CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: habibollah

Cara Ibadah ahli penolak hadis

[Copy link]
Post time 14-3-2012 02:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 14-3-2012 02:13
Contoh: hukuman pencuri, dipotong tangan hingga takat mana? .. yg awak jawab ikut seperti kaum2 terdahulu.Dari mana awak nak tahu cara kaum terdahulu itu... tiada di detailkan dalam Al Qur'an ? Katakanlah Nabi s.a.w iku seperti kaum terdahulu... Bagaimana pula awak nak tahu apa yg Nabi s.a.w ikut... jika tiada riwayatnya ?


Seperti yang saya katakan amalan tersebut telah diamalkan oleh kaum terdahulu..... maka sebut sahaja hukum potong tangan maka nabi dan para sahabatnya sudah sedia maklum cara hukuman tersebut melainkan awak buktikan bahwa cara kaum2 terdahulu berbeza dengan cara nabi?

Dalam masalah ini.. Kenalah mengkaji, Riwayat mana yg lebih kuat atau sekurang2nya bertanya/rujuk kepada yang pakar (spt yg awak sebutkan sebelum ini).. Bukan menolak kedua2nya atau hanya mengikut orang yang tiada pengetahuan tentang hadits.


Ok, dalam riwayat tersebut ada yang mengatakan umur Aisyah nikah dengan nabi 6 tahun dan ada riwayat mengatakan 19 tahun. Yang mengatakan 9 tahun adalah pakar hadis yang mengkaji dan yang mengatakan 19 juga adalah pakar riwayat hadis juga mengkaji, kedua2 pakar tersebut adalah kuat. Oleh kerana yang mengatakannya adalah pakar hadis kononnya, maka jika awak tolak salah satu, maka awak pun bolehlah digelar ”anti riwayat hadis” atau adakah awak menerima kedua2 pendapat tersebut hanya kerana awak tidak ingin digelar ”anti riwayat hadis”?

Pembatalan puasa ?... cuba cerita.. puasa dari pemahaman guna Al Qur'an semata2.


AQ 2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang membuat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

AQ 2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

Nabi s.a.w menyampaikan Firman Allah tanpa tambahan seperti contoh bercerita awak tu.  Selepas itu barulah Nabi menjelaskan/ menerangkan maksud ayat tersebut. Di peringkat ini (penulisan ayat2 Al Qur'an) Nabi s.a.w melarang menulis kata2 dari Baginda untuk mengelakkan percampuran antara Hadith Allah dan hadith Baginda sendiri.


Awak yang kata nabi bercerita sekarang awak nak tuding jari pula, ini yang awak pada posting awak yang lalu;

”Itu bercerita.. bukannya penjelasan.”  diposting awak no. 239

Habis itu siapa yang ikut hadis nabi (arahan nabi) sebenarnya, orang tidak menulis atau orang yang menulis ?

Al Hikmah Nabi s.a.w adalah 'pengertian' ajaran Allah.. dalam hal wuduk, Ajaran Allah adalah membersihkan anggota. jadi mana2 anggota yg kotor (zahir/batin) boleh dibersihkan dengan wuduk!.


Mengapa nabi perlu tambah atas kefahamannya sendiri, adakah nabi tidak yakin dengan ajaran Allah, adakah arahan Allah tidak sempurna dan perlu di tambah lagi dan untuk apa penambahan itu ?

Kenapa awak kata mereka mempergunakan nama Nabi... apa yg mereka dapat dengan berbohong tentang cara Nabi berwuduk ?


Wallahu alam..... yang pasti penambahan tersebut bukan dari nabi, nabi tidak akan buat melainkan apa yang diwahyukan. Cara nabi berwuduk adalah seperti apa yang Allah wahyukan dan keluar sendiri dimulut baginda untuk panduan kita pada hari ini.

Jika dah jumpa "sunnah" dalam Al Qur'an.. eloklah, fahamkan pengertian "sunnah" itu.
Tapi saya tak jumpa ayat "ikutlah sunnah kaum terdahulu" dalam Al Qur'an, spt yg awak kata Nabi melaksanakan potongan tangan pencuri ikut kaum terdahulu.


Saya faham pengertian sunnah dalam Al Quran dan sekali lagi saya ulangi tiada satupun yang disebut ”sunnah nabi”. Dan seperti yang saya katakan amalan itu telah dilakukan oleh kaum terdahulu melainkan awak membuktikan bahwa kaum terdahulu tidak pernah melaksanakan hukum potong tangan.

Rujuk sini untuk perkataan sunnah dalam Al Quran -> Sunnah Dalam Al Quran

Saya kata " Sebenarnya... Syariat Nabi s.a.w berbeza dengan kaum2 yang lain, syariat terdahulu tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya, itulah yang dijelaskan melalui sunnah beliau s.a.w."  Nabi menjelaskan syariat yang dibawanya dengan sunnah beliau.


Saya juga tidak mengatakan bahwa syariat nabi2 terdahulu adalah sama dengan syariat nabi Muhammad namun yang jelas syariat2 mereka ada disebut dalam Al Quran dan dalam Al Quran itulah yang sahih sebenarnya. Masalahnya sejauh mana sesuatu yang dikatakan sunnah nabi itu tidak dimanipulasi oleh orang2 berkepentingan dalam riwayat2 hadis yang berlambak itu ?

Ok, kita setuju satu lagi perkara... Sunnah Nabi adalah mengikut wahyu samada tercatat dalam al Qur'an atau tidak!

Awak rasa berbelit kerana awak sangka riwayat2 yang banyak itu adalah sunnah Nabi.. sedangkan itu hanyalah catatan sunnah Nabi tentang apa yang periwayat dengar/lihat dari Nabi. Begitu juga kitab/buku Al Qur'an.. Ia juga adalah catatan Firman Allah kepada RasulNya. FirmanNya dan Sunnah NabiNya inilah yang terpelihara seperti yang disebut dalam Al Qur'an.

Al Hijr:9  Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikra dan Kami pasti memeliharanya.”


Yang tercatat di luar Al Quran pasti terdedah kepada manipulasi manusia sedangkan yang dalam Al Quran itulah yang terjamin maka terserah nak ikut yang berisiko atau tanpa risiko. Awak tidak akan dapat mengikut sunnah nabi tanpa riwayat hadis, betul tak ? Jadi jika riwayat itu hadis itu sendiri terdedah kepada manipulasi manusia, apakah tidak melibatkan sunnah nabi yang awak kata di luar Al Quran itu ?

Apakah awak bermaksud Adz-Dzikra (Peringatan) dalam surah Al Hijr ayat 9 itu adalah riwayat hadis juga. Jika begitu mengapa begitu mudah ianya dimanipulasi oleh manusia jika ianya telah mendapat jaminan dari Allah akan kesahihannya ?

Seperti mana Al Hikmah, saya telah sertakan dalilnya bahwa ianya merujuk kepada Al Quran itu sendiri maka begitulah juga dengan Adz Dzikr tersebut, antara ayat2Nya;

AQ 6:90. Mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, "Aku tidak meminta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu Peringatan untuk semua alam."

AQ 21:10. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu memahami?

AQ 36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

AQ 38:1. Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan.

Sengaja saya tak jawab.. kerana saya tahu awak akan jawab berkenaan cara sampainya Al Qur'an. Sunnah Nabi juga begitu.

Awak tidak meragui periwayatan Al Qur'an kerana ada janji untuk menjaganya hingga hari kiamat... tapi janji itu juga adalah diriwayatkan sama dengan ayat2 yang lain (saya tak fikir yg awak mendapat janji itu secara langsung dari Tuhan)


Sengaja atau tidak elok awak jawabnya untuk kita pertimbangkan.... tidak baik kedekut apa ilmu yang diketahui. Mana tahu boleh dipertimbangkan.

Berkenaan penjagaan itu saya dah kemukakan ayat2 sokongan saya berkenaan ”Adz-Zikr” tersebut merujuk kepada Al Quran itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 02:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 14-3-2012 02:16
Jika itu bukan dalil atau kebenaran untuk Nabi menyampaikan sesuatu hukum... mengapa Allah s.w.t befirman " ...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah "


Berkenaan hal ini, saya telah ulas maka jawapan saya tetap sama bahwa ayat itu teguran kepada para sahabat bukan ditujukan kepada nabi.

Tiada kaedah "mentaati Rasul diluar Al Qur'an" kerana Al Qur'an menegaskan "taatilah Rasul"  
Nabi s.a.w pun tak suruh ikut riwayat yg berlambak itu... Nabi s.a.w suruh ikut sunnahnya dan sunnah sahabat2nya. Untuk mengetahui yang mana sunnah yang perlu diikuti... bertanyalah/merujuk pada pakar iaitu ahli adz-zikir.


Ahli Adz-Zikr untuk merujuk kepada yang menyampaikan Al Quran semata-mata seperti mana nabi menyampaikan Al Quran sahaja dalam bersyariat bukan merujuk kepada pakar2 yang mencampurkan Al Quran dengan riwayat2 hadis lalu mempergunakan nama nabi.

Jika awak betul-betul mengamalkan Al-Qur'an... awak tidak boleh mengabaikan sunnah Nabi dalam sesuatu perkara pun terutama soal Aqidah dan Ibadah... kerana jelas dalam Al Qur'an;


Yup..... sunnah nabi dalam Al Quran bukan yang dikatakan sunnah nabi diluar Al Quran melalui riwayat hadis yang riwayat2 tersebut terdedah kepada manipulasi manusia.

Al Qur'an itu lengkap dan sempurna jika di ambil semuanya.. termasuk perintah taat pada rasul, patuh hukum rasul, mencontohi suri teladan Rasul dll. Amatlah rugi jika kita membuang kurnia Tuhan kepada kita;


Sememangnya sempurna maka Al Quran tidak memerlukan kitab2 lain sebagai tambahan untuk melengkapkan. Apa erti sempurna jika memerlukan rujukan sampingan untuk mengamalkannya. Amatlah rugi mengamalkan Al Quran jika di tokok tambah atas memperkudakan nama nabi tanpa patut.

Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah". [Ali-Imran : 164].


Ayat diatas amat menarik untuk di renungkan. Siapa Rasul dikalangan kita sendiri pada hari ini yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah dalam konteks ayat diatas?

Apakah Rasul dikalangan kita sendiri pada hari ini rasa berhak untuk menyampaikan selain Al Quran ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 11:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 14-3-2012 12:07
Apakah awak mengatakan bahwa Al Quran itu bukan kalam nabi ? Bukankah ianya adalah kalam Allah dan dalam masa yang sama adalah kalam nabi.
Saya dah terangkan berkenaan surah At Tahrim ayat 3 maka tak perlulah saya ulang.
anakmacho Post at 14-3-2012 01:59


Ya, Al-Quran itu bukan Kalam Nabi. Nabi hanya sampaikan Kalam Allah, yakni Al-Quran, bukannya Nabi sendiri yang bercakap dengan kalamnya sendiri menghasilkan Al-Quran.

Selain dari Al-Quran, apa-apa yang Nabi cakap atau perintah, itu semua Kalam Nabi.
   
Masih tak faham?

Seperti yang saya katakan Al Hadis adalah juga nama lain Al Quran seperti Al Furqan, Al Zikr dsbnya. Jadi apa yang dimaksudkan dalam ayat Allah ini;

AQ 39:23. Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,........ (sila lihat ayat penuhnya).


Nampaknya anda hanya ambil ayat tertentu sahaja, kemudian tolak ayat yang lain?

Kalimah 'Al-Hadith' dalam Al-Quran itu bukan khusus bermakna Kalam Allah, bergantung kepada konteks ayat. Dalam konteks ayat yang anda sebut tu memang merujuk Hadith Allah, atau kalam Allah. Masih tak faham?

Mari kita lihat konteks ayat yang lain dari Surah Luqman, ayat 6
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا

Lahwa Al-Hadith tu apa maknanya? Al-Quran kah?
Anda tolak sebahagian ayat Al-Quran tapi guna sebahagian dari ayat Al-Quran saja kah?

Disamping itu Al Hadis yang disebut dalam Al Quran merujuk kepada berbagai2 perbicaraan/perkataan (hadis) dan yang paling baik tentulah Al Quran itu sendiri. Yang jelas sekali dalam Al Quran tiada pun disebut “Hadis Nabi” atau “Sunnah Nabi”. Awak terpaksa tercari-cari dan memetik ayat itu ayat ini untuk disesuaikan dengan kefahaman sendiri.


Pandai sangat menuduh! Selama ini saya melihat anda yang suka guna akal cetek menafsir dan menterjemah Al-Quran sesuka hati. Apa makna Lahwa Al-Hadith dalam ayat 6 Surah Luqman?

Risiko mentaati Rasul dalam riwayat2 hadis adalah sangat tinggi, silap2 bukan mentaati Rasul sebaliknya mentaati orang yang memperkudakan nama nabi demi kepentingan sendiri.


Jika anda benar, tentu anda sudah menjelaskan bagaimana anda ruku' dan bersama siapa anda turut serta ruku' secara PRAKTIKALNYA. Nampaknya hujjah anda selama ini anda HANYALAH berdasarkan SANGKAAN DAN PEMBOHONGAN atas Nama Al-Quran melainkan anda dapat membuktikan secara praktikal bagaimana anda ruku' bersama orang-orang yang ruku'!

Jika anda kata risiko sangat tinggi ikut Sunnah Nabi, bagaimana anda Ruku' dan bersama siapa anda Ruku' secara Praktikalnya? (dari perintah yang terkandung dalam Al-Quran itu sendiri)

Risiko tafsir Al-Quran ikut NAFSU akal sendiri itu JAUH LEBIH BURUK dan jauh lebih SALAHNYA berbanding ikut Sunnah Nabi.

1. Yup.... nabi mengamalkan Al Quran secara pratikal, takkan nabi suruh umatnya mengamalkan Al Quran tapi baginda tidak. Persoalannya sejauh mana riwayat2 hadis yang kononnya dari nabi itu bebas dari mempergunakan nama baginda demi kepentingan agenda tertentu ?


Kalau pasal Ruku' pun anda masih BINGUNG kerana tidak ikut Sunnah Nabi, hanya kefahaman singkat dari akal semata-mata, macamana nak faham masalah Haidh wanita?
DARI DULU SAMPAI SEKARANG ANDA MENGELAT UNTUK MENJELASKAN bersama siapa anda Ruku' secara Praktikalnya?

Apapun dakwaan orang terhadap Al Quran, orang itu kena buktikan dakwaan tersebut.... tanpa bukti maka dakwaan itu tiada maknanya.


Apapun dakwaan anda yang kata anda ikut Al-Quran, anda hanya berbuat SANGKAAN dan PENDUSTAAN atas nama Al-Quran selagi mana anda tak jelaskan:
Bersama siapa anda Ruku' secara Praktikalnya?

Wow…… begitu ke…. Walaupun beliau (Bukhari) sendiri tahu riwayat2 tersebut bukan palsu tapi beliau sengaja tidak memuatkannya. Adakah beliau “anti hadis” atau hanya menerima muat yang sesuai dengan selera beliau sahaja ? Orang beginikah yang mahu diikuti dimana menyembunyikan sebahagain dan membiarkan sebahagian. Bukankah sikap begini telah di tegur Allah;


Begitulah ceteknya ilmu anda yang nak menghinakan orang lain (Imam Bukhari) yang jauh lebih tinggi ilmunya berbanding anda.

Mungkin anda tak pernah tahu yang Imam Bukhari itu ada menulis kitab lain seperti Al-Adaabul Mufrad, yang terkandung hadith-hadith yang tidak dimuatkan dalam Jami'us Sahih -nya. Sebelum anda kritik, elok anda kaji kitab-kitab Imam Bukhari dulu. Anda dah kaji ke belum? Tentu saja belum sebab tu anda buat tuduhan berdasarkan SANGKAAN semata-mata! Kitab-kitab Imam Bukhari pun anda tak kenal, hanya tahu kritik saja!

Yup.... sememangya berdasarkan kefahaman sendiri hasil dari pemerhatian, merenungkan ayat2 Allah dan juga pendapat mereka2 yg sependapat. Apakah posting2 awak disini bukan kefahaman awak sebaliknya kefahaman orang lain lantas awak copy paste kesini?

Pemahaman berdasarkan SANGKAAN semata-mata tu menyesatkan diri anda sendiri sahaja. Lebih baik dan LEBIH SELAMAT pemahaman berdasarkan SUNNAH NABI.

Kalau pemahaman berdasarkan SUNNAH Nabi, dah JELAS bagaimana Perintah Allah berkenaan Ruku' bersama orang-orang yang Ruku' itu dapat dilaksanakan. Pemahaman anti hadith anda tu sampai sekarang asyik dok MENGELAT TAK TAHU MACAMANA NAK RUKU' bersama orang yang Ruku'.

Itu yang anda kata LEBIH SELAMAT? Selamatlah anda menuju ke arah kesesatan!

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Dan dirikanlah Solat, tunaikanlah Zakat dan Ruku'lah beserta Orang-orang yang Ruku' (Al-Baqarah, 43)

Sekali lagi DIULANGI: jika anda tak menjelaskan ayat di atas secara praktikalnya perlaksanaan Ruku', maka boleh dibuat kesimpulan selama ini anda hanya membuat copy paste terjemahan Al-Quran dari sumber yang menolak hadith, dan kemudiannya guna sangkaan akal anda semata-mata tanpa apa-apa panduan....

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran. (An-Najm, 28)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 02:50 AM | Show all posts
Yup.... adakah awak memaksa saya menerima perkara yang saya tidak tahu ? Nampaknya awak tidak hiraukan amaran Allah dan RasulNya;

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
anakmacho Post at 14-3-2012 02:08

Saya tidak memaksa suatu perkara yg awak tidak tahu.... Tapi apa yang awak tidak tahu itu bukan tidak ada dan awak menganggap orang lain pun tidak tahu seperti awak juga.  

Adakah ayat 17:36 menyuruh terus berada dalam keadaan tidak tahu selamanya ?... dan adakah ayat itu melarang sesiapa yang telah tahu daripada mengikuti pengetahuan mengenainya ?


Nampaknya jawapan awak cuba memusing belitkan, soalan saya berbunyi ” Bagaimana saya tahu sesuatu riwayat hadis itu benar2 dari rasul dan mana satu adalah manipulasi manusia berkepentingan melainkan awak boleh memberi jaminan bahwa riwayat2 hadis itu bebas 100% dari manipulasi manusia? Saya tidak tanya ”sunnah nabi” yang saya tanya adalah ”riwayat hadis”.


Tidak memusing apa2.. cuma awak yg tak faham.   
Untuk mengetahui Sunnah Nabi.. kenalah tahu riwayat hadith dan tahu kesahihannya atau sekurang2nya bertanya/ merujuk kepada pakar yang telah meneliti sesuatu periwayatan hadith.... Bukan menolak dengan alasan tidak tahu atau mengikut orang yang tidak tahu tentang Hadith, yang menjadikan awak tidak tahu sunnah Nabi selama2nya. (rasanya dah terangkan perkara ini tempoh hari)


Masih dikaji tapi dalam masa yang sama awak sudah diterima atau diamalkan. Ibarat sebuah kereta yang belum siap tapi
sudah di pandu di jalanraya, bila2 masa masuk longkang...... ibarat penempah maut sama juga ibarat menempah nereka.


Salah perumpamaan itu... Tiada sesiapa yang menggunakan hadith semata-mata (kamu kata Ibarat sebuah kereta)
Riwayat Hadith bukannya berbentuk ' sebuah ' (lihat tentang pengumpulan hadith tempoh hari).
Tapi jika nak dibuat perumpamaan.. Jadikan Islam itu sebuah kereta, Al Qur'an itu Manual Pengguna dan Sunnah itu Tips pemandu uji, Riwayat hadith pula sebagai himpunan pengalaman para pemandu yang awal. Semuanya menyumbang kepada keselesaan memandu ke Jalan Yang Lurus.


Nabi tahu kandungan Al Quran sebab nabi menerima wahyu dan bagaimana Al Quran sampai pada kita pada hari ini, telah saya jelaskan. Namun persoalan saya awak masih tidak menjelaskannya dan saya ulangi untuk kali ketiga;

”...... dan bagaimana pula, saya ambil contoh berkenaan Imam Mahdi, turunnya semula Nabi Isa, siksa kubur dsbnya yg terdapat dlm riwayat hadis tu, bagaimana nabi tahu atau siapa yang bagitau baginda nabi, sebab ianya tidak terdapat dalam Al Quran?

Awak belum jelaskan bagaimana awak boleh menerima Al Qur'an.. yg sampai kepada kita juga melalui periwayatan.  
Bagaimana awak yakin 100% periwayatan Al Qur'an itu tiadanya manipulasi manusia
sedangkan Ayat yang memberitahu Al Qur'an terpelihara.... juga sampai melalui periwayatan yang serupa ?

Contoh-contoh yang awak tanya itu... Nabi tahu melalui Al Hikmah dan mengajar apa yg manusia tidak tahu. Tiada dalam Al Quran, tidak bererti Nabi tidak mengucapkannya.. berkenaan siksa kubur, ada dinyatakan dalam Al Qur'an!

Saya sudah menjelaskan, saya mencontohi para Rasul melalui Al Quran, mengikut hukum Rasul dengan Al Quran dan Taat kepada Rasul juga melalui Al Quran, jadi tidak perlu saya ulangi. Sebab saya berfikirlah bahwa riwayat2 hadis itu yang bebas dimanipulasi oleh manusia berkepentingan dan memperkudakan nama nabi saya tolak.

AQ 7:176 Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan-nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.



Dalam hal mee goreng.. boleh pulak awak sandarkan pada ayat yg tak sebut " mee goreng"
Kenapa awak tak gunapakai kaedah yang sama spt diatas dalam hal "Sunnah Nabi" dengan mencontohi suri teladan Rasul, hukum rasul, taat kepada Rasul... satelah membaca ayat-ayat yg berkaitan. Adakah awak tidak dapat berfikir
   
Ayat 7:176 memang sesuai dengan penolak hadith, mereka tidak ditinggikan dengan ayat2 Al Qur'an untuk memahami suri teladan, hukum rasul, taat kepada rasul yang berkaitan dengan sunnah dari hadith Nabi kerana cenderung kepada dunia dan hawa nafsu, Pada para penolak hadith Nabi.. hadith2 ini meripakan penyebab kemunduran.

Ini bukan soal pengertian sebab awak yang kata ” Jika perkataan Hadith Nabi/ Sunnah Nabi... tiada masalah kalau ditukar kepada "suri teladan Nabi".... bendanya sama” takkan awak lupa dan ayat itu peringatan kepada awak kerana awak rasa berhak menukar kalimah Allah;


Suri teladan (terjemahan) adalah kata-kata Allah.... pengertiannya, Sunnah Nabi/hadith Nabi.   
Seperti juga Makanan Halal ... pengertiannya, mee goreng juga adalah makanan halal.

AQ AQ 6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.


Awak kena perhatikan juga kesempurnaan kata2 Allah bukan setakat Perkataan sahaja, ia meliputi kebenaran (pengertian yg benar) dan keadilan. Sebab itu dalam penterjemahan, Fahaman Rasulullah mesti diutamakan. Bagaimana fahaman Rasulullah diketahui adalah dari sunnah beliau (hadith2 yg diriwayatkan)

Saya sudah memberi pendapat saya berkenaan hal tersebut maka tak perlu saya ulang.


Pendapatyang kabur dan tergantung !
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 03:03 PM | Show all posts
Awak menulis atau copy paste sebegitu panjang namun tidak menjawab persoalan saya, saya ulang soalan saya;
Method yang bagaimana dikatakan riwayat hadis itu sahih?
Saya tidak tanya cara pengumpulan ”riwayat hadis”  yang saya tanya cara atau kaedah yang bagaimana dikatakan sesuatu hadis itu sahih ? Harap dapat difahami.......
anakmacho Post at 14-3-2012 02:08

Sengaja saya postkan penerangan tentang pengumpulan hadith yg agak pamjang supaya awak tahu seba sedikit tentang sejarahnya agar awak tidak keliru dengan dakwaan hadith2 hanya dikumpulkan pada era Bukhari dan Muslim sahaja.   

Method yg digunakan mengandungi beberapa syarat.. diantaranya;
A) Mutawatir   
Hadits mutawatir mempunyai empat syarat yaitu:   
1. Rawi-rawinya tsiqat dan mengerti terhadap apa yang dikabarkan dan dengan kalimat pasti.   
2. Sandaran penyampaian kepada sesuatu yang konkret, seperti penyaksian atau mendengar langsung.   
3. Bilangan mereka ramai, mustahil menurut akal logik semuanya berpakat berdusta.     
4. Bilangan yang banyak ini tetap demikian dari mulai awal sanad, pertengahan sampai akhir sanad, rawi yang meriwayatkannya minima 10 orang.



B) Ahad   
Syarat khusus Perawi Hadith  
1. Adil  
2. Mantap hafalannya.  
3. Seorang yang faqeh.  
4. Perawi beramal bersesuaian dengan hadith dan tidak menyalahinya.   
5. Menyampaikan Hadith, huruf demi huruf.   
6. Tahu tentang lafaz-lafaz yg boleh mengubah makna hadith.


Syarat khusus Isi Hadith  
1. Bersambung perawinya kepada Rasulullah s.a.w.  
2. Tidak ada lafaz yg ganjil dan pelik.   
3. Tidak bertentangan dengan hadith masyursamada hadith qauli atau hadith fe'li  
4. Tidak bercanggah dengan amalan sahabat serta tabien dan tidak bertentangan dengan lafaz umum serta zahir ayat Al Qur'an.  
5. Sebahagian ulamak salaf tidak mencerca hadith itu.  
6. Hadith tidak mengandungi perkara lain selain dari Isi Hadith itu sendiri atau seorang perawi meriwayatkan secara bersendirian.   


Banyak lagi syarat dalam kaedah mensahihkan sesuatu hadith yg tak mungkin saya dapat huraikan disini.

...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah "

Tentang ini awak berkata;
Berkenaan hal ini, saya telah ulas maka jawapan saya tetap sama bahwa ayat itu teguran kepada para sahabat bukan ditujukan kepada nabi.

Awak hanya melihat ia sebagai teguran sahaja kepada para sahabat, awak gagal memahaminya sebagai autoriti kepada Nabi s.a.w dalam menetapkan hukum yang mendapat pengesahan Allah didalam Al Qur'an.

Ahli Adz-Zikr untuk merujuk kepada yang menyampaikan Al Quran semata-mata seperti mana nabi menyampaikan Al Quran sahaja dalam bersyariat bukan merujuk kepada pakar2 yang mencampurkan Al Quran dengan riwayat2 hadis lalu mempergunakan nama nabi.

Allah s.w.t. tidak menurunkan ayat yg tidak boleh dipakai pada zaman sekarang... jika Ahli Adz-Zikir hanya merujuk kepada Rasulullah sahaja... kerana tiada Rasul dizaman ini. Jikapun ditakdirkan Ahli Adz-zikir hanya merujuk kepada Rasul s.a.w, awak mesti melihat kepada hadith berkenaan sunnah Nabi untuk melaksanakan anjuran itu.

Sememangnya sempurna maka Al Quran tidak memerlukan kitab2 lain sebagai tambahan untuk melengkapkan. Apa erti sempurna jika memerlukan rujukan sampingan untuk mengamalkannya. Amatlah rugi mengamalkan Al Quran jika di tokok tambah atas memperkudakan nama nabi tanpa patut.

Al Qur'an tidak diturunkan tanpa Rasulullah... kombinasi inilah yg membuatkan ia sempurna. kedua2nya menyokong anatara satu sama lain..... amat rugi jika membuang komponan yang datang dari Allah.

Ayat diatas amat menarik untuk di renungkan. Siapa Rasul dikalangan kita sendiri pada hari ini yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah dalam konteks ayat diatas?

Apakah Rasul dikalangan kita sendiri pada hari ini rasa berhak untuk menyampaikan selain Al Quran ?


Ayat Ali-Imran:164 dirujuk.  
Ayat ini turun semasa hayat Nabi s.a.w (ketika Allah mengutus Rasul) dan Menggunakan perkataan 'kepada mereka ' dan ' golongan mereka ', Apa -apa yang dikurniakan pada mereka ketika itulah yang kita dapat pada hari ini.

Satu pertanyaan yg tak sepatutnya keluar dari seorang yang mendakwa ia faham Al- Qur'an tanpa merujuk kepada fahaman Nabi s.a.w. dan para sahabat... kerana bukan perkataan ' kamu ' yang digunakan.

Telah menjadi tugas Ahli Adz-Zikir untuk menyampaikan kurniaan Allah pada mereka ketika itu kepada kita sekarang.

Harap awak faham tentang ini... bagi mengelakkan awak mendakwa ada Rasul dizaman sekarang seperti dakwaan sesetengah golongan penolak Hadith.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053093 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list