CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: habibollah

Cara Ibadah ahli penolak hadis

[Copy link]
Post time 13-8-2011 08:19 PM | Show all posts
knp nabi diutuskan dikalangan manusia  & bukan malaikat?

pd yg dpt menjawab dgn betul...maka segala persoalan akan terungkai......insyallah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2011 09:54 PM | Show all posts
Reply 20# ibnur

Salam,

Terima kasih kerana membetulkan. Namun pendapat yg mengatakan ianya adalah hadis palsu atau maudhu, kita boleh rujuk di forum ini juga yg telah lama ditinggalkan oleh TT topik berkenaan, sila lihat posting no. 15  --> Himpunan Hadis Dhaif dan Palsu

Mengamalkan hadis dhaif juga dibincangkan di posting no. 77 dan 78 dalam thread yg sama.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 09:57 PM | Show all posts
Reply 18# habibollah
siapakah pengamal yang memalsukan itu dan boleh cut paste hadis tu sini?



Sila rujuk respon saya kepada tuan Ibnur diatas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 10:56 PM | Show all posts
Reply  ibnur

Salam,

Terima kasih kerana membetulkan. Namun pendapat yg mengatakan ianya adala ...
anakmacho Post at 13-8-2011 21:54


wassalam,

Saya hanya nampak satu hadith azan ditelinga kiri sahaja.  Yang lain-lain berkenaan azan ditelinga anak saya tak nampak di thread berkenaan.  Kalau tuan rujuk thread berkenaan untuk menyatakan perbuatan azan ketelinga anak adalah amalan dari hadith palsu, saya rasa ada 3 jalur hadith lain yang dijadikan rujukan.  Bukan yang ada di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 01:19 AM | Show all posts
to anakmacho

bagaimana kamu tahu yang mana satu di dahulukan dalam rukun sembahyang seperti yang anda nyatakan, adakah ianya dinyatakan didalam AlQuran?

1.        Berdiri
2.        Rukuk
3.        Sujud
4.        Bersuara
5.        Faham apa yang dibaca/ucapkan.

kenapa tidak sujud dahulu sebagai permulaan? berapakah waktu dalam sehari kamu mengerjakan sembahyang? bagaimana kamu berniat sembahyang, ? apakah penutup ssembahyang kamu, seperti yang kami maklum, penutup sembahyang adalah tahiat akhir, bagaimana pula kamu? sila bawa dalil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 01:26 AM | Show all posts
to anak macho:

berdasarkan al Quran sahaja, apakah ibadah2 lain yang kamu lakukan sebagai pegangan kamu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 25# habibollah


    ada pulak rukum sembahyang???
setahu saya yg tak faham ni
solat pun boleh dalam keadaan duduk kannn
baring pun boleh jugak

SESUNGGUHNYA SOLAT ITU SEBAIK-BAIK PERBUATAN
TETAPI MENGINGATI AKU ITU LEBIH BAIK
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 27# orangbesi

   ada pulak rukum sembahyang???
setahu saya yg tak faham ni
solat pun boleh dalam keadaan duduk kannn
baring pun boleh jugak

SESUNGGUHNYA SOLAT ITU SEBAIK-BAIK PERBUATAN
TETAPI MENGINGATI AKU ITU LEBIH BAIK


So,maksud OB,solat boleh dilakukan sesuka hati mengikut citarasa masing2 la yek tanpa rukun dan cara2 tertentu?


So,kalo solat boleh dilakukan sesuka hati,maka tak perlulah Allah turunkan al Quran.

Sebabnya solat sememngnya da jadi amalan pelbagai agama sejak dahulu lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 09:37 AM | Show all posts
Reply 24# ibnur


   
Saya hanya nampak satu hadith azan ditelinga kiri sahaja.  Yang lain-lain berkenaan azan ditelinga anak saya tak nampak di thread berkenaan.  Kalau tuan rujuk thread berkenaan untuk menyatakan perbuatan azan ketelinga anak adalah amalan dari hadith palsu, saya rasa ada 3 jalur hadith lain yang dijadikan rujukan.  Bukan yang ada di situ.


Ada baiknya saya cnp apa yg terkandung di posting no 15 thread berkenaan;

(12) AZAN PADA TELINGA KANAK - KANAK YANG BARU LAHIR DAN QAMAT PADA TELINGA KIRI

Ertinya : Barang siapa yang melahirkan seorang anak lalu dia mengazankan ke telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya , maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan

Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Ibnu Sunniy dalam kitab ' Amalul Yaumi Wal Lailah' halaman 200

Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu Assakiir dari sanad Abi Ya'alaa dari Ibnu Musyaran dan lain - lainnya .

Muhammad Nashruddin Albani mengatakan, "Sanad hadis ini adalah 'Maudhu' ( Palsu)" .

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 19
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:06 AM | Show all posts
Reply 25# habibollah

bagaimana kamu tahu yang mana satu di dahulukan dalam rukun sembahyang seperti yang anda nyatakan, adakah ianya dinyatakan didalam AlQuran?

1.        Berdiri
2.        Rukuk
3.        Sujud
4.        Bersuara
5.        Faham apa yang dibaca/ucapkan.

kenapa tidak sujud dahulu sebagai permulaan?


Saya telah nyatakan dan sertakan sekali dalil berkenaan pergerakkan sholat yg mana patut di dahulukan... saya tidak pasti jika Habib ada membacanya, namun saya cnp semula dalilnya;

AQ 22:26. "......... Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

Sila perhatikan terjemahan ayat diatas, Allah dan rasulNya sangat tertib mengeluarkan arahan dimana perkataan berdiri dahulu disebutkan selepas itu tunduk dan akhirnya sujud.

AQ 5:6. ' Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu  berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan ........'

Perhatikan juga ayat diatas, Allah dan rasulNya tidak kata "mendirikan sholat" sebaliknya "berdiri untuk sholat", ini bermakna sholat dimulakan dengan berdiri.

berapakah waktu dalam sehari kamu mengerjakan sembahyang?


Dalam Al Quran Allah dan rasulNya menyebut 3 nama sholat berserta waktunya.

bagaimana kamu berniat sembahyang, ?


Dalam Al Quran tiada perintah niat, apa yg kita lakukan baik secara sengaja atau tidak Allah dah tahu. Kesenggajaan melakukan sesuatu itulah niat sebenarnya.

apakah penutup ssembahyang kamu, seperti yang kami maklum, penutup sembahyang adalah tahiat akhir, bagaimana pula kamu? sila bawa dalil

   
Nampaknya sekali lagi Habib tidak membaca posting saya di 4 walaupun dah panjang lebar saya jelaskan berserta dalilnya.

Tatacara sholat berpandukan Al Quran semata-mata tentulah berbeza berpandukan riwayat hadis yg mempergunakan nama nabi, begitu juga penutup sholat tentu berbeza.

Saya cnp semula;

Sujud

Semasa sujud pula kita hendaklah memuji akan kebesaran Allah;

AQ 32:15. Orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diperingatkan dengannya jatuh bersujud, dan melafazkan sanjungan Pemelihara mereka,

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud. (Membaca ayat-ayat yang menyanjung atau memuji Allah).

Banyak bacaan-bacaan dalam Al Quran yang boleh dijadikan panduan untuk melafazkan sanjungan kepada Allah.

Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:

AQ 10:10  "Dan akhir seruan mereka, 'Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.'"

Dariapada keterangan diatas, dapat di fahami bahwa akhir sholat adalah sujud dengan bacaan penutup sekali.

Bolehkah tuan Habib pula menyenaraikan rukun-rukun sholat yg tuan Habib laksanakan ?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:11 AM | Show all posts
Reply 26# habibollah

berdasarkan al Quran sahaja, apakah ibadah2 lain yang kamu lakukan sebagai pegangan kamu?


Saya tidak berapa faham maksud soalan tuan Habib diatas, "lain" dari segi apa atau perbandingan apa maksud tuan Habib ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 11:50 AM | Show all posts
patut la kdg2 aku tgk ade org solat sepantas kilat.....terkejut aku....adakah perihal seperti ini dlm bacaan org itu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by charming_gal at 15-8-2011 13:08

Reply 4# anakmacho

Rakaat

Walaupun dalam Al Quran tidak menyebut jumlah rakaat dalam setiap sholat, namun dalam surah An Nisaa 104 dapat difahami bahwa sholat tersebut mengandungi dua rakaat sahaja;

AQ 4:102. Apabila kamu dikalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongandaripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada dibelakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka............

  ~ada sedikit kemusykilan yg saya nak am jelaskan di sini..so,untuk memudahkan saya nak copy/paste kan surah an-nisaa tu lebih trperinci sikit
[4:102]
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.


~Kalo kita perhatikan ayat 102 surah an-nisaa ni..maksud ayat tersebut adalah menerangkan tentang cara2 solat khauf iaitu solat yg dilakukan semasa sngat khuatir kemungkinan ada bahaya terjadi semasa solat.
~Misalnya,solat semasa waktu perang.Solat ini diajarkan berbeza dengan solat yg dilakukan pada waktu biasa(seharian)
Apa yang dapat difahami dari ayat diatas bahwa sholat ada dua rakaat iaitu rakaat pertama sebahagian sholat mengikut imam dan sebahagian lagi berjaga-jaga manakala pada rakaat kedua mereka2 yang telah sholat pada rakaat pertama digantikan pula mereka2 yang belum sholat…. Dan keadaan ini dalam masa darurat (perang), untuk masa normal maka hendaklah disempurnakan dua rakaat tersebut.

Persoalan saya;
Bagaimana AM boleh kaitkan solat ni dengan solat seharian yg lain?Apa kaitannya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:37 PM | Show all posts
Reply 33# charming_gal

Persoalan saya;
Bagaimana AM boleh kaitkan solat ni dengan solat seharian yg lain?Apa kaitannya?



Tak sangka pulak awak pun berminat bagaimana sholat hanya berpandukan Al Quran, ini perkembangan yg menarik... alhamdulillah...... dan saya tetap bersangka baik.

Sebenarnya jawapan soalan awak tu adalah kenyataan yg saya awak qoutekan tu, tapi tak apalah saya ulangi sekali lagi disini;

" Apa yang dapat difahami dari ayat diatas bahwa sholat ada dua rakaat iaitu rakaat pertama sebahagian sholat mengikut imam dan sebahagian lagi berjaga-jaga manakala pada rakaat kedua mereka2 yang telah sholat pada rakaat pertama digantikan pula mereka2 yang belum sholat…. Dan keadaan ini dalam masa darurat (perang), untuk masa normal maka hendaklah disempurnakan dua rakaat tersebut."
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 03:46 PM | Show all posts
Reply 28# charming_gal


wasalam

itu hak saya dgn tuhan saya
jadi hak kamu, kenalah tanya tuhan kamu yeeee
dan jangan tanya hanya pada `tuhan kamu sahaja`
tapi tuhan sekalian alam (ini yg tepat)

dan untuk ini, kalau sedari mau
cuba kita kaji/teliti kenapa NABI tidak membenarkan katanya(hadithnya) ditulis
dan kenapa ada untuk mereka2 yg tertentu shj
termasuk ditegah dr di sebarkan.
kenapa ya???
dan
adakah kita sanggup utk mengamalkan kesemua hadith NABI???
dlm kitab hadith shoheh pun dah TAK LARAT dahhhhhh

dan kalau saya BACAKAN hanya beberapa HADITH NABI ini
memang kita tak LAYAK MASUK SYURGA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:17 PM | Show all posts
Reply 35# orangbesi

iya jugasebuah kitab masih tak mampu nak memikulnya
tambah lagi 6 kitab
maka jadilah seperti keldai yg memikul beban
amat buruk perumpamaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 05:43 PM | Show all posts
sy nak tumpang tanya, kpd antihadis di sini....

katakanlah pemahaman Quran versi antihadis ini benar....di manakah saki baki org arab yg taat kepada Quran itu pergi, dan di mana mereka...

jikalau para sahabat adalah antihadis, yakni penjunjung Quran yg taat, bilakah kefahaman mereka berkubur? dan bila pula ia di munculkan semula?

sy bukan bertanya utk kondem sesiapa, tetapi kerana perasaan ingin mengambil tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 05:59 PM | Show all posts
Reply 37# ussopp
Mungkin pertanyaan juga boleh dilanjutkan

bilakah kitab2 terdahulu mengalami pengubasuaian......

Bilakah umat Nabi2 terdahulu terkubur....... masih adakah pada hari ini penganut agama terdahulu terutama
Yahudi dan Nasrani.....

Namun perlukah itu dititik beratkan kerana bukan itu yg akan Allah tanya kelak di akhirat pada setiap individu.....

Untuk kita sama-sama berfikir sahaja. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply 38# anakmacho

sebenarnya perlu jugak dititikberatkan.

bukan apa,

utk melaksanakan solat atau apa2 ibadat menurut antihadis yg mana tafsirannya terbuka luas, maka sy risau jugak, jikalau sy sebagai seorang neutral sekalipun.

kerana,
ada yg antihadis kata ada solat. ada yg kata tiada solat melainkan solat itu bermaksud umum berbuat baik.
ada yg kata ayat Quran ini maksudnya begini2...dan ada pula kata begitu2....dan ada jugak antihadis yg tidak mementingkan akidah tetapi mendahulukan akhlak lebih dari akidah yakni humanity.

maka sy tercari2 fahaman antihadis yg sebenar, dan sy cuba meneliti siapa antihadis yg pertama dlm sejarah dan kenapa tidak ada org arab yg antihadis sebagai saki-baki padahal dikalangan org yahudi di zaman nabi masih ada yg memeluk islam lantaran ada saki -baki yg tahu cerita sebenar tentang Muhammad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply 37# ussopp

assalamualaikum syeikh, wahhh...lama tak nampak ni, sunyi jugak syeikh tak masuk discussion . Alhamdulillah wcome back
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.356749 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list