CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generalsoap

DD, FK beraya open house FK kat kedah

  [Copy link]
Post time 7-9-2011 10:25 AM | Show all posts
apsal taknampak pix dia nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 10:51 AM | Show all posts
Kami serius
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/09/07

Diana Danielle

Gangguan eratkan lagi hubungan

HATI mana yang tidak bimbang andai si arjuna hati kini berdepan dengan ugutan yang mengancam keselamatan nyawanya. Apatah lagi kejadian ugutan itu berlaku ada kaitan dengan dirinya, tentunya tidak senang duduk dibuatnya.
Perasaan risau sentiasa bersarang dalam jiwa dan hati sering tertanya-tanya, bagaimanakah keadaan si kekasih yang kini jauh di mata.
Namun hambatan tugas membuatkan si dara hanya mampu berdoa dari jauh, mengharapkan kekasihnya selamat dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Meskipun tidak begitu pasti apakah benar buah hatinya, Farid Kamil diugut disebabkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka, namun jelas Diana Danielle, naluri hatinya kuat mengatakan kejadian ugut itu berlaku kerana ada pihak yang tidak puas hati melihat kemesraannya dengan pengarah dan pelakon itu.

“Memang saya risau sangat dengan keselamatannya sekarang ini. Maklum sajalah, tugasnya sering membuatkan dia berada di tempat terbuka. Apa pun, saya berdoa semoga tiada perkara buruk berlaku.

“Mengenai kejadian ugut itu, saya rasa memang ada kaitan dengan hubungan kami. Mungkin ada yang tidak suka melihat kami bercinta. Pada kami, ugutan itu tidak akan dapat mengubah perasaan kami berdua.
“Kami tak mahu menuduh sembarangan jika tiada bukti yang kukuh menunjukkan mereka terbabit,” jelas Diana ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul Azazil di Ulu Yam, Selangor.

Biarpun mengakui mempunyai hubungan yang serius dengan Farid, tegas Diana, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Malah pelakon muda berdarah campuran Melayu-Inggeris ini hanya tertawa besar apabila pihak media bertanyakan soalan adakah benar dia dan Farid akan bertunang tahun ini juga.

“Tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung tahun ini. Bagaimanapun, saya tidak menafikan yang kami ada juga berbincang soal kahwin. Sementelah hubungan kami yang semakin serius ini, sudah tentu saya tak mahu terhenti di sini saja.

“Namun kami tak mahu beriya-iya merancang dan menguar-uarkannya kerana kami takut hubungan ini tidak menjadi seperti yang diharapkan.

“Sudah banyak contoh yang kami lihat. Apa yang boleh saya katakan, kami memang ada perancangan ke arah itu,” ujar Diana serius.

Dengan pengakuan itu, nampaknya gosip yang bertebaran menyatakan hubungan Diana dan Farid tidak mendapat restu ibunya nampaknya tersasar jauh. Apabila ditanyakan mengenai kesahihan berita itu, dia turut menyangkal sekeras-kerasnya.

“Mama merestui hubungan kami. Sebagai ibu, apa saja yang terbaik untuk anaknya, dia tidak akan menghalang,” tegas Diana memperbetulkan dakwaan yang tidak berasas itu.


Dapat bimbingan pengarah handalan

JIKA diukur dari segi pengalaman, Diana boleh dianggap masih baru dalam bidang lakonan. Namun biarpun masih hijau, dia boleh dianggap bertuah kerana berpeluang berlakon di bawah pengarah handalan yang bukan saja berkarisma, tetapi menjadi idaman pelakon lain.
U-Wei Shaari, Khir Rahman dan terbaru Kabir Bhatia adalah antara pengarah yang pernah bekerjasama dengannya.

Ternyata anak tunggal kepada Norsiah Ramli ini memang bertuah apabila berpeluang bekerja dengan ikon dalam dunia pengarahan filem.

“Saya akui saya memang teruja apabila berpeluang dapat bekerja dengan ramai pengarah yang bukan saja berpengalaman, tetapi mempunyai karisma tersendiri dalam bidang ini. Setiap pengarah ada keistimewaan tersendiri dan saya mendapat banyak ilmu dari setiap mereka,” kata Diana yang memegang watak sebagai Aishah dalam Azazil.

Menerusi filem arahan Kabir Bhatia itu, Diana memegang watak seorang gadis yang hidup pada zaman peperangan sekitar era 1940-am.

Filem bergenre seram itu juga adalah kerjasama kali ketiga Diana bersama Kabir. Kali pertama, dia berlakon menerusi Setem diikuti telefilem Aidilfitri berjudul Di Telapak Kaki Bonda.

Ketika tinjauan dilakukan, Diana bersama Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad sedang melakonkan babak pertarungan.

Mengulas gandingannya bersama Remy, Diana berkata, pengalaman berlakon sama menjadi bonus untuk mereka mencipta keserasian segera dalam filem ini.

“Kami tiada masalah berlakon bersama kerana ini bukanlah gandingan pertama kami. Sebelum ini kami pernah berlakon dalam filem Barajiwa dan apabila digandingkan sekali lagi dalam filem ini, kami tak perlu mengambil masa yang lama untuk serasi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:19 PM | Show all posts
jelatik jeladan sama cantik sama padan...mudah2an cepat kawin..Amin
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:20 PM | Show all posts
ok apa ...sepadan jer dr cr vvip kertu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:24 PM | Show all posts
Jika ada pilihan yang lebih baik...


sila la pilih orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:46 PM | Show all posts
farid kamil ok pe , kalau nak compare ngan samsul mmg le samsul tu ada rupe sikit tapi farid pun apa kurang nya cuma dia serabai sikit tapi kalau dari segi family parents farid more educated berbanding ngan sy , yusuf haslam dulu conductor bas je cuma nasib dia baik
sekian hehhe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 02:03 PM | Show all posts
dah jodoh dorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:04 PM | Show all posts
Sweetnye DD...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 03:32 PM | Show all posts
ok je fk ni.xdela nmpk busuk pun.xtau korang nye standard kehenseman n ke'cun'an tu mcm mn.n kdg2 terfikir,kita kutuk artis2 ni nye appearance,kita dh cukup gorgeous ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:38 PM | Show all posts
Apa masalah korang DD dengan FK ek...

Kang dia tangkap VIP, korang kutuk. Kikis la murahan la. F ...
cik.panda Post at 6-9-2011 20:22



   
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:35 PM | Show all posts
apakan daya .. hati terpaut pada si serabai ni jugekk!!
samshik Post at 7-9-2011 08:40



   selagi belum rasmi jd suami isteri...mcm3 boleh jadi...harap DD dpt jumpa salah seorg imam muda...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:20 PM | Show all posts
ok je fk ni.xdela nmpk busuk pun.xtau korang nye standard kehenseman n ke'cun'an tu mcm mn.n kdg2 te ...
ziehan09 Post at 7-9-2011 15:32

Jangan tak tau .. majority forumer kat sini semuanya cun & hensem ..
Sebab tu la ramai yang suka komen pasal fizikal & rupa orang lain {:1_115:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:45 PM | Show all posts
suka DD, dia ni cantik dan mempesonakan... sorang lagi Lisa.. dua2 ni memang menyerlah sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:50 PM | Show all posts
takde ke anak2 datok atau tan sri yg hensem nak tekel DD ni?? she s deserve better drpd farid yg cuma anak datok taraf2 syamsul yusop je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 08:56 AM | Show all posts
ok je fk ni.xdela nmpk busuk pun.xtau korang nye standard kehenseman n ke'cun'an tu mcm mn.n kdg2 te ...
ziehan09 Post at 7-9-2011 15:32



    setuju!!! ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:04 AM | Show all posts
comel la DD..mudah2an jodoh mereka berpanjangan..amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 09:13 AM | Show all posts
zzzz  .....  :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:31 AM | Show all posts
Jangan tak tau .. majority forumer kat sini semuanya cun & hensem ..
Sebab tu la ramai yang suka  ...
haiku Post at 7-9-2011 19:20



tu la kan...bukan apa,sbb mcm rs diorg lg super duper howt dr retis2 tu.kdg2 tgk dress up / appearance artis tu xlah teruk sgt n ok je rsnya, tp ya Allah...teruknye kena hentam kat sini...they do hav feelings too,buddies.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:44 AM | Show all posts
comel DD
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:52 AM | Show all posts
comel nye mek diana ni.........i loike..........tmbah2 bju cotton tuh!!!!!111
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.063654 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list