|
Post Last Edit by devilito at 8-9-2011 09:25
Wzlyn pilih 20.11.11
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my
EZLYNN
TARIKH 11.11.11 yang digembar-gemburkan untuk penyanyi Ezlynn, 30,menamatkan zaman solo nampaknya tidak kesampaian. Ibarat kata-kata‘kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya’.
Walaupun begitu, penyanyi Hi Hi Bye Bye ini tidak patah semangat danbersedih menerima kebenaran itu sebaliknya dia lebih teruja mengumumkantarikh perkahwinannya yang baharu iaitu 20.11.11. Tarikh tersebut lebihmemberi erti buat dirinya dan bakal suami daripada tarikh 11.11.11.Soalnya kenapa tarikh tersebut dikatakan lebih memberi makna hanya diasahaja yang mengetahuinya.
“Tarikh 11.11.11 mungkin terpaksa ditunda ke 20.11.11. Ini hanyaperancangan Lynn di mana sekarang ini hanya fasa permulaan, jadi Lynntidak berani untuk memberi sebarang komen tentang majlis tersebut buatmasa ini.
“Apa yang pasti majlis akad nikah Lynn hanya akan dihadiri olehahli-ahli keluarga terdekat dan ia adalah permintaan daripada kedua-duabelah pihak keluarga,” katanya menerusi kiriman e-mel kepada Kosmo!.
Walaupun begitu, pemilik nama sebenar Azline Ariffin itu tetapmemilik tarikh 11.11.11 untuk melangsungkan majlis pertunangannya.Sememangnya dia berniat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpamelakukan sebarang majlis pertunangan tetapi keluarga kedua-dua belahpihak berhasrat untuk melakukannya.
Ezlynn juga masih belum memilih tempat untuk melangsungkan pernikahan dan juga majlis resepsi.
Puas dipujuk siapakah gerangan sang arjuna yang berjaya membuatkanEzlynn mengucapkan selamat jalan zaman solonya, ternyata Ezlynn begitu‘kedekut’ untuk berkongsi kepada umum buat masa ini.
“Lynn akan umumkan siapa bakal suami Lynn dalam masa terdekat nanti,” katanya.
Penyanyi berasal dari Ulu Kinta, Perak itu turut berkongsi mengenaisambutan rayanya. Hanya beraya di Setapak, Kuala Lumpur, namun sambutanSyawalnya ternyata begitu meriah dengan kehadiran anak-anak buah yangmengenakan pakaian raya yang dijahit sendiri oleh Ezlynn.
“Tahun ini, Lynn raya di Setapak. Memang meriah dan seronok bilatengok anak-anak buah cantik pakai baju yang dijahit Lynn. Baju kurungdan beberapa baju raya yang lain Lynn jahit sendiri. Menjahit sudahjadi hobi baru Lynn. Lynn ada juga menjahit baju untuk anak-anak buahLynn. Baju Lynn sendiri hanya dua pasang.
“Lynn mempunyai enam orang adik-beradik, kakak dan tiga adik Lynndah berkahwin dan mempunyai anak jadi tahun ini raya memang cukupmeriah,” katanya mengenai ahli keluarganya yang sudah mencecah 16 orang.
Beralih pula tentang projek terbaharu, Ezlynn yang juga merupakanpelakon itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem arahanMamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Dalam filem tersebut Ezlynn memegang watak Mon, pasangan kepadawatak utama Awie iaitu Husin. Filem ini adalah kesinambungan filemHantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang dan ia bakalditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Sudah lama tidak menghasilkan single atau album baharu, penyanyiberzodiak Libra itu akan tampil dengan satu lagi single terbaharuberjudul Dusta terbitan Alibi Music.
“Ini adalah single kedua selepas lagu TicTacToe hasil karya NohHujan. Lynn sudah berbincang dengan pihak syarikat rakaman dankemungkinan tahun hadapan Lynn akan merakamkan lagu raya pertama,”katanya.
dah ubah tarikh..... jgn tak jadi sudah la.....
btw, tarikh tu mcm yg iols sarankan....20.11.2011....... |
|