CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3122|Reply: 3

Beraninya akak ni!!!

 Close [Copy link]
Post time 6-9-2011 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Natasha  punca rakan disimbah asidOleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.



KANGAR –  “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan  seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.
RUMAH di Taman Seri Bakau, Kangar tempat Mohd. Hafizuddin cedera disimbah asid oleh seorang lelaki gara-gara cemburukan Natasha.



Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.
Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.
Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.
“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.
Natasha  mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.
“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.
Jelasnya, dia tidak mengalami kecacatan kekal atau serius kerana penyerang tersebut tidak

Sumber dari kosmo

Saya yang maseh baru ni nak juga memeriahkan ruangan gosip....hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 02:33 PM | Show all posts
artis mana ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 02:34 PM | Show all posts
mod.... mana kamu..........  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 02:35 PM | Show all posts
ada ni hah, amboi amboi suka suka je nak buka thread bukan retis kat bod gossip ek nak meriahkan ye....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 1.046418 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list