CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2472|Reply: 2

Rabbani Tidak Akan Lupa Allahyarham Ustaz Asri

[Copy link]
Post time 3-9-2011 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Rabbani Tidak Akan Lupa Allahyarham Ustaz Asri

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Kumpulan Rabbani kini terdiri daripada lapan orang ahli sahaja. Foto ROHAIZAT MD DARUS

PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani, bersyukur sepanjang ketiadaan bekas ketua kumpulan mereka, Allahyarham Ustaz Asri sejak dua tahun lalu, mereka mampu berdikari dan kekal bersama sehingga kini.

Menurut wakil daripada kumpulan itu, Azadan Abd Aziz, mereka risau jika kumpulan itu berpecah kerana ketiadaan Asri memandangkan dialah yang selalu menguruskan kumpulan tersebut.

"Alhamdulillah, kami masih lagi bersatu. Mungkin kerana pesanannya sebelum ini iaitu Rabbani perlu diteruskan sampai bila-bila walau apa pun berlaku, membuatkan kami menjadi kuat.

"Malah setiap pergerakan atau persembahan, kami sering membawa pesanan dan kenangannya kerana sebelum ini dialah yang menjadi abang yang sering mengalah dalam apa jua perkara," katanya.

Tambah Azadan, dia juga bersyukur kerana setiap kali membuat persembahan, penonton memberikan respons seolah-olah persembahan Rabbani sama seperti ketika Asri masih bersama.

Mengimbas kembali kenangan lalu, kata Azadan, Asri seorang pemimpin dalam Rabbani yang kuat semangatnya di mana dia akan mengumpulkan semua ahli untuk berbincang mengenai persembahan yang bakal dinyanyikan walaupun persembahan yang diadakan hanyalah pada majlis kecil-kecilan sahaja.

"Kadang-kala dia akan meminta salah seorang kami melaungkan azan sebelum membuat persembahan, tetapi jika tiada siapa yang bergerak, dia akan mengambil alih terus tanpa memaksa ahli-ahlinya.

"Selain daripada itu, dia juga suka belanja makan rakan-rakannya walaupun dia sendiri sudah kenyang makan di rumah," ujar Azadan lagi.

Selain itu, apabila tibanya Hari Raya pertama, biasanya kumpulan ini akan mengadakan persembahan terlebih dahulu sebelum menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

"Tahun ini, kiranya tahun kedua kami tidak beraya bersama. Kami juga masih ingat, dialah yang sibuk membetulkan samping dan betulkan butang baju Melayu kami.

"Walaupun dia kini sudah tiada, sehingga kini, kenangan bersama Allahyarham masih lagi kuat di ingatan," katanya.


Sumber mstar online


Sampai ke hari ini, zikir Allahyarham Usz Asri masih berkumandang di Astro Oasis, semoga rohnya dicucuri rahmat, dan semoga pahala terus sampai kepada Allahyarham, Amin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053040 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list