CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4409|Reply: 36

Ana Rafalli sering dapat diskaun..

[Copy link]
Post time 11-8-2011 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Soksek11 at 11-8-2011 09:31








SETIAP tahun, ibadat puasa sepanjang Ramadan memang dinantikan penyanyi muda sedang mencipta nama, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana, 26 tahun.
Selain dapat beribadat, kehadiran bulan mulia itu turut membuka ruang kepadanya untuk menikmati hidangan istimewa yang hanya dijual di bazar Ramadan.

Ana sangat teruja setiap kali Ramadan tiba kerana berpeluang membeli juadah berbuka dan bazar yang menjadi pilihannya adalah Bazar Ramadan Taman Melawati kerana ia berhampiran dengan rumahnya.

“Boleh dikatakan saya membesar dengan Bazar Ramadan Taman Melawati sebab dari kecil hinggalah sekarang, ia menjadi pilihan saya. Zaman kecil dulu, saya dibawa ibu dan ayah ke sana dan apabila sudah besar, saya sering ke sana bersama rakan sebaya.




“Sememangnya ia menim�bulkan kenangan manis buat masa. Dulu, kalau dapat mengunjungi Bazar Ramadan memang seronok sebab bila tengok pelbagai kuih-muih yang dijual membuatkan rambang mata.



“Seharian berlapar, apabila tengok orang jual kuih atau ayam panggang, rasa nak makan semua. Mak dengan ayah pula kerana kasihankan saya yang berusaha berpuasa, akan membelikan apa saja kuih atau makanan yang saya hajati,” katanya.

Apabila sudah dewasa dan bergelar penyanyi, lain pula caranya. Kata Ana, masanya untuk mengunjungi Bazar Ramadan agak terhad kerana sibuk dengan kerja rakaman di studio di samping memenuhi jemputan untuk berbuka puasa.

“Mujur sekarang ini ada Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah yang betul-betul hampir dengan rumah. Bazar baru ini diperkenal�kan tahun ini oleh jawatankuasa masjid. Ia dilaksanakan secara kecil-kecilan.

“Walaupun kecil, semua benda yang saya suka ada seperti nasi kerabu, air kelapa muda, ayam golek dan kuih-muih. Lebih penting, hendak letak kereta pun mudah dan tidak ramai orang, jadi tidak perlu berebut,” katanya.

Jelas Ana lagi, dia senang sewaktu pertama kali mengunjungi Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah kerana banyak wajah dikenali seperti jiran tetangga yang turut berniaga.

“Saya ke sana untuk memberikan sokongan kepada mereka. Saya puji sikap mereka beru�saha untuk mencari rezeki lebih di bulan puasa ini. Kata orang, selain beribadat, Ramadan juga adalah bulan rezeki bagi ramai orang. Walaupun Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah masih baru, saya lihat sambutan diberikan orang ramai sangat menggalakkan,” katanya.

Menceritakan pengalamannya sewaktu pertama kali mengun�jungi bazar Ramadan itu, katanya dia berasa lucu dan tidak kurang juga gembira apabila ramai yang berniaga di situ mengenalinya turut memberikan diskaun terhadap juadah yang dibeli.

“Syukur apabila mereka me�ngenali saya. Saya turut berbesar hati apabila diberikan harga murah sewaktu membeli juadah di gerai mereka. Sampai begitu mereka menghargai saya dan benar-benar membuatkan saya terharu serta berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Apabila ditanya tidakkah dia merindui bazar Ramadan Taman Melawati yang sering dikunjungi sebelum ini, kata Ana dia berasa kurang selesa untuk membeli di sana kerana keadaan yang begitu sesak. Tambahan pula juadah yang mahu dibeli selalunya habis lebih awal.

“Lagipun, saya sebenarnya agak sensitif dengan asap dan apabila bersesak saya susah hendak lari. Tidak seperti Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah yang tidak berapa sesak. Apabila lalu ke gerai sedang memanggang, saya senang nak lari atau mengelak. Apa pun saya berasa sangat bertuah kerana banyak bazar Ramadan di sekitar rumah,” katanya.

Kata Ana, dia sangat menggemari gerai nasi kerabu putih yang dijual di Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah kerana masakannya rasa seperti dimasak di rumah sendiri. Selain itu dia juga suka puding karamel dan ayam golek istimewa yang turut dijual.

“Walaupun bukan hari-hari saya membeli di bazar terbabit, bolehlah dikatakan kerap juga terutama membabitkan kuih- muih bagi melengkapkan hida�ngan berbuka selain masakan ibu yang tiada tandingannya,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 09:10 AM | Show all posts
Check-in...x berminat dgn dia. terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:10 AM | Show all posts
sape ni ek?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:16 AM | Show all posts
besa la retis..ramai je yg nak bg diskaun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:19 AM | Show all posts
Ana Raffali ek?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:20 AM | Show all posts
publisiti murahan tul...dah takde citer lain lagi ker nak kongsi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2011 09:20 AM | Show all posts
peh..kecur air liur pagi-pagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:24 AM | Show all posts
berbunyi bunyi perut aku baca artikel ni. grrr
tapi nasib tak pose. hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 09:25 AM | Show all posts
dah senyap je minah ni......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:27 AM | Show all posts
tolong ingatkan akuh!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:30 AM | Show all posts
muke lawa leh la smbg
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:32 AM | Show all posts
ingat ana mana lah tadi

nama betul lain
nama glamer lain

sampai tak kenal ana mana satu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:34 AM | Show all posts
x minat lgsg....tak kisah lah dpt diskaun ker ape.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:38 AM | Show all posts
abeh tu? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:44 AM | Show all posts
so apa yg gosipnyer neh??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:03 AM | Show all posts
nape nak kasi diskaun lak?dia kan artis..kan masyuk!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 10:17 AM | Show all posts
wutever
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:17 AM | Show all posts
cara dia ckp tu cam nak promosi kan param masjid alhidayah tu jekk...
mula2 cite kemain suka g param tmn melawati..dulu g ngan makbapak pastu dah bsr g ngan kwn2
dah msuk tajuk param hidayah tuh dan dan suka sgt g sana lak..x suka dah g param tmn melawati sesak la..habuk la...mana satu ni oitt ana
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:18 AM | Show all posts
itu pon nak cite ke... laki aku pon slalu dapat diskaun beli kat bazar taman sbb laki aku ahli mesyuarat tingkap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:23 AM | Show all posts
Gosipnya? Dapat diskaun? :re:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.562723 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list