CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5860|Reply: 46

Rozita Che Wan Letak Harga...

[Copy link]
Post time 25-9-2011 05:02 AM | Show all posts |Read mode
JOYAH terkejut dengan ‘pertelingkahan’ yang melanda Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dan pelakon cantik Rozita Che Wan. Semuanya pasal harga Rozita yang dikatakan tak masuk akal.
Dulu Rozita janji nak menerima tawaran sekian-sekian harga tapi akhirnya mahu menaikkan harga bayaran kepada RM3,000 untuk satu episod.

Lalu terdengarlah keluh-kesah Jalena yang menyebut harga untuk pelakon senior macam Rozita hanya RM1,500 hingga RM3,000 sahaja. Yang paling tak tahan siap banding dengan harga pelakon muda yang lain lagi tu.

Dalam isu ini Joyah terang-terang berpihak kepada Rozita. Bukan sebab Rozita cantik, tetapi Joyah mahu hak artis ditegakkan. Yang mendapat untung orang produksi dan stesen tv juga kalau drama bersiri tu popular.

Ini hak artis. Bila dia nak naik harga sebanyak itu buat apa orang produksi nak membebel mengata macam-macam. Kalau tak mampu bayar pergilah cari artis lain seperti mana yang ditawarkan itu.

Bila kita bercakap macam ni, orang kata kita bongkak. Tapi yang meletakkan harga kepada artis adalah orang produksi. Bila harga sudah digred mengikut harga mereka sampai bila anak seni kita nak naik harga?

Padahal muka mereka yang menjadi pelaris pada stesen tv. Iklan masuk berduyun-duyun sebab rating tinggi. Esok lusa bila kulit Rozita dah berkedut, agak-agak berapa sahaja yang orang produksi nak bayar? Mereka juga nak cari makan dan nak hidup macam orang lain. Sesekali hormatilah hak mereka juga.

Nasihat Joyah pada Rozita, jangan mengalah dalam isu harga ni. Kalau bayaran kita pun orang lain nak tentukan, apa lagi yang tinggal? Apa lagi hak artis yang ada dalam isu macam ni? Kalau Rozita tak tegakkan hak dia, siapa lagi nak berjuang untuk dia?Persatuan?Jangan haraplah, cakap saja berkobar-kobar.

Joyah tidak bercakap atas dasar Rozita semata-mata tetapi tentang kepentingan anak seni kita. Tengah laku orang panggil, bila dah tak laku tak ada siapa nak pandang. Percayalah.

Lebih mengguris kalbu, lepas tu hantar ke stesen tv, mereka putar cerita tu berpuluh-puluh kali. Hmmm... Ramai yang makan hati sebenarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2011 05:08 AM | Show all posts
Aku setuju Rozita Che Wan letak harga, TV stesen kat Malaysia ni semakin melampau lampau, dahlah pelakon,pengarah, penulis, penerbit dapat bayaran ciput (termasuk semua warga kerja), royalty pun tak da.

Sekarang ni semua tengah sihat oklah, masih kuat bekerja, boleh lah cari duit. Tapi bila dah tak sihat besok macam mana?

Kita amik contoh pi mai pi mai tang tu, sitcom paling lama ditayangkan Malaysia, dah berjuta kali ulang tayang, kat tv3, tv9, astro warna dll, yang buat untuk TV3.

Pelakon pelakon dorang yang dah tua sekarang apa jadi? mat deris (tak ingat nama pelakon dia) kalau tak silap aku sakit. Siapa tanggung dia? Kalau dapat royalty, kira macam pencen masa tualah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 07:00 AM | Show all posts
go go go rozita!

fight for your right!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 07:27 AM | Show all posts
yay. byk songeh la pula kak Jalena ni. bagus rozita tindakan yg bijak. lagipun, ntah2 apa2 drama yg kena offer tu. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 07:35 AM | Show all posts
sokong Cik Ta..
sbb dia berhak demand utk khidmat dia..
tak salah demand, klu produser ndak jugek, depa boleh la bincang..
daripada bulat2 terima jek offer produser yg sememangnya selalu nak untung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 08:02 AM | Show all posts
emm itu hak masing2 kalo tak setuju tolak la, nnti pepandai la produser tu up sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2011 09:43 AM | Show all posts
pepandai la buat kontrak kak ita.. arits2 ni semua .. g belajar buat contract.. g appoint satu lowyer untuk peruse all contracts...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 09:54 AM | Show all posts
mek bukan nak sokong cik ta
tapi bila mek baca

"Lalu terdengarlah keluh-kesah Jalena yang menyebut harga untuk pelakon senior macam Rozita hanya RM1,500 hingga RM3,000 sahaja".


Jadi adakah pelakon senior perlu dibayar rendah. Kesian la auntie mariani, mak mah, tok aziz, a. galak, jalil hamid  dan ramai lagi kalau kaedah ini digunapakai. Selain daripada muda, setakat mana sangat mutu lakonan pelakon muda sekarang?

Alasan harga rendah untuk pelakon senior memang sangat tak boleh pakai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 10:05 AM | Show all posts
murahnya bayaran... tak cover pun kos mekap & bulu mata pelesu

kesian pula kat artis2 ni. Tp mcm Cik Ta dia dapat juga income from iklan/ sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:15 AM | Show all posts
sokong cik ta... figt for ur right!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:32 AM | Show all posts
go cik ta!!
tegas bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:34 AM | Show all posts
Betul..
Aku setuju ngan tulisan wartawan tu...
Bayar sikit, tapi jap lagi diorang ulang tayang citer tu berkali2...
So kalau nak ikutkan bayaran diterima artis yang berlakon memang tak sepadan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:43 AM | Show all posts
derang ni slalu sentap bile artis start nak mtk byrn mahal sket...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 11:48 AM | Show all posts
3k tuk 1 episod..... kayoooo tu, klo beratus episod cam citer indon, wahhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 01:56 PM | Show all posts
tengah mahal ok lah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 02:18 PM | Show all posts
jap.

bakat nan hado nak letak harga sampai 3k untuk satu episod drama?

kah kah kah.

o ya, populariti wins eh?

go Rozita go! make money while you can.

sebab bila dah tua sok, kompem tabley demang lebey2 dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 02:29 PM | Show all posts
pape je la rcw oiii...demand la tnggi2 b4 bersara x lama lg..kang nnt xde keje,nk mkn ape ye dak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 02:40 PM | Show all posts
kene keje keras..sbb anak ikan die makin lama..makin sempot jeh kariernyer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 03:05 PM | Show all posts
1500 je ke satu episode?

hingat kan org bayar mahal lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 03:32 PM | Show all posts
3000 X 25 episod dah rm75000. pakcik kayoo!!  drama high class kah nk bayo 3000/episod?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082374 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list