CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jfreemanns

KENAPA ORANG KERISTIAN TERLALU ASYIK HENDAK MURTADKAN ORANG MUSLIM?

[Copy link]
Post time 13-9-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply 74# putput

link yg bagus tentang Yesus yg diramal kedatanganya dalam OT dan persoalan kematiannya dikayu salib, kematian dan kebangkitannya
http://isaalmasih.net/indonesian/isa/deathandresurrection-i.html


Sekali lagi awak bagi link dalam hujah awak dan link itu pula tidak berfungsi. Ok saya ambil apa yang dinyatakan dalam web melalui link yang awak bagi itu;

•  Kematian Yesus dan sesudahnya terlihat hidup yang dibuktikan oleh saksi mata
Sesudah Yesus meminum anggur asam itu, berkatalah Ia: "Sudah selesai." Lalu Ia menundukkan kepala-Nya dan menyerahkan nyawa-Nya. ...Dan orang yang melihat hal itu sendiri yang memberikan kesaksian ini dan kesaksiannya benar, dan ia tahu, bahwa ia mengatakan kebenaran, supaya kamu juga percaya." (Yoh 19:30, 35)


Hakikatnya murid2 Jesus (12 orang) termasuk yang menulis kisah penyalipan tersebut tidak berada ditempat kejadian kerana mereka takut ditangkap oleh askar-askar Rom. Penulis2 tersebut bukan saksi mata sebaliknya mereka mendengarkan dari orang lain lalu menulis apa yang diceritakan kepada mereka sebab itu berbagai versi timbul dalam kisah tersebut. Jadi ini bukan fakta yang tepat untuk dijadikan bukti bahwa Jesus mati semasa di salib. Apa yang boleh dikatakan ianya berandaian semata-mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 10:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 13-9-2011 10:43

Reply 76# erusi2

Kelihatannya kamu menafikan hadis apabila rujukan kamu hanya al-Quran. Saya tidak mengatakan tidak boleh hanya rujuk Al-Quran tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menafikan hadis lebih-lebih lagi hadis mutawatir yang juga bersifat hadis sahih. Rasulullah itu adalah manusia yang paling memahami al-Quran, justeru walaupun tiada ayat yang jelas berkenaan dengan hukuman ke atas golongan murtad, tetapi ketiadaan ayat yang jelas itu tidak membuktikan tiadanya hukuman tersebut bila mana Rasulullah sendiri memerintahkan golongan yang murtad itu dihukum bunuh. Apakah Rasulullah sendiri melanggar apa yang tercatat dalam Al-Quran? Amat mustahil perkara tersebut. Justeru tidak menghairankan bila mana manusia yang paling dekat dengan Rasulullah sendiri iaitu khalifah Abu Bakar ra memerangi golongan yang murtad tersebut. Justeru tidak menghairankan jika kesepakatan ulama ditemui dalam perkara ini.


Saya tidak menolak apa pun sumber diluar Al Quran melainkan jika jelas yang diluar Al Quran itu penambahan hukum syariat yg tidak terdapat dalam Al Quran atau sesuatu yang bertentangan dengan Al Quran. Seperti yang saya katakan, selain Al Quran maka terdedah kepada pelbagai kemungkinan atau manupulasi, maka tidak boleh dijadikan rujukan muktamad. Sememangnya Nabi Muhammad adalah paling memahami Al Quran dan tiada siapa yang menafikan akan hakikat itu. Tapi bagaimana pula yang mempergunakan nama nabi demi kepentingan tertentu, ini boleh sahaja berlaku ?

Seperti isu yang sedang kita bincangkan ini iaitu hukum bunuh kepada murtad, memadangkan hukum bunuh kepada murtad tidak terdapat dalam Al Quran tapi terdapat hukum tersebut di luar Al Quran atau yang disebut riwayat hadis dan hukum bunuh tersebut juga terdapat dalam Bible seperti mana yang telah saya postingkan ayat2nya. Bagaimana jika hukum bunuh tersebut yg terdapat dalam riwayat hadis sebenarnya bersumberkan Bible atau yang dikenali pengaruh Israiliyat. Ini boleh sahaja berlaku berdasarkan firman Allah ini;

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani (Kristian), sehingga kamu mengikuti milla mereka..........

Perhatikan amaran Allah dan rasulNya dalam ayat diatas, orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati selagi penganut agama islam tidak mengikuti milla (anutan, agama, cara hidup, budaya) mereka. Jadi jelas hukuman bunuh kepada murtad tiada dalam Al Quran tetapi terdapat pula dalam Bible dan riwayat-riwayat hadis itu pula adalah pengaruh Israilliyat dan hanya mempergunakan nama nabi demi kepentingan mereka.

Apakah Rasulullah sendiri melanggar apa yang tercatat dalam Al-Quran? Amat mustahil perkara tersebut. Justeru tidak menghairankan bila mana manusia yang paling dekat dengan Rasulullah sendiri iaitu khalifah Abu Bakar ra memerangi golongan yang murtad tersebut. Justeru tidak menghairankan jika kesepakatan ulama ditemui dalam perkara ini.


Hukum bunuh murtad tidak terdapat dalam Al Quran maka tidak timbul persoalan nabi melanggar apa yang tercatat dalam Al Quran sebaliknya soalan yang tepat apakah nabi dan para sahabatnya mengada-adakan hukum yang tidak terdapat dalam Al Quran ? Justeru tidak menghairankan jika kesepakatan ulama dalam perkara ini adalah bersumberkan Israilliyat tanpa disedari.


Yes, jika sekali pandang apa yang disebut oleh putput itu mempunyai kebenaran, tetapi hukum tetap hukum, biar apa pun alasannya. Allah itu Maha mengetahui, justeru Dia Maha Mengetahui akan hukum yang ditetapkanNya. Kita tidak boleh menggunakan alasan mungkin dia akan mendapat hidayah semula untuk mengenepikan hukum yang ditetapkan oleh Allah.


Alasan yang jelas adalah hukum tersebut terdapat dalam Bible sedangkan dalam Al Quran Allah tidak menetapkannya, jadi Allah tidak pernah menetapkannya dalam Al Quran. Sila lihat semula amaran Allah kepada mereka yang menukar-nukar kepercayaannya;

4:137. Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. (Terjemahan RI)

Perhatikan sikap atau perbuatan orang yang digambarkan dalam ayat diatas, berulangkali menukar kepercayaannya, sekejab beriman sekejab tidak (kafir). Jika golongan ini dihukum bunuh kerana murtad atau kafir kali pertama, bagaimana pula dia boleh bersikap seperti ayat Allah dan rasulNya gambarkan diatas iaitu menukar kepercayaannya berulang2 jika telah dihukum mati ? Atau adakah awak mengabaikan ayat Allah ini demi mengimani sesuatu hukum di luar Al Quran ?

Apa yang kita perlu fikirkan adalah jangan kamu mengambil straight terus daripada terjemahan Al-Quran. Ada maksud yang lebih tersirat sebab itu adanya Tafsir Al-Quran yang membawa maksud pengertian yang lebih mendalam. Jangan kita abaikan perkara-perkara ini.


Jika syarat itu yang awak letakkan bahwa tidak boleh memahami Al Quran secara langsung melalui terjemahan maka syarat yang sama juga awak kena letakkan kepada terjemahan riwayat-riwayat hadis atau sumber lain selain Al Quran. Selepas ini rujukkan-rujukkan awak yang menggunakan terjemahan awak kena buanglah.

Seterusnya "ayat al-Quran yang jelas", ini kita tidak boleh meletakkan pengertian "ayat Al-Quran yang jelas" secara terus pada semua peringkat manusia, Contohnya jika seorg kanak-kanak membaca al-Quran ayat yang sama, dia akan kurang memahami ayat tersebut berbanding dengan orang yang lebih dewasa, manakala orang yang lebih dewasa, dia akan kurang memahami ayat tersebut berbanding dengan orang dewasa yang llebih arif dalam al-Quran. Sebab itulah wujudnya pengajian al-Quran. Membaca al-Quran tidak sama dengan meneliti dan mengkaji al-Quran. Banyak perkataa natau ayat di dalam al-Quran yang perlu dikaji untuk lebih memahaminya. Contohnya az-Zumar: 6 "Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita."  
Tanpa penelitian dan pengkajian, kita sememangnya tidak akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan "tiga suasana yang gelap gelita" itu. Tetapi disebabkan dengan penelitian dan pengkajian, maka kita dapat memahami seperti mana yang tertulis dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa yang mana dikatakan "Kegelapan yang tiga adalah kegelapan yang berkaitan dengan abdomen, rahim dan uri" (rujuk Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin; m/surat 130). Banyak lagi contohnya-contohnya jika kamu membaca bukut Quran Saintifik itu.
Justeru "ayat al-Quran yang jelas" itu adalah bagi mereka yang benar-benar arif tentang al-Quran. Justeru kita jangan meletakkan "ayat al-Quran yang jelas" pada semua peringkat manusia.

Allah dah kata Al Quran itu jelas dan tiada kebengkokkan maka Allah tidak bermain-main apa yang Dia difrmankan, apa yang Dia nyatakan itulah maksudnya sama ada Al Quran itu dibaca oleh kanak-kanak atau orang dewasa tidak mengubah maksud ayat tersebut. Begitu juga kajian yang dilakukan, sama ada kajian dilakukan atau tidak sesuatu ayat itu tetap jelas apa yang dimaksudkan. Kajian yang dilakukan bukan kerana ayat itu tidak jelas sebaliknya kajian merupakan satu kaedah untuk membuktikan bahwa ayat itu selari dengan alam serta sains idan ini benar-benar dari Allah. Apakah tanpa kajian awak tidak percaya apa yang Allah nyatakan, sebagai contoh ayat yg awak kemukakan iaitu As Zumar 6, ayat itu jelas mengatakan manusia tinggal dalam kandungan ibu secara berperingkat dari satu kejadian ke satu kejadian dalam 3 fasa yang berkeadaan gelap. Oleh itu bila Allah katakan sedemikian maka Allah memaksudkannya, Allah tidak maksudkan perkara lain atau suasana yang lain. Saya harap awak dapat memahami apa yang saya sampaikan.

Saya membuat kenyataan itu yang mana saya menyentuh prilaku orang-orang yang munafik, yang mana mereka masuk islam dengan niat untuk merosakkan Islam dari dalam, sedangkan mereka tidak pernah ada keyakinan terhadap Islam..


Apapun yang peraturan yang awak kenakan kepada golongan munafik, adakah mereka akan mematuhi ? Sudah tentu tidakkan, jadi peraturan yang cuba awak kenakan itu keatas mereka akan menjadi sia-sia. Oleh kerana awak mengatakan bahwa kenyataan awak yang saya quotekan diposting saya no. 33 adalah menyentuh dan ditujukan kepada orang-orang munafik maka saya tidak ingin memanjangkan perkara ini. Yang jelas kenyataan awak itu (yg saya quotekan) tidak disokong sebarang dalil.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:01 PM | Show all posts
Reply 79# putput


   
heran gak aku....ini claim dari muslim...adakah ahli taurat n Injil datang gi minta Mohammad mengesahkan Kitab diorang? siapalah Mohammmad dimata diorang tu


Siapa Nabi Muhammad di mata orang yahudi itu?? al-Quran ada jawapannya.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (al-Baqarah: 146)

Taurat dan Injil yang dimaksudkan itu adalah Taurat dan Injil yang asli yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Isa masing-masing. Justeru orang itu amat mengenali Nabi Muhammad sebagai nabi yang disebut-sebut dalam kitab Taurat dan Injil yang asli. Justeru itu mereka datang dengan membawa kitab-kitab tersebut dan disebabkan ianya adalah kitab yang isi kandungan Taurat dan Injil yang asli, makanya Nabi Muhammad mengakui dan mengesahkan kitab-kitab tersebut. Tak tahu akan rwayat ini?? Tak mengapa.
Semasa Nabi Muhammad mencapai usia 12 tahun, beliau telah mengikuti bapa saudaranya Abi Talib berdagang ke negeri Syam. Sesampai di suatu tempat bernama Busra (Basrah), seorang rahib bernama Buhaira dapat mengecam tanda-tanda kenabian beliau dan rahib tersebut menasihati Abi Talib supaya membawa Nabi Muhammad pulang semula ke Mekah supaya beliau tidak ditemui oleh orang yahudi, kerana dibimbangi tindakan jahat orang-orang yahudi akan mengancam keselamatan Nabi Muhammad kerana orang yahudi amat mengenali tanda-tanda nabi yang diutuskan pada akhir zaman kerana tanda-tanda tersebut tertulis dalam kitab Taurat dan Injil yang asli. Riwayat ini, jika kamu tidak tahu sila baca sejarah hidup Nabi Muhammad.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:35 PM | Show all posts
Reply 82# anakmacho

Hadis-hadis yang menyebut kepada hukuman ke atas golongan murtad adalah dari kalangan hadis-hadis yang mutawatir. Jika kamu mempertimbangkan hal tersebut makanya tiada alasan untuk kamu mengatakan hadis tersebut terdedah kepada sebarang kemungkinan dan manipulasi. Buktinya amat jelas, para sahabat yang sezaman dengan Nabi Muhammad memerangi golongan yang murtad ini seperti mana yang dilakukan oleh kalifah Abu Bakar. Ini menjelaskan hadis tersebut bukannya baru sejak-sejak kebelakangnya ini muncul.

Seperti yang kita lihat sekarang, sememangnya kelompok yahudi dan nasrani inilah yang menentang hukuman bunuh ke atas para murtad dengan menuduh hukuman tersebut menyekat hak asasi manusia. Yes, mereka sememangnya tidak berpuas hati dengan umat Islam sehinggalah umat Islam menyetujui mereka. Namun umat Islam tidak akan sesekali menyetujui mereka yang terbukti ingkar pada perintah Allah. Situasi sekarang ini amat sesuai dengan ayat al-Baqarah:120 yang kamu kutip itu.

Hadis-hadis yang bersifat mutawatir tidak pernah dipengaruhi oleh unsur-unsur israiliyyat. Buktinya para sahabat sendiri melaksanakan hukuman ke atas golongan murtad bertepatan dengan hadis tersebut.

Kesepakatan ulama dalam hal yang menyentuh hukuman ke atas golongan murtad ini bukannya dilakukan secara membuta tuli. Mereka bersandarkan bukti-bukti yang amat jelas.

Bagi kes hukuman ke atas golongan murtad ini, hanyalah tiada ayat Al-Quran yang jelas secara terus menyebut akan bentuk hukuman tersebut. Ini tidak menghairankan kerana diketika itu Nabi Muhammad masih ada. Justeru penjelasan berkenaannya diperolehi daripada Nabi Muhammad. Namun bukan itu bermaksud al-Quran tidak menetapkan hukuman tersebut.

Berkenaan dengan ayat 4:137, ada baiknya jika kita berfikir dengan lebih teliti. Sila baca semula ayat tersebut.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. (Terjemahan RI)"

Seperti yang tertulis dalam artikel-artikel pada link yang telah saya berikan, amat jelas bahawa individu yang murtad harus diberi nasihat, pemahaman dan sebagainya supaya mereka beriman dalam Islam semula. Namun jika mereka tetap tidak mahu kembali beriman, maka hukuman bunuh barulah dilaksanakan. Justeru tidak mustahil kerana tidak mahu dibunuh menyebabkan individu yg murtad itu kembali beriman dalam Islam (secara lahirnya), dan seterusnya dia kembali mengulangi perbuatan murtadnya yang dilakukan pertama kali dulu, dan sekali lagi berlaku yang mana kerana takut dibunuh menyebabkan dia kembali semula ke dalam Islam. Kejadian-kejadian ini tidak mustahil untuk berlaku. Justeru ini adalah bertepata dengan ayat an-Nisa': 137 itu.

Jika syarat itu yang awak letakkan bahwa tidak boleh memahami Al Quran secara langsung melalui terjemahan maka syarat yang sama juga awak kena letakkan kepada terjemahan riwayat-riwayat hadis atau sumber lain selain Al Quran. Selepas ini rujukkan-rujukkan awak yang menggunakan terjemahan awak kena buanglah.


Tidak, ini kerana hadis-hadis yang saya maksudkan itu adalah amat jelas penerangannya dan tergolong dalam hadis-hadis yang mutawatir. Di dalam hadis itu, hukuman bunuh ke atas golongan murtad ini bukan disebut secara berkias, tetapi ianya disebut dengan amat jelas bentuk hukumannya. Saya berpegang pada kenyataan bahawa Nabi Muhammad tidak berkata dengan sewenang-wenangnya, melainkan apa yang juga diwahyukan kepadanya. Inilah yang diakui oleh al-Quran sendiri.

Berkenaan dengan "ayat al-Quran yang jelas dan tiada kebengkokkan" itu telah pun saya berikan penjelasannya yang mana itu adalah harus diletakkan pada orang-orang yang arif tentang ilmu al-Quran. Itu bukannya bermaksud orang-orang yang biasa juga akan memahami al-Quran seperti mana orang yang arif dalam al-Quran, Contohnya ayat az-Zumar: 6 itu, yang mana jika kamu hanya berpegang pada terjemahan semata-mata, makanya ayat tersebut menyebut dari "satu kejadian ke satu kejadian dalam 3 kegelapan", namun 3 kegelapan itu tidak dinyatakan sebagai 3 kegelapan yang berbeza. Kerana jika hanya berdasarkan terjemahan secara terus apabila disebut "3 kegelapan" sahaja, maka 3 kegelapan itu berlaku serentak dan satu kejadian ke satu kejadian itu berlaku dalam ketiga-ketiga kegelapan. Tapi pemahamannya adalah tidak seperti itu kerana penjelasannya adalah kejadian demi kejadian itu berlaku dalam 3 kegelapan yang berbeza. Justeru kita tidak boleh bergantung pemahaman hanya pada terjemahan secara terus sahaja.
Mari saya berikan lagi contoh lain, al-Haj:5 "Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;" apakah untuk menjadikan manusia, Allah mengambil tanah dan memasukkan ke dalam agen pembiakan manusia sebelum tanah itu bertukar menjadi setitik air benih? Tidak. Pemahamannya adalah tidak seperti itu.

Apapun yang peraturan yang awak kenakan kepada golongan munafik, adakah mereka akan mematuhi ? Sudah tentu tidakkan, jadi peraturan yang cuba awak kenakan itu keatas mereka akan menjadi sia-sia. Oleh kerana awak mengatakan bahwa kenyataan awak yang saya quotekan diposting saya no. 33 adalah menyentuh dan ditujukan kepada orang-orang munafik maka saya tidak ingin memanjangkan perkara ini. Yang jelas kenyataan awak itu (yg saya quotekan) tidak disokong sebarang dalil.


Sama ada org munafik itu mematuhi atau tidak adalah itu hal mereka, itu pilihan mereka. Yang saya ingin sampaikan adalah Islam mempunyai cara tersendiri untuk menanggani orang munafk ini. Dan jika cara ini benar-benar dipraktikkan, makanya tiada lagi permasalahan orang munafik wujud kerana mereka akan berfikir banyak kali untuk masuk Islam kerana takut dibunuh jika dikemudian hari mereka ingin keluar dari Islam. Justeru jika hukum Islam itu benar-benar dilaksanakan, ianya terbukti akan dapat menyelesaikan banyak masalah.
Dan kamu mengatakan kenyataan saya tidak disokong oleh dalil kerana kamu hanya melihat dari sudut terjemahan al-Quran secara terus sahaja, sedangkan dalam link-ink yang saya berikan sudah terpapar bukti-bukti akan kenyataan saya itu, Melalui permasalahan-permasalahan yang saya bangkitkan menjelaskan bahawa keadaan dan tuntutan wajib untuk menjadi seorang Islam menepati kenyataan saya itu dan tambahan lagi kamu juga tidak ada dalil untuk mengatakan kenyataan saya itu amat bersalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:01 PM | Show all posts
Reply 83# erusi2


   
Tak mengapa.
Semasa Nabi Muhammad mencapai usia 12 tahun, beliau telah mengikuti bapa saudaranya Abi Talib berdagang ke negeri Syam. Sesampai di suatu tempat bernama Busra (Basrah), seorang rahib bernama Buhaira dapat mengecam tanda-tanda kenabian beliau dan rahib tersebut menasihati Abi Talib supaya membawa Nabi Muhammad pulang semula ke Mekah supaya beliau tidak ditemui oleh orang yahudi, kerana dibimbangi tindakan jahat orang-orang yahudi akan mengancam keselamatan Nabi Muhammad kerana orang yahudi amat mengenali tanda-tanda nabi yang diutuskan pada akhir zaman kerana tanda-tanda tersebut tertulis dalam kitab Taurat dan Injil yang asli. Riwayat ini, jika kamu tidak tahu sila baca sejarah hidup Nabi Muhammad.


maksudnya mereka yahudi time tu memang tahu mohammad ada dinyatakan dalam kitab kepercayaan mereka yg mereka imani? komdian merek berusaha menghapuskannya?
cuba awak ditempat mereka...konon2 dalam quran yg awak imani selama ini ada dinyatakan skian2 nabi akan datang komdian awak akan berusaha untuk menghapuskanya kalau dia muncul...? lojik tak??????  
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply 81# anakmacho


   
Hakikatnya murid2 Jesus (12 orang) termasuk yang menulis kisah penyalipan tersebut tidak berada ditempat kejadian kerana mereka takut ditangkap oleh askar-askar Rom. Penulis2 tersebut bukan saksi mata sebaliknya mereka mendengarkan dari orang lain lalu menulis apa yang diceritakan kepada mereka sebab itu berbagai versi timbul dalam kisah tersebut. Jadi ini bukan fakta yang tepat untuk dijadikan bukti bahwa Jesus mati semasa di salib. Apa yang boleh dikatakan ianya berandaian semata-mata.



ala awak ni...masa peristiwa 12 murid Yesus tiada time penyalibanya dan masa kematianya bukanya lama sangat...beberapa hari je...takkanlah tempoh singkat tu saksi2 yg lain tak ingat langsung! masih segar lagi dalam ingatan mereka...lainlah kalau tempoh kejadian itu dah berpuluh2 tahon! tentu ada keciciran cerita dia dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 03:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 13-9-2011 15:13

Reply 85# putput

maksudnya mereka yahudi time tu memang tahu mohammad ada dinyatakan dalam kitab kepercayaan mereka yg mereka imani? komdian merek berusaha menghapuskannya?
cuba awak ditempat mereka...konon2 dalam quran yg awak imani selama ini ada dinyatakan skian2 nabi akan datang komdian awak akan berusaha untuk menghapuskanya kalau dia muncul...? lojik tak??????



Tidak logik jika seseorang itu memang ingin kepada kebenaran. Contohnya rahib Buhaira itu.

Tetapi logik jika seseorang itu tidak ingin kepada kebenaran dan cuba untuk menghapuskan kebenaran. Fikirlah sendiri, jika orang yahudi tersebut benar-benar inginkan kebenaran, mereka tidak akan menyelewengkan Taurat dan Injil yang diwariskan kepada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 86# putput


   
Penulis2 tersebut bukan saksi mata sebaliknya mereka mendengarkan dari orang lain lalu menulis apa yang diceritakan kepada mereka sebab itu berbagai versi timbul dalam kisah tersebut.



nyatakan versi yg lain plz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 03:20 PM | Show all posts
Reply 87# erusi2


jika orang yahudi tersebut benar-benar inginkan kebenaran, mereka tidak akan menyelewengkan Taurat dan Injil yang diwariskan kepada mereka.



nyatakan logik yahudi nak hapuskan nabi muhammad kalau betul dia ada dinyatakan dalam Kitab2 mereka...ingat mereka betul2 imani Kitab2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:49 PM | Show all posts
Reply 89# putput

Mereka tak betul-betul imani kitab Taurat dan Injil yang diwarisi kepada mereka, sebab itulah mereka berusaha ubah kitab tersebut supaya kebenaran tdak dapat disampaikan, sebab itulah mereka akan berusaha untuk menghapuskan sumber kebenaran jika mereka mengetahui sumbernya. Kalau mereka betul-betul beriman dengan kitab taurat dan Injil itu, then pastinya mereka tidak ubah kitab mereka itu, pastinya mereka tidak berusaha untuk mengancam keselamatan nabi jika mereka mengetahuinya. Contohnya rahib Buhaira itu yang benar-benar beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang asli, malah dia berusaha pula menyelamatkan Nabi Muhammad dengan meminta supaya Abi Talib membawa Nabi Muhammad pulang semula ke Mekah.
So itulah logiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:44 PM | Show all posts
Reply 84# erusi2

Hadis-hadis yang menyebut kepada hukuman ke atas golongan murtad adalah dari kalangan hadis-hadis yang mutawatir. Jika kamu mempertimbangkan hal tersebut makanya tiada alasan untuk kamu mengatakan hadis tersebut terdedah kepada sebarang kemungkinan dan manipulasi. Buktinya amat jelas, para sahabat yang sezaman dengan Nabi Muhammad memerangi golongan yang murtad ini seperti mana yang dilakukan oleh kalifah Abu Bakar. Ini menjelaskan hadis tersebut bukannya baru sejak-sejak kebelakangnya ini muncul.


Saya rujuk Al Quran untuk menimbangkan sesuatu sumber di luar Al Quran. Tiada hukum bunuh kepada murtad dalam Al Quran yang Allah dan rasulNya nyatakan, itu adalah jelas. Oleh kerana tiada satupun sumber rujukan yang Allah jamin akan ketulinannya sehingga hari kiamat selain Al Quran maka semuanya terdadah kepada manipulasi mereka-mereka yang berkepentingan atau niat tertentu tidak kiralah sumber itu lama atau baru dan tak kiranya apa status yang diberi kepada sumber itu. Ianya tidak muktamad seperti mana Al Quran.

Seperti yang kita lihat sekarang, sememangnya kelompok yahudi dan nasrani inilah yang menentang hukuman bunuh ke atas para murtad dengan menuduh hukuman tersebut menyekat hak asasi manusia. Yes, mereka sememangnya tidak berpuas hati dengan umat Islam sehinggalah umat Islam menyetujui mereka. Namun umat Islam tidak akan sesekali menyetujui mereka yang terbukti ingkar pada perintah Allah. Situasi sekarang ini amat sesuai dengan ayat al-Baqarah:120 yang kamu kutip itu.


Isu yang kita bincangkan bukan sikap Yahudi atau Nasrani yang tidak mengikuti kitab mereka seperti dalam kes bunuh murtad tak kiralah apa alasan mereka. Isu kita adalah adakah kebenaran Allah dan rasulNya untuk umat islam menjatuhkan hukum bunuh kepada murtad dalam agama islam. Apa yang jelas tidak ada dalam Al Quran. Peringatan Allah dan rasulNya dalam surah 2:120 itu bukan  untuk situasi zaman sekarang sahaja  tapi ianya peringatan untuk dari ianya di wahyukan sehingga akhir zaman

Hadis-hadis yang bersifat mutawatir tidak pernah dipengaruhi oleh unsur-unsur israiliyyat. Buktinya para sahabat sendiri melaksanakan hukuman ke atas golongan murtad bertepatan dengan hadis tersebut.

Kesepakatan ulama dalam hal yang menyentuh hukuman ke atas golongan murtad ini bukannya dilakukan secara membuta tuli. Mereka bersandarkan bukti-bukti yang amat jelas.


Kenyataab awak ini tidak disokong dengan dalil dari Al Quran menyebabkan ianya hanya andaian awak sahaja. Seperti yang saya katakan tiada selain Al Quran yang Allah janji menjaga akan ketulinannya sehingga hari kiamat maka apapun sumber rujukan selain Al Quran adalah tidak muktamad walau apapun nama status yang diberikan oleh manusia itu sendiri kepada rujukan tersebut.. Lebih-lebih lagi perkara (hukum) itu ada dalam Bible tapi tiada dalam Al Quran.  Ini adalah hakikatnya yang tidak boleh dinafikan.

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 14-9-2011 12:48

Reply 84# erusi2

sambungan......

Bagi kes hukuman ke atas golongan murtad ini, hanyalah tiada ayat Al-Quran yang jelas secara terus menyebut akan bentuk hukuman tersebut. Ini tidak menghairankan kerana diketika itu Nabi Muhammad masih ada. Justeru penjelasan berkenaannya diperolehi daripada Nabi Muhammad. Namun bukan itu bermaksud al-Quran tidak menetapkan hukuman tersebut.


Bukannya tiada hukum kepada murtad Allah nyatakan dalam Al Quran. Jika awak rujuk ayat-ayat yang telah saya kemukakan berkaitan kes murtad ini, ada Allah nyatakan iaitu Dia akan menghukum mereka kelak diakhirat atas perbuatan/sikap mereka itu. Hukum bunuh kepada murtad yang awak linkkan yang bersumberkan riwayat2 hadis bukan penjelasan Al Quran sebaliknya penambahan apa yang tidak terdapat dalam Al Quran. Penambahan itu bukan daripada nabi sebaliknya orang yang berkepentingan atau yg mempunyai niat tertentu yang mempergunakan nama nabi. Sesungguhnya menetapkan hukum adalah hanyalah hak Allah bukan nabi;

AQ 6:57. Katakanlah (Muhammad): "Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik."

Berkenaan dengan ayat 4:137, ada baiknya jika kita berfikir dengan lebih teliti. Sila baca semula ayat tersebut.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. (Terjemahan RI)"

Seperti yang tertulis dalam artikel-artikel pada link yang telah saya berikan, amat jelas bahawa individu yang murtad harus diberi nasihat, pemahaman dan sebagainya supaya mereka beriman dalam Islam semula. Namun jika mereka tetap tidak mahu kembali beriman, maka hukuman bunuh barulah dilaksanakan. Justeru tidak mustahil kerana tidak mahu dibunuh menyebabkan individu yg murtad itu kembali beriman dalam Islam (secara lahirnya), dan seterusnya dia kembali mengulangi perbuatan murtadnya yang dilakukan pertama kali dulu, dan sekali lagi berlaku yang mana kerana takut dibunuh menyebabkan dia kembali semula ke dalam Islam. Kejadian-kejadian ini tidak mustahil untuk berlaku. Justeru ini adalah bertepata dengan ayat an-Nisa': 137 itu.


Memberi nasihat atau pengajaran bukan isunya disini,,itu sudah menjadi hak dan tanggungjawab penganut agama islam, saya dan awak sedia maklum. Tidak perlu dibincangkan. Topik perbincangan kita jelas iaitu hukum bunuh kepada murtad.

Bandingkan kenyataan awak semula (posting yg lalu) dengan apa yang saya gariskan kenyataan awak diatas;

“ Yes, jika sekali pandang apa yang disebut oleh putput itu mempunyai kebenaran, tetapi hukum tetap hukum, biar apa pun alasannya. Allah itu Maha mengetahui, justeru Dia Maha Mengetahui akan hukum yang ditetapkanNya. Kita tidak boleh menggunakan alasan mungkin dia akan mendapat hidayah semula untuk mengenepikan hukum yang ditetapkan oleh Allah. “

Awak nilaikan sendiri apa yanga awak ucapkan.

Tidak, ini kerana hadis-hadis yang saya maksudkan itu adalah amat jelas penerangannya dan tergolong dalam hadis-hadis yang mutawatir. Di dalam hadis itu, hukuman bunuh ke atas golongan murtad ini bukan disebut secara berkias, tetapi ianya disebut dengan amat jelas bentuk hukumannya. Saya berpegang pada kenyataan bahawa Nabi Muhammad tidak berkata dengan sewenang-wenangnya, melainkan apa yang juga diwahyukan kepadanya. Inilah yang diakui oleh al-Quran sendiri.


Apakah awak menyatakan ayat-ayat Allah dan rasulNya dalam Al Quran menyebut secara kias sesuatu perkara sehinggakan tidak boleh menggunakan terjemahan untuk memahami secara langsung. Sememang nabi tidak berkata sewenang-wenang namun bagaimana yang mempergunakan nama nabi sewenang-wenangnya, itu boleh sahaja terjadi dan itu yang terjadi.

Berkenaan dengan "ayat al-Quran yang jelas dan tiada kebengkokkan" itu telah pun saya berikan penjelasannya yang mana itu adalah harus diletakkan pada orang-orang yang arif tentang ilmu al-Quran. Itu bukannya bermaksud orang-orang yang biasa juga akan memahami al-Quran seperti mana orang yang arif dalam al-Quran, Contohnya ayat az-Zumar: 6 itu, yang mana jika kamu hanya berpegang pada terjemahan semata-mata, makanya ayat tersebut menyebut dari "satu kejadian ke satu kejadian dalam 3 kegelapan", namun 3 kegelapan itu tidak dinyatakan sebagai 3 kegelapan yang berbeza. Kerana jika hanya berdasarkan terjemahan secara terus apabila disebut "3 kegelapan" sahaja, maka 3 kegelapan itu berlaku serentak dan satu kejadian ke satu kejadian itu berlaku dalam ketiga-ketiga kegelapan. Tapi pemahamannya adalah tidak seperti itu kerana penjelasannya adalah kejadian demi kejadian itu berlaku dalam 3 kegelapan yang berbeza. Justeru kita tidak boleh bergantung pemahaman hanya pada terjemahan secara terus sahaja.
Mari saya berikan lagi contoh lain, al-Haj:5 "Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;" apakah untuk menjadikan manusia, Allah mengambil tanah dan memasukkan ke dalam agen pembiakan manusia sebelum tanah itu bertukar menjadi setitik air benih? Tidak. Pemahamannya adalah tidak seperti itu.


Selain sifat ayat-ayat Al Quran itu jelas dan tiada kebengkokan disamping itu untuk memahami sesuatu yang dibicarakan awak tidak boleh mengambil satu ayat sahaja dan terus membuat kesimpulan. Awak kena baca semua yang berkaitan, bab kejadian manusia contohnya., awak kena rujuk semua yang berkaitan ayat-ayat kejadian dan kelahiran manusia barulah awak boleh faham bagaimana prosesnya kerana ayat-ayat Allah selain berkaitan satu sama lain, ianya juga saling sokong menyokong seperti ayat As Zumar dan Al Haj 5 dan begitu juga dengan ayat yang lain, kena dirujuk juga.

Mengapa awak sarankan merujuk kepada orang-orang arif atau orang2 tertentu untuk penjelasan sesuatu ayat (bab kejadian manusia contohnya) bukankah kata awak Nabi menjelaskan Al Quran,, kenapa tidak terus sahaja merujuk kepada riwayat-riwayat hadis jika riwayat-riwayat hadis itu penjelas kepada Al Quran?

Sama ada org munafik itu mematuhi atau tidak adalah itu hal mereka, itu pilihan mereka. Yang saya ingin sampaikan adalah Islam mempunyai cara tersendiri untuk menanggani orang munafk ini. Dan jika cara ini benar-benar dipraktikkan, makanya tiada lagi permasalahan orang munafik wujud kerana mereka akan berfikir banyak kali untuk masuk Islam kerana takut dibunuh jika dikemudian hari mereka ingin keluar dari Islam. Justeru jika hukum Islam itu benar-benar dilaksanakan, ianya terbukti akan dapat menyelesaikan banyak masalah.
Dan kamu mengatakan kenyataan saya tidak disokong oleh dalil kerana kamu hanya melihat dari sudut terjemahan al-Quran secara terus sahaja, sedangkan dalam link-ink yang saya berikan sudah terpapar bukti-bukti akan kenyataan saya itu, Melalui permasalahan-permasalahan yang saya bangkitkan menjelaskan bahawa keadaan dan tuntutan wajib untuk menjadi seorang Islam menepati kenyataan saya itu dan tambahan lagi kamu juga tidak ada dalil untuk mengatakan kenyataan saya itu amat bersalahan.


Apakah awak menyatakan bahwa Nabi Muhammad gagal mempratikkan peratuaran yang awak tetapkan sebab dizaman baginda ramai golongan munafik yang wujud, siap bersaksi lagi dan juga dapat dikenalpasti melalui sikap2 mereka. Awak sedar atau tidak, saya bersandarkan dalil yang saya kemukakan diawal perbincangan kita ini atas isu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:53 PM | Show all posts
Reply 86# putput

ala awak ni...masa peristiwa 12 murid Yesus tiada time penyalibanya dan masa kematianya bukanya lama sangat...beberapa hari je...takkanlah tempoh singkat tu saksi2 yg lain tak ingat langsung! masih segar lagi dalam ingatan mereka...lainlah kalau tempoh kejadian itu dah berpuluh2 tahon! tentu ada keciciran cerita dia dah...


Mana awak tahu beberapa hari sahaja..... tanpa fakta, awak berandaian lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:00 PM | Show all posts
Reply 88# putput

nyatakan versi yg lain plz...


Veris Lukas 23:44-47

23:44 Ketika itu hari sudah kira-kira jam dua belas, lalu kegelapan meliputi seluruh daerah itu sampai jam tiga,
23:45 sebab matahari tidak bersinar. Dan tabir Bait Suci terbelah dua.
23:46 Lalu Yesus berseru dengan suara nyaring: "Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku." Dan sesudah berkata demikian Ia menyerahkan nyawa-Nya.
23:47 Ketika kepala pasukan melihat apa yang terjadi, ia memuliakan Allah, katanya: "Sungguh, orang ini adalah orang benar!"

Dari ayat-ayat diatas (Lukas) dapat difahami bahwa Jesus berseru dengan nyaring dan berkata sebelum dikatakan meninggal "Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku." ( perihal Jesus diberi minum tiada dicatitkan)

Versi Yohanes 19:28-32

19:28 Sesudah itu, karena Yesus tahu, bahwa segala sesuatu telah selesai, berkatalah Ia--supaya genaplah yang ada tertulis dalam Kitab Suci--:"Aku haus!"
19:29 Di situ ada suatu bekas penuh anggur asam. Maka mereka mencucukkan bunga karang, yang telah dicelupkan dalam anggur asam, pada sebatang hisop lalu mengunjukkannya ke mulut Yesus.
19:30 Sesudah Yesus meminum anggur asam itu, berkatalah Ia: "Sudah selesai." Lalu Ia menundukkan kepala-Nya dan menyerahkan nyawa-Nya.

Dari ayat2 diatas, dapat difahami bahwa sebelum Jesus dikatakan mati, diberi minum terlebih dahulu dan hanya berkata : "Sudah selesai."

Versi Matius 27:44-54

27:45 Mulai dari jam dua belas kegelapan meliputi seluruh daerah itu sampai jam tiga.
27:46 Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?"* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
27:47 Mendengar itu, beberapa orang yang berdiri di situ berkata: "Ia memanggil Elia."
27:48 Dan segeralah datang seorang dari mereka; ia mengambil bunga karang, mencelupkannya ke dalam anggur asam, lalu mencucukkannya pada sebatang buluh dan memberi Yesus minum.
27:49 Tetapi orang-orang lain berkata: "Jangan, baiklah kita lihat, apakah Elia datang untuk menyelamatkan Dia."
27:50 Yesus berseru pula dengan suara nyaring lalu menyerahkan nyawa-Nya.

Dari ayat2 diatas, dapat difahami bahwa sebelum mati Jesus dikatakan tidak  diberi minum disamping itu Jesus merayu "Eli, Eli, lama sabakhtani?"* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?

Perhatikan perbezaan penceritaan ketiga-tiga versi penulis diatas, ini membuktikan penulis menulis dari sumber orang yang berbeza. Ini baru hanya disekitar peristiwa Jesus disalib, belum lagi jika dilihat keseluruhan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply 94# anakmacho


   
Dari ayat2 diatas, dapat difahami bahwa sebelum mati Jesus dikatakan tidak  diberi minum disamping itu Jesus merayu "Eli, Eli, lama sabakhtani?"* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?

Perhatikan perbezaan penceritaan ketiga-tiga versi penulis diatas, ini membuktikan penulis menulis dari sumber orang yang berbeza. Ini baru hanya disekitar peristiwa Jesus disalib, belum lagi jika dilihat keseluruhan.



oklah le tu...masing2 kena bagi maklumat berlainan...so dicantumkan kita dapatlah maklumat 100% dari kisah tu..senang
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:14 PM | Show all posts
Reply 93# anakmacho


   
    ala awak ni...masa peristiwa 12 murid Yesus tiada time penyalibanya dan masa kematianya bukanya lama sangat...beberapa hari je...takkanlah tempoh singkat tu saksi2 yg lain tak ingat langsung! masih segar lagi dalam ingatan mereka...lainlah kalau tempoh kejadian itu dah berpuluh2 tahon! tentu ada keciciran cerita dia dah...



Mana awak tahu beberapa hari sahaja..... tanpa fakta, awak berandaian lagi.


semua orang tahu, yg pernah baca injil tahu Yesus bangkit dihari yang ke-3 dan menampakkan dirinya kepada semua murid-muridnya dan makan bersama2 mereka.malah mereka menyentuh tubuhnya.

ajaibkan, sebelum kejadian dia disalibkan dan mati dia ada janji...dia akan mati dan akan hidup semula..semua ini dinyatakan dalam Injil. kalau kita tengok dalam cerita nabi2 mana ada yg berani cakap akan mati hidup semula...Buddha meninggal. Muhammad meninggal. Musa meninggal. Konfusius meninggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 03:56 PM | Show all posts
Reply 91# anakmacho

Kamu merujuk al-Quran untuk mempertimbangkan sesuatu sumber di luar al-Quran sudah suatu tindakan yang baik, cumanya pemahanan kamu terhadap ayat al-Quran adala terlalu bergantung pada terjemahan secara terus. Itu tindakan kamu yang tidak tepat. Justeru itulah kamu beranggapan tiada dalil dalam al-Quran berkenaan dengan hukum murtad. Hal ini sudah saya perjelaskan. Buktinya bukan sekadar dari sudut kesepakatan ulama, tetapi juga dari sudut hadis yang mutawatir dari Rasulullah sendiri dan juga dari sudut sejarah para sahabat. Bagi saya itu amat jelas.

Isu yang kita bincangkan bukan sikap Yahudi atau Nasrani yang tidak mengikuti kitab mereka seperti dalam kes bunuh murtad tak kiralah apa alasan mereka. Isu kita adalah adakah kebenaran Allah dan rasulNya untuk umat islam menjatuhkan hukum bunuh kepada murtad dalam agama islam. Apa yang jelas tidak ada dalam Al Quran. Peringatan Allah dan rasulNya dalam surah 2:120 itu bukan  untuk situasi zaman sekarang sahaja  tapi ianya peringatan untuk dari ianya di wahyukan sehingga akhir zaman


Bagi saya tidak, hukuman bunuh ke atas golongan murtad tida disebut dengan jelas dalam al-Quran bagi mereka yang tidak benar-benar arif tentang ilmu al-Quran. Seba itulah para ulama yang diakui kefahamani ilmu yang tinggi berkenaan al-Quran dapat sepakat berkenaan dengan hukuman bunuh ke atas golongan murtad ini. Jika hanya berpegang pada terjemahan semata-mata, itu adalah cara yang salah untuk mendalami al-Quran. Ini sudah saya berikan penjelasannya. Yes, sikap yahudi dan nasrani yang tidak mengikut kitab mereka yang asli kerana mereka tidak pernah terbuka untuk kebenaran, dan itulah yang mereka mahukan untuk kita ikuti, seperti mana mereka seperti ang diakui Allah dalam al-Baqarah:120 itu. Yes, selagi kita mengikuti apa yang tertulis dalam al-Quran itulah yang mereka tentang. Justeru tidak hairan lah jika hari ini mereka menentang hukuman bunuh ke atas golongan murtad dengan alasan mencabul hak asasi manusia. Perkara ini akan terus berlangsung hingga ke akhir zaman, selagi umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar, termasuklah hukuman terhadap golongan yang murtad ini.

Kenyataab awak ini tidak disokong dengan dalil dari Al Quran menyebabkan ianya hanya andaian awak sahaja. Seperti yang saya katakan tiada selain Al Quran yang Allah janji menjaga akan ketulinannya sehingga hari kiamat maka apapun sumber rujukan selain Al Quran adalah tidak muktamad walau apapun nama status yang diberikan oleh manusia itu sendiri kepada rujukan tersebut.. Lebih-lebih lagi perkara (hukum) itu ada dalam Bible tapi tiada dalam Al Quran.  Ini adalah hakikatnya yang tidak boleh dinafikan.


Kerana kamu hanya berpegang pada terjemahan al-Quran secara terus, sememangnya kamu akan melihat seperti itu. Tetapi golongan yang tidak melihat al-Qran seperti mana kamu lihat, tidak akan berpegang pada fahaman kamu itu. Buktinya telah saya berikan, yang mana sepekatan ulama, sejarah para sahabat yang memerangi golongan murtad, dan hadis-hadis mutawatir dari Nabi Muhammad sendiri. Ini sudah saya berikan penjelasannya. Jika ulama sudah sepakat, para sahabat juga melakukannya, hadisnya pula adalah hadis sahih dan mutawatir, then itu bukannya anggapan dan andaian saya lagi. Tetapi itu membuktikan segala-galanya.

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply 92# anakmacho

Bukannya tiada hukum kepada murtad Allah nyatakan dalam Al Quran. Jika awak rujuk ayat-ayat yang telah saya kemukakan berkaitan kes murtad ini, ada Allah nyatakan iaitu Dia akan menghukum mereka kelak diakhirat atas perbuatan/sikap mereka itu. Hukum bunuh kepada murtad yang awak linkkan yang bersumberkan riwayat2 hadis bukan penjelasan Al Quran sebaliknya penambahan apa yang tidak terdapat dalam Al Quran. Penambahan itu bukan daripada nabi sebaliknya orang yang berkepentingan atau yg mempunyai niat tertentu yang mempergunakan nama nabi. Sesungguhnya menetapkan hukum adalah hanyalah hak Allah bukan nabi;


Lihat semula ayat-ayat berkenaan golongan murtad itu yang kamu berikan,
Al Baqarah 2:217 ......... "Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya."

al-Baqarah:217 tidak pula menyebutkan Allah melarang menghukum mereka ketika di dunia. Sebaliknya Allah menerangkan bahawa mereka di akhirat kelak akan menjadi penghuni neraka selamanya. Itu sudah amat difahami, yang mana bagi sesiapa sahaja yang tidak berada dalam kebenaran, bukan setakat golongan yang murtad sahaja, malah orang-orang kafir juga akan mendiami neraka selamanya. Ini memang ketetapan Allah terhadap golongan yang kufur.


Al Maaidah 5:54. Wahai orang-orang yang percaya (beriman), sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

Orang yang murtad adalah tergolong dalam orang yang tidak percaya. Al-Maaidah:54 secara jelasnya memaklumkan Allah akan mendatangkan satu kaum yang beriman yang akan bersikap keras terhadap golongan yang tidak percaya, dan kaum yang beriman ini berjuang di jalan Allah dan tidak takut dengan sebarang celaan. Jika dilihat ianya menepati suasana sekarang yang mana umat Islam yang benar-benar menjalankan hukum Allah dicela kerana menjatuhkan hukuman bunuh iaitu satu hukuman yang keras ke atas golongan murtad. But umat Islam tersebut tidak sedikitpun tergugat dengan celaan tersebut. Jelas, Allah tidak memaklumkan akan larangan sebarang hukuman ke atas golongan murtad yang tergolong dalam golongan yang tidak percaya itu.

47:25. Orang-orang yang kembali ke belakang  (murtad) mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.

Surah Muhammad:25 tidak menyebutpun tentang Allah menghukum golongan murtad di akhirat kelak.

AQ 6:57. Katakanlah (Muhammad): "Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik."


Ayat al-An'am:57 adalah berada di luar konteks murtad. Ini kerana ayat tersebut mengkisahkan azab Allah yang diminta oleh golongan kafir penyembah berhala supaya diturunkan kepada mereka apabila mereka menolak ajakan Nabi Muhammad supaya masuk ke dalam Islam. Justeru itu Nabi Muhammad menerangkan penurunan azab yang diminta oleh mereka itu adalah hak dan urusan Allah, bukannya ditentukan olehnya sebagai Nabi. Justeru ayat tersebut tidak berkaitan dengan golongan murtad.

Memberi nasihat atau pengajaran bukan isunya disini,,itu sudah menjadi hak dan tanggungjawab penganut agama islam, saya dan awak sedia maklum. Tidak perlu dibincangkan. Topik perbincangan kita jelas iaitu hukum bunuh kepada murtad.

Bandingkan kenyataan awak semula (posting yg lalu) dengan apa yang saya gariskan kenyataan awak diatas;

“ Yes, jika sekali pandang apa yang disebut oleh putput itu mempunyai kebenaran, tetapi hukum tetap hukum, biar apa pun alasannya. Allah itu Maha mengetahui, justeru Dia Maha Mengetahui akan hukum yang ditetapkanNya. Kita tidak boleh menggunakan alasan mungkin dia akan mendapat hidayah semula untuk mengenepikan hukum yang ditetapkan oleh Allah. “

Awak nilaikan sendiri apa yanga awak ucapkan.


Kelihatannya kamu amat tidak faham kenyataan saya itu. Apa gunanya saya beri link itu kepada kamu jika saya sendiri tidak menyetujui apa yang tercatat dalam link tersebut. Ini berkaitan hal kenyataan putput yang mana jika tidak dihukum mati, mungkin org murtad itu akan memperolehi semula hidayah dan kembali beriman. Justeru saya tidak mengatakan hukum tetap hukum itu, bermakna saya tidak menyetujui usaha nasihat, memberi pemahaman,kaunseling dan sebagainya terlebih dahulu kepada org murtad itu sebelum hukuman bunuh dijalankan apabila dia tetap dengan keputusannya untuk murtad. Tidak. Bukan itu yang saya ingin sampaikan. Justeru sila fahami bahawa kenyataan saya iaitu hukum tetap hukum itu adalah jatuh selepas usaha membawa kembali org murtad itu kepada Islam menemui kegagalan. Justeru hukum harus dijalankan, walaupun terdapat tanggapan bahawa jika tidak dihukum bunuh (iaitu selepas usaha mempertahankan akidahnya gagal), mungkin org murtad itu akan kembali semula kepada Islam jika ditakdirkan di masa hadapan dia menemui semula hidayah. Justeru sila fahami dengan baik apa yang saya maksudkan.

Apakah awak menyatakan ayat-ayat Allah dan rasulNya dalam Al Quran menyebut secara kias sesuatu perkara sehinggakan tidak boleh menggunakan terjemahan untuk memahami secara langsung. Sememang nabi tidak berkata sewenang-wenang namun bagaimana yang mempergunakan nama nabi sewenang-wenangnya, itu boleh sahaja terjadi dan itu yang terjadi.


Yes, sememangnya ada ayat-ayat tertentu al-Quran yang mana dinyatakan secara berkias. Saya rasa, saya sudah berikan 2 contoh ayat tersebut yang mana kita tidak boleh bergantung kepada terjemahan secara terus. Sememangnya Nabi tidak berkata sewenang-wenangnya, jika kamu berpegang pada itu, pastinya kamu tidak akan menidakkan hadis sahih yang juga bersifat mutawatir. Saya tidak menafikan wujudnya cubaan kaum kufar untuk mempergunakan nama nabi atas sesuatu, jsuteru itulah kita harus benar-benar meneliti, merujuk kepada golongan alim ulama untuk memperlehi penjelasan atas sesuatu perkara. Namun tindakan menolak terus semua hadis-hadis sehingga sanggup menidakkan apa yang diputuskan oleh alim ulama, itu adalah bukannya satu tindakan yang tidak tepat.

Selain sifat ayat-ayat Al Quran itu jelas dan tiada kebengkokan disamping itu untuk memahami sesuatu yang dibicarakan awak tidak boleh mengambil satu ayat sahaja dan terus membuat kesimpulan. Awak kena baca semua yang berkaitan, bab kejadian manusia contohnya., awak kena rujuk semua yang berkaitan ayat-ayat kejadian dan kelahiran manusia barulah awak boleh faham bagaimana prosesnya kerana ayat-ayat Allah selain berkaitan satu sama lain, ianya juga saling sokong menyokong seperti ayat As Zumar dan Al Haj 5 dan begitu juga dengan ayat yang lain, kena dirujuk juga.


Yes, begitulah sepatutnya. Jika demikian justeru sepatutnya kamu memahami bahawa sesuatu ayat al-Qauran tidak boleh difahami secara mengambil terjemahannya secara terus. Contohnya al-Haj:5 itu yang kamu rasa pemahamannya perlu dilihat dengan membaca juga ayat-ayat kejadian dan kelahiran manusia yang lain. Then sekarang sudah jelas bahawa ayat al-Haj: 5 itu tidak boleh difahami secara mengambil terus daripada terjemahannya. Justeru kenapa itu tidak kamu lakukan terhadap ayat-ayat berkenaan golongan murtad? Golongan murtad itu adalah juga golongan kufar, then kamu juga harus menilai ayat-ayat tentang kaum kufar.

Mengapa awak sarankan merujuk kepada orang-orang arif atau orang2 tertentu untuk penjelasan sesuatu ayat (bab kejadian manusia contohnya) bukankah kata awak Nabi menjelaskan Al Quran,, kenapa tidak terus sahaja merujuk kepada riwayat-riwayat hadis jika riwayat-riwayat hadis itu penjelas kepada Al Quran?


Orang-orang yang arif yang saya maksudkan itu termasuk jugalah Nabi Muhammad sendiri. Cumanya di dalam ayat-ayat yang melibatkan ilmu sains secara detail dengan menggunakan istilah-istilah sains, ianya tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad kerana tiadanya pemahaman tentang ilmu sains secara mendalam ketika itu. Bukan saya katakan Nabi Muhammad tiada ilmu sains, tetapi saya mengatakan masyarakat sezamannya ketika itu.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:19 PM | Show all posts
Reply 92# anakmacho


sambungan..

Apakah awak menyatakan bahwa Nabi Muhammad gagal mempratikkan peratuaran yang awak tetapkan sebab dizaman baginda ramai golongan munafik yang wujud, siap bersaksi lagi dan juga dapat dikenalpasti melalui sikap2 mereka. Awak sedar atau tidak, saya bersandarkan dalil yang saya kemukakan diawal perbincangan kita ini atas isu ini.

Jika kita lihat pada zaman Nabi Muhammad, golongan munafik ini telah wujud, namun hanya segelintir sahaja yang memperlihatkan dirinya adalah seorang munafik dengan melakukan murtad. Pada link yang yang berikan terdahulu ada menyentuh berkenaan perkara ini. Ada baiknya kamu baca sekali lagi. Linknya http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/155-jawapan-kekeliruan-penentang-hukuman-murtad.html

Sila baca alasan keenam yang dibangkitkan berkenaan dengan terdapatnya seorg dari agama nasrani memasuki islam dan kembali semula ke agama nasraninya dan dikatakan Nabi Muhammad tidak menjatuhkan hukuman bunuh ke atas lelaki tersebut. Sila baca ulasannya bagi menjelaskan kenapa keadaan ini berlaku.

Dalam kes-kes lain, di zaman Nabi Muhammad, golongan munafik ini hanya bersifat munafik tetapi masih tidak mengistiharkan mereka keluar dari islam (kecuali berkenaan dengan alasan keenam yang saya maklumkan di atas). Justeru jika tiada pengistiharan murtad maka pastinya tiada hukuman dilakukan ke atas mereka. Justeru kerana keadaan ini, maka tidak boleh dikatakan Nabi Muhammad gagal mempraktikkan hukum Islam tersebut. Hanyalah selepas kewafatan Nabi Muhammad, barulah terdapat golongan munafik yang mengistiharkan keluar dari islam, dan itulah golongan yang diperangi oleh khalifah Abu Bakar ra ketika itu.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply  anakmacho
oklah le tu...masing2 kena bagi maklumat berlainan...so dicantumkan ...
putput Post at 14-9-2011 13:17


Maklumat yang berlainan ? Satu kata A, satu kata B, boleh ke dijadikan sandaran 100% tepat ? Kalau begitu kesimpulan yang lain boleh juga disimpulkan berkenaan kisah penyalipan Jesus jika semua versi kisah tersebut dicantumkan.... begitu ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.094298 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list