Post Last Edit by Soksek11 at 21-8-2011 14:46
Aih. Cerita macam ni pun ada..? Kami dengar khabar tak enak mengenai seorang pelakon wanita ni. Khabarnya dia telah menempah sejumlah kuih raya dengan seorang wartawan penyiaran di sebuah stesen TV swasta, TV3. Kuantitinya pula bukan main banyak lagi.
Tapi akhirnya pelakon yang berwajah Pan Asia dan pernah mencuba nasib dalam bidang nyanyian ini seperti enggan mengambil tempahan kuih raya yang dah dibuat tu. Maka berangin satu badan la si wartawan ni. Apa tidaknya. Janji dah dibuat. Tempahan dah dipersetujui. Saat-saat akhir, di batalkan pula dengan alasan terlalu sibuk untuk pergi ambil kuih raya tu. Amboi. Besar sangat agaknya KL ni sampai susah nak berjumpa walaupun sekejap. Tak pun memang dia betul-betul sibuk sampai tak ada masa.
Si wartawan ni dulu pernah kecoh sekejap la namanya gara-gara insiden meminang olok-olok dalam satu program yang suka kenakan orang. Kalau korang peminat saluran TV3, mesti korang kenal siapa. Hehehe. Takpelah wahai wartawan. Rezekimu ada dimana-mana kalau bukan dengan dia sekalipun. Kata kuih raya sedap. Confirm ramai nak beli! =)
Kredit to Rentakartis.com
ps..yg wartawan tu Zuan Azmi (wartawan melodi), dia ada tulis kat fb pasal bnda nie.. pelakon tu ak taktau la plak sape...
ak rase Natasha hudson..
|