CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13719|Reply: 32

Derita Julia

[Copy link]
Post time 26-8-2011 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Nama aku Nur Julia. Selepas ketiadaan kedua ibu bapaku aku nekad untuk berhijrah ke KL untuk mencari pekerjaan untuk menyara diri sendiri. Sejurus aku sampai di bandar metropolitan itu, aku terus mencari kerja namun kelulusan yang hanya setakat lulus dalam SPM menyukarkan aku untuk mendapat pekerjaan. Julia tidak berputus asa dan mencuba lagi nasibnya. Akhirnya dia bekerja sebagai orang gaji di rumah Datuk Kamal dan Datin Linda isterinya. Orang gaji mereka telah lari seminggu yang lalu dan Datuk Kamal mengambil Julia sebagai pembantu rumah mereka. Seminggu Julia berada di rumah mewah itu akhirnya dia dapat menyesuaikan diri. Datuk Kamal mempunyai dua orang anak iaitu Iskandar dan Bella. Bella dan Iskandar mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Iskandar seorang lelaki yang angkuh dan juga kaki botol manakala Bella memiliki ciri-ciri wanita melayu terakhir. Datin Linda seorang yang cerewet dan tidak menyukai Julia.


“Julia! Julia! Ke sini cepat! Ada benda aku nak cakap ngan kau ni!” jerit Datin Linda di ruang tamu.
“ye datin..ada apa?”ujar Julia tercungap-cungap apabila terkocoh-kocoh menuju ke ruang tamu.
“aku nak kau setuju kahwin dengan Iskandar. Minggu depan korang nikah then esoknya majlis makan malam dekat hotel swiss garden”ujar Datin Linda. Julia yang mendengar melopong mulutnya.
“tapi..tapi kenapa?saya hanya orang gaji datin”Julia berkata dengan rendah diri.
“jangan banyak tanya..yang penting lepas kau kahwin nanti kau tetap jadi orang gaji dan korang tak boleh bersama, faham?!”ujar Datin Linda memberitahu syarat-syarat kepada Julia. Julia hanya mengangguk bersetuju tanpa mengetahui rancangan Datin Linda. Datin Linda sebenarnya tidak mahu hartanya jatuh kepada orang lain jadi dia menyuruh Iskandar dan Julia berkahwin. Wajah jelita Julia juga digunakan untuk menipu rakan bisnesnya dengan menyatakan Julia anak orang yang berstatus tinggi.
****************
Usai majlis pernikahan mereka maalam itu dan Julia kini sah bergelar isteri kepada Iskandar. Selepas semua orang beredar, dia diarah membuat semula kerja rumah. Esoknya Julia mengenakan dress labuh hitam untuk majlis malam itu. Dia kelihatan begitu anggun sekali. Semua mata di dalam mewah itu memandang ke arahnya. Dia yang berdiri di samping Iskandar untuk menyambut tetamu terpaksa menghadiahkan senyuman yang manis sekali. Jika tetamu melihat mereka pasti mereka dianggap sebagai pasangan romantik. Lakonan Iskandar yang berpura-pura menyayangi Julia begitu berkesan. Bella yang tidak mengetahui hal sebenar berasa senang hati kerana Julia menjadi akak iparnya. Dia yang balik kerumah hanya pada hujung minggu menyenangkan Datin Linda untuk merahsiakan hal itu.
****************
Dua minggu selepas mereka bergelar suami isteri, kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Syarat-syarat yang diberi Datin Linda dipatuhi Julia. Iskandar juga bersikap dingin terhadap Julia dan tidak pernah menganggapnya sebagai isteri. Pun begitu Julia berasa bahagia kerana dia sudah mula mencintai Iskandar walaupun cintanya tidak berbalas. Sebelum dia melelapkan mata, dia menyelak album perkahwinanya. Handsome jugak laki aku ni. Dia membayangkan jika Iskandar menyayangi dirinya. Lamunannya terhenti apabila terdengar pintu rumah itu diketuk bertalu-talu. Apabila Datuk Kamal dan Datin Linda tiada di rumah kebiasaannya dia akan kunci pintu untuk keselamatan. Julia segera membuka pintu dan terlihat Iskandar berjalan terhuyung-hayang melangkah masuk ke rumah.


“abang Is..abang Is mabuk lagi ke?”ujar Julia sambil memapah Iskandar ke bilik Iskandar.
“suka hati aku lah!jangan panggil aku abang..panggil aku tuan Is”tegas Iskandar bersuara. Satu keluhan dilepaskan Julia.
Sampai saja di bilik Iskandar, Iskandar menghempas tubuh Julia di atas katilnya. Kain batik yang dipakai Julia sedikit terselak dan dia cuba bangun namun gagal. Julia yang hanya memakai t-shirt dan kain batik membuatkan dirinya tidak mampu menahan nafsu. Julia tidak melawan lagi dan merelakan apa yang dilakukan Iskandar terhadap dirinya. Pagi itu Julia meninggalkan Iskandar yang sedang nyenyak tidur dan bergegas ke biliknya untuk memulakan tugasnya seperti biasa.
“pasal malam tadi tu..aku buat suka-suka je. Kau jangan ingat aku dah sayang kau”ujar Iskandar apabila Julia membawa sarapaannya pagi itu. Julia yang memahami maksud Iskandar hanya mengangguk dan berlalu ke dapur. Di dapur, air matanya mengalir tanpa disedari. Ternyata dia terasa hati dengan kata-kata Iskandar. Namun ditabahkan hatinya untuk terus berada di situ untuk mencari duit menyara hidupnya.
****************
Hari ini hari ahad. Setiap kali hari ahad Julia akan berasa gembira kerana hari ini dia off-day. Seperti biasa Bella akan mengajaknya keluar berjalan-jalan. Hanya Bella sahaja yang menerima dirinya sebahagian dari keluarga itu. Bella sangat menghormati dan menyayanginya seperti akak sendiri. Hanya dengan Bella dia menumpang kasih namun Bella jarang pulang di rumah itu kerana sibuk belajar di UTM.
“uweekkk”Julia menahan dirinya termuntah. Ketika itu Bella sedang memilih pakaian untuk dibeli.
“kak Ju, kenapa ni?” Bella bertanya. Dia memang mengambil berat tentang Julia.
“tak tahulah Bella. Dari tadi nak termuntah je rasa” Julia bersuara sambil memegang tekaknya.
“kita pergi klinik kak” tegas Bella. Julia hanya menuruti tanpa membantah.
“puan hamil dua bulan..jaga kandungan puan ye” ujar doktor cina itu. Berita yang baru didengari mengejutkan Julia mahupun Bella.
“kak Ju mengandung?yeyyy..tak lama lagi Bella jadi auntie” Bella tersenyum sambil memeluk Julia. Julia hanya tersenyum. Dia keliru tentang perasaanya. Gembira bercampur baur dengan risau. Gembira kerana dia bakal mendapat anak dan risau juga apabila terkenangkan syarat Datin Linda dan perasaan Iskandar. Adakah aku patut beritahu abang Is tentang kandungan ni?
“kak Ju ni termenung pula dia..lepas ni akak janji dengan Bella jangan buat kerja berat-berat tau”ujar Bella apabila kami sampai di laman rumah. Julia hanya mengangguk walaupun dia tahu dia tidak boleh berehat. Malam itu dia nekad untuk memberitahu Iskandar dan setia menunggu Iskandar pulang.
“abang Is..ju ada nak beritahu sesuatu”Julia segera mendapatkan Iskandar yang baru pulang dari kerja.
“cepatlah..aku penat ni”ujar Iskandar sambil melabuhkan punggungnya di sofa sambil menanti apa yang hendak diberitahu Julia.
“Ju.. Ju mengandung abang Is”beritahu Julia. Iskandar yang tidak suka mendengar berita itu segera berdiri merapati Julia.
“apa?!aku tak nak ada kaitan..aku tak suka!”tegas Iskandar ingin beredar dari situ.
“ini anak abang Is. Tak baik abang Is benci dia”Julia bersuara lembut menahan Iskandar dari berlalu.
“ arghh..peduli apa aku”Iskandar bersuara keras sambil menolak Julia. Julia terduduk di sofa. Air matanya mengalir mengenangkan sikap Iskandar. Bella yang memerhati pertengkaran itu bergegas ke ruang tamu.
“kak Ju tak apa-apa?”soal Bella apabila terlihat Julia ditolak Iskandar.
“tak..bella jangan risau ye”balas Julia. Dia tidak mahu Bella risau. Apabila mendapati Julia tidak apa-apa dia berlari ke bilik abangnya.
“abang dah lebih! Kenapa buat kak Ju macam tu??”soal Bella selepas melihat Iskandar keluar dari bilik air.
“apa yang abang dah buat?yang Bella nak marah-marah kenapa?buat apa Bella bela orang gaji tu?”tegas Iskandar. Marah apabila Bella menengkingnya.
“abang tanya Bella?abang dah tahu kak Ju pregnant abang tolak dia kenapa?kalau dia jatuh macamana?abang memang tak bertanggungjawab!pandai buat anak tapi tak nak tanggungjawab! Kak Ju tu isteri abang tau..ingat tu!” Bella terus berlalu meninggalkan Iskandar berseorangan. Iskandar langsung tidak mengendahkannya. Padanya dia hanya menganggap Julia seperti orang gajinya.
bersambung~

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2011 11:58 PM | Show all posts
permulaan yg bagus..walaupun dah banyak baca cerita2 yg mcm ni....tapi masih layan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2011 12:44 AM | Show all posts
Reply 2# nallepooh


   hehe..tenkiu sbb lyn.saje tulis cite sbb bosan..hee
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 08:08 AM | Show all posts
best... sambung nanti k
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 1# tasha19
layan jer, nak tengok cane cete nie bersambung lagi...
tanks tt sbb rajen menulis
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply  tasha19
layan jer, nak tengok cane cete nie bersambung lagi...
tanks tt sbb rajen menulis
syaiful Post at 27-8-2011 09:59
sejak bila kau rajin baca novel ni syaiful?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2011 04:42 PM | Show all posts
Datin Linda menuruni tangga sambil memerhatikan meja makan yang masih kosong. Dia ke dapur mencari Julia namun tiada. Dia bergegas ke bilik orang gajinya itu.

“woi!bangun!aku nak sarapan..kejap lagi aku nak pergi butik. Aku bayar gaji kau buat kerja bukan tidur” ujar Datin Linda sambil mengejutkan Julia.

“maaf datin..saya siapkan sarapan datin ye”Julia menahan kepalanya yang pening dan terus menuju ke dapur. Julia segera menyiapkan sarapan untuk Datin Linda yang sedang menunggu di meja makan. Belum sempat dia menuangkan air the ke dalam cawan Datin Linda, dia terpaksa berlari ke dapur untuk muntah beberapa kali. Apabila dirasa tekaknya selesa dia ke meja makan kembali. Datin Linda melihatnya dengan penuh keraguan.

“sini kau Julia” arah Datin Linda. Julia menghampiri Datin Linda. Datin Linda segera meraba perut Julia dan Julia sedikit terkejut namun tidak dapat menghalang perbuatan Datin Linda.

“kau ni mengandung ke? Beritahu aku anak sapa?”soal Datin Linda apabila merasakan Julia sedang hamil. Julia yang ketakutan teragak-agak menjawab.

“anak saya mak”Iskandar bersuara selamba sambil menuruni anak tangga. Kelihatan Datin Linda terkejut mendengar apa yang didengarinya.

“apa?kau tak ingat ke apa mak pesan hah?”marah Datin Linda.

“saya suka-suka jelah mak..tak sangka pula sampai macamni”Iskandar menjawab sambil ketawa. Matanya menjeling wajah isterinya. Julia mengetap bibirnya melihat gelagat Iskandar.

“kau mengandung ke apa ke..yang penting kerja kau tetap kena buat, faham?!”ujar Datin Linda sebelum meninggalkan rumah itu. Selesai menghabiskan makanannya, Iskandar berlalu tanpa menghiraukan Julia. Sendirian tinggal di rumah itu Julia meneruskan kerjanya walaupun diselangi dengan muntah. Walaupun dirinya tidak berapa sihat dia tetap menyiapkan kerjanya kerana takut akan dimarahi Datin Linda.

Petang itu,  Datin Linda mengarahkan Julia supaya mengemop lantai rumah dengan harapan Julia terjatuh dan keguguran. Julia hanya menuruti arahan itu tanpa mengetahui muslihat Datin Linda. Dia meletakkan baldi yang penuh berisi sabun dan mula mengemop lantai. Dia berhati-hati agar dia tidak tergelincir kerana walaupun Iskandar tidak mahu anak itu, dia tetap akan melahirkan. Tiba-tiba dia hilang imbangan dan ingin terjatuh tapi nasibnya baik kerana dia terjatuh di atas sofa. Dia mengusap perutnya yang terasa senak sedikit. Nasib baik sayang ibu ni selamat. Beberapa minit kemudian dia menyambung kembali tugasnya. Datin Linda yang memerhati dari atas tidak bepuas hati kerana Julia terselamat namun dia tidak berputus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 05:20 PM | Show all posts
makin menarik...
next n3 please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2011 08:00 PM | Show all posts
seksanya dapat mentua mcm ni..takde belas kasihan,,
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 09:08 PM | Show all posts
best gak......sambung la lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2011 12:38 AM | Show all posts
tengs dgn respon korg sume..sy appreciate sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2011 07:45 AM | Show all posts
Reply 6# cmf_blingblings

mmg rajin pun... hehe... syok perr bce novel... lalala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2011 01:22 AM | Show all posts
“kak Ju sihat?baby macamana?”ujar Bella sambil merenung Julia yang sedang menyidai pakaian. Perut Julia juga sudah sedikit kelihatan kerana sudah berusia 4 bulan.

“alhamdulillah..study Bella ok?”soal Julia pula.


“ok je..abang Is masih macam dulu?”soal Bella lagi. Dia mahu mengambil tahu apa yang terjadi setelah dua bulan tidak pulang ke rumah itu.


“macam tulah..tapi akak bahagia kat sini” balas Julia menyembunyikan perasaan sebenarnya. Bella berasa sedih kerana dia memahami perasaan akak iparnya itu. Dia menghampiri Julia dan menolong menyidai pakaian walaupun ditegah Julia.


“takpe kak Ju..bella sebenarnya kesian tengok kak Ju. Sepatutnya kak Ju rehat je..”ujar Bella sambil mengusap perut Julia.


“ni kan memang kerja akak..akak larat lagi..”ujar Julia sambil tersenyum walaupun dia akui dia cepat merasa penat apabila membuat kerja-kerja rumah.


Malam itu ketika Julia hendak masuk tidur dia didatangi Bella. Bella menghulurnya satu beg kertas.


“ini untuk kak Ju. Tengoklah” Bella bersuara.


“apa ni Bella..susah-susah je” ujar Julia apabila Bella menghadiahkannya dua helai baju ibu mengandung.


“kak Ju ambil je..takkan nak pakai tshirt je..kak Ju mesti rasa tak selesa kan..”balas Bella. Julia hanya mengangguk dan menerima hadiah itu.


Keesokan harinya Datin Linda tidak keluar dan hanya meluangkan masanya di rumah. Dia memerhatikan Julia yang sedang sibuk memasak makanan tengahari. Di hatinya terbit rasa benci apabila melihat perut Julia yang sedikit membuncit. Dia bercadang untuk membunuh bayi itu kerana dia tidak mahu hartanya dimiliki anak itu kemudian hari.


“Julia!julia!”panggil Datin Linda di ruang tamu. Kelihatan Julia sedikit berlari menuju ke ruang tamu.


“ye datin..datin nak minum?”ujar Julia lembut.


“aku nak kau rebus dan minum benda ni..baik untuk kandungan kau”bohong Datin Linda sambil menyerahkan satu bungkusan kepada Julia.


“yela datin..nanti saya minum” Julia tersenyum sambil mengambil bungkusan itu. Dia tertipu dan menyangka Datin Linda mengambil berat tentang kandungannya. Dia segera ke dapur dan merebus benda tersebut. Dia yang tidak mempunyai pengalaman hanya mengikut arahan Datin Linda. Apabila siap direbus, dia meminum tanpa ragu-ragu. Selepas itu dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Ketika dia meletakkan makanan di atas meja, perutnya terasa sakit sangat. Dia memegang perutnya sambil menahan sakit. Datin Linda yang memang menunggu saat itu tersenyum sendirian dan hanya membiarkan Julia mengerang kesakitan. Julia berjalan memasuki biliknya dan membaringkan tubuhnya agar sakit itu hilang. Didalam hatinya berdoa agar kandungannya tidak terjejas dan dia terlelap seketika. Dengan izin Allah racun yang diberi Datin Linda tidak menjejaskan kandungan Julia. Malam itu dia tersedar dan bersyukur kerana sakitnya telah hilang. Selepas membersihkan diri dia ke dapur untuk minum susu. Datin Linda ternampak Julia di dapur. Dia berasa hairan kerana Julia masih lagi sihat. Akhirnya dia berputus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 08:25 PM | Show all posts
Reply 1# tasha19


    salam tasha... ni cerpen ke novel? rate U? nak buat rating sbb dah lama cam tak jenguk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 11:32 AM | Show all posts
Bila nak sambung lagi.....best lak baca.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 09:56 PM | Show all posts
cian julia jht btl datin tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2011 02:29 PM | Show all posts
Reply 14# Jaza2008


   ni cerpen..lupe nak letak..hee..rate u..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 02:31 PM | Show all posts
bestla pulak cite ni... rajin2 sambung yek dik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 02:52 PM | Show all posts
mana n 3nya................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 05:08 PM | Show all posts
Hujung minggu itu Bella mengajak Julia keluar setelah tidak lama keluar. Sebelum itu mereka membuat pemeriksaan di klinik untuk memastikan kesihatan Julia kerana wajahnya agak pucat. Bella tidak mengikut masuk kedalam bilik doktor kali ini dan hanya menunggu dari luar.

“pn Julia, saya nak tanya sesuatu harap puan tak kesah..”ujar doktor.

“ye doktor..kenapa agaknya?”balas Julia tidak sabar mendengar pertanyaan doktor.

“saya dapati puan ada menelan satu racun yang boleh membahayakan kandungan dan juga puan sendiri”beritahu doktor.

“racun??kandungan saya macamana?”Julia bersuara sambil mengusap perutnya. Fikirannya menerawang kembali kepada bungkusan yang diberi oleh Datin Linda.

“jangan risau kandungan puan sihat..tapi..racun tu dah menyerap dalam darah puan jadi bila-bila masa saja boleh membunuh puan..saya harap puan dapat bersabar”jelas doktor itu. Lemah lututnya apabila mendengar berita tersebut.

Dia melangkah longlai keluar dari bilik doktor namun dia menyembunyikan kerisauaannya dari Bella. Dia tidak mahu Bella tahu tentang kejahatan ibunya.

“kak Ju, doktor kata apa?”Bella bersuara ketika mereka berada di restoran untuk menikmati makan tengahari. Pertanyaan Bella mematikan lamunan Julia.

“err..baby sihat..dah nak masuk 6 bulan..”Julia bersuara sambil tersenyum.

“yeke?cantik kak Ju pakai baju Bella beli ni..tapi kenapa muka kak Ju pucat?”soal Bella.

“takde apalah..akak penat sikit je”balas Julia sambil membelai-belai perutnya. Bella mengangguk dan beberapa minit kemudian mereka pulang ke rumah.

Pagi itu genaplah usia kandungannya mencecah lapan bulan. dia mengenakan kain batik dan tshirt besar namun dia menukar kepada baju mengandung yang diberi Bella kerana rasa tidak selesa. Dengan perlahan dia membuat kerja rumah seperti biasa.

“petang ni aku nak kau menyapu kat depan..buang  daun-daun kering. Jangan lupa pula. Jangan ingat perut kau dah besar aku akan kesian” arah Datin Linda ketika Julia sedang mengemas ruang tamu.

“baik datin”jawab Julia. Dia sedih mengenangkan Datin Linda yang juga mertuanya yang sedikit pun tidak kesian melihat keadaannya.

Petang itu dia menyapu di laman rumah. Kadang-kadang dia membongkok perlahan untuk mengutip daun-daun kering. Iskandar yang baru pulang dari pejabat memerhatikan Julia yang sedang menyapu di laman. Iskandar merenung wajah Julia yang pucat tanpa Julia sedari. Pandangannya kemudian dialih kepada perut Julia yang sudah memboyot. Dia terus melangkah masuk dan merehatkan dirinya di dalam bilik. Di fikirannya tidak habis membayangkan Julia. Iskandar kau ni kejamlah..isteri kau tengah sarat kau boleh biar je. Iskandar  cuba membiarkan perasaannya tapi gagal.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.074361 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list