CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3131|Reply: 6

Album "Siapa Peduli"

[Copy link]
Post time 22-8-2011 10:15 AM | Show all posts |Read mode


MAPIM telah menerbitkan sebuah album berjudul 'Siapa Peduli?' yang dilancarkan pada 6 Ogos 2011. Penciptaan lagu istimewa ini dikenali album Siapa Peduli? diusahakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Zaira Aziz dan KuSham (penerbit eksekutif album) One Scream Studio, Sheikh Qalam Records Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia selaku pengedar. Penghasilan album itu juga adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Album "Siapa Peduli boleh didapati di pasaran dengan harga RM25.90.

Album yang mengandungi 10 buah lagu ini menampilkan barisan artis ternama negara seperti Mawi, Alyah, Jay Jay, Mila, Syafinaz, Liza Hanim, Hafiz AF7, Azhan dan Kumpulan Putera. Turut dimuatkan, deklamasi sajak berjudul 'Anak-Anak Palestina' oleh Sasterwan Negara, Datuk A. Samad Said.

Antara lagu yang dimuat dalam album adalah Siapa Peduli? (ramai), Mimpi Gaza (Mawi), Deir Yassin Bercerita Pedih (Alyah), Illusi dan Fantasi (Hafiz), Di Malam Itu...Sabra Shatila (Jay Jay), Apa Lagi Yang Tinggal (Mila & Putera), Masjid Al Aqsa (Liza Hanim) dan Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi (Azhan).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2011 10:19 AM | Show all posts
lagu "Siapa Peduli" memang best.....gandingan vokal yg mantap.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by Ulquiorra at 22-8-2011 10:43

Album Siapa Peduli? untuk Palestin

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


Mohd. Azmi Abdul Hamid (lima dari kanan) bersama barisan artis yang menjayakan album Siapa Peduli? pada majlis pelancaran album itu di Ampang, baru-baru ini.




SEMUA hasil jualan album Siapa Peduli? akan disalurkan kepada tabung Gaza - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Dana album nyanyian Jay Jay,Mawi, Hafiz, Alyah, Mila, Liza Hanim, Syafinaz, Azhan dan kumpulan Putera itu akan digunakan untuk pembinaan Hospital Kanak-Kanak di Gaza kerana separuh daripada populasi Gaza adalah kanak-kanak.

Album terbitan MAPIM yang memuatkan 10 buah lagu termasuk sebuah puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said mengandungi lagu-lagu khusus mengenai Palestin dalam pelbagai sejarah penting perjuangan Palestin.

Setiausaha Agung MAPIM, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, penerbitan album itu sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat tempatan dan dunia mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

“Lagu-lagu dan lirik digubah khas berkaitan peristiwa penting Palestin yang berlaku seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Satila, Al-Aqsa dan serangan ke atas Gaza.

“MAPIM harap segala usaha yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam album ini mendapat sokongan masyrakat dengan membeli album ini sambil menderma,” katanya pada majlis pelancaran album Siapa Peduli yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang baru-baru ini.

Album yang diterbitkan oleh Zaira Aziz telah berada di pasaran sejak awal bulan ini.

Antara lagu yang dimuat dalam album adalah Siapa Peduli? (ramai), Mimpi Gaza (Mawi), Deir Yassin Bercerita Pedih (Alya), Illusi dan Fantasi (Hafiz), Di Malam Itu...Sabra Shatila (Jay Jay), Apa Lagi Yang Tinggal (Mila & Putera), Masjid Al Aqsa (Liza Hanim) dan Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi (Azhan).

Sementara itu, Syafinaz Selamat berkata, dia bersetuju untuk menyumbangkan suaranya dalam album ini apabila dipelawa oleh Zaira.

“Saya memang kenal Zaira sebab itu apabila dia undang saya merakamkan lagu untuk album ini saya terima.

“ Sepatutnya saya merakamkan sebuah lagu solo tetapi disebabkan jadual kerja yang ketat, saya cuma merakamkan lagu Siapa Peduli? beramai-ramai sahaja,” katanya.

Bagi Mila, biarpun pertama kali terlibat dalam album kebajikan namun dia cukup berbangga.

Katanya, inilah ruang untuknya menghulurkan bantuan dengan cara yang tersendiri dan merasai penderitaan penduduk Palestin.

“Masa rakaman Mila tidak sedih sangat tapi apabila menonton tayangan video tentang penderitaan orang Palestin, hati jadi sebak.
“Kita patut bersyukur kerana negara kita aman, berbanding mereka yang sejak kecil sudah terdedah dengan peperangan,” katanya.

Dalam pada itu, Liza Hanim yang sudah lama tidak menghasilkan album tampil menerima pelawaan untuk rakaman album ini.

Katanya, apa yang dilakukan oleh MAPIM patut dicontohi oleh pihak lain dan sebagai insan yang prihatin, dia juga mahu membantu.
“Jika sumbangan kecil saya dapat membantu insan lain, kenapa perlu saya menolak. Kalau ada projek kebajikan begini, saya sedia membantu kerana ini salah satu cara untuk golongan artis melaksanakan tanggungjawab sosial.

“Saya harap orang ramai turut memberi sokongan pada projek ini kerana apa yang dihulur akan digunakan untuk pembinaan hospital di sana.

Sama-samalah kita membantu mereka yang selama ini hidup menderita. Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana negara kita bebas daripada suasana begitu,” katanya.



Sumber: utusan online
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 11:14 AM | Show all posts
xde kat kedai lagi.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 11:30 AM | Show all posts
bestnye lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:45 AM | Show all posts
aku dgr lagu "siapa peduli" kat radio IKIM pagi tadi.....ada juga yg dah dgr lagu "ilusi dan fantasi" dari Hafiz kat radio IKIM jugak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2011 12:51 AM | Show all posts

LIZA HANIM BUAT COMEBACK ~ ALBUM "SIAPA PEDULI"

Ahaaaa.... kepada semua peminat Liza Hanim (LH). Beliau ada membuat comeback dengan single baru dari album SIAPA PEDULI.
Lagu yg dinyanyikan adalah bertajuk "MASJID AL-AQSA".
Seriously "9" lum sempat dgr lagu ni sbb cari2 kat kedai album xjumpa plak. Tak tau lak lagu ni note dia tinggi ker, mendatar ker rendah ker. Hmmmm. InsyaAllah pasal LH sanggup nak beli album ni.
Lagipun dgn membeli album ni, korang jugak dapat membantu derma bagi pembinaan hospital di Palestin. Berapa percent yg disalurkan tak pasti lagik. Leh refer kat bawah link for more details. Ada byk artis popular yg terlibat gak cthnya Alyah, Jay jay, Milah, Mawi, Syafinass dll.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

http://www.mediahiburan.com.my/art/?art=8937267394


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.814380 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list