CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20783|Reply: 115

Miera Leyana : Saya Masih gadis timur

  [Copy link]
Post time 16-8-2011 09:29 AM | Show all posts |Read mode


Pekakkan telinga hadapi tohmahan

TIDAK surut dugaan ditempuhi aktres muda, Miera Leyana Kasmi, 18, apabila baru saja reda kontroversi gaun seksi yang menampakkan bahagian tertentu tubuhnya, kini timbul pula cerita dia dikatakan mabuk selepas berlibur di pusat hiburan.
Bagi empunya diri, ia tohmahan yang jelas cuba memburukkan namanya, malah jauh di sudut hati berharap si penyebar cerita palsu jangan memfitnah sesuka hati tanpa memikirkan maruah insan lain.
“Saya pernah dicop seksi, namun tidak bermakna saya pemabuk. Memang saya terkejut kerana saya tak buat benda seperti itu. Malah lokasinya pula dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan berhampiran kediaman keluarga saya.

“Walau ibu bapa saya bersikap terbuka, pergaulan serta tatasusila sebagai orang timur tetap dititikberatkan. Jangan menilai buku daripada kulitnya. Biar tampak lincah, saya bukan jenis mudah lupa diri,” kata pelakon berbakat besar itu penuh bermakna.

Akuinya, kebebasan yang diberikan keluarga tidak mungkin dipersiakan dan bersama kepercayaan itu Miera berani melangkah sama ada di arena lakonan mahu pun peragaan yang diminati sejak kecil.

Gadis berdarah campuran Melayu-Cina ini sebenarnya mempunyai hati waja apabila menganggap gosip atau khabar angin sebagai asam garam yang perlu dilalui semua insan seni.
“Ramai lagi yang pernah berdepan dugaan lebih hebat. Bagi saya jika tidak benar, baik pekakkan telinga dan pejamkan mata. Saya bersyukur apabila setiap kali datangnya ujian, ibu bapa antara insan pertama yang akan menjadi penenang.

“Bermula lebih awal di bidang peragaan iaitu pada usia 15 tahun menyediakan mental dan fizikal saya supaya kalis tekanan. Pengalaman mengajar saya supaya tidak cepat melatah,” kata si tinggi lampai yang pernah terbang hingga ke Jerman untuk memperagakan pakaian.

Enggan memanjangkan isu kontroversi, gadis yang ditemui pada pertunjukan fesyen Hari Raya di sebuah pusat beli belah di ibu kota baru-baru ini, bicaranya dialihkan ke projek baru semetelah namanya kian mendapat perhatian penerbit.

Baru selesai penggambaran drama bersiri berjudul Psikik, katanya, orang kuat produksi berkenaan turut membuka peluang kepadanya tampil bersama sebuah lagu khusus untuk produk terbabit, Miliknya.

Lagu tema berentak balada yang bakal diedarkan sebagai single itu ialah percubaan pertama Miera di arena rakaman, membuatkannya gementar menanti maklum balas orang ramai.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka kerana segala-galanya bermula secara kebetulan iaitu selepas penerbit mendengarnya mendendangkan sebuah lagu Yuna dalam satu babak.

“Menyanyi sudah menjadi hobi keluarga, tetapi sekadar suka-suka. Cuma apabila diberi peluang merakamkan lagu, saya minta tempoh untuk memikirkannya kerana langsung tidak punya asas nyanyian.

“Namun ibu bapa saya memberi galakan, selain penerbit yang menaruh kepercayaan. Memang sukar kerana selain mengawal vokal, pernafasan juga sama penting. Alhamdulillah, saya mampu melepasi ujian itu,” katanya yang mengambil masa dua hari untuk menyempurnakan rakaman.

Dijangka lagu tema akan dipromosikan dulu di stesen radio sebelum drama bersiri terbabit menemui penonton sekitar akhir tahun ini, manakala penggambaran pula sudah diselesaikan lebih awal sebelum bermulanya puasa.

Lash hanya kawan

MENERUSI Psikik, Miera digandingkan bersama pelakon baru, Lash Mokhtar, dan dek keakraban mereka dikatakan intim apatah lagi tersebar gambar yang menandakan kemesraan kedua-duanya.

“Lash macam kawan lain. Macam biasalah kalau bergambar sudah tentu kita duduk rapat dengan orang di sebelah. Dalam gambar itu pun kami bukan berpeluk. Lagi pun ada ramai lagi teman yang ada ketika itu sebab ia berlangsung ketika penggambaran Psikik.

“Biar apa pun orang cakap saya sudah tak kisah. Antara saya dan Lash tetap berkawan. Dia sendiri pun tahu saya jenis gila-gila dan cepat mesra, jadi mereka yang rapat tahu sejauh mana persahabatan kami,” dedah si jelita yang sememangnya peramah itu.

Bercerita soal sambutan Syawal pula, Miera berkata, tahun ini mereka sekeluarga akan terbang ke Eropah mengambil cuti panjang yang sudah dirancang sejak tahun lalu.

Begitupun, mereka akan menziarahi dulu sanak-saudara di sekitar ibu negara dan menghabiskan masa di kampung sebelah ayah di Parit Buntar, Perak sebelum berlepas ke negara orang.

“Mama sudah merancang percutian ini sejak tahun lalu dan lebih seronok kerana ia turut disertai anggota keluarga terdekat. Baik destinasi mahu pun persiapan, segala-galanya diuruskan ibu saya tambahan pula kami sudah lama tidak bercuti sekeluarga.

“Memang tak sabar kerana selain menenangkan fikiran, saya dapat meninjau perkembangan fesyen di sana. Kami akan ke London dulu sebelum singgah ke Paris. Ikut perancangan awal, percutian ini berlangsung selama tiga minggu,” katanya bintang filem Apokalips yang tampak begitu teruja.-BH-

PROFIL

NAMA: Miera Leyana Kasmi
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon dan model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto
FILEM: Apokalips
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 09:34 AM | Show all posts
BLUUUUWEKKKKKSSSSSS
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:34 AM | Show all posts
a'ah sgt r ader ciri2 gadis timur dkt ko .....(smbil muntah darah)
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:37 AM | Show all posts
muda lagik da byk kontroversi.. yg pastinya aku belum penah tengok
dia berlakon, kecuali gambar ketetnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:37 AM | Show all posts
BLUUUUWEKKKKKSSSSSS
milera Post at 16-8-2011 09:34



    batal posa ko muntah gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:41 AM | Show all posts
ouchhhhhhhh fake sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2011 09:42 AM | Show all posts
gadis timur belah mana yang pakai baju nampak 3/4 tetek?..

timur leste ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:44 AM | Show all posts
batal posa ko muntah gitu..
Rajawali Post at 16-8-2011 09:37


itu la. x dapat nak menahan baca statement bodoh minah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 09:44 AM | Show all posts
apa2 je le..timur le sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:45 AM | Show all posts
timur la sgt :re:


timor leste kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:46 AM | Show all posts
memangla asal timur..ko dok mesia..lainla ko dok negara omputeh sana..barula barat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:46 AM | Show all posts
Minah ni bongkok sabut ekk??
Ala2 Amy Mastura gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:47 AM | Show all posts
amboiiii.... timurnyaaa.... Timo laste ke weiiii!!!!










bersiyom sampai senget hidung.. timur sngt uolllsss khen...  :@ :@







**sorry kengkawan... gmbo dedah ketet tu takde yg censor.. yg hitu je ada....hamponnn...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:48 AM | Show all posts
kaya ke mak pak dia ni ek??? ngn open minded nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:49 AM | Show all posts
Ayat standard artis.."...saya masih berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai2 ketimuran"..sambil posing kangkang tepi kolam,nampak ketek dan ketiak karat.
Prfffffghhhh


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:50 AM | Show all posts
'timur' sgt la ek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 09:51 AM | Show all posts
kaya ke mak pak dia ni ek??? ngn open minded nya
amyainsamad Post at 16-8-2011 09:48


katanya dr johor dah pindah dok tmn tun

aku selalu lepak tmn tun tak penah pun jumpa minah ni :re:
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:53 AM | Show all posts
minah ni pelakon ke penyanyi?haram aku tak penah tgk kat tv pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:53 AM | Show all posts
timur tengah bukan

timur leste mmg tepat sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:57 AM | Show all posts
perhatian perhatian.. kita tarik semua kena tarik balik ayat timur leste tu..
sbb awek timur leste pakai sopan gak...

kecuali kita refer to timur leste yang ni.. mungkin betul lah kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.087626 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list