CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: habibollah

Cara Ibadah ahli penolak hadis

[Copy link]
Post time 11-3-2012 03:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by Dzulqarnain at 11-3-2012 05:12
Dah sampai di sini. Terima kasih
mnm77 Post at 9-3-2012 18:13



Maaf krn mengganggu,
diharap saudara dpt beri pencerahan...

Didalam kitab Said Ramadan bertajuk "Islamic Law, Its Scope and Equity" terbitan Muslim Youth Movement of Malaysia, Kuala Lumpur, second edition 1992, di ms 87 ada dinyatakan kata kata imam imam mazhab tersebut:


1. Abu Hanifah - "It is not right on the part of anyone to adopt what we opine unless he knows from where we derived it".


2.Malik - "I am but a human being. I may be wrong and I may be right. So first examine what I say. If it complies with the Book and the Sunnah, then you may accept it. But if it does not comply with them, then you should reject it."


3. Al-Shafii - "If ever I opnine in deviation from a Tradition, then you should follow the Tradition and never imitate me. And if a report is later authenticated as being a Tradition, then whatever I had opined contrary to it is no more valid, and you should follow the tradition."


4. Ibn Hanbal - "Do not imitate me, or Malik, or Al-Shafii or Al-Thawri, and derived directly from where they themselves had derived".


Apa yang lebih menarik ialah di ms yang sama dikatakan bahawa didalam kitabnya Al-Umm, Shafii mengatakan jika terdapat perbezaan pendapat diantara mereka yang mengunakan "individual reasoning" mereka sundri, in the absence of binding texts, setiap seorang dari mereka hanya terikat kepada pendapat dia sundri, dan tidak seorang pun dari mereka boleh mengenepikan apa yang dia rasa betul untuk mengikut pendapat orang lain secara membabi buta!


...petikan drpd thread di CI -> LINK

Abaikan jika tdk relevan. Tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 10:55 PM | Show all posts
ohhh... cakap la awal-awal, awak tolak hadith yg awak sangkakan/anggap palsu.

Takkan Nabi  ...
Nazrulism Post at 11-3-2012 01:36

Sangkakan Palsu ? Tidak, bukan itu maksud saya. Bagaimana saya tahu sesuatu riwayat hadis itu benar2 dari rasul dan mana satu adalah manipulasi manusia berkepentingan melainkan awak boleh memberi jaminan bahwa riwayat2 hadis itu bebas 100% dari manipulasi manusia.

Betul, nabi tidak akan mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan Al Quran tetapi berapa banyak riwayat2 hadis  yang bertentangan dengan Al Quran yang disandarkan kepada nabi yang awak amalkan atau percaya secara sedar atau tidak.

Mana-mana syariat yang tidak terdapat dalam Al Quran terdapat pula dalam riwayat2 hadis maka itu adalah tambahan.

Sepanjang 23 tahun.. Rasulullah hanya dapat berkata 6000 lebih ayat sahajakah (ayat Al Qur'an sahaja) ?

Awak memahami agama berdasarkan ada perkataan spesifik dalam Al Qur'an... Bagaimana dengan mee goreng, halal atau tidak.. saya tak jumpa perkataan mee goreng dalam Al Qur'an ?.

Jika perkataan Hadith Nabi/ Sunnah Nabi... tiada masalah kalau ditukar kepada "suri teladan Nabi".... bendanya sama!


Lihat respon saya kepada sdr MNM77 yang lalu berkenaan soalan awak itu.

Kenapa dengan mee goreng.... takkan nak makan mee goreng awak nak tanya Allah, apa guna akal yang Allah bagi kat awak tu..... orang yg tak guna akal Allah kata lebih teruk dari binatang ternakan, awak wajib tahu itu.

Allah kata;

AQ 16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

Jadi jika mee goreng itu halal dan baik maka makanlah......

Itu kata awak, tiada masalah nak tukar..... apa pula kata Allah dan RasulNya;

AQ 6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

AQ 18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat menukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu mendapati tiada perlindungan.

Riwayat hadith Rasul yg terdahulu hanya boleh dicontohi jika diriwayatkan dalam Al Qur'an dan Hadith Nabi s.a.w sahaja... Bahkan Hadits Allah (suhuf2, zabur, Taurat, Injil) kepada rasul2 terdahulu juga sedemikian kerana tiada yang otentik periwayatannya. jadi ayat al ahzab:21 mengkususkan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana kata2 dan perbuatannya dapat dilihat/didengar oleh ramai orang selama hayat Baginda s.a.w dan meriwayatkan dengan method yang membolehkan pelbagai riwayat ini dikaji akan kesahihannya.(penjelasan dari Al mumtahanah:4)


Saya sudah memberi pendapat saya berkenaan Ayat 21 surah Al Ahzab iaitu untuk mentaati rasul Allah termasuk nabi Muhammad adala melalui Al Quran. Method yang bagaimana dikatakan riwayat hadis itu sahih dan adakah awak boleh jamin 100% bahwa yang dianggap sahih pada hari ini, esok lusa dan selamanya tetap juga dianggap sahih ?

Persoalannya...
Bagaimana kita nak mencontohi Baginda dizaman ini, tentang perkara yang tiada detailnya dalam Al Qur'an?  
Bagaimana kita nak mencontohi fahaman baginda pada sesuatu ayat, kerana kita tak mendengar sendiri penjelasan baginda.  
Bagaimana kita nak mencontohi al hikmah Baginda ketika ini?


Apa maksud awak tiada detailnya dalam Al Quran, adakah berkenaan syariat atau perkara-perkara asas dalam kehidupan seharian ?

Kan Al Quran itu ada, maka rujuklah Al Quran jika mahu mencontohi baginda nabi dalam bersyariat. Bukan sahaja Al Hikmah nabi Muhammad malah Al Hikmah nabi-nabi sebelumnya juga ada dalam Al Quran, maka rujuklah Al Quran itu jika mahu mencontohi Al Hikmah mereka semua.

Persoalannya; Adakah amalan praktikal Nabi yang sisaksikan oleh beribu-ribu orang seperli wuduk, solat, Haji menyalahi Al Qur'an?

Adakah awak menuduh Nabi tidak mengamalkan Al Qur'an dengan melakukan perkara seperti yg telah disaksikan oleh orang ramai ketika itu?


Wuduk, sholat, haji dan ibadah lain yang disebutkan dalam Al Quran ada dalam Al Quran sudah tentu nabi mempratikalkannya berpandukan Al Quran, maka tidak timbul persoalan nabi menyalahi Al Quran.

Menuduh ? Tidak sama sekali sebalilknya pada saya riwayat2 hadis yang menyandarkan kepada nabi itulah yang boleh dimanipuasi oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan lantas memperkudakan nama nabi, melainkan awak boleh memberi jaminan 100% bahwa riwayat2 hadis itu bebas dari manipulasi manusia berkepentingan. Kita ambil contoh, iaitu berkenaan riwayat hadis berkenaan Nabi bernikah dengan Aisyah semasa umur Aisyah 9 tahun dan dalam masa yang sama ada riwayat atau catatan sejarah mengatakan nabi menikah dengan Aisyah semasa Aisyah berumur 19 tahun.

Itu bercerita.. bukannya penjelasan.
Penjelasan adalah menerangkan kaedah2 berpuasa, perkara yg membatalkan puasa dan lain2 yang berkaitan dengan puasa yg tiada perincian dalam Al Qur'an.


Terpulang pada awak nak mengatakan bercerita atau apa tapi yang pasti nabi bukanlah pelipur lara atau tukang cerita. Awak pasti ke Allah dan rasulNya tiada nyatakan berkenaan pembatalan puasa dalam Al Quran ?

Perkara pokoknya adalah membasuh anggota, keutamaan kepada 4 anggota.. anggota lain yang pada fahaman Nabi juga boleh dibasuh (tidak menjadi kesalahan).. dan Nabi menunjukkan suri teladannya (sunnahnya).


Mengapa nabi perlu tambah atas kefahamannya sendiri, adakah nabi tidak yakin dengan ajaran Allah, adakah arahan Allah tidak sempurna dan perlu di tambah lagi dan untuk apa penambahan itu ? Pada saya, itu bukan dari nabi melainkan orang tertentu yg berkepentingan memperkudakan nama nabi.

Seolah awak berkata Nabi ikut sunnah (yg tiada perkataannya dalam al Qur'an; hujah awak) kaum2 terdahulu.  
Sebenarnya... Syariat Nabi s.a.w berbeza dengan kaum2 yang lain, syariat terdahulu tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya, itulah yang dijelaskan melalui sunnah beliau s.a.w.


Kat mana saya kata ”sunnah” tiada perkataanya dalam Al Quran ? Bukankah berulang kali perkataan itu diulang dalam Al Quran dan yang pasti perkataan yang tiada disebut adalah ”Sunnah Nabi” atau ”Hadis Nabi”.

Saya juga tidak mengatakan bahwa syariat nabi2 terdahulu adalah sama dengan syariat nabi Muhammad namun yang jelas syariat2 mereka ada disebut dalam Al Quran dan dalam Al Quran itulah yang sahih sebenarnya. Apa pula syariat nabi2 terdahulu yang dijelaskan melalui sunnah nabi. Tolong jelaskan syariat yg bagaimana yang awak maksudkan ?

Ok.. kita dah setuju sunnah nabi mengikut wahyu.
Riwayat hadith tidak dimasukkan dalam Al Qur'an kerana ia bukan riwayat dari Nabi sepertimana Al Qur'an... awak kena faham 'riwayat-riwayat' itu bukan wahyu- periwayat hadith tidak menerima wahyu, 'Sunnah Nabi' itu wahyu spt yg kita persetujui!


Yup sunnah atau amalan perbuatan nabi mengikut wahyu. Namun secara jujurnya saya tidak faham apa yang awak cuba sampaikan dalam kenyataan awak yang saya quote diatas..... berbelit2 rasanya kenyataan awak itu. Bukankah untuk awak mengetahui sunnah nabi awak memerlukan riwayat hadis yang berlambak2 tu, atau bagaimana ?

17:39 menerangkan perkara2 yg disebut dalam ayat sebelumnya adalah daripada al hikmah, bermaksud banyak lagi al hikmah yg tidak dicatitkan dalam Al Qur'an yg diwahyukan kepada Nabi.

Riwayat hadith adalah 'al hikmah Nabi' yg sampai kepada umat sekarang.. Bukannya 'riwayat' itu al hikmah.


Betul ayat 17:39 itu adalah merujuk kepada ayat sebelumnya. Ini membuktikan bahwa kandungan Al Quran itu adalah juga Al Hikmah sebab itulah ianya disebut Al Hikmah sepertimana Al Quran itu Al Hadis, Al Furqan dan Al Zikr.

Apakah awak yakin 100% bahwa semua riwayat hadis yang berlambak2 itu adalah Al Hikmah yang berasal dari nabi tanpa manipulasi manusia berkepentingan ?

Awak patut tanya.. Bagaimana Nabi tahu kandungan Al Qur'an ! Dan Bagaimana Al Qur'an sampai pada kita pada hari ini !


Persoalan saya, awak tidak cuba untuk menjelaskan, sebaliknya awak mengemukakan soalan lain pula.... entah apa motif awak.... wallahu alam.

Nabi tahu kandungan Al Quran itu kerana Allah yang bagitau melalui malaikat iaitu apa yang disebut wahyu. Dan bagimana ianya sampai kepada kita pada hari ini, tentulah dengan pelbagai cara termasuk hafalan, salinan2 dsbnya. Walau apapun caranya ianya sampai kepada kita, Al Quran itu tetap utuh kerana Dia telah berjanji akan menjaganya hingga hari kiamat.

Sekarang cuba awak jelaskan pula soalan saya yang lalu, saya ulangi iaitu;

”...... dan bagaimana pula, saya ambil contoh berkenaan Imam Mahdi, turunnya semula Nabi Isa, siksa kubur dsbnya yg terdapat dlm riwayat hadis tu, bagaimana nabi tahu atau siapa yang bagitau baginda nabi, sebab ianya tidak terdapat dalam Al Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 11:00 PM | Show all posts
Pointnya disini... Cara pembahagian itu telah menjadi 'Hukum Rasul' yg wajib di patuhi begitu juga hukum2 Rasul pada perkara yang lain.


Saya telah terangkan pendapat saya bahwa ayat itu ditujukan kepada para sahabat, bukan kepada baginda nabi. Jadi itu bukan dalil atau kebenaran nabi menyampaikan sesuatu hukum/syariat selain Al Quran. Apakah cara pembahagian harta yang menimbulkan ketidak puasan hati itu adalah satu bentuk hukum atau syariat yang patut kita ikut, jika begitu bolehlah awak mengagih-agikan sesuatu perkara agar boleh menimbulkan ketidak puasan hati kepada mereka yang awak agihkan. Begitu....?

Didalam Al Quran telah dijelaskan " Taatlah pada hukum Allah dan hukum Rasul " .. lihat post awal saya.


Adapun hukum-hukum tambahan selain yang terdapat di dalam Al-Qur’an, maka hal itu merupakan penetapan dari Nabi s.a.w yang wajib bagi kita mentaatinya dan tidak boleh kita mengingkarinya. Penetapan yang demikian ini bukanlah mendahului Al Qur'an, bahkan hal itu sebagai wujud pelaksanaan perintah Allah agar kita mentaati Rasul-Nya. Seandainya Rasulullah  tidak ditaati, maka ketaatan kita kepada Allah tidak mempunyai arti sama sekali. Karena itu kita wajib taat terhadap apa-apa yang sesuai dengan Al-Qur’an dan terhadap apa-apa yang beliau tetapkan hukumnya yang tidak terdapat di dalam Al-Qur’an.  Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:  ‘Artinya : Barangsiapa taat kepada Rasul berarti ia taat kepada Allah...’” [An-Nisaa’: 80]


Saya juga telah menjelaskan frasa ayat “Taatlah Allah dan taatlah Rasul” sila rujuk.
Risiko mentaati rasul diluar Al Quran terlalu besar melainkan awak memberi jaminan 100% bahwa semua riwayat2 hadis yang berlambak itu bebas dari manipulasi manusia berkepentingan. Silap2 bukan mentaati rasul sebaliknya mentaati mereka yang memanipulasi riwayat2 hadis berkenaan lantans memperkudakan nama baginda nabi.

Sebaliknya apabila mengamalkan Al Quran semata-mata, bukan sahaja kita mentaati rasul sebab secara langsung mentaati Allah 100%.

Jika tiada salah satu daripada yg telah Allah sebutkan... Mungkin kita hanya baca Al Qur'an, hanya faham apa yg dibaca secara literal, tidak mampu melaksanakan hukum kerana tak faham dan ketiadaan asas ilmu yg benar yg mana akhirnya... Terus dengan amalan jahiliah!,


Saya dah jelaskan berkenaan kelima2 perkara yang disebutkan dalam ayat tersebut adalah satu adanya iaitu Al Quran maka ianya tidak mengurangkan satu pun yang Allah sebutkan.(sila rujuk).

Betul ke kita tidak mampu melaksanakan hukum hanya berpandukan Al Quran. Apakah awak mengatakan Al Quran itu tidak lengkap dan tidak terperinci ?

Sesiapa yang membaca al Quran secara literal sahaja tanpa ingin memikirkan setiap ayat2Nya maka ianya tidak mengikuti arahan Allah dalam Al Quran kerana Al Quran bukan setakat untuk dibaca sahaja…...

Salam....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 11:20 PM | Show all posts
Maaf krn mengganggu,
diharap saudara dpt beri pencerahan...

Dzulqarnain Post at 11-3-2012 03:19


Salam...

Saya tidak anggap anda mengganggu, boleh sama-sama bincang. Boleh jelaskan dengan ringkas apa sebenarnya persoalan saudara dari petikan tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 12-3-2012 02:54
Jika ulangan tidak mengapa dan kini awak sedar bahawa Al Hadis itu adalah nama lain bagi Al Quran dan sepatutnya awak tidak menggunakan perkataan ”Anti Hadis” kepada golongan yang tidak mengamalkan riwayat hadis dalam bersyariat kerana anti hadis sama maksud anti quran dan ini boleh menimbulkan fitnah. Jika yang memberi gelaran itu tidak tahu akan makna sebenar Al Hadis maka terlepas dari membuat fitnah tapi bagi yang tahu pula dan tapi masih meneruskan mengunakan gelaran tersebut kepada pihak lain maka ianya sengaja membuat fitnah.
anakmacho Post at 10-3-2012 00:34


Salah lagi! Cuba baca balik apa yang saya tulis yang maksudnya:

Hadith Allah = Kalam Allah = Al-Quran, tak sama dengan Hadith Nabi, yakni Kalam Nabi sendiri yang bukannya Al-Quran.

Nabi juga menyampaikan Hadith yang bukan Kalam Allah. Rujuk Surah At-Tahrim ayat 3.
   
NOTA:
Al-Hadith bukan sama maksudnya dengan Al-Quran. Al-Hadith itu umumnya 'percakapan'. Hadith Allah itulah Al-Quran. Jika anda kata Al-Hadith itu Al-Quran, sila rujuk ayat berikut:

Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan Al-Hadith (perkataan) yang tidak berguna untuk menyesatkan dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. (Luqman, 6)

Jika anda kata Al-Hadith itu Al-Quran, mustahil ada ayat Al-Quran yang tidak berguna!

Nabi selaku manusia biasa dan berumahtangga tentulah perlu berbicara seperti manusia biasa baik dalam rumahtangga atau sebagainya, tidaklah 24 jam sehari 7 hari seminggu atau 12 bulan setahun yang keluar dari mulut nabi adalah wahyu sahaja.


Tahu pun! Maka sepatutnya anda faham yang adanya HADITH NABI. Sekalipun bukan wahyu, BILA ada perintah melalui hadith Nabi (Sunnah) itu, maka itupun wajar dicontohi kerana adanya perintah TAAT RASUL dalam Al-Quran, melainkan terdapat kekhususan, contoh seperti ayat 3 Surah At-Tahrim, khusus untuk sebahagian dari isterinya sahaja, bukan untuk semua.

Saya tidak nampak dalam ayat diatas dalil berkenaan kebenaran nabi menyampaikan sesuatu selain Al Quran.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya akan suatu HADITH

Kalimah Hadith dalam ayat di atas merujuk kepada Perkataan Nabi (Hadith Nabi) KHUSUS disampaikan kepada salah seorang dari isterinya.

Betul ke riawayat hadis nabi itu secara pratikalnya untuk beramal dengan Al Quran, habis itu kita ambil beberapa contoh seperti larangan terhadap wanita haid untuk sholat dan berkaitan, bacaan talkin di kuburan, kepercayaan akan datang Iman Mahdi dan banyak lagi amalan2 tertentu, dari surah dan ayat mana pula dalam Al Quran untuk dipratikalkan....?


1. Hadith Nabi untuk beramal dengan Al-Quran secara praktikal: Betul. Allah perintah TAAT RASUL, bukannya ikut cara sendiri-sendiri. Orang kafir pun boleh baca Al-Quran, boleh buat terjemahan dan buat kefahaman sendiri. Bahkan dari terjemahan pun ada yang pertikai Al-Quran itu sendiri!
2. Berkaitan Fiqah Haidh wanita: Nabi menjelaskan/mengajarkan Hukum Allah dari Al-Quran (rujuk Surah Al-Jumu'ah)
3. Talkin di Kuburan: Bukan satu syari'at, cuma amalan sebahagian dari umat Islam
4. Kepercayaan Imam Mahdi: Tidak termasuk dalam syari'at secara praktikal

Seperti yang saya katakan Al Quran tidak perlu ada cop mohor nabi kerana Allah telah menjamin akan Al Quran

Itu bagi orang yang percaya Al-Quran itu terpelihara. Kalau ada orang kata Al-Quran itu tak terpelihara dan ada kesalahan grammar, apa jawapan anda?

Sama juga ada orang pertikai hadith Nabi..... bila ada saja orang pertikai, adakah semua hadith nabi tu palsu?

Ada ralat dalam kenyataan saya tersebut, kesilapan menaip.

Sila berikan maksud yang sebenar apa kesalahan itu dan bagaimana yang sebenarnya betul, kerana anda dah buat tuduhan berdasarkan kesalahan anda tu.

Mengapa perlu ramai yang menceburi bidang tersebut, bukankah dikatakan Bukhari telah menyaring riawayat2 hadis tersebut sehingga membuang begitu banyak riwayat hadis, apakah awak segolongan ragu2 terhadap Bukhari. Dan berapa 100% keyakinan awak dari hasil kajian pakar2 golongan awak itu bahwa riwayat2 hadis itu sudah bebas dari manipulasi manusia berkepentingan ?


Anda kena belajar cabang Ilmu Rijal dalam Ilmu Hadith, kemudian anda mungkin akan lebih faham. Ada ramai orang menceburi bidang Al-Quran, banyak yang terima kebenaran Al-Quran, TAPI ada juga orang yang pertikai Al-Quran. Nak faham lebih, kena belajar lebih.

Imam Bukhari membuat penkelasan hadith berdasarkan kajiannya terhadap perawi-perawi hadith. Ratusan ribu hadith yang tidak dimuatkan dalam Sahih Bukhari BUKAN SEMUANYA PALSU. Ini diakui oleh beliau sendiri. Ramai yang ahli dah kaji hadith riwayat Bukhari, sampai ada kitab masyhur syarah sahih Bukhari seperti yang ditulis oleh Hafiz Ibn Hajar Asqalani dan 'Allamah 'Aini.

Ulasan saya berkenaan frasakata ”taat Allah dan taat Rasul” telah saya kemukakan di posting lalu, respon kepada posting sdr Nazrulism, sila rujuk.

Penjelasan anda itu atas kefahaman anda. Allah sendiri sebut siapa yang Taat Rasul itu sebenarnya Taat Allah. Kalau anda nak kata Rasul itu hanya ikut apa yang ada dalam Al-Quran, ya memang betul saya setuju kerana Rasul (Nabi Muhammad) ialah orang yang paling faham Al-Quran. Rasul juga MENGAJARKAN HUKUM yang terkandung dalam Al-Quran itu secara PRAKTIKAL. Al-Quran ialah KALAM ALLAH, bukannya boleh tunjuk secara praktikal seperti seorang manusia (Rasul) yang boleh tunjukkan bagaimana beramal dengan perintah Allah.

Jika anda kata Al-Quran dah jelaskan bagaimana semua perintah Allah secara praktikal, maka tak perlu lah Rasul dihantar untuk mengajarkan ayat-ayat Allah (Surah Al-Jumu'ah menerangkan yang Rasul mengajar ayat-ayat Allah). Maka jika rasul tidak diperlukan secara praktikalnya, tunjukkan kepada saya bagaimana anda ruku' dan dengan siapa anda ruku mengikut perintah dari Al-Quran terkandung dalam itu sendiri!

Betul ke dalam Al Quran tiada tunjuk cara-cara sholat dan amalan ibadah lain, ini tentu tak baca thread ini diawal-awal dan selainnya awak boleh rujuk di web bacaan.com. Tapi jika awak nak cari dalam Al Quran cara awak segolongan sholat, memang awak tidak akan jumpa dan kalau ada pun tentu berbeza........


Al-Quran menggariskan panduan amalan dan merupakan suatu BACAAN yang jelas isi kandungannya. Sekalipun demikian, tanpa panduan secara praktikal mustahil semua orang boleh faham SECARA PRAKTIKAL. Maka dengan sebab itu Allah perintah TAAT RASUL, IKUT RASUL supaya perintah Allah dilaksanakan dengan cara Rasul (secara Praktikal), BUKAN cara sendiri-sendiri.

Jika anda kata Al-Quran itu sudah cukup bagi anda memahami perintah Allah SECARA PRAKTIKAL, SAYA CABAR ANDA tunjukkan kepada saya bagaimana anda ruku' dan dengan siapa anda ruku' mengikut perintah dari Al-Quran!

Merujuk kembali hujjah golongan yang menolak hadith nabi, silat lihat perintah Solat. Ada yang kata Solat itu bukan dalam bentuk ritual dan pergerakan, yang mana pergerakan itu termasuk menyekutukan Allah. Lihat bagaimana BEGITU BERBEZA pendapat golongan yang menolak hadith, sehingga boleh mengeluarkan HUKUM SEKUTUkan Allah sekalipun sesama golongan yang menolak hadith.

Apa panduan untuk mengetahui makna dan perintah Solat itu? Adakah hanya sekadar baca lepas tu buat tafsiran sendiri-sendiri? Seperti ada yang kata Solat itu sebagai komitmen dalam bentuk umum dan tidak merujuk khusus sebagai amalan agama?

Awak kata agar tidak tertipu dan kena rujuk kepada pakar/ahli riwayat hadis, tapi awak sedar atau tidak, berapa ramai sudah tertipu..... kita ambil contoh terdekat, amalan azan dan qamat ke teliga bayi baru lahir, berapa ramai yang telah mengamalkannya dan ada kemungkinan mereka yang awak kata pakar/ahli itu pun pernah mengamalkannya.... alih2 kini golongan awak sendiri mendapati ianya adalah palsu ........ bukankah ini bukti bahwa yg pernah mengamalkannya sudah tertipu......


Itu bukan penipuan yang menyebabkan orang tertipu, itu perbezaan pendapat dari kalangan ahlul hadith. Sebahagian dari ahli hadith yang kata hadith tersebut palsu merupakan mereka 'strict' dalam mengeluarkan hukum. Mereka bukan semestinya ahli dalam bidang hukum, mereka mungkin cuma ahli dalam kajian sanad hadith.

Dalam hal sebegini, pendapat yang kuat (yang rajih, yang lebih baik) diterima, berdasarkan jalan orang-orang yang beriman (Al-Quran). Kalau taknak beramal dengan hadith tersebut bukannya berdosa atas dasar berhati-hati berkaitan sanad periwayatan itu. Ada sesetengah perawi dilabel tidak thiqah oleh sebahagian ahli hadith, tetapi tidak dilabel sedemikian oleh sebahagian yang lain. Maka kesimpulan palsu itu berdasarkan kesimpulan ketidak thiqahan perawi, dan dalam hal ini ada perbezaan pendapat. Pendapat yang lebih kuat dan lebih diterima ialah hadith tersebut BUKAN PALSU.

Banyak orang tertipu dengan pemahaman Al-Quran yang terpesong, sekalipun mereka kata mereka ikut Al-Quran. Contoh seperti Solat dikatakan komitmen, haji dikatakan penyelidikan, ruku dikatakan sujud, dan sujud dikatakan hormat. Masjid dikatakan binaan. Macam-macam istilah yang mereka cipta untuk tafsir perintah Allah ikut cara masing-masing!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:23 AM | Show all posts
Salam...

Saya tidak anggap anda mengganggu, boleh sama-sama bincang. Boleh jelaskan dengan ri ...
mnm77 Post at 11-3-2012 23:20



Krn sesetengah yg mengajak "kembali kpd ajaran Islam sebenar" tu,
mempertikaikan perselisihan sunni-syiah berdasarkan 'ketetapan' mazhab di atas (dipetik).
Begitu juga mereka yg digelar 'penolak hadis' yg pertikai amalan ASWJ.

Persoalannya, mengikut pengetahuan saudara...
Adakah 'kitab hadis' yg ada ditangan kita ni 'periwayatan' yg benar dr Nabi s.a.w.? Atau yg plg hampir?
Sdgkn, jika kita anggap para imam r.a. terdahulu menyatakan 'ikutlah nabi, jgn ikut aku',
pasti ada cacatnya dan mksud saya 'bkn semuanya'.
Patutkah kita menerima 'bulat²' dan berserah kpd para imam trsbt?

p/s: Persoalan saya berdasarkan dunia, yg x menunjukkan kebykan 'hadis²' tu diterima semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2012 02:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 12-3-2012 02:42
Krn sesetengah yg mengajak "kembali kpd ajaran Islam sebenar" tu,
mempertikaikan perselisihan sunni-syiah berdasarkan 'ketetapan' mazhab di atas (dipetik).
Begitu juga mereka yg digelar 'penolak hadis' yg pertikai amalan ASWJ.

Dzulqarnain Post at 12-3-2012 02:23


Salam...

Jika dirujuk kisah Para Sahabat, golongan yang mirip dengan apa yang anda sebut tu dah muncul pada zaman pemerintahan Khalifah Ali RA. Mereka (Khawarij) menolak perdamainan antara Khalifah Ali RA dan Amir Mu'awwiyah RA atas dasar kefahaman zahir dari Al-Quran semata-mata, bukan atas dasar Sunnah.

Persoalannya, mengikut pengetahuan saudara...
Adakah 'kitab hadis' yg ada ditangan kita ni 'periwayatan' yg benar dr Nabi s.a.w.? Atau yg plg hampir?
Sdgkn, jika kita anggap para imam r.a. terdahulu menyatakan 'ikutlah nabi, jgn ikut aku',
pasti ada cacatnya dan mksud saya 'bkn semuanya'.
Patutkah kita menerima 'bulat²' dan berserah kpd para imam trsbt?

p/s: Persoalan saya berdasarkan dunia, yg x menunjukkan kebykan 'hadis²' tu diterima semua.


Kitab2 hadith bukannya perintah ikut 'Sunnah' perawi atau 'Sunnah' imam2. Kitab2 tersebut adalah kompilasi hadith-hadith (percakapan, perbuatan, tradisi, apa-apa yang disandarkan kepada) NABI untuk memahami SUNNAH.

Disebabkan ada status kekuatan terhadap perawi2, maka timbul status-status pengkesalan hadith. Justeru yang ahli (Fuqaha) dalam bab hukum sahaja yang benar penilaian mereka terhadap hukum2 yang dikeluarkan dari hadith2. Sekalipun demikian, sebab ada kelas/status hadith serta kaedah usul yang berbeza, serta mungkin hadith yang sampai juga tak sama, maka boleh berlaku perbezaan kesimpulan hukum dari hadith-hadith tersebut.

Jika terdapat kecacatan dari segi periwayatan, maka sesuatu hadith itu akan tertolak atau setidak-tidak perlukan penyaksian (syahid) dari Al-Quran, atau dari hadith-hadith yang lebih kuat status periwayatannya.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:54 AM | Show all posts
Salam...

Jika dirujuk kisah Para Sahabat, golongan yang mirip dengan apa yang anda sebut tu d ...
mnm77 Post at 12-3-2012 02:41



Tq atas jwp yg padat dan jelas.

Mengapa penilaian 'kitab hadis' dikatakan terhenti?
Boleh saudara berikan cth 'fuqaha' moden (jika ada)?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 03:03 AM | Show all posts
Mengapa penilaian 'kitab hadis' dikatakan terhenti?
Boleh saudara berikan cth 'fuqaha' moden (jika ada)?
Dzulqarnain Post at 12-3-2012 02:54


Setahu saya kajian ilmu hadith tidak terhenti, cuma dari segi penilaian tidak dilanjutkan kerana kajian sudah cukup komprehensif. Namun masih ada juga ahli hadith yang menilai balik hadith (seperti Al-Albani), namun ada pro dan kontra dalam kajiannya berdasarkan manhaj seseorang ahli hadith itu sendiri.

Contoh Fuqaha zaman sekarang: Mufti Taqi Uthman, Mufti Ebrahim Desai, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 03:23 AM | Show all posts
Reply 249# mnm77


- Noted n tq.

Jika dikatakan x terhenti,
- mengapa tiada lg pengkaji yg mengumpul 'hadis²' yg disandarkn kpd nabi s.a.w.?
- mengapa kita masih guna Bukhari, Muslim, etc. sbg sandaran?
Sbb para imam r.a. mengajak kita mencari 'sumber' sunnah nabi s.a.w. yg benar.
Adakah sunnah nabi s.a.w. drpd syiah, etc. selain ASWJ tu semuanya x benar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 12:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 12-3-2012 12:17
- Noted n tq.

Dzulqarnain Post at 12-3-2012 03:23


Salam & sama-sama terima kasih

Jika dikatakan x terhenti,
- mengapa tiada lg pengkaji yg mengumpul 'hadis²' yg disandarkn kpd nabi s.a.w.?
- mengapa kita masih guna Bukhari, Muslim, etc. sbg sandaran?

- boleh dikatakan kajian berkaitan pengumpulan hadith itu berdasarkan maklumat terperinci periwayatan, yang telah dikompilasi oleh pengumpul-pengumpul hadith yang awwalin (seperti Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi, dan lain-lain) telah sampai kepada kesimpulan yang memuaskan berdasarkan bukti maklumat-maklumat yang benar dan tidak boleh disanggah.
-mereka merekodkan maklumat dalam bentuk kitab, dan juga mempunyai murid2 yang belajar hadith secara bersanad.
-kitab2 mereka dijadikan rujukan utama sumber hadith, kerana dari sumber tersebut hadith2 itu telah diriwayatkan secara bersanad.
-Sumber hadith yang kuat periwayatannya MESTI bersambung isnad sehingga para sahabat dan sumber asal dari Rasulullah SAW.
-Kalau ada sumber 'hadith' yang didakwa benar tetapi bukan dari sahabat Nabi, maka 'hadith' tersebut perlu dinilai diklasifikasikan sewajarnya.

Mustahil boleh muncul pengumpul hadith zaman sekarang tanpa membuat rujukan kepada kitab2 hadith yang telah dikompilasi tersebut, melainkan jika betul terdapat riwayat2 hadith diriwayatkan secara lisan dari zaman Nabi sehingga sampai zaman sekarang yang sanadnya akan jadi panjang berjela dan setiap perawi juga dikenalpasti sebagai thiqah (dipercayai) dan kesaksian tersebut dinilai dari orang yang juga dipercayai.

Dari segi kajian makna hadith (bukan dari segi periwayatan), kajian masih berterusan kerana hadith Nabi dapat diaplikasi sehingga ke akhir zaman (begitu juga Al-Quran)

Sbb para imam r.a. mengajak kita mencari 'sumber' sunnah nabi s.a.w. yg benar.
Adakah sunnah nabi s.a.w. drpd syiah, etc. selain ASWJ tu semuanya x benar?


Sumber yang dipercayai telah diberitakan oleh orang yang dipercayai dan yang ahli dalam ilmu Hadith.
Tentunya sumber mana yang diambil itu berdasarkan aqidah ahli hadith yang mana yang kita yakin benar.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:03 PM | Show all posts
Reply 251# mnm77


Jika saya meriwayatkan yg
"kedudukan jamban di rumah nabi s.a.w. dibina di luar kawasan rumahnya",
hanya dgn menggunakan akal saya,
dan tiada dpt di'sanggah' ahli 'fuqaha' sbg cth...

Adakah 'cth' ini boleh diguna pakai sbg 'sunnah' nabi s.a.w.?

Adakah 'sunnah' itu dikira 'hanya' slps 'kenabian' rasulullah s.a.w. shj,
dan bkn sblmnya sejak kelahiran baginda s.a.w.?

p/s: Maaf la ye, saya benar² nk tau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 03:48 PM | Show all posts
Jika saya meriwayatkan yg
"kedudukan jamban di rumah nabi s.a.w. dibina di luar kawasan rumahnya",
hanya dgn menggunakan akal saya,
dan tiada dpt di'sanggah' ahli 'fuqaha' sbg cth...

Adakah 'cth' ini boleh diguna pakai sbg 'sunnah' nabi s.a.w.?

Adakah 'sunnah' itu dikira 'hanya' slps 'kenabian' rasulullah s.a.w. shj,
dan bkn sblmnya sejak kelahiran baginda s.a.w.?

p/s: Maaf la ye, saya benar² nk tau.
Dzulqarnain Post at 12-3-2012 14:03


Salam...

1. Periwayatan
'Pendapat' tersebut bukannya periwayatan. Sekalipun tiada yang menyanggah, ia hanya sekadar pendapat akal, yang boleh jadi benar, boleh jadi tidak benar. Tanpa kesaksian, apatah lagi ia terputus sanadnya (segala pendapat akal tidak bersambung periwayatannya), maka pendapat tersebut tidak boleh dikira pakai, sehingga ditemukan riwayat yang membenarkan pendapat tersebut. Sekalipun ditemui riwayat yang benar yang menyokong pendapat tersebut, pendapat tersebut masih dikira pendapat yang tiada asal dari Nabi atau penyaksian yang disandarkan kepada Nabi (contohnya sahabat yang melihat). Yang diambil kira ialah riwayat yang benar, sebaliknya pendapat tersebut hanya kebetulan benar (jika selari riwayat yang benar).

2. Sunnah
Sunnah Nabi itu dari segi bahasa ialah segala perkataan, perbuatan atau apa-apa tradisi yang disandarkan kepada Nabi. Dari segi syari'at, segala apa (yang benar) yang disandarkan kepada Nabi dan menjadi contoh teladan untuk diikuti. Maka sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Sunnah Nabi Muhammad SAW belum ada, cuma ada sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu yang dijadikan Syari'at atau pegangan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:50 PM | Show all posts
Salam...

1. Periwayatan
'Pendapat' tersebut bukannya periwayatan. Sekalipun tiada yang menya ...
mnm77 Post at 12-3-2012 15:48



Salam dan tq utk segala jwp saudara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 13-3-2012 00:11
Sangkakan Palsu ? Tidak, bukan itu maksud saya. Bagaimana saya tahu sesuatu riwayat hadis itu benar2 dari rasul dan mana satu adalah manipulasi manusia berkepentingan melainkan awak boleh memberi jaminan bahwa riwayat2 hadis itu bebas 100% dari manipulasi manusia.
anakmacho Post at 11-3-2012 22:55

Ohh... kerana awak tak tahu, maka awak tolak, begitu ?Saya boleh beri jaminan 100% Sunnah Nabi adalah benar. Tapi riwayat periwayat masih ada yang mengkajinya, Para ahli hadith menerima atau menolak sesuatu periwayatan berdasarkan apa yang DIKETAHUI melalui kajian, bukan menerima/menolak berdasarkan kepada "saya tidak tahu adakah sesuatu riwayat benar2 dari Rasul s.a.w.

Sebab itu saya bertanya  "Bagaimana Nabi tahu kandungan Al Qur'an ! Dan Bagaimana Al Qur'an sampai pada kita pada hari ini" kerana Al Qur'an juga disampaikan secara verbal ayat demi ayat dari Rasulullah, bukan sekaligus sebagai sebuah buku.


Kenapa dengan mee goreng.... takkan nak makan mee goreng awak nak tanya Allah, apa guna akal yang Allah bagi kat awak tu..... orang yg tak guna akal Allah kata lebih teruk dari binatang ternakan, awak wajib tahu itu.

Allah kata;

AQ 16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

Kenapa awak tak gunapakai kaedah yang sama spt diatas dalam hal "Sunnah Nabi" dengan mencontohi suri teladan Rasul, hukum rasul, taat kepada Rasul... satelah membaca ayat-ayat yg berkaitan. Adakah awak tidak dapat berfikir


AQ 7:176
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan-nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.


Itu kata awak, tiada masalah nak tukar..... apa pula kata Allah dan RasulNya;

AQ 6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.


Yang penting adalah pengertian sesuatu istilah itu.. Seperti mana pengertian Istilah Allah (Tuhan), Al Jannatu (syurga), An Naaru (neraka).. Jika pengertian salah.. guna istilah yg betulpun tak berguna.


AQ 6:115
Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan. Tidak ada yang dapat merubah kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui.


Kalimat Tuhan yang telah disempurnakan adalah Al Qur'an, termasuk ayat2 yang menyuruh taat, patuh dan mencontohi Rasul.
Rujuk post terdahulu http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&;ptid=590899&pid=48078387


Saya sudah memberi pendapat saya berkenaan Ayat 21 surah Al Ahzab iaitu untuk mentaati rasul Allah termasuk nabi Muhammad adala melalui Al Quran. Method yang bagaimana dikatakan riwayat hadis itu sahih dan adakah awak boleh jamin 100% bahwa yang dianggap sahih pada hari ini, esok lusa dan selamanya tetap juga dianggap sahih ?


Jika Allah mahukan seperti yg awak katakan... tak perlu Allah berfirman.. Taat Rasul, patuh hukum rasul, contohi Rasul!

      As-Sunnah disalin dengan sangat hati-hati, baik dengan jalan hafalan         maupun tulisan. Hal ini telah berlangsung sejak zaman Nabi s.a.w dan zaman para Shahabat sampai akhir abad pertama, hingga kemudian catitan yang berisikan hadits-hadits Rasulullah s.a.w  dikumpulkan pada masa Umar bin Abdul Aziz. Di mana ia memerintahkan Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm untuk menulis dan mengumpulkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w  yang sejak itu pula dimulai ilmu periwayatan hadits.

Ia pun memerintahkan Ibnu Syihab az-Zuhri, seorang ulama besar dan pemuka ahli hadits, untuk mengumpulkan hadits Nabi secara resmi.      
   


Peringkat kedua dengan pengumpulan yang dilakukan secara resmi pula. Mereka ini terdiri dari ulama-ulama besar dan pemuka-pemuka ahli Hadits, di antaranya ialah:  1. Ibnu Juraij di Makkah 2. Sa'id bin Arubah 3. Al-Auza’i di Syam 4. Sufyan ats-Tsauri di Kufah 5. Imam Malik bin Anas di Madinah 6. ‘Abdullah Ibnul Mubarak 7. Hammad bin Salamah di Bashrah 8. Husyaim 9. Imam asy-Syafi'i.   Mereka ini semuanya dari generasi Tabi'ut Tabi’in yang hidup pada zaman abad kedua Hijrah. Cara pengumpulannya masih bercampur dengan perkataan-perkataan Shahabat dan fatwa-fatwa Tabi'in. Di antara kitab-kitab hadits yang paling masyhur pada abad ini ialah kitab al-Muwaththa’ yang disusun oleh Imam Malik bin Anas.

Pada permulaan abad ketiga Hijrah, bangkit kembali pemuka-pemuka ahli hadits yang membukukan hadits-hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam secara resmi. Dalam pengumpulan kali ini mereka menempuh dua cara, yaitu:  

1) Khusus mengumpulkan hadits-hadits yang shahih saja. Orang yang pertama kali mengumpulkannya ialah:
• Imam al-Bukhari (Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, lahir th. 194 H - wafat th. 256 H)
• Imam Muslim (Muslim bin Hajjaj an-Naisaburi, lahir th. 204 H - wafat th. 261 H)  

2) Hanya mengumpulkan hadits-hadits Nabi s.a.w saja tanpa membedakan mana yang shahih dan mana yang tidak. Dalam kitab-kitab mereka ini terdapat hadits-hadits shahih, hasan dan dha’if, bahkan ada pula yang maudhu' (palsu).
Kitab-kitab yang masyhur pada abad ketiga Hijriyah, antara lain :  
1. Musnad Ahmad bin Hanbal (164 - 241 H) 2. Shahih al-Bukhari (194 - 256 H) 3. Shahih Muslim (204 - 261 H) 4. Sunan Abu Dawud (202 – 275 H) 5. Sunan ad-Darimi (181 – 255 H) 6. Sunan Ibni Majah (209 - 273 H) 7. Sunan an-Nasa-i (225 - 303 H)

kitab-kitab yang masyhur pada abad keempat Hijriyah, antara lain:  1. Shahih Ibnu Khuzaimah (223 - 311 H) 2. Mu'jamul Kabir, Mu'jamul Ausath, dan Mu'jamush Shaghir, yang disusun oleh ath-Thabrani (260-340 H) 3. Sunan ad-Daraquthni (306 - 385 H) 4. Al-Mustadrak al-Hakim (321 - 405 H)


Kitab-kitab inilah yang dikaji sehingga sekarang oleh para ulama dengan menyemak kitab-kitab profil periwayat hadith (perawi).
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:09 AM | Show all posts
Apa maksud awak tiada detailnya dalam Al Quran, adakah berkenaan syariat atau perkara-perkara asas dalam kehidupan seharian ?

Kan Al Quran itu ada, maka rujuklah Al Quran jika mahu mencontohi baginda nabi dalam bersyariat. Bukan sahaja Al Hikmah nabi Muhammad malah Al Hikmah nabi-nabi sebelumnya juga ada dalam Al Quran, maka rujuklah Al Quran itu jika mahu mencontohi Al Hikmah mereka semua.
anakmacho Post at 11-3-2012 22:55

Contoh: hukuman pencuri, dipotong tangan hingga takat mana? .. yg awak jawab ikut seperti kaum2 terdahulu.Dari mana awak nak tahu cara kaum terdahulu itu... tiada di detailkan dalam Al Qur'an ? Katakanlah Nabi s.a.w iku seperti kaum terdahulu... Bagaimana pula awak nak tahu apa yg Nabi s.a.w ikut... jika tiada riwayatnya ?


Kita ambil contoh, iaitu berkenaan riwayat hadis berkenaan Nabi bernikah dengan Aisyah semasa umur Aisyah 9 tahun dan dalam masa yang sama ada riwayat atau catatan sejarah mengatakan nabi menikah dengan Aisyah semasa Aisyah berumur 19 tahun.

Dalam masalah ini.. Kenalah mengkaji, Riwayat mana yg lebih kuat atau sekurang2nya bertanya/rujuk kepada yang pakar (spt yg awak sebutkan sebelum ini).. Bukan menolak kedua2nya atau hanya mengikut orang yang tiada pengetahuan tentang hadits.

Terpulang pada awak nak mengatakan bercerita atau apa tapi yang pasti nabi bukanlah pelipur lara atau tukang cerita. Awak pasti ke Allah dan rasulNya tiada nyatakan berkenaan pembatalan puasa dalam Al Quran ?

Pembatalan puasa ?... cuba cerita.. puasa dari pemahaman guna Al Qur'an semata2.

Nabi s.a.w menyampaikan Firman Allah tanpa tambahan seperti contoh bercerita awak tu.  Selepas itu barulah Nabi menjelaskan/ menerangkan maksud ayat tersebut. Di peringkat ini (penulisan ayat2 Al Qur'an) Nabi s.a.w melarang menulis kata2 dari Baginda untuk mengelakkan percampuran antara Hadith Allah dan hadith Baginda sendiri.

Mengapa nabi perlu tambah atas kefahamannya sendiri, adakah nabi tidak yakin dengan ajaran Allah, adakah arahan Allah tidak sempurna dan perlu di tambah lagi dan untuk apa penambahan itu ? Pada saya, itu bukan dari nabi melainkan orang tertentu yg berkepentingan memperkudakan nama nabi.

Al Hikmah Nabi s.a.w adalah 'pengertian' ajaran Allah.. dalam hal wuduk, Ajaran Allah adalah membersihkan anggota. jadi mana2 anggota yg kotor (zahir/batin) boleh dibersihkan dengan wuduk!.

Kenapa awak kata mereka mempergunakan nama Nabi... apa yg mereka dapat dengan berbohong tentang cara Nabi berwuduk ?

Kat mana saya kata ”sunnah” tiada perkataanya dalam Al Quran ? Bukankah berulang kali perkataan itu diulang dalam Al Quran dan yang pasti perkataan yang tiada disebut adalah ”Sunnah Nabi” atau ”Hadis Nabi”.

Saya juga tidak mengatakan bahwa syariat nabi2 terdahulu adalah sama dengan syariat nabi Muhammad namun yang jelas syariat2 mereka ada disebut dalam Al Quran dan dalam Al Quran itulah yang sahih sebenarnya. Apa pula syariat nabi2 terdahulu yang dijelaskan melalui sunnah nabi. Tolong jelaskan syariat yg bagaimana yang awak maksudkan ?


Jika dah jumpa "sunnah" dalam Al Qur'an.. eloklah, fahamkan pengertian "sunnah" itu.
Tapi saya tak jumpa ayat "ikutlah sunnah kaum terdahulu" dalam Al Qur'an, spt yg awak kata Nabi melaksanakan potongan tangan pencuri ikut kaum terdahulu.

Saya kata " Sebenarnya... Syariat Nabi s.a.w berbeza dengan kaum2 yang lain, syariat terdahulu tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya, itulah yang dijelaskan melalui sunnah beliau s.a.w."  Nabi menjelaskan syariat yang dibawanya dengan sunnah beliau.  

Yup sunnah atau amalan perbuatan nabi mengikut wahyu. Namun secara jujurnya saya tidak faham apa yang awak cuba sampaikan dalam kenyataan awak yang saya quote diatas..... berbelit2 rasanya kenyataan awak itu.


Ok, kita setuju satu lagi perkara... Sunnah Nabi adalah mengikut wahyu samada tercatat dalam al Qur'an atau tidak!

Awak rasa berbelit kerana awak sangka riwayat2 yang banyak itu adalah sunnah Nabi.. sedangkan itu hanyalah catatan sunnah Nabi tentang apa yang periwayat dengar/lihat dari Nabi. Begitu juga kitab/buku Al Qur'an.. Ia juga adalah catatan Firman Allah kepada RasulNya. FirmanNya dan Sunnah NabiNya inilah yang terpelihara seperti yang disebut dalam Al Qur'an.

Al Hijr:9  Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikra dan Kami pasti memeliharanya.”

Betul ayat 17:39 itu adalah merujuk kepada ayat sebelumnya. Ini membuktikan bahwa kandungan Al Quran itu adalah juga Al Hikmah sebab itulah ianya disebut Al Hikmah sepertimana Al Quran itu Al Hadis, Al Furqan dan Al Zikr.



Bila Allah menggunakan Istilah2 yg berlainan... ia mempunyai 'pengertian' yang berbeza seperti Adz-Dzikra diatas.

Persoalan saya, awak tidak cuba untuk menjelaskan, sebaliknya awak mengemukakan soalan lain pula.... entah apa motif awak.... wallahu alam.

Nabi tahu kandungan Al Quran itu kerana Allah yang bagitau melalui malaikat iaitu apa yang disebut wahyu. Dan bagimana ianya sampai kepada kita pada hari ini, tentulah dengan pelbagai cara termasuk hafalan, salinan2 dsbnya. Walau apapun caranya ianya sampai kepada kita, Al Quran itu tetap utuh kerana Dia telah berjanji akan menjaganya hingga hari kiamat.


Sengaja saya tak jawab.. kerana saya tahu awak akan jawab berkenaan cara sampainya Al Qur'an. Sunnah Nabi juga begitu.
Awak tidak meragui periwayatan Al Qur'an kerana ada janji untuk menjaganya hingga hari kiamat... tapi janji itu juga adalah diriwayatkan sama dengan ayat2 yang lain (saya tak fikir yg awak mendapat janji itu secara langsung dari Tuhan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 09:28 PM | Show all posts
Saya telah terangkan pendapat saya bahwa ayat itu ditujukan kepada para sahabat, bukan kepada baginda nabi. Jadi itu bukan dalil atau kebenaran nabi menyampaikan sesuatu hukum/syariat selain Al Quran. Apakah cara pembahagian harta yang menimbulkan ketidak puasan hati itu adalah satu bentuk hukum atau syariat yang patut kita ikut, jika begitu bolehlah awak mengagih-agikan sesuatu perkara agar boleh menimbulkan ketidak puasan hati kepada mereka yang awak agihkan. Begitu....?
anakmacho Post at 11-3-2012 23:00


Jika itu bukan dalil atau kebenaran untuk Nabi menyampaikan sesuatu hukum... mengapa Allah s.w.t befirman " ...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah "


Ketidak puasan hati itu lahir daripada "cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah" ... Nabi tidak mencontohkan ketidakadilan dalam sunnahnya (walau dalam kes rampasan perang itu).. itu yg ditegaskan dalam Al Qur'an ..  "...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah "  


Risiko mentaati rasul diluar Al Quran terlalu besar melainkan awak memberi jaminan 100% bahwa semua riwayat2 hadis yang berlambak itu bebas dari manipulasi manusia berkepentingan. Silap2 bukan mentaati rasul sebaliknya mentaati mereka yang memanipulasi riwayat2 hadis berkenaan lantans memperkudakan nama baginda nabi.

Sebaliknya apabila mengamalkan Al Quran semata-mata, bukan sahaja kita mentaati rasul sebab secara langsung mentaati Allah 100%.


Tiada kaedah "mentaati Rasul diluar Al Qur'an" kerana Al Qur'an menegaskan "taatilah Rasul"  
Nabi s.a.w pun tak suruh ikut riwayat yg berlambak itu... Nabi s.a.w suruh ikut sunnahnya dan sunnah sahabat2nya. Untuk mengetahui yang mana sunnah yang perlu diikuti... bertanyalah/merujuk pada pakar iaitu ahli adz-zikir.

Jika awak betul-betul mengamalkan Al-Qur'an... awak tidak boleh mengabaikan sunnah Nabi dalam sesuatu perkara pun terutama soal Aqidah dan Ibadah... kerana jelas dalam Al Qur'an;

Al-Hujuraat : 1
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".


Betul ke kita tidak mampu melaksanakan hukum hanya berpandukan Al Quran. Apakah awak mengatakan Al Quran itu tidak lengkap dan tidak terperinci ?

Sesiapa yang membaca al Quran secara literal sahaja tanpa ingin memikirkan setiap ayat2Nya maka ianya tidak mengikuti arahan Allah dalam Al Quran kerana Al Quran bukan setakat untuk dibaca sahaja…...


Al Qur'an itu lengkap dan sempurna jika di ambil semuanya.. termasuk perintah taat pada rasul, patuh hukum rasul, mencontohi suri teladan Rasul dll. Amatlah rugi jika kita membuang kurnia Tuhan kepada kita;

Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah". [Ali-Imran : 164].
   
Dalam memikirkan setiap ayat2Nya.. kita perlukan dasar dan asas pemikiran agar pemikiran kita tidak dipengaruhi oleh kecenderungan diri dan hawa nafsu. Sewajarnya pengertian ayat2Nya mesti sama dengan kefahaman Rasulullah s.a.w.  kemudian barulah pengertian/ maksud ayat2Nya difikirkan dan diamalkan (Jangan mendahului Rasul).
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 01:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 14-3-2012 02:01
Salah lagi! Cuba baca balik apa yang saya tulis yang maksudnya:

Hadith Allah = Kalam Allah = Al-Quran, tak sama dengan Hadith Nabi, yakni Kalam Nabi sendiri yang bukannya Al-Quran.
Nabi juga menyampaikan Hadith yang bukan Kalam Allah. Rujuk Surah At-Tahrim ayat 3.
mnm77 Post at 11-3-2012 23:54



Apakah awak mengatakan bahwa Al Quran itu bukan kalam nabi ? Bukankah ianya adalah kalam Allah dan dalam masa yang sama adalah kalam nabi.
Saya dah terangkan berkenaan surah At Tahrim ayat 3 maka tak perlulah saya ulang.

NOTA:
Al-Hadith bukan sama maksudnya dengan Al-Quran. Al-Hadith itu umumnya 'percakapan'. Hadith Allah itulah Al-Quran. Jika anda kata Al-Hadith itu Al-Quran, sila rujuk ayat berikut:

Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan Al-Hadith (perkataan) yang tidak berguna untuk menyesatkan dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. (Luqman, 6)

Jika anda kata Al-Hadith itu Al-Quran, mustahil ada ayat Al-Quran yang tidak berguna!


Seperti yang saya katakan Al Hadis adalah juga nama lain Al Quran seperti Al Furqan, Al Zikr dsbnya. Jadi apa yang dimaksudkan dalam ayat Allah ini;

AQ 39:23. Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,........ (sila lihat ayat penuhnya).

Disamping itu Al Hadis yang disebut dalam Al Quran merujuk kepada berbagai2 perbicaraan/perkataan (hadis) dan yang paling baik tentulah Al Quran itu sendiri. Yang jelas sekali dalam Al Quran tiada pun disebut “Hadis Nabi” atau “Sunnah Nabi”. Awak terpaksa tercari-cari dan memetik ayat itu ayat ini untuk disesuaikan dengan kefahaman sendiri.

Tahu pun! Maka sepatutnya anda faham yang adanya HADITH NABI. Sekalipun bukan wahyu, BILA ada perintah melalui hadith Nabi (Sunnah) itu, maka itupun wajar dicontohi kerana adanya perintah TAAT RASUL dalam Al-Quran, melainkan terdapat kekhususan, contoh seperti ayat 3 Surah At-Tahrim, khusus untuk sebahagian dari isterinya sahaja, bukan untuk semua.


Surah At Tahrim ayat 3 saya sudah jelaskan maka tak perlu saya ulang. Begitu juga berkenaan frasa ayat “taat Allah dan taat Rasul”. Apabila kita mengamalkan Al Quran maka kita mentaati Rasul dan secara langsung mentaati Allah. Banyak hadis nabi (jika ingin dikatakan hadis nabi) dalam Al Quran, antara contohnya;

AQ 5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu;.....

AQ 2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia,........

Banyak ayat-ayat Allah mengarahkan kepada nabi untuk berkata seperti contoh ayat-ayat yang saya kemukakan diats. Apabila mentaati Rasul dalam ayat-ayat diatas secara langsung mentaati Allah.

Risiko mentaati Rasul dalam riwayat2 hadis adalah sangat tinggi, silap2 bukan mentaati Rasul sebaliknya mentaati orang yang memperkudakan nama nabi demi kepentingan sendiri.

Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya akan suatu HADITH

Kalimah Hadith dalam ayat di atas merujuk kepada Perkataan Nabi (Hadith Nabi) KHUSUS disampaikan kepada salah seorang dari isterinya.


Surah At Tahrim ayat 3 saya sudah jelaskan maka tak perlu saya ulang.

1. Hadith Nabi untuk beramal dengan Al-Quran secara praktikal: Betul. Allah perintah TAAT RASUL, bukannya ikut cara sendiri-sendiri. Orang kafir pun boleh baca Al-Quran, boleh buat terjemahan dan buat kefahaman sendiri. Bahkan dari terjemahan pun ada yang pertikai Al-Quran itu sendiri!
2. Berkaitan Fiqah Haidh wanita: Nabi menjelaskan/mengajarkan Hukum Allah dari Al-Quran (rujuk Surah Al-Jumu'ah)
3. Talkin di Kuburan: Bukan satu syari'at, cuma amalan sebahagian dari umat Islam
4. Kepercayaan Imam Mahdi: Tidak termasuk dalam syari'at secara praktikal


1. Yup.... nabi mengamalkan Al Quran secara pratikal, takkan nabi suruh umatnya mengamalkan Al Quran tapi baginda tidak. Persoalannya sejauh mana riwayat2 hadis yang kononnya dari nabi itu bebas dari mempergunakan nama baginda demi kepentingan agenda tertentu ?

2. Berkenaan wanita haid, Allah dan rasulNya hanya menyatakan;

AQ 2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

AQ 2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan. Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.

AQ 65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

Perhatikan ayat-ayat berkenaan wanita haid diatas, langsung tiada pun ayat yang melarang mereka dari mengerjakan sholat dan ibadah berkaitan. Malah di surah 2:222 nabi diarah berkata seperti ayat tersebut. Bagaimana pula ada dakwaan dalam riwayat hadis mengatakan kononnya dari nabi berkenaan larangan2 tersebut.

3. Talkin di Kuburan: Bukan satu syari'at, cuma amalan sebahagian dari umat Islam kata namun apapun alasan awak, bukankah ianya dari yang dikatakan riwayat hadis?
4.
Imam Mahdi, Tidak termasuk dalam syari'at secara praktikal kata awak namun apa2 alasan awak bukakah ianya bersumberkan riwayat hadis?

Itu bagi orang yang percaya Al-Quran itu terpelihara. Kalau ada orang kata Al-Quran itu tak terpelihara dan ada kesalahan grammar, apa jawapan anda?

Sama juga ada orang pertikai hadith Nabi..... bila ada saja orang pertikai, adakah semua hadith nabi tu palsu?


Apapun dakwaan orang terhadap Al Quran, orang itu kena buktikan dakwaan tersebut.... tanpa bukti maka dakwaan itu tiada maknanya.

Adakah semua hadith nabi tu palsu? Itu awak jawab sendirilah.

[quote Sila berikan maksud yang sebenar apa kesalahan itu dan bagaimana yang sebenarnya betul, kerana anda dah buat tuduhan berdasarkan kesalahan anda tu.[/quote]

Seperti yang saya katakan ianya berdasarkan kenyataan saya sebelum ini iaitu ” Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2 Bukhari N The Geng yang di tulis lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan baginda dan kitab2 tersebut tidak ada pengesahan dari baginda Nabi sendiri, maka terpulanglah........"

Anda kena belajar cabang Ilmu Rijal dalam Ilmu Hadith, kemudian anda mungkin akan lebih faham. Ada ramai orang menceburi bidang Al-Quran, banyak yang terima kebenaran Al-Quran, TAPI ada juga orang yang pertikai Al-Quran. Nak faham lebih, kena belajar lebih.


Orang nak terima Al Quran atau tidak atau nak pertikaikan itu bukan atas urusan saya, ianya bergantung kepada niat mengapa dia nak pertikai. Nak faham Al Quran bukan sahaja nak kena belajar lebih tapi yang lebih utama adalah memikirkan atau mernungkan setiap ayat lalu mengamalkannya.

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.

Imam Bukhari membuat penkelasan hadith berdasarkan kajiannya terhadap perawi-perawi hadith. Ratusan ribu hadith yang tidak dimuatkan dalam Sahih Bukhari BUKAN SEMUANYA PALSU. Ini diakui oleh beliau sendiri. Ramai yang ahli dah kaji hadith riwayat Bukhari, sampai ada kitab masyhur syarah sahih Bukhari seperti yang ditulis oleh Hafiz Ibn Hajar Asqalani dan 'Allamah 'Aini.


Wow…… begitu ke…. Walaupun beliau (Bukhari) sendiri tahu riwayat2 tersebut bukan palsu tapi beliau sengaja tidak memuatkannya. Adakah beliau “anti hadis” atau hanya menerima muat yang sesuai dengan selera beliau sahaja ? Orang beginikah yang mahu diikuti dimana menyembunyikan sebahagain dan membiarkan sebahagian. Bukankah sikap begini telah di tegur Allah;

Al Maa'idah Ayat 15.
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan[408].

Penjelasan anda itu atas kefahaman anda. Allah sendiri sebut siapa yang Taat Rasul itu sebenarnya Taat Allah. Kalau anda nak kata Rasul itu hanya ikut apa yang ada dalam Al-Quran, ya memang betul saya setuju kerana Rasul (Nabi Muhammad) ialah orang yang paling faham Al-Quran. Rasul juga MENGAJARKAN HUKUM yang terkandung dalam Al-Quran itu secara PRAKTIKAL. Al-Quran ialah KALAM ALLAH, bukannya boleh tunjuk secara praktikal seperti seorang manusia (Rasul) yang boleh tunjukkan bagaimana beramal dengan perintah Allah.


Yup.... sememangya berdasarkan kefahaman sendiri hasil dari pemerhatian, merenungkan ayat2 Allah dan juga pendapat mereka2 yg sependapat. Apakah posting2 awak disini bukan kefahaman awak sebaliknya kefahaman orang lain lantas awak copy paste kesini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 02:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 14-3-2012 02:05
Jika anda kata Al-Quran dah jelaskan bagaimana semua perintah Allah secara praktikal, maka tak perlu lah Rasul dihantar untuk mengajarkan ayat-ayat Allah (Surah Al-Jumu'ah menerangkan yang Rasul mengajar ayat-ayat Allah). Maka jika rasul tidak diperlukan secara praktikalnya, tunjukkan kepada saya bagaimana anda ruku' dan dengan siapa anda ruku mengikut perintah dari Al-Quran terkandung dalam itu sendiri!


Bukan saya yang kata sebaliknya Allah dan RasulNya yang berkata;

AQ 3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

AQ 6:55. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa menjadi nyata.

AQ 24:34. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

AQ 24:46. Maka Kami menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan; Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.

Siapa kata Rasul tidak diperlukan, kan tugas Rasul disamping mengamalkan Al Quran Rasul adalah juga;

AQ 5:67. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.

Berkenaan ruku, saya telah jelaskan pada posting2 saya yang lalu dan awak tidak menerimanya. Maka apa daya, saya...........

Al-Quran menggariskan panduan amalan dan merupakan suatu BACAAN yang jelas isi kandungannya. Sekalipun demikian, tanpa panduan secara praktikal mustahil semua orang boleh faham SECARA PRAKTIKAL. Maka dengan sebab itu Allah perintah TAAT RASUL, IKUT RASUL supaya perintah Allah dilaksanakan dengan cara Rasul (secara Praktikal), BUKAN cara sendiri-sendiri.


Perkara ini juga telah saya respon, berapa kali mahu respon dah...... memangpun nabi mengamalkannya, takkan nabi tak amalkan Al Quran. Persoalannya adalah sejauh mana riwayat2 hadis yang mempergunakan nama nabi itu benar2 perbuatan nabi tanpa manipulasi manusia berkepentingan ?

Jika anda kata Al-Quran itu sudah cukup bagi anda memahami perintah Allah SECARA PRAKTIKAL, SAYA CABAR ANDA tunjukkan kepada saya bagaimana anda ruku' dan dengan siapa anda ruku' mengikut perintah dari Al-Quran!


Ini pun dah saya jelaskan tapi awak tak nak terima...... jadi terserah pada awak.

Merujuk kembali hujjah golongan yang menolak hadith nabi, silat lihat perintah Solat. Ada yang kata Solat itu bukan dalam bentuk ritual dan pergerakan, yang mana pergerakan itu termasuk menyekutukan Allah. Lihat bagaimana BEGITU BERBEZA pendapat golongan yang menolak hadith, sehingga boleh mengeluarkan HUKUM SEKUTUkan Allah sekalipun sesama golongan yang menolak hadith.

Apa panduan untuk mengetahui makna dan perintah Solat itu? Adakah hanya sekadar baca lepas tu buat tafsiran sendiri-sendiri? Seperti ada yang kata Solat itu sebagai komitmen dalam bentuk umum dan tidak merujuk khusus sebagai amalan agama?


Masing2 ada hujah masing...... siapapun mereka, mereka berpendapat atas hujah masing2. Maka terserah kepada invidu itu sendiri atas hujah mereka. Apakah awak mahu hujah2 awak diikuti sedangkan mereka pun ada hujah tersendiri. Hujah adalah penting bagi setiap pendapat, Allah dan RasulNya juga berhujah;

AQ 6:149. Katakanlah: "Allah mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat; maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya."

Itu bukan penipuan yang menyebabkan orang tertipu, itu perbezaan pendapat dari kalangan ahlul hadith. Sebahagian dari ahli hadith yang kata hadith tersebut palsu merupakan mereka 'strict' dalam mengeluarkan hukum. Mereka bukan semestinya ahli dalam bidang hukum, mereka mungkin cuma ahli dalam kajian sanad hadith.

Dalam hal sebegini, pendapat yang kuat (yang rajih, yang lebih baik) diterima, berdasarkan jalan orang-orang yang beriman (Al-Quran). Kalau taknak beramal dengan hadith tersebut bukannya berdosa atas dasar berhati-hati berkaitan sanad periwayatan itu. Ada sesetengah perawi dilabel tidak thiqah oleh sebahagian ahli hadith, tetapi tidak dilabel sedemikian oleh sebahagian yang lain. Maka kesimpulan palsu itu berdasarkan kesimpulan ketidak thiqahan perawi, dan dalam hal ini ada perbezaan pendapat. Pendapat yang lebih kuat dan lebih diterima ialah hadith tersebut BUKAN PALSU.


Apabila sesuatu pendapat tidak disetujui oleh yang lain maka mulalah awak menyalahkan pihak yang tidak sependapat dengan awak dengan mengatakan mereka mungkin itu mungkin ini...... hakikatnya disini amalan tersebut yg telah diamalkan berkurun2 telah dipertikaikan oleh golongan yang sama juga.

Banyak orang tertipu dengan pemahaman Al-Quran yang terpesong, sekalipun mereka kata mereka ikut Al-Quran. Contoh seperti Solat dikatakan komitmen, haji dikatakan penyelidikan, ruku dikatakan sujud, dan sujud dikatakan hormat. Masjid dikatakan binaan. Macam-macam istilah yang mereka cipta untuk tafsir perintah Allah ikut cara masing-masing!


Mengapa awak kata mereka tertipu dengang pemahaman yang terpesong, adakah sebab amalan mereka tidak sama dengan amalan awak maka awak kata terpesong ? Jika awak dasarkan begitu, sesiapa pun boleh mendakwa bahwa amalan awak segolongan juga terpesong. Semua pun boleh mendakwa merekalah yang betul baik kristian, Yahudi, Hindu, Budha dsbnya berdasarkan hujah masing2...... jadi kenyataan awak diatas tiada pointnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 02:08 AM | Show all posts
Nazrulism Post at 12-3-2012 21:59
Ohh... kerana awak tak tahu, maka awak tolak, begitu ?Saya boleh beri jaminan 100% Sunnah Nabi adalah benar. Tapi riwayat periwayat masih ada yang mengkajinya, Para ahli hadith menerima atau menolak sesuatu periwayatan berdasarkan apa yang DIKETAHUI melalui kajian, bukan menerima/menolak berdasarkan kepada "saya tidak tahu adakah sesuatu riwayat benar2 dari Rasul s.a.w.


Yup.... adakah awak memaksa saya menerima perkara yang saya tidak tahu ? Nampaknya awak tidak hiraukan amaran Allah dan RasulNya;

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Nampaknya jawapan awak cuba memusing belitkan, soalan saya berbunyi ” Bagaimana saya tahu sesuatu riwayat hadis itu benar2 dari rasul dan mana satu adalah manipulasi manusia berkepentingan melainkan awak boleh memberi jaminan bahwa riwayat2 hadis itu bebas 100% dari manipulasi manusia? Saya tidak tanya ”sunnah nabi” yang saya tanya adalah ”riwayat hadis”.

Masih dikaji tapi dalam masa yang sama awak sudah diterima atau diamalkan. Ibarat sebuah kereta yang belum siap tapi sudah di pandu di jalanraya, bila2 masa masuk longkang...... ibarat penempah maut sama juga ibarat menempah nereka.


Sebab itu saya bertanya  "Bagaimana Nabi tahu kandungan Al Qur'an ! Dan Bagaimana Al Qur'an sampai pada kita pada hari ini" kerana Al Qur'an juga disampaikan secara verbal ayat demi ayat dari Rasulullah, bukan sekaligus sebagai sebuah buku.


Nabi tahu kandungan Al Quran sebab nabi menerima wahyu dan bagaimana Al Quran sampai pada kita pada hari ini, telah saya jelaskan. Namun persoalan saya awak masih tidak menjelaskannya dan saya ulangi untuk kali ketiga;

”...... dan bagaimana pula, saya ambil contoh berkenaan Imam Mahdi, turunnya semula Nabi Isa, siksa kubur dsbnya yg terdapat dlm riwayat hadis tu, bagaimana nabi tahu atau siapa yang bagitau baginda nabi, sebab ianya tidak terdapat dalam Al Quran?


Kenapa awak tak gunapakai kaedah yang sama spt diatas dalam hal "Sunnah Nabi" dengan mencontohi suri teladan Rasul, hukum rasul, taat kepada Rasul... satelah membaca ayat-ayat yg berkaitan. Adakah awak tidak dapat berfikir


Saya sudah menjelaskan, saya mencontohi para Rasul melalui Al Quran, mengikut hukum Rasul dengan Al Quran dan Taat kepada Rasul juga melalui Al Quran, jadi tidak perlu saya ulangi. Sebab saya berfikirlah bahwa riwayat2 hadis itu yang bebas dimanipulasi oleh manusia berkepentingan dan memperkudakan nama nabi saya tolak.

AQ 7:176 Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan-nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Yang penting adalah pengertian sesuatu istilah itu.. Seperti mana pengertian Istilah Allah (Tuhan), Al Jannatu (syurga), An Naaru (neraka).. Jika pengertian salah.. guna istilah yg betulpun tak berguna.


Ini bukan soal pengertian sebab awak yang kata ” Jika perkataan Hadith Nabi/ Sunnah Nabi... tiada masalah kalau ditukar kepada "suri teladan Nabi".... bendanya sama” takkan awak lupa dan ayat itu peringatan kepada awak kerana awak rasa berhak menukar kalimah Allah;

AQ AQ 6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

Jika Allah mahukan seperti yg awak katakan... tak perlu Allah berfirman.. Taat Rasul, patuh hukum rasul, contohi Rasul!


Saya sudah memberi pendapat saya berkenaan hal tersebut maka tak perlu saya ulang.

As-Sunnah disalin dengan sangat hati-hati, baik dengan jalan hafalan....


Awak menulis atau copy paste sebegitu panjang namun tidak menjawab persoalan saya, saya ulang soalan saya;

Method yang bagaimana dikatakan riwayat hadis itu sahih?

Saya tidak tanya cara pengumpulan ”riwayat hadis”  yang saya tanya cara atau kaedah yang bagaimana dikatakan sesuatu hadis itu sahih ? Harap dapat difahami.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072233 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list