CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28312|Reply: 156

(Merged) Ruminah Sidek dan isu ttg rumah, latest info pg 6

  [Copy link]
Post time 21-8-2011 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cmf_yipun78 at 25-8-2011 14:35

Ahad Ogos 21, 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Ruminah Sidek sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, menyambut Syawal pada tahun ini dengan kesedihan apabila dia dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah.

Kata Ruminah, rumah yang didirikan hasil titik peluh duit lakonannya itu dibina atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 dan terpaksa dikosongkan selepas salah seorang saudaranya mengarahkan dia berbuat demikian.

“Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan,” katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat.

Jelas Ruminah, dia bernasib baik kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie datang membantu dengan mengambilnya pada hari kejadian.

Katanya, dia amat sedih dengan kejadian tersebut memandangkan rumah berkenaan dibina dengan pendapatannya menerusi wang lakonan filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak.

Biarpun menerima ujian yang hebat, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu menerima ujian berkenaan dengan tabah.

“Tahun ini saya diuji Allah dengan hebat dan saya sendiri tidak menyangka dalam usia 65 tahun ini, Allah masih menguji saya seperti ini. Tetapi saya reda dengan setiap ujian dan yakin pasti ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Ibu kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramlie ini berharap Allah akan memudahkan setiap urusannya selepas ini dan berhasrat untuk membina sebuah rumah lain.

“Selepas ini saya akan membina sebuah rumah baru dan berazam untuk mempunyai rumah sendiri sebelum meninggal dunia,” katanya yang bakal menjalani penggambaran sebuah telefilem dengan Suhan Movies pada 23 Ogos ini dan berlakon di bawah arahan sutradara Erma Fatima.

Pelakon filem Pensil dan Magika ini juga baru ditawarkan untuk berlakon di bawah syarikat produksi baru mengenai kisah orang Jawa yang memerlukannya bertutur dalam bahasa Jawa.

Bercerita tentang Hari Raya Aidilfitri, Ruminah dijangka akan beraya di rumah anak sulungnya di Bukit Kapar, Klang pada Hari Raya pertama.

Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon A.R. Tompel, dia dikurniakan enam orang anak, lebih 20 orang cucu dan enam orang cicit.

-mstar-

simpati kat mak mah..dahla nak raya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 07:54 AM | Show all posts
kesian.org melayu neh kalo gado psl tanah ke harta pusaka ke mmg tak hengat walaupon sedara
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 07:57 AM | Show all posts
abis tu anak dia yg byk2 duit tu tak tolong ke, asyik mention yang sulung jek, anyway adlin tu no. brape ek? ke dah dpt bini tak ingat mak dah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2011 08:00 AM | Show all posts
ramai anak tu lain citer nok..ni hilang umah tpt berteduh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 08:07 AM | Show all posts
iols rasa anak2 dia x kesah nk jaga or tumpangkan dia....masalhnya, umah lama dia tu byk kenangan....sbb tu dia sedih terpaksa kuar dr umah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 08:19 AM | Show all posts
kesiannyewww...tu la, pengajarannn...kalo nak bina rumah, pastikan hakmilik tanah u duluuu...kan dah rugiii...korang2 kalo ada masalah tanah, bgtau akuu...hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2011 08:29 AM | Show all posts
selalu nya kes mcm ni tuan tanah mintak bayar rega tanah...dorang buat x tau jeh...
sampai ke tahap mcm ni... kan sendiri susah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 08:47 AM | Show all posts
Selalunya macam tu ..bila umah dan cantik lawa...baru la nak menghalau orang kalau tanah kosong cukai pun liat nak bayar:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 08:49 AM | Show all posts
Reply 3# dibs

maybe anak yang paling dekat la tu......... kan kena halau 2 pagi..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:33 AM | Show all posts
Selalunya macam tu ..bila umah dan cantik lawa...baru la nak menghalau orang kalau tanah kosong cuka ...
mie07 Post at 21-8-2011 08:47



    aku sgt stuju
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:34 AM | Show all posts
itu la pasal.. tanah tu milik mak mertua dia a.k.a. mak suami.. bila suami meninggal sure lah ipar duai ndak kan hak depa melainkan dia bayar harga tanah tu..
tak pe laa Mak Mah.. bwk pindah jek rumah tu ke tapak baru..
kesian jugek.. org tua mmg sayang pd rumah pusaka.. kena pulak byk kenangan dia dgn arwah suaminya kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:42 AM | Show all posts
Nak cakap pasal kenangan.... :re:

Memanglah rumah tu atas duit dia... tapi bukan tanah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:27 AM | Show all posts
Reply 9# chempaka_ku


betul la tu, anak dia yg sulung ddk kt klang.. yg lain mungkin jauh dr umah dia.. kalu dia call anak yg kt kl suh amik, brapa lama lg mau tunggu. dah la kena halau kul 2 pg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:34 AM | Show all posts
bestnya jd tuan tanah,tgok rmh dah cntik,bru halau. .knp sblum2 ni x mau halau. .knp tggu skrg ye?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:42 AM | Show all posts
Nak cakap pasal kenangan....

Memanglah rumah tu atas duit dia... tapi bukan tanah dia..
cik.panda Post at 21-8-2011 09:42


setuju,....ini pasal hak..
org yg x pernah rasa benda mmg senang ckp...
dari rmh buruk sampai umah dah cantik.....liat benor nak bayar rega tanah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:42 AM | Show all posts
kesiannyewww...tu la, pengajarannn...kalo nak bina rumah, pastikan hakmilik tanah u duluuu...kan dah ...
hemoh2 Post at 21-8-2011 08:19


Kannn...biasalah org tua dulu2 beli tanah main byr je tanpa buat urusan pertukaran hak-milik,
kadng2 tu geran pun x tau duk kat mana....bila tiba generasi cucu-cicit ni lah yg terjadi sbb klau ikut geran
dh tentu milik nenek-moyang dia org...tp tgk kat tanah org lain yg duduk....
nak2 klau tanah tu terletak kat kwsn strategik....apa lg....pakat duk berebut lah...
yang menang dh tentu ikut pd hitam-putih geran tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 10:43 AM | Show all posts
bwk masuk court pun payah nak menang mak mah oi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:47 AM | Show all posts
kesian mak mah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:57 AM | Show all posts
kalo pn umo dia 100++ pn Allah swt tetap akan menguji keteguhan iman sesiapa shj hambanya yg dikehendaki..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by joboh at 21-8-2011 11:02

nak buat mcm mana...mak mertua punya tanah...surelah ipar duai tuntut....dia pun takde hak atas tanah tu...terpaksalah keluar....agak2..rumah sedia ada tu dorang robohkan ke tak? takpun consider ler byr ganti rugi buat rumah tu...at least legalah sikit hati org tua tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073779 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list