CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jfreemanns

KENAPA ORANG KERISTIAN TERLALU ASYIK HENDAK MURTADKAN ORANG MUSLIM?

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply 58# putput

saya kata tertakluk awak ubah jadi "memerlukan" mmm tak apalah ....


Ok... saya betulkan ayat saya itu;

Sebelum ini awak kata Jesus tidak beragama kerana lebih tinggi dari agama, sekarang awak kata Jesus adalah 100% manusia pula dan tertakluk hukum2 manusia sama seperti manusia lain. Apa yang awak cuba sampaikan sebenarnya ?

bro...ko check kat Alkitab Online...OT dan NT banyak dikisahkan ramalan kedatangnya dan Kisah dia disalibkan...sekain


Saya dah check dan saya mendapati tiada bukti bahwa Jesus MATI di kayu/tiang salib, bulih tolong kemukakan disini bab mana membuktikan Jesus mati ?

P/s - Dan Sekali lagi saya ulangi soalan saya; Bagaimana awak tahu Paulus mendapat hidayah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 02:01 PM | Show all posts
Reply 61# anakmacho


   
Saya dah check dan saya mendapati tiada bukti bahwa Jesus MATI di kayu/tiang salib, bulih tolong kemukakan disini bab mana membuktikan Jesus mati ?


awak rujuk mana? quran atau Injil NT?


P/s - Dan Sekali lagi saya ulangi soalan saya; Bagaimana awak tahu Paulus mendapat hidayah ?


saya pasti saudara telah tahu tentang kisah ini...namun pura2 buat tak tahu kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 46# anakmacho


Yes, saya faham apa yang kamu ingin sampaikan. Pada sangkaan saya, kamu ingin menafikan hukuman bunuh terhadap golongan yang murtad itu. Sebab itu saya memberikan link tersebut. Sememangnya Al-Quran tidak menyatakan dengan jelas hukuman golongan yang murtad, tetapi golongan yang murtad ini juga tergolong dalam golongan yang munafik, kerana dalam diri mereka sebelum murtad, mereka hanya berpura-pura meyakini Islam sebagai agama yang benar dan jka kita lihat di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan kita memerangi kaum yang munafik ini.

Justeru hukuman bunuh ke atas golongan yang murtad sememangnya dimuktamadkan dalam Islam.

Berkenaan dengan posting no 33 itu, Al-Hujuraat: 14, siapakah orang-orang Arab itu? Mereka adalah penduduk Mekah sewaktu pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad. Justeru apa pendapat kamu dengan ucapan mereka " Kami percaya" itu?? Maksud saya, mereka percaya yang mana??  

Pada pandangan saya, ini ada kaitan dengan ayat Al-Hujuraat :13 yang mana orang Arab ini mengeji Bilal yang ketika itu memanjat kaabah untuk melaungkan azan di atasnya setelah pembukaan kota Mekah. Ini kerana pada pandangan mereka ada orang yang lebih layak dan lebih mulia untuk melaungkan azan tersebut berbanding Bilal yang hanya disebabkan Bilal berkulit hitam. Kejian ini menyebabkan turunnya ayat Al-Hujuraat:13 itu yang menjelaskan perbezaan kemuliaan di sisi Allah hanya dilihat dari sudut ketakwaan semata-mata.
Justeru ucapan mereka yang bermaksud "kami percaya" pada ayat al-Hujuraat:14 itu adalah mempercayai apa yang disampaikan pada ayat Hujuraat:13 itu. Bukannya ucapan "kami percaya" itu bermaksud mereka baru mempercayai Islam, ini kerana ketika itu sememangnya mereka sudah mempercayai Islam. Ketika itu mereka sudah menyakini Islam. Jika dilihat pada ayat Al-Hujuraat: 17, menjelaskan yang ketika itu orang-orang Arab tersebut sudah berada dalam Islam.
Namun sila perbetulkan pandangan saya, jika ianya adalah satu pandangan yang salah.

Berkenaan dengan org yang memasuki Islam atas dasar perkahwinan dan bukannya atas dasar faham agama Islam. Bagi saya menyakini agama Islam dan faham agama Islam adalah dua perkara yang berlainan. Terdapat orang yang tidak faham ajaran, hukum-hukum dalam agama Islam, tetapi dia benar-benar menyakini Islam. Ada juga orang yang amat faham agama Islam, tetapi dia tetap tidak menyakini Islam. Justeru jika dia memasuki Islam untuk berkahwin dengan orang Islam dan dalam masa dia tidak mempunyai pemahaman yang mendalam berkenaan dengan Islam, namun dalam masa yanag sama juga dia benar-benar menyakini Islam, benar-benar mengakui tiada Tuhan selain Allah dan tidak sedikit pun ragu-ragu dengan kerasulan Nabi Muhammad, then dia itu tetap Islam. Cumanya dia hanya tidak mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan ajaran Islam. But dia yakin dengan Islam. So dia tetap islam. Ini kerana faham Islam dan yakin pada Islam adalah perkara yang berlainan.
Dalam posting saya, saya menekankan yakin sepenuh hati dengan Islam, baru masuk Islam. Saya tidak mengatakan faham selok belok Islam baru masuk Islam. Semoga faham apa yang saya cuba sampaikan.

Persoalan kamu "Apakah perlu yakin dengan Islam, baru boleh peluk Islam??" Saya rasa mengikut pemahaman kamu, "yakin" itu sebenarnya adalah "faham". Kerana saya rasa kamu ingin menanyakan, apakah perlu faham segala-galanya berkenaan Islam, baru boleh masuk Islam?? Bagi saya jika seseorg itu masih belum mempunyai kefahaman tentang Islam, tetapi benar-benar menyakini Islam, then dia tetap boleh masuk Islam. Tetapi jika seseorg itu faham selok belok tentang pemahaman Islam, tetapi tiada keyakinan dengan Islam, dia tetap tidak akan Islam, walaupun dia mengucapkan 2 kalimah syahadah, kerana dia tidak menyakini apa yang diucapkannya.
Cumanya di dalam sesetengah kes, keyakinan terhadap Islam itu hanya dapat diterbitkan apabila seseorg itu benar-benar memahami selok belok Islam secara mendalam. Tetapi terdapat juga kes yang mana tanpa kefahaman tentang Isam, keyakinan terhadap Islam tetap muncul dalam diri seseorg. Saya harap kamu dapat memahami apa yang saya cuba perkatakan tentang perbezaan antara "meyakini Islam" dengan "memahami Islam".
Namun dipersilakan juga memberikan pendapat kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply 48# putput


Yes, kerana pendapat kamu, bahawa Jesus memberi peluang untuk perempuan itu bertaubatlah yang menyebabkan dakwaan bahawa Jesus sendiri yang melanggar perintah dalam PL itu tidak dapat dinafikan oleh kamu. Ini kerana dalam PL diperintahkan supaya menghukum, bukannya menyuruh taubat. Tetapi Jesus menyuruh taubat, so dia tidak melakukan apa yang diperintahkan dalam PL itu. Mudah dan simple.

Dalam Islam, menghukum kerana itu adalah perintah Allah. Disebabkan Allah suruh menghukum, then umat Islam menghukum. Jika Allah suruh bertaubat, maka umat Islam akan menyuruh si pesalah bertaubat. Dengan kata lain, Islam hanya menurut perintah Allah, bukan melanggar perintah Allah seperti Jesus yang digambarkan dalam bible.
Dan dalam Islam, untuk menjatuhkan hukuman, semuanya tertakluk pada bukti-bukti yang disyaratkan dalam Islam. Bukannya menjatuhkan hukum dengan sewenang-wenangnya.

Note: Dalam kepercayaan saya, saya tidak mengatakan Jesus melanggar perintah Tuhan. Saya mengatakan menurut yang digambarkan dalam bible.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 08:23 AM | Show all posts
Reply 27# putput


alahai..ada eh kes macam tu kat sabah? tiba2 aku cam bangga sekejap..hehehe..
yela, at least ada lah org islam yg berani mati buat mcm tu kn...
ni aku duk slalu dengar, kalo nk keje  kat sekian2 tempat, lg2 company bukan islam, diwajibkan tanggal tudung la..lepas tu pelepasan nk g smayang pn kadang2 berkira sgt...tu belum nk kira halal haram makanan yg org bkn islam providekn..keje nk menipu org islam je...x pe, biar Tuhan Allah islam atau Tuhan kristian korang yg balas smuanya...

ooppss...tu bkn nk  convertkn, kn? tu cuma KENA TANGGALKAN TUDUNG DAN PERKARA WAJIB BG SEORANG ISLAM JEE ...
hehe..nasib baik bumi ni nama malaysia, kalo kat luar  negara tu, agaknya dah kena pancung kepala sbb x convert agama..

cik kak, kita skg bkn nk bercakap psl kt malaysia je tau..kat luar negara tu pn dah byk contoh..x bg pakai tudung la, x bg puasa la...dengki sgt ngn islam..

btw, i love ISLAM so much!!!! semakin dibenci, semakin menunjukkn islamm di pihak yg benar...

Semoga Allah merahmati Islam..aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 08:50 AM | Show all posts
Reply 28# putput


ok ehh..byk sgt salah paham ni..aku x kata ko..org islam yg x bpe nk bagus cam aku pn kadang2 ada gak salah paham pasal agama...
pasal isu bunuh bila seseorang islam tu murtad eh? sebenarnya, bak kata en.erusi kita, mmg xde dalil atau Quran sebut pasal hukum bunuh tu kalo dah murtad...tp islam ada mention kalo murtad itu HUKUMNYA sama dgn membunuh...sbb bg org2 yg murtad, tiada tempat bg mereka di syurga..jadi utk apa mereka hidup? mereka telah diberi hidayah utk berada n mendalami islam sebelum murtad, tp masih lg memilih jalan utk murtad..maksudnya hati mereka dah tiada utk islam..apa gunanya mereka hidup lama sedangkn tempat mereka di neraka?

ni ikut pemahaman aku la...ramai dah salah anggap pasal HUKUMNYA sama dgn (seperti) membunuh dan HUKUMANNYA adalah dibunuh..

lagi satu aku nk ingatkn lah...tak payah la ko sibuk2 bg link nk suruh org islam jaga agama kitorang snndiri je sbb konon2 ramai la org islam kat luar sana yg buat taik kat agama sendiri..   tu pn salah satu salah paham jgk...apa yg perkara tidak baik yg org islam buat skrg, mmg bertentang dgn agama kitorag, sbb itulah slalunya perkara2 ni jadi isu yg besar dlm masyarakat..pikir sndiri lah apa perkara2 tu ye..sbb agama kami MEMANG MELARANG KERAS perbuatan2 tersebut..contohnya isu ni la, murtad la, x puasa la, x pakai tudung la, beromen sesuka hati la...sEBAB.. agama kami mmg pandang serius dalam smua hal.

aku rasa mana2 agama pn macam tu, kn? maksudnya, mmg semua agama pn ada salah paham di kalangn umatnya..cuma bezanya agama islam amik serius dan tekankan benda2 macam ni betul2...bukan sekadar TULISAN2 yg x bg buat jahat dlm Al-Quran tu je...

hehehe... sama la mmacam agama lain...bukan sekadar perhiasan je ye undang2 agama digubal..hehehhehe...tp x tau lah kn  kot2 ada agama yg membenarkn buat perkara bertentang ngn ajaran..hehehe....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2011 04:08 PM | Show all posts
Reply 62# putput
awak rujuk mana? quran atau Injil NT?


Sila lihat semula saranan awak di posting awak no. 58, awak sarankan rujuk kat Al Quran ke kat Bible ? Mengapa awak berdolak dalih jika sememangnya ada bukti dalam BIBLE bahwa Jesus mati di kayu salib ? Jika ada sila kemukakan kat sini agar dapat di baca oleh mereka2 yg membaca atau mengikuti thread ini sebab bukan semua tahu dan buka bible.

saya pasti saudara telah tahu tentang kisah ini...namun pura2 buat tak tahu kan



Saya tahu atau tidak bukan persoalannya, awak yang membuat kenyataan bahwa Paulus mendapat hidayah maka awak perlu mengemukakan fakta disini, jika tidak maka cakap awak tidak boleh dipakai. Jadi sila nyatakan bagaimana awak tahu Paulus mendapat hidayah ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 04:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 10-9-2011 16:27

Reply 63# erusi2
Yes, saya faham apa yang kamu ingin sampaikan. Pada sangkaan saya, kamu ingin menafikan hukuman bunuh terhadap golongan yang murtad itu. Sebab itu saya memberikan link tersebut. Sememangnya Al-Quran tidak menyatakan dengan jelas hukuman golongan yang murtad, tetapi golongan yang murtad ini juga tergolong dalam golongan yang munafik, kerana dalam diri mereka sebelum murtad, mereka hanya berpura-pura meyakini Islam sebagai agama yang benar dan jka kita lihat di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan kita memerangi kaum yang munafik ini.

Justeru hukuman bunuh ke atas golongan yang murtad sememangnya dimuktamadkan dalam Islam.   


Perintah Allah dan rasulNya dalam Al Quran adalah sangat jelas dan bukan sesuatu yang kabur, jika tidak ada perintah hukuman bunuh kepada golongan murtad maka tidak perlulah diadakan.  Murtad dan munafik (berpura-pura islam) adalah dua sikap yang berbeza. Murtad tiada kaitan berpura2 menyakini agama islam dan tidak semestinya mereka memerangi agama islam setelah dia murtad sedangkan yang berpura-pura beragama islam (munafik) pula mempunyai niat tersembunyi dimana ciri-ciri mereka ini boleh dikenalpasti melalui sikap mereka namun ada juga golongan munafik ini langsung tidak dikenali.

Bagaimana boleh dimuktamadkan hukuman bunuh kepada murtad jika dalam Al Quran langsung tidak menyatakannya. Adalah sesuatu yang pelik jika Allah dan rasulNya tidak menyatakan dalam Al Quran tetapi di muktamadkan oleh penganut agama islam.

Berkenaan dengan posting no 33 itu, Al-Hujuraat: 14, siapakah orang-orang Arab itu? Mereka adalah penduduk Mekah sewaktu pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad. Justeru apa pendapat kamu dengan ucapan mereka " Kami percaya" itu?? Maksud saya, mereka percaya yang mana??  

Pada pandangan saya, ini ada kaitan dengan ayat Al-Hujuraat :13 yang mana orang Arab ini mengeji Bilal yang ketika itu memanjat kaabah untuk melaungkan azan di atasnya setelah pembukaan kota Mekah. Ini kerana pada pandangan mereka ada orang yang lebih layak dan lebih mulia untuk melaungkan azan tersebut berbanding Bilal yang hanya disebabkan Bilal berkulit hitam. Kejian ini menyebabkan turunnya ayat Al-Hujuraat:13 itu yang menjelaskan perbezaan kemuliaan di sisi Allah hanya dilihat dari sudut ketakwaan semata-mata.
Justeru ucapan mereka yang bermaksud "kami percaya" pada ayat al-Hujuraat:14 itu adalah mempercayai apa yang disampaikan pada ayat Hujuraat:13 itu. Bukannya ucapan "kami percaya" itu bermaksud mereka baru mempercayai Islam, ini kerana ketika itu sememangnya mereka sudah mempercayai Islam. Ketika itu mereka sudah menyakini Islam. Jika dilihat pada ayat Al-Hujuraat: 17, menjelaskan yang ketika itu orang-orang Arab tersebut sudah berada dalam Islam.
Namun sila perbetulkan pandangan saya, jika ianya adalah satu pandangan yang salah.


Ayat 13 dan 14 surah Al Hujuraat mempunyai mesej yang berbeza. Ayat 13 ditujukan kepada ”semua manusia” bukan kelompok tertentu atau orang arab sahaja yang bersikap pilih kulit atau kaum seperti kata awak manakala ayat  14 adalah jelas teguran kepada kelompok tertentu.

Jika ayat 14 disandarkan kepada mereka yang telah lama memeluk agama islam, mengapa keimanan mereka belum masuk lagi ke dalam hati mereka sebab keiman bergantung juga kepada keyakinan? Oleh itu saya berpendapat bahwa ayat 14 itu sememangnya di tujukan kepada mereka yang baru memeluk agama islam.

AQ 49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

AQ 49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."

Dan setakat ini awak belum mengemukakan dalil dari Al Quran sebagai rujukan awak jika perlu yakin dahulu baru masuk agama islam.

Berkenaan dengan org yang memasuki Islam atas dasar perkahwinan dan bukannya atas dasar faham agama Islam. Bagi saya menyakini agama Islam dan faham agama Islam adalah dua perkara yang berlainan.........


Sememangnya ”yakin” dan ”faham” adalah dua perkara yg berbeza. Sebab itu saya timbulkan berkenaan mereka yg memeluk agama islam atas dasar perkahwinan sebab perkara ini adalah contoh terdekat dan banyak terjadi. Bukan semua yang berkahwin itu yakin dan faham dengan islam. Mereka memeluk agama islam hanya kerana mahu menikahi pasangan mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak yakin dan juga tidak faham agama islam, jadi bagaimana status keislaman mereka? Bukankah setelah berkahwin  keyakinan dan kefaham itu boleh datang juga apabila diserapkan berkenaan agama islam oleh pasangan mereka atau oleh pihak tertentu dan seperti mana kenyataan awak ini;

”Cumanya di dalam sesetengah kes, keyakinan terhadap Islam itu hanya dapat diterbitkan apabila seseorg itu benar-benar memahami selok belok Islam secara mendalam.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 02:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 11-9-2011 11:17

Reply 68# anakmacho


Perintah Allah dan rasulNya dalam Al Quran adalah sangat jelas dan bukan sesuatu yang kabur, jika tidak ada perintah hukuman bunuh kepada golongan murtad maka tidak perlulah diadakan. Murtad dan munafik (berpura-pura islam) adalah dua sikap yang berbeza. Murtad tiada kaitan berpura2 menyakini agama islam dan tidak semestinya mereka memerangi agama islam setelah dia murtad sedangkan yang berpura-pura beragama islam (munafik) pula mempunyai niat tersembunyi dimana ciri-ciri mereka ini boleh dikenalpasti melalui sikap mereka namun ada juga golongan munafik ini langsung tidak dikenali.

Bagaimana boleh dimuktamadkan hukuman bunuh kepada murtad jika dalam Al Quran langsung tidak menyatakannya. Adalah sesuatu yang pelik jika Allah dan rasulNya tidak menyatakan dalam Al Quran tetapi di muktamadkan oleh penganut agama islam.


Saya tidak melihatnya seperti itu. Sila baca petikan di bawah daripada link yang telah saya berikan terdahulu.

kita diberitahu oleh Allah s.w.t. sendiri bahawa Nabi s.a.w. itu tidak bercakap berdasarkan hawa nafsu, sebaliknya semua ucapan, perbuatan dan tingkah lakunya adalah berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t. (Lihat Surah al-Najm: 3)

Namun perlu didalami semula, apakah benar bahawa di dalam al-Quran tiada langsung hukuman atau pun isyarat hukuman ke atas orang murtad? Sebenarnya, paling kurang terdapat isyarat hukuman bunuh ke atas si murtad di dalam al-Quran, kalau pun tidak terdapat hukuman khusus untuk jenayah tersebut. Ayat 33 Surah al-Maidah (ayat al-Hirabah) ada menyatakan hal tersebut:

"Sesungguhnya balasan bagi orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan melakukan fasad (kerosakan) di muka bumi ialah sama ada dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya secara bersilang atau dibuang negeri......."

Walaupun ayat ini difahami oleh kebanyakan ulama sebagai ayat untuk menghukum penjenayah rompak dan samun, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan murtad secara terang-terangan adalah salah satu daripada perbuatan memerangi Allah dan Rasul-Nya. Maka ada ulama Salaf (ulama yang hidup pada tiga ratus tahun yang pertama Hijrah) yang berpendapat hukum bunuh si murtad itu juga diambil daripada ayat ini, selain hadis-hadis sahih lain yang bertindak sebagai penghurai. Antara yang berkata demikian ialah Abu Qilabah dan lain-lain (Lihat Ibn Rajab al-Hanbali, Jami` al-`Ulum wa al-Hikam, m.s: 32; juga Dr. Yusuf al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama` al-Muslim Allazi Nansyuduhu, m.s: 41, cet. pertama, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1993).


Kita tidak boleh menidakkan apa yang diputuskan oleh ulama dan kita juga tidak boleh menidakkan hadis Nabi, kerana hadis Nabi itu juga adalah tergolong dalam wahyu. Ulama itu pula adalah pewaris Nabi. Lebih-lebih lagi kita mengetahui sejarah yang mana Khalifah Abu Bakar ra sendiri memerangi golongan yang murtad ini. Justeru amat jelas hukum bagi golongan yang murtad.

Sebagai tambahan baca juga http://sites.google.com/site/hukumjenayah/hukuman-bagi-zina-dan-murtad

Ayat 13 dan 14 surah Al Hujuraat mempunyai mesej yang berbeza. Ayat 13 ditujukan kepada ”semua manusia” bukan kelompok tertentu atau orang arab sahaja yang bersikap pilih kulit atau kaum seperti kata awak manakala ayat 14 adalah jelas teguran kepada kelompok tertentu.

Ayat 13 memang ditujukan kepada semua manusia, tetapi penurunan ayat 13 adalah berakar daripada sikap orang-orang Arab Mekah yang juga disebut dalam ayat 14 itu. Justeru ayat 13 dan 14 adalah diturunkan berpunca pada sikap golongan yang sama. Justeru peristiwa yang diceritakan dalam ayat 14 adalah sinambungan daripada ayat 13.

Sememangnya orang-orang Arab Mekah ketika itu baru memeluk Islam iaitu di masa pembukaan kota Mekah. Saya sendiri tidak menyandarkan ayat 14 merujuk kepada orang Arab yang telah lama memeluk Islam. Ayat 13 dan 14 itu sendiri menjelaskan peristiwa ketika pembukaan kota Mekah. Justeru orang-orang Arab yang disebut pada ayat 4 itu adalah golongan yang baru memeluk Islam semasa pembukaan kota Mekah. Namun seperti yang saya katakan baru memeluk Islam tidak semestinya belum yakin dengan Islam. Disebabkan baru memeluk Islam, menyebabkan keimanan yang masih nipis di samping sebelumnya golongan Arab ini sudah terlalu terdedah dengan sikap jahiliah, sehingga dapat dikatakan keimanan belum masuk ke dalam diri mereka, sebab itulah mereka mempertikaikan kelayakan Bilal untuk melaungkan azan di atas Kaabah hanya disebabkan Bilal itu berkulit hitam. Justeru ucapan "Kami percaya" yang diucapkan oleh orang-orang Arab itu adalah merujuk kepada apa yang disampaikan pada ayat 13.





Dan setakat ini awak belum mengemukakan dalil dari Al Quran sebagai rujukan awak jika perlu yakin dahulu baru masuk agama islam.


Kamu pun belum mengemukakan dalil daripada Al-Quran bahawa tidak perlu yakin dengan Islam pun sudah boleh memasuki Islam.

Bukan semua yang berkahwin itu yakin dan faham dengan islam.


Saya sendiri pun tidak mengatakan semua yang berkahwin itu yakin dan faham dengan Islam. Seperti yang saya katakan, kita tidak dapat nafikan, walaupun yang berkahwin itu masih tak faham Islam, itu tidak bermakna dia tidak yakin dengan Islam. Situasi itu boleh wujud. Malah juga boleh terdapat seperti apa yang telah kamu katakan iaitu yang berkahwin itu tidak yakin dengan Islam, tetapi hanya memasuki Islam kerana ingin berkahwin dengan org Islam semata-mata. Perkara tersebut kita tidak nafikan boleh berlaku, sebab itu bila perkahwinan itu gagal, ada diantaranya yang kembali semula ke agama asal mereka.

Bukankah setelah berkahwin  keyakinan dan kefaham itu boleh datang juga apabila diserapkan berkenaan agama islam oleh pasangan mereka atau oleh pihak tertentu dan seperti mana kenyataan awak ini;


Justeru jika setelah berkahwin itu, keyakinan mula datang ke dalam diri mereka apabila diserapkan berkenaan agama Islam oleh pasangan mereka atau pihak tertentu, makanya pada saat dia yakin pada Islam itulah saatnya dia benar-benar menjadi seorang Islam. Tetapi bukannya pada saat dia masih tidak yakin dengan Islam.


Sebagai tambahan cuba lihat quoting di bawah yang saya kutip daripada link http://bahrulkalam.blogspot.com/2010/07/apa-makna-kalimah-syahadah.html

Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni aku bersaksi mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni aku mempercayai dan
3. (أعترف) yakni aku mengiktiraf”.


Justeru jika tidak yakin, bagaimana untk mempercayai dan mengiktiraf?? Justeru tiada keyakinan, makanya lafaz 2 kalimah syahadah yang dilakukan untuk memasuki Islam itu tidak memenuhi makna "aku bersaksi" itu.

Lihat juga quoting di bawah yang saya kutip dari link http://www.jews-for-allah.org/islam/howtobecomeamuslim.htm

If anyone has a real desire to be a Muslim and has full conviction and strong belief that Islam is the true religion ordained by Allah for all human-beings, then, one should pronounce the "Shahada", the testimony of faith, without further delay.


Amat jelas keyakinan itu sangat penting untuk bergelar seorg Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 07:32 AM | Show all posts
Reply 69# erusi2

Seperti yang disedia maklum bahwa tiada ayat yang jelas hukuman bunuh kepada murtad sedangkan sifat Al Quran itu adalah jelas. Selain 3 ayat Al Quran yang telah saya kemukakan diposting no. 32 berkenaan hukuman golongan murtad dan tiada satu pun yg menyebut wajib hukum bunuh ke atas mereka melainkan Allahlah yang akan menghukum mereka kelak, saya kemukakan satu lagi ayat yang berkaitan;

An Nisaa 4:137. Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak juga memberi petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan.

Terjemahan lain;

4:137. Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. (Terjemahan RI)

Perhatikan sikap atau perbuatan orang yang digambarkan dalam ayat diatas, berulangkali menukar kepercayaannya, sekejab beriman sekejab tidak (kafir). Jika golongan ini dihukum bunuh kerana murtad atau kafir kali pertama, bagaimana pula dia boleh bersikap seperti ayat Allah dan rasulNya gambarkan diatas iaitu menukar kepercayaannya berulang2 jika telah dihukum mati ?

Dalam Al Quran ada 2 bentuk hukuman atas kesalahan agama yang dilakukan oleh penganutnya jika kita amati betul2, pertama jika kesalahan itu tidak melibatkan masyarakat atau individu lain iaitu hanya melibatkan dia dengan tuhan maka Allahlah yang akan menghukumnyam kelak. Sebaliknya jika kesalahan itu melibatkan masyarakat atau individu lain maka diperintahkan masyarakt untuk menghukumnya. Contoh terdekat adalah seperti kes murtad ini, jika dia murtad dan tidak memerangi penganut agama lain maka yang berhak menghukumnya kelak adalah Allah seperti mana ayat-ayat yang telah saya kemukakan sebaliknya jika dia murtad dan memerangi atau memusuhi agama islam maka wajib umat islam memeranginya.

Memetik kata-kata sdr. Putput dipostingnya no. 48 yang berbunyi ” kalau awak bunuh dia awal2 ko dah sekat peluang dia untuk bertaubat yg merupakan hak dia.” Ada benarnya kata-katanya itu, manakan kita tahu dan kemungkinan pada masa akan datang bahwa yang murtad itu insaf dan kembali beriman dan bertaubat.

Kita tidak boleh menidakkan apa yang diputuskan oleh ulama dan kita juga tidak boleh menidakkan hadis Nabi, kerana hadis Nabi itu juga adalah tergolong dalam wahyu. Ulama itu pula adalah pewaris Nabi. Lebih-lebih lagi kita mengetahui sejarah yang mana Khalifah Abu Bakar ra sendiri memerangi golongan yang murtad ini. Justeru amat jelas hukum bagi golongan yang murtad.
Sebagai tambahan baca juga http://sites.google.com/site/huk ... agi-zina-dan-murtad


Apapun status dan setinggi mana seseorang itu diberi taraf oleh manusia lain, mereka tetap terdedah kepada sebarang kemungkinan atau kesilapan. Begitu juga sesuatu sumber2 di luar Al Quran, tetap terdedah kepada pelbagai kemungkinan atau kepentingan golongan tertentu kerana tiada sesuatu apapun yang Allah janji untuk memelihara dan menjaga ketulinannya selain Al Quran. Maka selain Al Quran tidak boleh dijadikan sandaran yang muktamad.

Ayat 13 memang ditujukan kepada semua manusia, tetapi penurunan ayat 13 adalah berakar daripada sikap orang-orang Arab Mekah yang juga disebut dalam ayat 14 itu. Justeru ayat 13 dan 14 adalah diturunkan berpunca pada sikap golongan yang sama. Justeru peristiwa yang diceritakan dalam ayat 14 adalah sinambungan daripada ayat 13.
Sememangnya orang-orang Arab Mekah ketika itu baru memeluk Islam iaitu di masa pembukaan kota Mekah. Saya sendiri tidak menyandarkan ayat 14 merujuk kepada orang Arab yang telah lama memeluk Islam. Ayat 13 dan 14 itu sendiri menjelaskan peristiwa ketika pembukaan kota Mekah. Justeru orang-orang Arab yang disebut pada ayat 4 itu adalah golongan yang baru memeluk Islam semasa pembukaan kota Mekah. Namun seperti yang saya katakan baru memeluk Islam tidak semestinya belum yakin dengan Islam. Disebabkan baru memeluk Islam, menyebabkan keimanan yang masih nipis di samping sebelumnya golongan Arab ini sudah terlalu terdedah dengan sikap jahiliah, sehingga dapat dikatakan keimanan belum masuk ke dalam diri mereka, sebab itulah mereka mempertikaikan kelayakan Bilal untuk melaungkan azan di atas Kaabah hanya disebabkan Bilal itu berkulit hitam. Justeru ucapan "Kami percaya" yang diucapkan oleh orang-orang Arab itu adalah merujuk kepada apa yang disampaikan pada ayat 13.


Saya sudah memberikan pendapat saya berkenaan ayat Al Hujuraat 13 dan 14 dan yang jelasnya frasa ayat itu berbunyi ”kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu”. Ayat itu tidak berbunyi keimanan yang nipis, jika maksud ayat itu ”keimanan yang nipis” sudah tentu Allah dan rasulNya menyebutnya dengan jelas, tidak perlu manusia mentafsir dengan pelbagai tafsiran.

AQ 2:99. Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik. (ruj. juga ayat 45:25 dan 24:1)

Begitu juga ayat-ayat Al Quran yang tiada kebengkokkan pada maknanya, apa yang dinyatakan maka itulah maksudnya yang sebenarnya.

AQ 39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa. (ruj juga  18:1)

Sikap yang cuba untuk mengelirukan makna-makna ayat-ayat Allah juga telah ditegur seperti mana sikap kaum-kaum nabi yang terdahulu;

AQ 4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit.

Kamu pun belum mengemukakan dalil daripada Al-Quran bahawa tidak perlu yakin dengan Islam pun sudah boleh memasuki Islam.


Awak yang membuat kenyataan ”Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam”,  maka awak yang wajib kemukakan dalil bagi kenyataan awak itu, jika tidak maka kenyataan awak itu tidak bermakna apa-apa pun dan boleh pula diibaratkan awak memandai-mandai. Syarat yang sama saya letakkan dengan sdr. Putput, setiap kenyataannya harus ada fakta/bukti dari Bible itu sendiri jika tidak bawalah ke mahkamah mana pun tidak akan diterima kenyataan tersebut.

Saya sendiri pun tidak mengatakan semua yang berkahwin itu yakin dan faham dengan Islam. Seperti yang saya katakan, kita tidak dapat nafikan, walaupun yang berkahwin itu masih tak faham Islam, itu tidak bermakna dia tidak yakin dengan Islam. Situasi itu boleh wujud. Malah juga boleh terdapat seperti apa yang telah kamu katakan iaitu yang berkahwin itu tidak yakin dengan Islam, tetapi hanya memasuki Islam kerana ingin berkahwin dengan org Islam semata-mata. Perkara tersebut kita tidak nafikan boleh berlaku, sebab itu bila perkahwinan itu gagal, ada diantaranya yang kembali semula ke agama asal mereka.


Kenyataan awak yang saya gariskan diatas bertentangan dengan apa yang awak nyatakan sebelum ini, yang menjadi isu perbincangan kita. Kita tidak menbincangkan isu kegagalan perkahwinan disini. Itu bukan isunya.

Justeru jika setelah berkahwin itu, keyakinan mula datang ke dalam diri mereka apabila diserapkan berkenaan agama Islam oleh pasangan mereka atau pihak tertentu, makanya pada saat dia yakin pada Islam itulah saatnya dia benar-benar menjadi seorang Islam. Tetapi bukannya pada saat dia masih tidak yakin dengan Islam.


Bandingkan semula kenyataan awak ini yang menjadi persoalan saya. Sila lihat posting awak di no. 31 seperti berikut;

”Sebab itulah saya tegaskan sebelum ini, Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam. Tetapi Islam suruh masuk Islam jika seseorg itu sudah benar-benar yakin sepenuhnya dengan Islam.”

Justeru jika tidak yakin, bagaimana untk mempercayai dan mengiktiraf?? Justeru tiada keyakinan, makanya lafaz 2 kalimah syahadah yang dilakukan untuk memasuki Islam itu tidak memenuhi makna "aku bersaksi" itu.


Setakat pengucapan syahadah (bersaksi) belum membuktikan bahwa seseorang itu telah yakin kerana dalam Al Quran yang Allah kisahkan terdapat orang-orang munafik yang melafazkan syahadah seperti mana awak maksudkan;

AQ 63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.

Amat jelas keyakinan itu sangat penting untuk bergelar seorg Islam.


Saya tidak membantah dan saya akui keyakinan merupakan suatu kredit kepada orang yang mahu memeluk agama islam, yang menjadi isu disini adalah kenyataan awak di posting awak no. 31 yang telah saya quotekan diatas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 67# anakmacho


   
Sila lihat semula saranan awak di posting awak no. 58, awak sarankan rujuk kat Al Quran ke kat Bible ? Mengapa awak berdolak dalih jika sememangnya ada bukti dalam BIBLE bahwa Jesus mati di kayu salib ? Jika ada sila kemukakan kat sini agar dapat di baca oleh mereka2 yg membaca atau mengikuti thread ini sebab bukan semua tahu dan buka bible.


dalam BIBLE memang ada, dalam quran pun tak menafikanya..cuma tak detail mcm BIBLE..

Tibalah saatnya pada pokok yang di percekcokan antara Muslim dan Kristen dalam seluruh perdebatan Theologi. Penting untuk dinyatakan bahwa surat An Nisaa’ 4 : 157, 158 ; Surat Maryam 19 : 33, Surat Al Maa-idah 5 : 116, 117 ;  Surat Al Baqarah 2 : 87 dan Surat Ali Imran 3 : 55, seluruhnya mendukung kenyataan bahwa Yesus benar-benar mati.

Salah satu pernyataan yang sangat membingungkan datang dari Surat Ali Imran 3 : 55 :

(ingatlah), ketika Allah berfirman : „Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan Kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat Kamu kepadaKu serta membersihkan kamu dari orang yang kafir, dan menjadikan orang orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih kepadanya.

Ungkapan ini dalam bahasa Arab : „Inni mutawaf-feeka“, diterjemahkan sebagai, „Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu“. Beberapa orang mengatakan bahwa kata-kata itu tidak menunjukan kematian sedangkan yang lain menyatakan bahwa Kristus benar-benar mati. Sebagai seorang yang selalu berlayar disekitaran jazirah Arab, saya tidak pernah tahu sesuatu arti yang lain selain „Kematian“ untuk ungkapan ini, di dalam ataupun di luar Alquran.

Banyak versi penafsiran yang dibuat oleh para sarjana Muslim mengenahi pengertian dari ungkapan ini  yang menimbulkan kebingungan, berapa orang mengatakan, itu hanyalah tidur. Al Muthanna mengatakan „Aku diberitahukan Ishaq bahwa „Inni mutawaffeeka“ berarti mati dalam dalam tidur dan tuhan mengambil dia di dalam tidurnya“.

Tidak ada sarjana muslim yang menyangkal bahwa Yohanes Pembabtis Lahir, Mati dan akan dibangkitkan. Ayat Alquran dalam surat Maryam 19 : 15 menceritakan tentang dia :

„Kesejahteraan atas dirinya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali“.

Namun penyusunan kata-kata yang praktis sama juga diberikan terhadap Yesus, di dalam Surat Maryam 19 : 32 – 34

„Dan berbakti kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.
Itulah Isa putra Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya.

Surat Al Maa-idah 5 : 117

Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya) yaitu : „Sembahlah Allahmu, Tuhanku dan Tuhanmu“ dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.

Mengutip Abd Allah Ibn Salih, Muawiheh dan Ali Ibn Abbas, Al Mathanna berkata bahwa „Inni mutawaf-feeka“ berati „Aku menyebabkan engkau mati“
Perbedaan-perbedaan pendapat dan pertentangan diantara sarjana-sarjana Muslim yang mengabaikan kebenaran murni yang terdapat dalam Injil. Tidak ada pertentangan dalam kitab-kitab suci Injil. Setiap penulis Injil menceritakan dengan terinci tentang kematian Kristus, Kebangkitannya, dan Kenaikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply  anakmacho

dalam BIBLE memang ada, dalam quran pun tak menafikanya..cuma tak det ...
putput Post at 12-9-2011 10:43


Persoalan saya dari dalam Bible sebab awak berkata "namun dengan kematiannya dikayu salib (telah direncanakan dalam OT) telah membebaskan manusia dibawah hukum" posting awak no. 54. Saya tidak minta dari Al Quran. Saya tidak tahu dari mana awak kutip pendapat awak di posting awak no. 37 yang jelas 100% songsang. Saya tahu itu bukan pendapat awak semata-mata sebaliknya awak hanya copy dan paste yang entah dari mana asalnya.

Setiap penulis Injil menceritakan dengan terinci tentang kematian Kristus, Kebangkitannya, dan Kenaikannya.


Awak hanya mampu berkata tapi bila saya minta awak buktikan dari Bible itu sendiri berkenaan kematian Jesus di kayu salib, satu pun awak tidak kemukakan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 67# anakmacho


  
Saya tahu atau tidak bukan persoalannya, awak yang membuat kenyataan bahwa Paulus mendapat hidayah maka awak perlu mengemukakan fakta disini, jika tidak maka cakap awak tidak boleh dipakai. Jadi sila nyatakan bagaimana awak tahu Paulus mendapat hidayah ?


detail Paulus mendapat hidayah

http://www.sarapanpagi.org/kehidupan-rasul-paulus-vt1663.html#6607
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:34 AM | Show all posts
Reply 72# anakmacho


   
Awak hanya mampu berkata tapi bila saya minta awak buktikan dari Bible itu sendiri berkenaan kematian Jesus di kayu salib, satu pun awak tidak kemukakan.


link yg bagus tentang Yesus yg diramal kedatanganya dalam OT dan persoalan kematiannya dikayu salib, kematian dan kebangkitannya

http://isaalmasih.net/indonesian/isa/deathandresurrection-i.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:50 AM | Show all posts
http://isaalmasih.net/bible-isa/index.html

Injil Sebenar...kalau nak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 05:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 12-9-2011 17:16

Reply 70# anakmacho

Kelihatannya kamu menafikan hadis apabila rujukan kamu hanya al-Quran. Saya tidak mengatakan tidak boleh hanya rujuk Al-Quran tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menafikan hadis lebih-lebih lagi hadis mutawatir yang juga bersifat hadis sahih. Rasulullah itu adalah manusia yang paling memahami al-Quran, justeru walaupun tiada ayat yang jelas berkenaan dengan hukuman ke atas golongan murtad, tetapi ketiadaan ayat yang jelas itu tidak membuktikan tiadanya hukuman tersebut bila mana Rasulullah sendiri memerintahkan golongan yang murtad itu dihukum bunuh. Apakah Rasulullah sendiri melanggar apa yang tercatat dalam Al-Quran? Amat mustahil perkara tersebut. Justeru tidak menghairankan bila mana manusia yang paling dekat dengan Rasulullah sendiri iaitu khalifah Abu Bakar ra memerangi golongan yang murtad tersebut. Justeru tidak menghairankan jika kesepakatan ulama ditemui dalam perkara ini.

Yes, jika sekali pandang apa yang disebut oleh putput itu mempunyai kebenaran, tetapi hukum tetap hukum, biar apa pun alasannya. Allah itu Maha mengetahui, justeru Dia Maha Mengetahui akan hukum yang ditetapkanNya. Kita tidak boleh menggunakan alasan mungkin dia akan mendapat hidayah semula untuk mengenepikan hukum yang ditetapkan oleh Allah.

Saya juga sudah memberikan pendapat saya berkenaan dengan al-Hujuraat:14 itu, yang mana iman yang nipis ketika masuk Islam semasa peristiwa pembukaan kota Mekah di samping kehiudpan yang sekian lama terdedah pada khidupan jahiliah, maka pastinya iman tersebut dapat diperkatakan sebagai iman yang masih belum masuk ke dalam hati mereka. Ini kerana ketika itu mereka sudah Islam, mereka sudah mempunyai keyakinan bahwa Tiada Tuhan Selain Allah dan mereka juga menyakini bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Justeru iman terhadap apa yang dilafazkan iaitu 2 ucapan syahadah itu sudah ada, but hanya itu yang ada, maka dapat diperkatakan iman mereka masih nipis sehingga dapat diperkatakan iman belum masuk ke dalam hati mereka.

Apa yang kita perlu fikirkan adalah jangan kamu mengambil straight terus daripada terjemahan Al-Quran. Ada maksud yang lebih tersirat sebab itu adanya Tafsir Al-Quran yang membawa maksud pengertian yang lebih mendalam. Jangan kita abaikan perkara-perkara ini.

Seterusnya "ayat al-Quran yang jelas", ini kita tidak boleh meletakkan pengertian "ayat Al-Quran yang jelas" secara terus pada semua peringkat manusia, Contohnya jika seorg kanak-kanak membaca al-Quran ayat yang sama, dia akan kurang memahami ayat tersebut berbanding dengan orang yang lebih dewasa, manakala orang yang lebih dewasa, dia akan kurang memahami ayat tersebut berbanding dengan orang dewasa yang llebih arif dalam al-Quran. Sebab itulah wujudnya pengajian al-Quran. Membaca al-Quran tidak sama dengan meneliti dan mengkaji al-Quran. Banyak perkataa natau ayat di dalam al-Quran yang perlu dikaji untuk lebih memahaminya. Contohnya az-Zumar: 6 "Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita."  

Tanpa penelitian dan pengkajian, kita sememangnya tidak akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan "tiga suasana yang gelap gelita" itu. Tetapi disebabkan dengan penelitian dan pengkajian, maka kita dapat memahami seperti mana yang tertulis dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa yang mana dikatakan "Kegelapan yang tiga adalah kegelapan yang berkaitan dengan abdomen, rahim dan uri" (rujuk Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin; m/surat 130). Banyak lagi contohnya-contohnya jika kamu membaca bukut Quran Saintifik itu.

Justeru "ayat al-Quran yang jelas" itu adalah bagi mereka yang benar-benar arif tentang al-Quran. Justeru kita jangan meletakkan "ayat al-Quran yang jelas" pada semua peringkat manusia.

Awak yang membuat kenyataan ”Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam”,

Saya membuat kenyataan itu yang mana saya menyentuh prilaku orang-orang yang munafik, yang mana mereka masuk islam dengan niat untuk merosakkan Islam dari dalam, sedangkan mereka tidak pernah ada keyakinan terhadap Islam. Kamu sebagai seorang Islam, apakah kamu menyukai tindakan golongan yang munafik ini. Jika kamu mengetahui seseorang itu adalah munafik, apakah kamu tetap menyuruhnya memasuki Islam?? Dalam masa yang sama, kamu juga akhirnya mengakui bahawa tiada keyakinan terhadap Islam, makanya seseorg itu tidak akan Islam walaupun dia mengucapkan 2 kalimah syahadah. Namun jika dia tetap ingin masuk islam, then itu adalah pilihan dia, kita tidak boleh menghalang, but jika kita menyedari situasinya yang tiada keyakinan itu then, pastinya kita juga tidak akan menyuruhnya masuk Islam. Kerana jika kita menyuruh sedemikian, dan dia mengucap 2 kalimah syahadah, namun dia tetap bukan Islam secara hakikatnya. Iaitu keadaan nya tetap sama sebelum dia mengucapkan kalimah syahadah itu.

Mari kita lihat al-Baqarah:2 "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan"

Al-Quran menyuruh supaya masuk Islam secara keseluruhannya, justeru sedangkan orang yang beriman pun ada yang tidak masuk Islam keseluruhannya (dalam konteks amalan). Makanya orang yang tidak yakin, mereka akan lebih-lebih lagi tidak akan pernah berada dalam Islam. Justeru apakah Al-Quran ingin menyuruh orang yang tidak pernah yakin iaitu orang yang tidak pernah berada dalam Islam ini agar berada dalam islam keseluruhannya?? Sudah tentu tidak. Justeru bagaimana dapat diperkatakan Islam menyuruh masuk Islam walaupun tiada keyakinan terhadap Islam???

Seperti yang saya katakan kita harus mengkaji Al-Quran. Jangan diperkatakan tiada ayat mengatakan sedemikian secara jelas, then pastinya tiada. Apa yang saya lihat adalah kita harus lebih berfikir supaya kita lebih memahami al-Quran itu sendiri. Seperti yang pernah saya paparkan "aku bersaksi" itu termasuk "aku mengetahui, aku mempercayai, dan aku mengiktiraf". Namun jika kamu mengetahui seseorang itu tidak pernah "mempercayai dan mengiktiraf" apakah kamu tetap menyuruhnya masuk Islam, pada hal kamu sendiri menyedari tindakan sedemikian tidak akan membuatkan dirinya seorg Islam secara hakikatnya?? Apakah kamu mahu Islamnya itu tetap sia-sia? Secara logiknya pastinya kamu akan meminta dia "mempercayai dan mengiktiraf" terlebih dahulu supaya Islamnya nanti akan menjadi Islam yang sebenar-benarnya. Itulah yang saya maksudkan ”Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam”.  

Saya melihat kenyataan saya itu mematuhi ayat al-Baqarah: 256 "Tiada paksaan untuk memasuki Islam" iaitu kita tidak pernah memaksa mahupun menyuruh orang lain untuk memasuki Islam jika mereka tidak yakin dengan Islam. Kerana kita tahu tindakan tersebut hanya sia-sia. Tetapi jika mereka tetap ingin masuk Islam, then itu pilihan mereka, but kita tidak pernah SURUH.

Semoga kamu faham, apa yang saya cuba sampaikan.

bersambung...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply 70# anakmacho


sambungan...

Kenyataan awak yang saya gariskan diatas bertentangan dengan apa yang awak nyatakan sebelum ini, yang menjadi isu perbincangan kita. Kita tidak menbincangkan isu kegagalan perkahwinan disini. Itu bukan isunya.

Sila perjelaskan apa pertentangan tersebut. Kenyataan saya yang mana sebelum ini yang kamu rasa bertentangan dengan yang telah kamu gariskan itu??

Bandingkan semula kenyataan awak ini yang menjadi persoalan saya. Sila lihat posting awak di no. 31 seperti berikut;

”Sebab itulah saya tegaskan sebelum ini, Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam. Tetapi Islam suruh masuk Islam jika seseorg itu sudah benar-benar yakin sepenuhnya dengan Islam.”

Keyakinan adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh Allah sahaja. Justeru ini kes seseorang yang tidak secara terang-terang menyatakan dia tidak yakin dengan Islam.

Saya mengatakan Islam tidak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam. Saya tidak mengatakan Islam melarang masuk Islam jika tak benar-benar yakin dengan Islam. "Tidak menyuruh" dan "Melarang" adalah dua perkara yang berlainan. Jika seseorang itu tidak yakin dengan Islam, but mereka tetap ingin masuk Islam dengan sebab-sebab tertentu contohnya seperti ingin berkahwin dengan org Islam, makanya kita tidak boleh melarang perlakuan tersebut iaitu masuk Islam itu. Dalam hal ini kita tak suruh dia masuk Islam, tetapi tak suruh itu bukan bermakna kita melarang. Sebabnya kita tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati seseorg itu sama ada dia benar-benar yakin pada Islam atau sebaliknya. Sememangnya kita tidak boleh melarang seseorg ingin masuk Islam. Apabila dia mengatakan yakin pada Islam, but pada hakikatnya hatinya tidak pernah yakin pada Islam, then kita sebagai makhluk hanya berpegang pada apa yang dinyatakan olehnya sahaja. Justeru kita tidak boleh melarang seseorg ingin masuk Islam.

Dalam kes lain, jika dia terang-terang mengatakan tidak yakin dengan Islam, but dia tetap ingin mengucapkan dua kalimah syahadah, then apakah kamu tetap menyuruhnya melakukan ucapan tersebut?? Sudah tentu tidak. Kerana tiada status Islam pada dirinya dengan ucapam syahadah itu. Jika melibatkan perkahwinan,  apakah kamu tetap menyuruhnya ucapkan kalimah syahadah itu, padahal kau amat menyedari ucapannya itu tidak akan membawa dirinya sebagai seorg Islam sebab dia terang-terangan mengatakan tidak yakin dengan Islam walaupun mengucapkah syahadah. Apakah kamu ingin bertanggungjawab atas perkahwinan seorg Islam dengan seorg yang bukan Islam???

Sebab itu saya mengatakan islam tidak suruh masuk Islam jika tidak benar-benar yakin dengan Islam.



Setakat pengucapan syahadah (bersaksi) belum membuktikan bahwa seseorang itu telah yakin kerana dalam Al Quran yang Allah kisahkan terdapat orang-orang munafik yang melafazkan syahadah seperti mana awak maksudkan;

Itulah yang saya cuba sampaikan. Bila seseorg itu tidak yakin pada Islam, then tiada guna dia melafazkan 2 kalimah syahadah. Sebab itulah saya mengatakan Islam tidak suruh melafazkan 2 kalimah syahadah (iaitu masuk Islam) jika tak benar-benar yakin dengan Islam.

Saya tidak membantah dan saya akui keyakinan merupakan suatu kredit kepada orang yang mahu memeluk agama islam, yang menjadi isu disini adalah kenyataan awak di posting awak no. 31 yang telah saya quotekan diatas.

Sudah saya jelaskan di atas. Rujuk bahagian yang saya warnakan biru itu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 06:08 PM | Show all posts
Reply 75# putput


Sangat menarik tanggapan kamu. Mari kita lihat apa yang dituliskan pada link yang kamu berikan itu.

"In fact, it makes it clear that the Bible, known as the Torah and the Injil, was found reliable in Muhammad's (pbuh) time, the sixth century. To prove that the twentieth century Bible is still authentic it only has to be compared with a copy from the sixth century."

Ada riwayat yang mengatakan bahawa sekelompok yahudi pernah datang menemui Nabi Muhamamd dengan membawa Taurat dan Injil, dan pada pertemuan tersebut, Nabi Muhammad mengesahkan keaslian dan kebenaran Taurat dan Injil yang dibawa oleh orang yahudi tersebut.
Justeru perbandingan ingin dilakukan dengan bible hari ini dengan Taurat dan Injil pada abad ke 6 yang disahkan di zaman Nabi Muhammad itu sebagai pegesahan bahawa bible hari ini masih asli. Namun bagaimana kamu dapat mengetahui dan mengesahkan bahawa satu atau beberapa salinan bible yang diambil daripada abad ke 6 itu adalah salinan yang sama yang dimaksudkan dengan Taurah dan Injil yang disahkan pada zaman Nabi Muhammad tu iaitu abad ke 6 itu???

Harus kamu faham bahawa pengesahan oleh Nabi Muhammad itu adalah hanya untuk Taurat dan Injil yang dibawakan oleh orang yahudi tersebut kepadanya. Bukannya untuk semua kitab yang dianggap Taurat dan Injil oleh semua orang yahudi yang ada pada waktu tersebut. Justeru pengesahan bible hari ini hanya dapat dilakukan jika perbandingan bible itu dilakukan dengan Taurat dan Injil yang dibawa kepada Nabi Muhammad oleh orang yahudi berkenaan. Justeru itulah saya tanyakan, bagaimana untuk mengetahui dan mengesahkan bahawa Taurat dan Injil abad ke 6 yang ingin dilakukan perbandingan dengan bible hari ini itu adalah Taurat dan Injil yang sama yang dibawa kepada Nabi Muhammad oleh kelompok org yahudi itu??
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:47 AM | Show all posts
Reply 78# erusi2


    heran gak aku....ini claim dari muslim...adakah ahli taurat n Injil datang gi minta Mohammad mengesahkan Kitab diorang? siapalah Mohammmad dimata diorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:27 AM | Show all posts
Reply 73# putput

Jika semua forumer hanya memberikan link atas apa yang dikatakannya, baik tak payah berforum. Memandangkan awak tidak mampu memberikan bukti atas kenyataan awak berkenaan Paulus mendapat hidayah, saya kemukakan pengakuan Paulus berkenaan hidayah/misi yang dia terima;

2 Korintus 12:1-5
12:1Aku harus bermegah, sekalipun memang hal itu tidak ada faedahnya, namun demikian aku hendak memberitakan penglihatan-penglihatan dan penyataan-penyataan yang kuterima dari Tuhan. 12:2Aku tahu tentang seorang Kristen; empat belas tahun yang lampau--entah di dalam tubuh, aku tidak tahu, entah di luar tubuh, aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya--orang itu tiba-tiba diangkat ke tingkat yang ketiga dari sorga. 12:3 Aku juga tahu tentang orang itu, --entah di dalam tubuh entah di luar tubuh, aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya-- 12:4ia tiba-tiba diangkat ke Firdaus dan ia mendengar kata-kata yang tak terkatakan, yang tidak boleh diucapkan manusia. 12:5 Atas orang itu aku hendak bermegah, tetapi atas diriku sendiri aku tidak akan bermegah, selain atas kelemahan-kelemahanku.

Perhatikan ayat atau kenyataan Paulus yang saya boldkan iaitu frasa “mendengar kata-kata yang tak terkatakan, yang tidak boleh diucapkan manusia” dan dalam terjemahan lama ditulis “lalu mendengar perkataan yang tiada boleh disebutkan, yaitu yang tiada halal kepada manusia menyebut”

Jika penyataan-penyataan yang dia terima itu tidak boleh diucapkan manusia atau tidak halal kepada manusia menyebut atau lebih tepatnya haram disebutkan oleh manusia maka pada pandangan awak siapakah yang dimaksudkan oleh Paulus itu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.991111 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list