Soseh Soseh: Tak puas hati kalah
DALAM sibuk berhari raya dengan mengunjungi saudara-mara dan sahabat taulan, SS dapat juga bahan untuk dikongsi bersama pembaca. Ini perihal pengacara yang juga pelakon terkenal yang disampaikan seorang teman yang bekerja di stesen televisyen. Kawan SS itu menyampaikan cerita kononnya pengacara yang juga pelakon ini masih belum menerima hakikat kekalahannya dalam satu pertandingan, baru-baru ini.
Kisahnya apabila artis itu me-nyertai pertandingan ini, ramai meramalkan juara miliknya tetapi akhirnya takhta itu milik orang lain.
SS difahamkan, artis itu memang tidak berpuas hati dengan kekalahannya dan mula mempersoalkan kredibiliti pesaingnya.
Maklumlah, dia memang popular dan sudah beberapa kali menang anugerah. Malah jika diukur pada popularitinya dengan pesaing itu, memang bagai langit dan bumi kerana dia sudah jauh mencipta nama.
Entah mana silapnya, pada malam akhir itu persembahannya tidak kurang hebatnya tapi ditewaskan orang lain membuatkan si pelakon tadi berasa cukup kecewa hingga ramai teman yang menonton nampak dengan jelas ekspresi wajah artis itu tidak berpuas hati.
SS ingatkan kisah itu sudah habis memandangkan rasanya sudah lama pertandingan itu berlalu. Namun, ketika bertemu teman SS di satu majlis rumah terbuka baru-baru ini, rupa-rupanya artis itu masih belum menerima hakikat.
Lebih kelakar, artis yang pernah beberapa kali membintangi filem popular, sanggup menghubungi orang atasan di stesen televisyen berkenaan untuk meluahkan perasaannya hingga ke hari ini. Memang lucu dan memalukan kerana sampai semua orang yang dihubungi itu menggaru kepala dengan sikapnya yang bagai orang gila kerana masih memikirkan perangainya yang tidak sudah-sudah berdengki.
Bukan itu saja, malah berkali-kali pula artis itu menceritakan kelebihannya berbanding peserta yang dijulang sebagai juara kononnya semuanya dirancang untuk mencetus gimik.
Terbaru, kerana sakit hati dan masih tidak menerima hakikat, artis itu menolak undangan menghadiri program istimewa menghimpunkan semua nama-nama bintang dari program tersebut dengan alasan kecil hati dan tidak mahu terus bersubahat.
SS memang ketawa ketika teman SS bercerita dan kebanyakan orang di stesen televisyen itu juga tergelak-gelak dengan perangai artis itu. Pada SS, memang artis itu popular dan diminati ramai tapi dalam pertan�dingan, apa pun boleh berlaku. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Tuhan punya kuasa. Itulah rezeki namanya dan terimalah hakikat itu.
p/s:puas daku memikir sapakah retiz yg dimaksudkan.klue mcm da clear tapi benak sgt otak ni agaknye terlebih mkn rendang smpai xleh fkr sapekah yg digusipkan ini.
|