CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
Post time 9-9-2011 04:40 PM | Show all posts
adui sadapnya menu nak berbuka puasa ...
sib baik puasa 6 dah habis klu idak mau tangkap leleh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2011 05:43 PM | Show all posts
Pagi Sabtu Hana beria-ia mengemas rumah bagi menyakinkan Yasmin yang dirinya akan meyambut sedara yang jauh.  Yasmin pula sedang membuat biskut rintik kerana raya dah tak lama lagi.  

"Kak, nanti akak nak pakai baju yang mana?  Hana tolong gosokkan ya"beria-ia Hana bertanya sebab Ungku Hadi sudah berpesan agar menyiapkan pakaian yang sesuai untuk Yasmin.

"Tak payah la beria-ia nak siapkan baju akak.  Kan ke ini tetamu Hana, akak sarung aja apa yang ada nanti" sahut Yasmin dari dapur.

"Ala kak, sedara Hana kira sedara akak jugak kan?  Hana nak akak nampak cantik nanti" ish, terlepas cakap pula aku ni Hana gigit bibir menyedari ketelanjurannya.  Adoi, bising la Ungku nanti kalau kak Min tak sedondon dengan dia.  Harap-harap kak Min pakai la baju yang lebih kurang sama warna dengan Ungku.

Yasmin cuma menggelengkan kepala sambil meneruskan kerja-kerja menerap biskut rintiknya.

Petangnya...........

"Hana, tolong sambung goreng ayam.  Akak belum solat lagi ni" arah Yasmin pada Hana yang sedang memotong lengkong kaler hijau.   Yasmin meninggalkan Hana untuk mandi dan bersolat asar.  dari pukul 2 Yasmin bertungkus-lumus menyiapkan order Hana.  Rasa nak melepek kat katil jap, punyalah penat sebab Hana hanya tolong mengupas bawang aja.  Ntah bila la budak bertuah tu nak belajar pegang sudip.

Dekat-dekat nak berbuka.............

Wajah Ungku Hadi jelas hampa apabila tidak nampak kelibat Yasmin, sedangkan dah 5 minit dia sampai.  Mula-mula tadi Ungku Hadi punyalah teruja nak memperkenalkan buah hatinya kepada ayah bonda dan nenda tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung.  Ungku Hadi angkat kening pada Hana yang nampak serba-salah.

Hana mengetuk pintu bilik Yasmin.  Apasal lama benar kak Min solat ya dia menyoal dalam hati cuak pula hati Hana.  Bila Hana masuk ke bilik, nampak Yasmin sedang memejamkan mata dengan sebealh tangan memicit dahi.

"Eh, kak Min kenapa ni?" soal Hana panik melihatkan Yasmin yang terbaring.

"Kepala akak pusing Hana" suara Yasmin kedengaran lemah aja, terbit rasa sesal kerana bersekongkol dengan Ungku Hadi.  

"Sahur tadi akak makan iron supplement tak?  Ni mesti darah akak rendah tu yang pening" tebak Hana.  

"Agaknyalah.  Sedara Hana dah sampai?  Akak minta maaf tak dapat tolong berhidang.  Akak nak tidur kejap" sebaik memberitahu Han, Yasmin melelapkan matanya untuk melegakan kepala yang berdenyut-denyut.

Perasaan lega melihatkan Hana kembali ke ruang tamu hanay sementara apabila diberitahu Yasmin sakit kepala.  Ingin sahaja Ungku Hadi masuk ke bilik Yasmin untuk membantu memicit kepala buah hatinya tapi apakan daya tak mungkin ia boleh terjadi.  Ish, lambatnya nak kahwin kalu tak takde la sayang aku sakit sorang-sorang.  

"Sarah, mari kita ke dalam jenguk Yasmin" arah Ungku Maimunah kepada menantunya.

Bunyi orang bercakap di sebelahnya mengejutkan Yasmin dari terlelap.  Suara wanita yang bercakap seperti pernah didengarinya tapi tidak pasti di mana. Oh tidak, takkanlah nenda ?  Ungku Hadi ni sedara si Hana pulak.  Dalam kesakitan kepala, Yasmin cuba melihat ke arah kedua-dua wanita di sebelahnya.

"Yasmin rehat, nenda cuma nak tengok keadaan Yasmin aja.  Ni bonda Hadi, panggil bonda Sarah" ujar Ungku Maimunah sambil memicit lembut kepala Yasmin.  Yasmin cuma menganggukkan kepala.  Rasa sakit kepala yang ditanggung berkurangan bila dipicit oleh tangan yang penuh sentuhan keibuan.  Ia mengingatkan Yasmin kepada arwah ibunya yang sentiasa ada di sisi kala dirinya tidak sihat.

Ketukan di pintu membuatkan Ungku Sarah bangun meninggalkan Yasmin dan Ungku Maimunah.

"Bonda, dah masuk waktu berbuka.  Bonda tolong ajak Nenda dan Yasmin berbuka sekali" beritahu Ungku Hadi sambil matanya cuba mencuripandang Yasmin di bilik.

"Bonda tak fikir Yasmin larat berbuka sama kita.  Hadi bawakan air dan kuihuntuk Yasmin berbuka" arah Ungku Sarah sebelum masuk semula ke dalam.  Bagai pucuk dicita,ulam mendatang laju sahaja Ungku Hadi melangkah ke dapur meminta Hana menyiapkan apa yang diarahkan Ungku Sarah.  Setealh siap ditatangnya dulang punuh cermat ke bilik Yasmin.

Ungku Sarah dan Ungku Maimunah mengisyaratkan Ungku Hadi masuk membawakan air dan makanan untuk Yasmin.

Yasmin yang telah siap bertudung dan bersandar di kepala katil hanya memerhatikan Ungku Hadi yang menatang dulang ke arahnya.  Yasmin menghelas nafas, tidak tahu apa yang patut dibuatnya.

"Sayang, makan sikit.  dah masuk waktu berbuka" Ungku Hadi mengunjukkan kurma ke mulut Yasmin.  Yasmin cuba mengambil kurma yang dipegangnya tapi dilarang kerana ingin menyuapkan sendiri ke mulut cik perisik.  Yasmin mengigit sedikit kurma yang disuakan memandangkan Ungku hadi beria-ia benar nak menyuapkan dia.  Sebaik Yasmin sudah mengigit, Ungku Hadi turut menggigit kurma di tempat yang sama.  Yasmin terpempan melihatkan tindakan Ungku Hadi.  Ungku Hadi dirasakan terlalu ikhlas melayani dirinya.  Kemudian disuakan pula air ke bibir Yasmin, dalam segan Yasmin minum juga air yang dihulur.  Lepas itu, Ungku Hadi minum pula dibekas tempat Yasmin minum.  Rasa malu yang menerpa membuatkan wajah Yasmin membahang dan hanya menekurkan kepala memandang hujung kakinya yang berselimut.

Ungku Hadi tersenyum melihatkan Yasmin yang mula menunjukkan perasaan yang amat diharap-harapkan.  Lalu dibisikkan....

"Abang anggap sayang setuju jadi isteri abang.  Abang tunggu di luar.  Lama-lama sangat dengan sayang, lain pulak jadinya nanti" usik Ungku Hadi sebelum berlalu keluar.  Usikan nakal Ungku Hadi menyebabkan wajah Yasmin tambah membahang tapi terbit rasa bahagia dalam hati.  Sepeninggalan Ungku Hadi, perasaan Yasmin berbunga-bunga dan tiba-tiba rindu pula dengan Ungku Hadi padahal Ungku Hadi ada kat ruang tamu aja.

Malam itu sebelum tidur, Yasmin membelek cincin yang tersarung di jari manisnya tanda dia sudah berpunya.  Rupa-rupanya keluarga Ungku hadi datang untuk merisiknya dan dia berasa senang dengan layanan keluarga Ungku Hadi yang mesra dan merendah diri.  Telefon yang berdering menghentikan lamunanya.

"Assalamualaikum sayang" riang aja bunyi Ungku Hadi memberi salam.  Yasmin pula diam sebab malu sangat nak menjawabnya.  Nak jawab macam mana ya, fikirnya dalam hati.  Nak panggil abang macam tak sabar sangat.

"Waalaikumsalam Ungku" jawab Yasmin dengan suara yang cuba diformalkan.  Malunyalah rasa bercakap dengan cik abang sayang.  

"Abang la, apa pulak Ungku.  macam bercakap dengan staf pulak.  Rindu abang tak?" Ungku Hadi sengaja mengusik.  Yasmin diam sahaja sebab memang pun dia dah mula rindukan cik abangnya tapi takkanlah nak mengaku pulak.

"Kenapa tak tidur lagi? dah lewat ni"manja aja suara Yasmin bertanya.  

"Alahai, manjanya bunyi sayang abang ni.  geramnya rasa nak peluk2 aja" itu pula yang dibalas Ungku Hadi.  Yasmin diam takut cik abang makin menyimpang.

"Abang takleh tidur teringatkan sayang abang ni.  sayang dah ada sebelah barulah abang senang nak tidur" usik Ungku Hadi lagi.

"Yalah tu" pendek aja balasan Yasmin.

"Okaylah sayang, abang nak tidur.  Bahaya cakap lama2 dengan sayang ni, kang bangun pagi kena mandi lak"

"Abang ni kan, suka sangat cakap tak senonoh" ops, terpanggil abang lak.  Alahai malunya lantas yasmin terus menamatkan panggilan.

Apapun, Ungku Hadi gembira bukan kepalang sebab si buah hati dah mual memangil dirinya dnegan panggilan abang.

---------- sekian untuk hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 05:45 PM | Show all posts
mesti ungku hadi n da famili yang nak berbuka kat umah yasmin nih... wahwahwah akan terkujat lagi le cik temah nih... rasanya lepas berbuka sok mesti ungku hadi nak lamar yasmin depan kluarga dia... sah2 masa nih cik temah akan pitam...hehehee

tak sabornye nunggu sambung...pleaseeeeee sambung cepat2 ekkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 10:26 AM | Show all posts
gatal btol si ungku hadi ni ek ...satu soalan lengkong tu samalah dengan agar-agar kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by asyriqa at 10-9-2011 12:58

hah tuh dia... dalam hati yasmin sudah ada taman... ungku hadi dah terlebih dos gatal merenyam tuh.... cepat2 la majlis kawennye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 04:55 PM | Show all posts
aku pun panggil lengkong gak masa kecik2 dulu.. skrg panggil agar2..
cepat la sambung ramai peminat yasmin menunggu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2011 11:31 PM | Show all posts
dahsyatnya ungku hadi nih.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:24 AM | Show all posts
ungku hadi confident sungguh yasmin bakal bini dia... tak tapis2 dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 11:25 AM | Show all posts
sambung lagi la..............
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 03:06 PM | Show all posts
smbg lg...kelakar dorg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 03:08 PM | Show all posts
smbg lg...kelakar dorg nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 09:44 AM | Show all posts
Reply 124# liawseng


    orang tak pernah menggatal.  tu yg asyik over aja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:07 AM | Show all posts
morning......mana n3 nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:22 AM | Show all posts
Atoiiii ingat ade smbongan bersungguh2 marathon neh.. arap sambongan ade ari neh..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 10:47 AM | Show all posts
adoi, hang la pulak.  penat menaip.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:48 AM | Show all posts
cite pasal yasmin ngn ungku hadi ni....aku pulak yang senyum2 malu dalam opis neh...cis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2011 10:52 AM | Show all posts
cite pasal yasmin ngn ungku hadi ni....aku pulak yang senyum2 malu dalam opis neh...cis
anaryu Post at 12-9-2011 10:48



    teringat kisah lama ke?


---------------------------------
buat peminat ungku hadi, ada yang minat yasmin ke?... herb kena tarik nafas... penat menaip, hang pulak.  nak kena taip semula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 11:23 AM | Show all posts
Kebelakangan ini, Hana lihat Yasmin banyak pula termenung mulanya Hana ingatkan Kak Minnya teringatkan bosnya yang segak bergaya tapi bila diamati lain benar cara menungnya.  Malam tu selepas Yasmin menyimpan biskur-biskut yag telah sejuk dalam balang Hana cuba mengorek rahsia hati Yasmin.

"Kak, Pak Ungku takde call ke?  Senyap aja telefon akak tu" soal Hana sambil tangannya mencapai samprit di depannya lantas disuapkan ke mulut.  Yasmin cuma menaikkan kening memandang Hana tanda hairan dengan soalan yang diajukan.

"Kak Min, okay ke ni?  Orang tanya tak jawab pun"  Majlis akak 2 minggu lagi kan?  Barang-barang dah ada?" soal Hana sambil sekeping lagi biskut samprit disuap ke mulutnya.  Soalan Hana cuma disambut dengan helaan nafas yang dalam dari Yasmin.  Han risau juga sebab menurut Ungku Hadi Yasmin dah seminggu tidak membalas panggilan ataupun mesej darinya.

"Dah? Kalau dah siap makan, akak nak simpan balang ni" tanya Yasmin sambil mengemas bekas-bekas yang digunakan semasa membakar samprit tadi.  Hana cuma mengangguk tanda cukup dengan 5 keping samprit yang dimakannya.  Risau pula Hana sebab Yasmin tidak menjawab persoalannya.

"Kaakkkk, orang tanya tak jawab pun, akak tak okay ya?" soal Hana yang masih tidak berpuas-hati dengan Yasmin yang tidak mengendahkan pertanyaannya.  

"Akak simpan samprit ni dulu.  Hana tolong buatkan neslo, kita cakap kat depan" balas Yasmin sambil tanggannya membasuh peralatan membakar samprit tadi.

Yasmin sedang bersandar depan tv menghilangkan penat membaklar samprit apabila Hana sampai dengan 2 mug neslo dan roti bakar.

"Mak ai, order neslo dapat roti bakar sekali.  Ada apa2 ke ni?" usik Yasmin memandang Hana yang meletakkan dulang di atas meja.

"Akak, orang tanya jangan marah ya.  Akak gaduh dengan Ungku ke?" soal Hana tanpa bertangguh.

"Hmmm... apa cite lak ni?" Yasmin menyoal balik sambil ketawa.  Hairan pun ada dengan soalan Hana yang tiba-tiba.

"Ungku tanya siang tadi, kenapa akak dah lama tak call atau mesej dia.  Dia kata bila call akak tak jawab, mesej pun tak balas" bersungguh benar hana bertanya.  Risau hatinya jika Yasmin berubah hati kerana dia harap sangat Yasmin berbahagia di samping Ungku Hadi.

"Akak rasa semua ni macam mimpi.  Akak tengah menunggu bila sedarnya Hana" jawab Yasmin pendek sambil menghirup neslo yang dihidangkan.  Bulat mata Hana mendengarkan jawapan Yasmin tapi dia sedar tidak guan dipaksa kerana Yasmin enggan berkongsi perasaanya.

"Dah la , akak nak tidur.  NGantuk lak rasa" Yasmin bangun meninggalkan Hana yang masih belum selesai melipat kain.

Ish, takleh jadi ni.  Kesian Ungku, dia punyalahberharap nak kahwin dengan kak Min.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 11:25 AM | Show all posts
taip sikit2 & post takdelah byk sangat nak taip semula
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:26 AM | Show all posts
alaa..min jangan la tak jadi pulak.susah tau nak cari lelaki macam ungku tu..huuhuh.kalau tak nak saya nak.hehehehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.065373 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list