka ianya amat sesuai dibaca;

AQ 1:1- 6. Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.Yang Pemurah, Yang Pengasih.Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.

Dan kalau nak tambah lagi boleh dipilih ayat-ayat yang sesuai untuk menyatakan kebesaran, keesaan, kekuasaan Allah atau memohon perlindungan dari Allah. Sebagai contoh;

AQ 114:1-6 ...."Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap,Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia."

AQ 112:1. ....... "Dia Allah, Satu, Allah, tempat perlindungan yang berkekalan, Yang tidak beranak, dan tidak diberanakkan, Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa."

Selain ayat-ayat diatas banyak lagi ayat-ayat yang sesuai dibaca ketika sholat dan harus diingat ada juga ayat-ayat yang tidak sesuai dibaca, antaranya;

AQ 2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan menepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.

AQ 20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.

Walaupun ayat-ayat diatas diambil dari Al Quran tetapi tidak sesuai dibaca ketika sholat sebab itu betapa penting kita mengetahui apa-apa yang kita ucapkan ketika sholat agar kita tidak disamakan dengan orang yang mabuk.

AQ 4:43. "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, ........"

Rukuk

Bacaan semasa ruku, bolehlah mengambil teladan daripada Nabi Daud yang memohon ampun semasa tunduk.  Banyak ayat-ayat Quran yang mencontohkan cara-cara memohon ampun dan inilah cara yang terbaik sekali kita memohon keampunan atau bertaubat iaitu semasa ruku.

AQ 38:24 ......"Dan Daud menyangka bahawa Kami mengujinya; maka dia meminta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan"

Pernahkah antara saudara-saudara memohon ampun semasa ruku/tunduk dalam hidup saudara2 atau mengamalkan mesej Allah seperti ayat diatas… atau mesej Allah diatas dianggap sebagai penceritaan sahaja tanpa apa-apa maknanya.

Sujud

Semasa sujud pula kita hendaklah memuji akan kebesaran Allah;

AQ 32:15. Orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diperingatkan dengannya jatuh bersujud, dan melafazkan sanjungan Pemelihara mereka,

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud. (Membaca ayat-ayat yang menyanjung atau memuji Allah).

Banyak bacaan-bacaan dalam Al Quran yang boleh dijadikan panduan untuk melafazkan sanjungan kepada Allah.

Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:

AQ 10:10  "Dan akhir seruan mereka, 'Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.'"

Bersuara

AQ 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

Faham apa yg diucapkan

AQ 4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi;.....

Maka selesailah sudah "penyempurnaan" sholat menurut Al Quran dan semasa sholat tidak perlulah menceritakan kisah Abu Lahab, kisah orang-orang Quraisy, Tentera Bergajah dan tentang hari kiamat kepada Allah.

Rakaat

Walaupun dalam Al Quran tidak menyebut jumlah rakaat dalam setiap sholat, namun dalam surah An Nisaa 104 dapat difahami bahwa sholat tersebut mengandungi dua rakaat sahaja;

AQ 4:102. Apabila kamu dikalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongandaripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada dibelakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka............

Apa yang dapat difahami dari ayat diatas bahwa sholat ada dua rakaat iaitu rakaat pertama sebahagian sholat mengikut imam dan sebahagian lagi berjaga-jaga manakala pada rakaat kedua mereka2 yang telah sholat pada rakaat pertama digantikan pula mereka2 yang belum sholat…. Dan keadaan ini dalam masa darurat (perang), untuk masa normal maka hendaklah disempurnakan dua rakaat tersebut.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:56 AM | Show all posts
Salam Habib,

not a good answer


Laa.. kan kamu sendiri yang kata sembahyang tak ada dalam Quran.

susah sangat kah nak memberitahu jawapan terus?inikan perbincangan ilmiah


Saya sudah kemukakan pandangan saya mengenai puasa di Forum ini banyak kali. Tak perlulah saya ulang lagi. Kalau saya ulang pun kamu bukannya percaya.

penyelidikan? nak selidik apa?


Yup. Menurut Al-Quran Haj & Umra adalah penyelidikan dan pembangunan. Nak selidik apa? Selidik la apa saja seperti yang boleh kita lihat para saintis dalam pelbagai bidang buat. Sebab penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh golongan saintis dan pengusaha inilah manusia dapat membina tamadun dan menikmati kurniaan Tuhan kepada mereka dengan lebih baik dan mencukupi. Kalau tidak ada saintis selidik pasal ayam misalnya, kamu nak makan ayam pun belum tentu dapat tau Habib. Kalau tunggu ayam kampung besar, alamat empat kali ajelah kamu dapat makan ayam seumur hidup kamu.

Kalau kita lihat dalam Al-Quran suruhan supaya Haj atau menyelidik adalah kepada seluruh manusia. Nasib baiklah ada manusia yang menyahut suruhan Tuhan. Kalau harap golongan agama saja, pakat kebulurlah kebanyakan manusia di dunia. Dan Habib pun mungkin masih duduk dalam gua sambil memakai cawat dari kulit babi.

maaf syeikh jika kasar bahasa, kalau awak yang mati bagaimana? atau ibubapa awak?isteri atau anak dll?so awakterus kuburkan mereka begitu sahaja?


Dalam soal saya sendiri mati, saya serahkan pada yang hidup la nak buat apa. Saya dah mati, apa yang berlaku di dunia sudah tidak menjadi masalah kepada saya. Kalau orang lain mati saya ikut ajelah budaya komuniti setempat. Itu lebih mudah dari cuba melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan masalah dalam komuniti.

saya nak tahu, ada pernah kah teman seperjuangan kamu yang telah meninggal dunia? bagaimanakah nafas terakhir dia?cuba ceta


Saya tak ada teman seperjuangan. Saya orang biasa saja. Dalam dunia ni kematian berlaku saban masa. Biasanya, bila sampai masa untuk mati, maka orang tu mati aje lah. Nafas pun berhenti. Cuba tanya nurse atau doktor. Mereka lebih selalu berhadapan dengan orang nak mati berbanding dengan orang lain.

saya tak perlu soalan, saya mahu jawapan.


Soalan pun boleh jadi jawapan sebenarnya.

Maaf syeikh sekali lagi tetapi adakah ALQuran menyebut perkataan sedemikian?


Itu kan common sense (al-hikmah) saja. Mana-mana pun dalam dunia ni bila bayi lahir mereka akan dibersihkan dan diberi susu. Kamu dulu pun sama.

nak sembelih pakai apa? nak sembelih sampai putus ke? anda pernah sembelih binatang korban ke?


Pakailah apa-apa kaedah yang sesuai asalkan ia bukan dari jenis yang dilarang oleh Tuhan. Tidak ada satu ayat pun dalam Quran kata nak sembelih binatang mesti kerat leher dia. Saya tak pernah sembelih binatang korban. Itu kerja orang menyekutu Tuhan aje. Makan binatang korban pun saya minta dijauhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:07 PM | Show all posts
kalo menolak hadis.. bukan islam lagi namanya.....
dalam permasalah ini berikan org yg berilmu agama yg menjawabnya..
kalo kita yg kurang ilmu menjawabnya.. porak peranda dan membawa fitnah pada islam itu sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply 3# anakmacho

wa alaikum salam....tiada keperluan untuk mencelah

Kebanyakkan pelaksanaannya pula bukanlah baginda Nabi sebagai pelopor atau pemulaan tetapi telah lama diamalkan sebelum kedatangan agama islam dan baginda sendiri.


saya setuju part ni. cara sembahyang itu menjadi ketentuan ALLAH.

Pernahkah antara saudara-saudara memohon ampun semasa ruku/tunduk dalam hidup saudara2 atau mengamalkan mesej Allah seperti ayat diatas… atau mesej Allah diatas dianggap sebagai penceritaan sahaja tanpa apa-apa maknanya.


hanya ALLAH sahaja yang tahu

bagaimana pulak soalan saya no:2- 11

To Cilijeruk

Laa.. kan kamu sendiri yang kata sembahyang tak ada dalam Quran.

ini sudah menandakan kurang pemahaman dalam soalan yang saya ajukan

Yup. Menurut Al-Quran Haj & Umra adalah penyelidikan dan pembangunan. Nak selidik apa? Selidik la apa saja seperti yang boleh kita lihat para saintis dalam pelbagai bidang buat. Sebab penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh golongan saintis dan pengusaha inilah manusia dapat membina tamadun dan menikmati kurniaan Tuhan kepada mereka dengan lebih baik dan mencukupi. Kalau tidak ada saintis selidik pasal ayam misalnya, kamu nak makan ayam pun belum tentu dapat tau Habib. Kalau tunggu ayam kampung besar, alamat empat kali ajelah kamu dapat makan ayam seumur hidup kamu.

Kalau kita lihat dalam Al-Quran suruhan supaya Haj atau menyelidik adalah kepada seluruh manusia. Nasib baiklah ada manusia yang menyahut suruhan Tuhan. Kalau harap golongan agama saja, pakat kebulurlah kebanyakan manusia di dunia. Dan Habib pun mungkin masih duduk dalam gua sambil memakai cawat dari kulit babi.

teruskan dengan amalan anda

Dalam soal saya sendiri mati, saya serahkan pada yang hidup la nak buat apa. Saya dah mati, apa yang berlaku di dunia sudah tidak menjadi masalah kepada saya. Kalau orang lain mati saya ikut ajelah budaya komuniti setempat. Itu lebih mudah dari cuba melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan masalah dalam komuniti.


baguslah kalau berdamai begitu.bagaimana pulak yang dibawah tanggung jawab anda?

Saya tak ada teman seperjuangan. Saya orang biasa saja. Dalam dunia ni kematian berlaku saban masa. Biasanya, bila sampai masa untuk mati, maka orang tu mati aje lah. Nafas pun berhenti. Cuba tanya nurse atau doktor. Mereka lebih selalu berhadapan dengan orang nak mati berbanding dengan orang lain.


true jika mati itu mati accident /sakit jantung terus mati/stroke dll. tetapi dalam kes orang yang melalui nazak, orang yang dekat padanya adalah keluarga dan teman2nya.

Soalan pun boleh jadi jawapan sebenarnya.


tak jawap pun tak apa

Itu kan common sense (al-hikmah) saja. Mana-mana pun dalam dunia ni bila bayi lahir mereka akan dibersihkan dan diberi susu. Kamu dulu pun sama.


maaf, tidak sama..mungkin anda begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:57 AM | Show all posts
Reply 6# hairuldisini

Salam,

Betul kata sdr, menolah hadis bukan islam namanya kerana Allah telah menurunkan hadisNya yg terbaik sebagai sebuah kitab;

AQ 39:23.Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,....

Masalahnya orang berilmu dari golongana mana pula yg perlu untuk menjawabnya.....

Namun jgn dilupa kita wajib mencari ilmu dan tidak boleh menjadi Pak turut tanpa ilmu;

AQ 17:36. Dan janganlahmengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, danpenglihatan, dan hati - semua itu ditanya.


Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2011 09:59 AM | Show all posts
To all:

based dari pengalaman orang yang pernah melakukan haji...sesiapa yang mahu mengetahui kebenaran amalannya /jalan/ilmu yang dipegangnya, dia akan dinampakkan oleh ALLAH dimekah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 7# habibollah

bagaimana pulak soalan saya no:2- 11


Salam,

Kena sabar bro... perlahan-lahan kayuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:20 AM | Show all posts
2)cara berpuasa, berbuka puasa dan sahur? tambahan: apakah perkara yang membatalkan puasa?


Salam,

Wajib puasa;

AQ 2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

Bulan wajib berpuasa, kewajiban kepada orang yg hidup pada bulan tersebut dan kelonggaran atas sebab yg tertentu.

AQ 2:185. Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

Tempoh puasa, larangan ketika puasa yg menyebabkan batalnya puasa.

AQ 2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 03:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 11-8-2011 15:25

Reply 6# hairuldisini


    tiada ilmu yang dapat mengatasi ilmu ALLAH. sebab itu kita diseru didalam alQuran untuk menyerahkan perkara perbalahan dalam hal agama kepada ALLAH dan RasulNya. menyerahkan kepada ALLAH dan RasulNya menjadi masalah pada sesiapa yang masih ragu2 kepada yang ghaib. walau apa pun, perbincangan ini adalah HANYA untuk mengetahui pegangan orang yang menolak hadis, part kita yang berpegang kepada AlQuran dan Hadis, hendaklah kita terus memantapkannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply 10# anakmacho

understanding...kayuhlah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:49 AM | Show all posts
3)mlakukan haji?


Kita KIV dulu bab ini kerana sangat panjang nak mengemukakannya.

4)cara mandi wajib?Rephrase: bagaimana cara mensucikan diri selepas berjimak, selepas haid dan nifas?

   

Jika kita semak Al Quran dari surah pertamasehingga terakhir, maka kita akan mendapati arahan Allah dan rasulNya mewajipanuntuk mandi hanya selepas berjimak atau bersetubuh selain itu tiada arahanmewajibkan untuk mandi;


4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlahmendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yangkamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan,sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jikasalah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuhperempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan)dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu;sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.


Oleh kerana Allah dan rasulNya tidak menetapkan“cara” mandi, maka terpulanglah kepada manusia itu sendiri bagaimana nak mandi.



5)memandikan jenazah,menyembahyangkan jenazah, doa untuk simati?cara mengkuburkan mayat dll?



Allah dan rasulNya mengajar manusia apabila berlakukematian, maka mayat hendaklah dikuburkan, ini dapat diambil dari kisahberikut;


5:31. Kemudian Allah mengirimkan seekor burunggagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk memperlihatkan kepada diabagaimana dia akan menyembunyikan mayat saudaranya yang mengaibkan…………..


Dalam Al Quran juga perkataan “kubur” banyak kalidi sebut, maka sebut sahaja “kubur” orang sudah faham sejak sebelum kedatanganagama islam lagi apa itu “kubur”.


Berdoa kepada si mati, maka terpulanglah kepadamanusia (yg hidup) itu sendiri untuk mendoakan akan kebaikkan si mati semasadiakhirat kelak, seperti memohon ampun agar Allah mengampunkannya. Banyakcontoh2 doa yg Allah ajarkan dalam Al Quran.


Lain2 hal tidak perlu dilakukan seperti memandikan,menyembahyangkan dsbnya bukan kewijiban kerana arahan Allah dan rasulNya dlm AlQuran untuk mandi adalah setelah bersetubuh apabila hendak menunaikan sholat. Manakalaarahan Allah dlm Al Quran untuk sholat adalah bertujuan untuk menyembahNya.


Selain itu tindakan lainnya terpulang kepada commonsense manusia itu sendiri.



6)sebelum nyawa dicabut, sebutan apakah yang patut dibaca?



Dalam Al Quran tiada arahankhusus dari Allah dan rasulNya untuk membaca sesuatu sebelum mati. Jika tidak,maka terpaksalah mereka yg mati semasa kemalangan dan seumpamanya wajib membaca“sesuatu” sebelum mereka mati secara tiba-tiba. Tanpa membaca sesuatu apapunAllah sudah tahu akan keimanan seseorang dan berdasarkan amalan seseorangsepanjang hayatnya. Atau perlukah seseorang itu mengumumkan sesuatu ataskeimanannya sebelum mati ?


Wallahu alam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 14# anakmacho

Alhamdulillah jawapan anda sungguh menarik

Jika kita semak Al Quran dari surah pertamasehingga terakhir, maka kita akan mendapati arahan Allah dan rasulNya mewajipanuntuk mandi hanya selepas berjimak atau bersetubuh selain itu tiada arahanmewajibkan untuk mandi;

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlahmendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yangkamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan,sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jikasalah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuhperempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan)dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu;sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.

Oleh kerana Allah dan rasulNya tidak menetapkan“cara” mandi, maka terpulanglah kepada manusia itu sendiri bagaimana nak mandi.

  
jadinya sesiapa yang melakukan onani atau wet dreams tu bagi kamu tak payah mandi wajib le?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 12-8-2011 11:37

Reply 15# habibollah

Kita lihat sekali lagi ayat Allah dan rasulNya ini;

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan,sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan)dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu;sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.

Perhatikan perkataan yg saya boldkan, dalam ayat yg sama Allah menggunakan dua perkataan yang berbeza dgn maksud yg seakan sama iaitu "bersetubuh". Mengapa Allah tidak menggunakan perkataan junub di kedua-dua tempat atau menyentuh perempuan di kedua-dua tempat jika maksud adalah sama? Maka perkataan junub boleh membawa maksud yg lebih luas seperti bersetubuh, mengeluarkan mani dgn sengaja,tidak kiralah onani ke, lesbian ke atau homoseks (gay) dsbnya.

Wallahu Alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 02:48 PM | Show all posts
8)Apakah yang kamu lakukan  kepada bayi yang baru lahir kedunia?


Soalan Habib ini agak umum, jika seorang bayi lahirdah tentu seseorang itu tahu apa perlu dilakukan berdasarkan akal yg Allahtelah bekalkan kepada manusia. Namun saya cubafahami bahwa maksud Habib ini ialah amalan tertentu seperti azan/qomat
ke teliga bayi lelaki/perempuan kan ? Untuk pengetahuanumum, amalan azan/qomat ke teliga bayi ini, pihak pengamal riwayat hadissendiri telah memaklumkan bahwa riwayat hadis tersebut adalah palsu.


Dalam Al Quran Allah dan rasulNya telah khabarkan kepadakita, apa yg patut dilakukan semasa menyambut bayi baru lahir iaitu “berdoa”sebagaimana ibu Mariam berdoa;



3:36. Danapabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telahmelahirkannya, seorang anak perempuan." Allah sangat mengetahui apa yangdia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, "Dan akumenamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya,daripada syaitan yang direjam."


9)tatatertib menyembelih binatang korban?


Sepertimana amalan lainnya,sembelih haiwan juga telah diamalkan sejak lama untuk mengorbankan haiwan,banyak kisah2nya dalam Al Quran. Sebut sahaja “sembelih” umum sudah mengetahuidibahagian mana perlu dilakukan sembelihan itu dan apa patut dilakukan untukmempercepatkan kematian haiwan tersebut.



10)bagaimana pula ibadah2 lain seperti sembahyang sunat gerhana,tarawikh, witr, dll?


Allah dan rasulNya tidak ada menyebut berkenaan sholat sunat dalam Al Quran, maka pelaksanaannya tentulah tidak ada.

11)bagaimana cara kamu berwudhu?atau bersuci?



5:6.Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah mukakamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamuhingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu;.........

7)bagaimana hal akad nikah?


Untuk akad nikah sila rujuk artikel ini  -> perkahwinan

3)mlakukan haji?


Untuk haji pula sila rujuk artikel ini  -> haji dalam Al Quran

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 17# anakmacho


  
Untuk pengetahuanumum, amalan azan/qomat ke teliga bayi ini, pihak pengamal riwayat hadissendiri telah memaklumkan bahwa riwayat hadis tersebut adalah palsu.
siapakah pengamal yang memalsukan itu dan boleh cut paste hadis tu sini?


Untuk akad nikah sila rujuk artikel ini  -> perkahwinan



difahami
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 05:23 PM | Show all posts
To all:

based dari pengalaman orang yang pernah melakukan haji...sesiapa yang mahu mengetahui keb ...
habibollah Post at 11-8-2011 09:59



kisah tu kisah karut je habibola..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 06:09 PM | Show all posts
Soalan Habib ini agak umum, jika seorang bayi lahirdah tentu seseorang itu tahu apa perlu dilaku ...
anakmacho Post at 12-8-2011 14:48


Saya nak mencelah sedikit sahaja berkenaan hadith yang awak kat palsu tu.  Setahu saya ia adalh dhaif dan hasan.  Tak ada yang palsu.  Atau mungkin awak langsung tak faham dan kata dhaif sama dengan palsu.  Sila kemukana hujah mana pengamal yang kata palsu seperti yang diminta sheikh habib.  sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074470 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list