CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SiNoob

Tidak ada paksaan dalam agama

[Copy link]
Post time 11-11-2011 02:11 AM | Show all posts
Reply 219# sirrikhafi

Dan ulama yang dimaksudkan oleh Tuhan di dalam Al-Quran bukanlah orang-orang yang kerjanya menyuruh orang menyekutukan Tuhan dan menafikan Kitab-KitabNya. Sebaliknya yang dikatakan ulama sebenarnya adalah saintis. Orang yang berpengetahuan berlandaskan kebenaran atau sekurang-kurangnya berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 09:08 PM | Show all posts

Sebaliknya yang dikatakan ulama sebenarnya adalah saintis.


Kebanyakkan saintis tidak takut & tidak percaya kpd Tuhan...


Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 10:05 PM | Show all posts
Orang-orang agama memang sentiasa nampak perbuatan-perbuatan mereka sebagai baik walaupun mereka sebenarnya menyekutukan Tuhan, menghina nabi-nabi, menafikan Kitab-Kitab Tuhan dan sebagainya. Itulah yang dimaksudkan melalui 27:4.








cilijeruk Post at 11-11-2011 02:08


ayat 27:4 adalah firman Allah s.w.t... bukannya pandangan orang2 agama !
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 11:51 PM | Show all posts
...dan berapa ramai saintis yg menggunakan dalil² al-Quran dlm kajian mereka slps kejatuhan Otoman? Tiada?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:13 PM | Show all posts
benar
istilah ULAMAK pun dah besar kan
so kita closeup sikit
ULAMAK - MENGETAHUI AGAMA
berdasarkan AL QURAN n SUNNAH n RIWAYAT
boleh kottt
dibincangkan
atau kena buka topik baru ke tt????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:15 PM | Show all posts
saya faham
mungkin RAMAI tak akan suka
AYAT yg KONONNYA dari NABI ni
yg MEMBERI PENGAJARAN kpd PARA ULAMAK

fikir-fikirkanlah ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2011 08:55 PM | Show all posts
Ulama kn pemegang amanah Nabi/Rasul...
Atau pegang amanah negara dan bangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 08:44 PM | Show all posts
itu!!!!
saya tak tahu
yg saya tahu
ULAMAK PEWARIS NABI
memegang amanah ALLAH dan RASULNYA
memikul beban para2 manusia
menjalankan amal makruf nahi mungkar
menegakkan panji2 agama
walau org munafik tidak suka
dan org kafir membenci
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 11:46 PM | Show all posts
Ulama yg memegang amanah Allah dan RasulNya, sgt³lah sedikit
Tp ulama yg dipegang oleh pemerintah dan perlembagaan, jauh lbh byk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 04:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 22-11-2011 16:53
saya faham
mungkin RAMAI tak akan suka
AYAT yg KONONNYA dari NABI ni
yg MEMBERI PENGAJARAN kpd PA ...
orangbesi Post at 17-11-2011 16:15



Bukan KONONya tapi memang Hadith Nabi SAW...

Dari Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Nanti dalam waktu tidak lama, datang kepada manusia suatu zaman, di mana agama Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, dan tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran kecuali hanya huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama’ mereka adalah yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit, dari mereka (ulama’) itu akan muncul bermacam-macam fitnah, dan fitnah itu akan kembali kepada lingkungan mereka itu sendiri (umat Islam);"

(Riwayat Baihaqi).


Amati dan renung-renungkanlah....Sangat dalam pengertian hadith ini...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 07:26 PM | Show all posts
apa nak buat
ramai yg percayakannya
dan
memang tak percaya

SESUNGGUHNYA YANG TAKUT KEPADA TUHAN
DIKALANGAN MANUSIA ADALAH ULAMAK
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 09:17 PM | Show all posts
Tak kurang juga ada ulamak yang sanggup menjual agamanya untuk dunia...

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;"

(Riwayat Ibnu Majah).

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 12:57 AM | Show all posts
Reply 232# namirulmukminin


Cth: Bank Islam? Menghalalkan RIBA? RIBA sbg muamalat?
Mcm ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 23-11-2011 09:01

Reply 233# Dzulqarnain

Lebih kurang macam tu lah.. saya tak berani nak bagi komen lebih2.. Saya cuma boleh bagi contoh yang terdekat dengan saya iaiatu pinjaman perumahan yang saya buat melalui skim muamalat al-bay'inah contohnya. Jumlah saya pinjam RM 114,000.00 tapi jumlah perlu saya bayar balik keseluruhannya RM 315,234.78 untuk tempoh 30 tahun.

Saudara lihatlah sendiri perbezaan jumlahnya...

Pengertian Riba'

Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.



Firman Allah


Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang
yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah Al-Baqarah (2): 275

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Al-Baqarah (2): 278

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.

Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39

Ayat di atas jelas menegaskan bahwa selebihnya dari pokok harta adalah riba, baik itu sedikit maupun banyak.


Hadith


Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, Perak dengan perak, Gandum dengan gandum, Syair dengan syair, Kurma dengan korma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. (Hadith Riwayat Al-Syaikhan)


Oleh yang demikain, jelas apa itu riba'. Yang selebihnya saudara fikirkanlah sendiri bagaimana muamalat itu boleh jadi halal..

Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply 234# namirulmukminin

Itu, sudah terang lg bersuluh. Belum masuk bab riba mengenai wang 'fiat'...monopoli, kapitalisme, etc.

Riba Conference baru² ni menampilkan 'scholar' Islam dlm bidang 'monetary' dan 'economics', yg byk membuka minda kita. Yg mana ulama² kita yg hanya pakar dlm bidang agama tdk dpt menerangkan nya hingga Bank Islam dibenarkan beroperasi tanpa cop 'halal'.

...sedihnya bila RIBA sdh meresap dlm darah daging kita. Taubat²...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 23-11-2011 13:55

Reply 235# Dzulqarnain

Bukankah nabi dah beri peringatan bahawa kita (umatnya) akan mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan mereka masuk ke lubang biawak pun kita akan ikut..??

Bukankah perniagaan yang mengamalkan Riba' itu amalan mereka? Tapi kita dah ikut dan mengubahnya menjadi halal dalam bentuk muamalat... itu baru satu contoh.. lain2 banyak lagi..

Cara berpakaian (uniform/pakaian rasmi) contohnya. Pernahkah anda perhatikan pakaian rasmi (jubah) peguamcara dan hakim-hakim Mahkamah di Malaysia serta jubah-jubah Konvokesyen di Universiti di Malaysia... Cuba bayangkan mereka dengan jubah tersebut dan hanya perlu letakkan kopiah kecil atas kepala... Rupa pakaian apa itu?? Bukankah itu pakaian ibadat pendita-pendita Yahudi dan Nasrani (ibarat jubah dan sarban yang merupakan pakain untuk beribadat dalam agama kita)...

Sesungguhnya dalam mana-mana agama sekalipun, sistem perundangan tidak dapat dipisahkan dengan pegangan agama betul tak? Begitu juga dengan orang-orang Kristian dan Yahudi.. Mahkamah mereka merupakan tempat untuk mendapatkan keadilan yang bersaksikan tuhan (kalau diperhatikan adanya patung jesus dalam Mahkamah mereka)... Pakaian rasmi ibadat mereka jadikan sebagai pakaian rasmi dalam Mahkamah sebagai menghormati tuhan mereka (itulah jubah yang digunakan)... seperti kita juga kalau nak gi majlis tahlil kita akan berbaju melayu dan berkopiah. Pergi Mahkamah Syariah kita kena pakai songkok dan yang perempuan kena bertudung... kerana apa? Kerana ia membabitkan urusan berkait rapat dengan agama...

Tapi apa yang berlaku sekarang, jubah Yahudi itu telah menjadi UNIFORM dalam Mahkamah kita.... mungkin kita tidak perasan tapi itulah hakikatnya... Itu hanya dalam perkara kecil, banyak lagi perkara-perkara yang lebih besar kita telahpun ikuti mereka tanpa kita sedar... Dan akhirnya mereka terjun ke Neraka kita pun ikut terjun sama...

Wallahua'lam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 04:54 PM | Show all posts
kenapa ribut2 ni
pasal riba pun ribut2
belum si malaun mata sepet datang

pentingkah isu tu???
atau
menyeru manusia kepada TUHAN
TUHAN SEKALIAN ALAM
bukan tuhan diri sendiri
mengajak manusia berfikir
dan tidak taksub membuta tuli
jadi pak turuttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 07:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 23-11-2011 19:20
kenapa ribut2 ni
pasal riba pun ribut2
belum si malaun mata sepet datang

pentingkah isu tu??? ...
orangbesi Post at 23-11-2011 16:54



W'kumsalam... takde ape pun yang ribut kat sini..{:4_193:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 07:58 PM | Show all posts
Reply 237# orangbesi


Penting x penting, bacalah...Al-Quran akan menerangkannya.
RIBA kn laranganNya.
Rujuk wahyu terakhir kpd Nabi Muhammad s.a.w. (2:282-283).

Bagaimana nk tegakkan syariatNya atau menyeru kpdNya?
Sdgkn laranganNya dibuat endah x endah?
Biar lah 'taksub' dlm menegakkan kebenaran
Bila smpi 'menegakkan benang yg basah'
beralih la kpd yg lain...
Bila dikatakan 'keringanan' jgn pula 'meringan²kn'

Turut kata...buta,
Turut hati...mati,
Turut rasa...binasa,
Turut laku...kaku,
Turut minda...waspada,

Turut Al-Quran...Kalam Al-Rahman
Turut sunnah...penjaga amanah
Jd lah hambaNya
yg beriman dan bertaqwa
kpd Allah Al-Razzaq Al-Fattah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:41 AM | Show all posts
riba???
kena masuk neraka, betul tak???
dlm waktu tertentu
dan dilepaskan....... ke syurga nan indah
(boleh terima tak?????)

tapi
kalau tak beriman
walau sebesar zarah
ada harapan ke masuk syurga????????
boleh tolong jawab.......

KALAMNYA JUA..................tiada penghujung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.570968 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list