CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15614|Reply: 62

Ramona Zamzam jelas skandal pemain bola

[Copy link]
Post time 19-9-2011 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by solstice at 20-9-2011 10:23

Memandangkan ramai yg x kenal...
Ni gosip sebelum ni
cer klik cer klik Ramona Zamzam Bersosial : Sebelum & Selepas (pic2 disertakan)

Kalau mod nak merge silakan  

Ramona jelas skandal pemain bola

WANITA ini mengaku tidak selesa dengan dakwaan skandal antara dia dan Asrarudin yang baginya tidak lebih daripada sekadar teman.



Siapa sebenarnya Asraruddin di hati Ramona? Istimewa sangatkah sampai tiba-tiba sahaja dikaitkan ada skandal dengan dia? Tiada yang istimewa. Dia cuma kawan saya sahaja.
Kalau tak ada apa-apa tak kanlah orang nak mengata dik oi..banyak mata yang nampak awak dan dia selalu keluar bersama. Tolong jawab!
Memanglah kami berdua ada keluar bersama untuk beberapa kali. Tapi sumpah! Saya dan Asra cuma kawan biasa sahaja. Sekarang kan tengah musim raya, jadi kami adalah beberapa kali pergi memenuhi undangan rumah terbuka bersama. Memang nampak rapat, tapi sebenarnya kami cuma kawan biasa.
Ala...bila ditanya sekarang tak mahu mengaku. Dah sah-sah awak asyik berkepit berdua ke sana ke mari. Memanglah orang akan syak sesuatu. Tak begitu?
Tak betul tu kak. Saya tak nafi yang saya ada keluar dengan dia. Tapi tak pernah berdua. Biasanya mesti beramai-ramai dengan kawan-kawan lain.
Cuba jelaskan, macam mana awak boleh kenal dengan Asra?
Saya kenal dia pun baru sangat. Adalah dalam beberapa bulan lepas. Dia ialah kawan kepada kawan saya. Kami bertemu semasa keluar makan bersama-sama. Kalau nak tahu, masa mula-mula jumpa tu, saya memang tak tahu dia pemain bola. Bukan saya sengaja nak dekat-dekat dengan dia sebab status dia seorang pemain bola.
Jawapan macam nak selamatkan diri saja.. iya ke ni?
Betul. Punyalah saya ni tak kenal dia, sampai saya ingat dia ni budak band mana entah pada awalnya. Lepas kawan memperkenalkan, barulah saya tahu yang Asra merupakan pemain bola skuad kebangsaan.
Bila dah jadi macam ni, orang akan kata Ramona ada hati nak dapat nama dengan cara mencari skandal. Macam mana tu?
Sebab itulah saya tampil beri penjelasan. Jangan kerana saya artis, maka orang mudah nak lempar tohmahan dan jadikan satu-satu hal tu sebagai isu. Walhal, kawan-kawan perempuan lain pun ada keluar dengan dia. Tapi kenapa orang nampak saya saja?
Mungkin awak je yang paling ‘menyerlah’ antara mereka kot? Sekarang ni mesti awak selalu ke stadium bagi sokongan pada Asra bukan? Penyokong setia gitu..
Sumpah kak. Seumur hidup, saya tak pernah jejak ke stadium. Tapi lepas kenal Asra, adalah sekali tu saya pergi ke stadium untuk menonton perlawanan antara pasukan Selangor dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dah nama pun kawan, tak akanlah saya nak datang sokong pun boleh jadi satu isu?
Macam mana pula dengan ugutan yang Ramona terima tu?
Saya pun tak mahu fikir dah biarpun saya tahu, semasa kami keluar, saya perasan ada orang ambil gambar kami. Saya tak berani nak tuduh siapa. Individu itu paksa saya mengaku yang saya ada hubungan dengan Asra. Tak masuk akal! Iyalah sebab memang saya dan Asra tak ada apa-apa.
Jadi, apa harapan Ramona berhubung isu ini?
Saya harap lepas penjelasan ini dikeluarkan, tak ada lagi pihak yang salah faham mengenai hubungan kami. Saya bukan nak cetuskan kontroversi. Bahkan, saya sendiri rasa serba salah dengan Asra bila jadi macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2011 11:58 AM | Show all posts
Ramona mencubaOleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my






PERCUBAANNYA dalam uji bakat filem Castello membuahkan hasil apabila terpilih beraksi dalam karya aksi itu. Meskipun sekadar memegang peranan kecil, peluang itu membuka matanya mengenali apa itu dunia lakonan.Justeru, cinta mula bersemi di hati. Dia merasakan inilah dunianya, namun hasrat untuk serius terbantut apabila keluarga menasihatinya supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran terlebih dulu.
Sementelah dia baru berusia 14 tahun, suka atau tidak Ramona Zam Zam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam harus akur dengan larangan itu.
Dunianya ketika itu sama seperti remaja normal lain, fokus diberikan kepada pelajaran dan acuan hidup yang ditentukan ibu bapanya.
Bagaimanapun, selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, gadis yang aktif dalam dunia peragaan dan komersial itu mendapat lampu hijau untuk meneruskan minatnya dalam bidang lakonan.
“Keluarga faham minat saya dan sedar saya ada bakat, tetapi mereka tidak mahu saya leka. Ini kerana ibu bapa saya menitikberatkan pelajaran dan setelah selesai SPM, baru mereka memberi restu saya berlakon semula.


“Sepanjang tempoh itu saya sangat rindu untuk berlakon. Daripada situ saya tahu hati saya memang dalam bidang ini. Selepas dapat keizinan keluarga, saya menjayakan beberapa drama termasuk Begitukah Cinta, Nana Tanjung dan Nora Elina,” katanya.
Biarpun kini melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Segi, gadis jelita ini masih meneruskan karier pelakon.

Namun langkahnya diperlahankan, malah dia hanya menerima tawaran yang tidak mengganggu kuliah.
“Syukur tawaran semakin banyak, bahkan ada beberapa produksi minta saya melakonkan watak utama tetapi saya terpaksa tolak kerana jadual penggambaran bertindih dengan jadual kelas. Menjadi prinsip, saya tidak akan ponteng kelas semata-mata mahukan watak utama.
“Disebabkan itu, buat masa ini saya lebih gemar mendukung watak pembantu kerana masa diperuntukkan tidak lama seperti mana peranan utama.
“Setakat ini kerjaya lakonan tidak mengganggu fokus saya terhadap pelajaran tetapi tidak dinafikan apabila ada tugasan, kelam-kabut juga jadinya. Apapun, saya masih boleh kawal keadaan dan tidak wujud tekanan daripada segi masa.
“Insya-Allah, hujung tahun ini pengajian saya akan tamat dan bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian terhadap lakonan,” katanya yang menjayakan telefilem raya, Sehening Hati Ente dan masih terikat dengan penggambaran drama rantaian, Kali Kedua arahan Aziz M Osman.
Tambah Ramona, dia tidak mementingkan populariti, malah baginya biar lambat naik asalkan dia bebas kontroversi. Insiden yang menimpa sahabatnya, Neelofa, menjadikannya lebih berhati-hati dalam mengatur langkah supaya perkara sama tidak terpalit dalam catatan kariernya.
“Biarlah orang kenal saya kerana bakat, bukan kerana kontroversi atau cerita tidak enak didengar. Secara peribadi, saya bersimpati dengan Neelofa. Dia sahabat baik dan pandai bawa diri tetapi popular gara-gara dihimpit kontroversi.

“Saya faham, berada dalam bidang ini kita tidak dapat lari daripada cerita kurang molek, tetapi seboleh mungkin saya mahu elakkan,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman manis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:58 AM | Show all posts
sapo nih?ingatkan ramona rahman..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:01 PM | Show all posts
tak kenai la minah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:02 PM | Show all posts
tolong la jangan kacau budak2 bola ni
kita baru je nak menyemarakkan kembali bolasepak tanah air
artis2 ni boleh tak pegi kacau budak F1 tu macam vettel ke webber ke hamilton ke button ke
baru la berbaloi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:09 PM | Show all posts
Reply 5# kukulangau


    Mungkin depa nak merasa jadi WAGS ala2 Victoria Beckham/Jejari Runcing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2011 12:14 PM | Show all posts
ak ingatkan Ramona Rahman gigih ak nak masuk ghupa x kenal langsung
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:18 PM | Show all posts
bila plak Neelofa jadik 'sahabat' ramona? huhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 12:41 PM | Show all posts
cam sedap jer bdk pmpn ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:55 PM | Show all posts
hm .. sorang lagi birah in the making.. bukan gambo die bersepah ngan sorang pelakon??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:57 PM | Show all posts
ehh rasanya minah nehh la yg add i kat pesbukhmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 01:02 PM | Show all posts
sapa minah ronggeng nih?..br jd pelakon pembantu...sosialnya sama jek dgn yg lain....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 01:05 PM | Show all posts
nama dah tak kenal... tgk muka lagi lah tak kenal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 01:28 PM | Show all posts
Asraruddin bukan left back terbaik negara..Zubir Azmi jauh lebih bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 02:01 PM | Show all posts
nak jelas camne lagik nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 02:04 PM | Show all posts
x kenal~~ heheheh....

mahap le, sila nyah dari skuad bola, bg nama mesia meningkat naik dlu ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 02:16 PM | Show all posts
aku mmg xkenal dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 03:23 PM | Show all posts
nape kne kait ngan pemain bola jek??
xbebaloi la...bkn kaya pon..
byk duet pon mse men bola jek..pas 2..ape pon xde..
g la ngurat anak2 tan sri ke...datuk2 ke..vip ke..kan lg bebaloi2
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 03:27 PM | Show all posts
another birah sundel main budak bola.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 03:29 PM | Show all posts
sapekah ye????tidak dikenali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062490 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list