CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

All About Siti's English Album : Vol. II [70 ribu unit terjual~]

  [Copy link]
Post time 26-9-2011 11:14 PM | Show all posts
pompuan tu dah delete tweet dia pasal k**** tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2011 11:15 PM | Show all posts
nak tnya jg la VC mna VC???


What's up Entertainment | Record label . DELAY Event Managemen ...
uwekkk Post at 26-9-2011 23:11


tanyalah org yg pegi.. iols tak tau.. tak siap lagi kot.. kalau dah ada disiarkan tadipun, kalau takde org upload kat youtube tak nampak jugak kita
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:17 PM | Show all posts
Amor ada try post video pembukaan Siti tp mcm xnampak je? ke line broadband ni mmg hamlauuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:19 PM | Show all posts
- budiey

Meriah sungguh majlis yang berlangsung pada petang tadi. Selain padat dengan media pelbagai saluran, majlis yang berlangsung pada jam 3 petang tadi (26 September 2011) turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti di red karpet yang dikhaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:25 PM | Show all posts
VC mna n apa content website what's up and SitiDIGITAL tuhh??..OK tggu tahun depan baru update!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:28 PM | Show all posts
Amor ada try post video pembukaan Siti tp mcm xnampak je? ke line broadband ni mmg hamlauuu
AmorMor Post at 26-9-2011 23:17


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2011 11:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by cinta_ungu at 26-9-2011 23:35
AmorMor Post at 26/9/2011 23:28


salah code agaknye..youtube ke?

letak gini..yang XX tu gantikan dengan v code yang selepas '=' dalam url tue misalnya:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=kaeB9ZF9zKg
Copy the Code


  1. [youtube] XX [/youtube]
Copy the Code
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:46 PM | Show all posts
dah dgr lagu2 AYL,tp x beli lagi, rompak cd kwn...insyaAllah klu ade masa ujung mggu ni turun KL beli.anyway, my fav is Stand Up.lagu yg sgt grand, arrangement yg bgs n mesej lagu pun bgs.next is I'll wait forever,this song shud be 2nd single,hands down.and then tonight diikuti i cry out.lagu2 lain okayla.nnt dah beli cd i wat full review.but as much as i love stand up, i don't think it shud be a single.x tau kenape,tp i rase lagu tu kurang mesra pendengar, same ngan i cry out tu.hope ct pilih single ikut kehendak semasa, n please please please buat VC dulu sblm release single.jgn ulang kesilapan FIL hari tu.lagu catchy tp VC xde, promosi kurang sayang je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2011 11:54 PM | Show all posts
cer dia tulis..


to my beloved wife..

Siti, congratulations .. i love you always..
abang ...
cinta_ungu Post at 26-9-2011 22:31


hahaha...betul2...tapi rasanya tu bkn DK tulis kot...CT penah tunjuk gambar kad2 ucapan istimewa yg DK bgi kat dia...tulisan lain...panggilan pun yg sweet2...xsilap mjlh media hiburan rasanya yg tunjuk gmbr tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:54 PM | Show all posts
ya Allah... ramai giler org..
tengok kat utube..
mak ai.. camne x huru hare...
siti nyanyi live best..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:56 PM | Show all posts
Amor.. itu utube kamu kot.. nama armo...
lbh kurang je bunyi.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:00 AM | Show all posts
All Your Love Selamat Dilancarkan






KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2011: Selepas 15 tahun bergelumang di dalam industri muzik tanah air, akhirnya penghibur tersohor Dato` Siti Nurhaliza, 32, telah berjaya melancarkan album Inggeris pertamanya, All Your Love di pusat beli-belah mewah, StarHill, Galllery, di sini petang tadi.

Album terbitan What's Up Entertaiment yang dimiliki anak tiri Dato` Siti, Adib Khalid itu cukup istimewa kerana turut menyaksikan kolaborasi bersama superstar antarabangsa Sean Kingston, bertajuk Remember You selain single All Your Love yang telah berjaya menawan hati ramai peminat penyanyi jelita berkenaan.

All Your Love mula dipasarkan sejak 24 September lalu di bawah label syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan memuatkan sepuluh lagu penuh berbahasa Inggeris.

Ketika pelancaran, Dato` Siti telah menyanyikan buat pertama kalinya beberapa lagu terbarunya Stand Up dan Remember You di hadapan peminat serta pihak media yang memenuhi pusat beli belah berkenaan.

Datuk Siti menggayakan trench coat merah cili dari Valentino, dihiasi tali pinggang dan tumit tinggi Alexander McQueen serta perhiasan berlian dari Boucheron.

-murai
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:03 AM | Show all posts
entry pasal pelancaran AYL dah ada kat blog2 gosip/hiburan.. mcm biasa, penuh cercaan & kutukkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:12 AM | Show all posts
dah dgr lagu2 AYL,tp x beli lagi, rompak cd kwn...insyaAllah klu ade masa ujung mggu ni turun KL bel ...
mizzmaddie Post at 26-9-2011 23:46




apa lahh nk di harap pd CT cukup la 1 vc jek ktanya..klu what's up cerdik n tau atur strategi Ok la..harapkn tokti lps launch album, promosi kt radio ERA,HOT,MHI n kluar citer dlm sok kabar utk smggu dua pastu mula lahh dia BZ ngn mcm2 hal lain..album nk jual brpa keping lantak dia la...fan jek dk mgharap siap ada video klip bagai..ermmm...siti oh siti...buat album mcm bukan utk d jual jek:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:18 AM | Show all posts
apa lahh nk di harap pd CT cukup la 1 vc jek ktanya..klu what's up cerdik n tau atur strateg ...
uwekkk Post at 27-9-2011 00:12



    Teringat satu interview dgn Tan Su Loke (SRC) .... semangat dia citer pasal Ct. Pastu sampai part dia citer mengenai betapa dia dah ada plan lengkap nak market Ct kat China/Taiwan/HK, dia pause suara tersekat sekat sebak ...... One of his biggest "ketidaksampaian" he said.
Tah laaa Ct ni .....
No offense to anybody whos been working hard for her, but these people around her have lost grasp of what CT is and the potential she has.
Pleasssseee hire a brand consultant!!! (malas dah nak suruh hire image consultant!) :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:21 AM | Show all posts
gambar2 nih dah ada yg tepek kat bod sana..esok pagi sure penuh dgn laharan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 12:23 AM | Show all posts
Selasa September 27, 2011
Siti Nurhaliza Terbit Album Inggeris Bukan Mahu Menunjuk

Oleh FERIDE HIKMET ATAK




KUALA LUMPUR: Penerbitan album berbahasa Inggeris pertama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love bukan kerana beliau mahu menunjuk-nunjuk untuk menyanyi lagu dalam bahasa itu sebaliknya ingin mengembangkan kerjaya seninya pada peringkat yang lebih tinggi.

Siti berkata, penerbitan album tersebut ibarat kelahiran semula dirinya dalam industri muzik memandangkan ini adalahlah kali pertama dia muncul dengan album berbahasa Inggeris.

"Saya bukan nak buktikan apa-apa kepada orang luar yang saya juga boleh mempunyai sebuah album Inggeris tetapi ia merupakan langkah baru dalam mengembangkan karier saya.

"Bagi saya, penghasilan album ini agak mencabar untuk membawa setiap lagu yang dinyanyikan serta penerimaan orang terhadap album ini," katanya selepas pelancaran album All Your Love di Restoran Shook, Starhill, di sini, Isnin.

Tambah Siti, dia juga sudah bersiap sedia menerima respons daripada peminat-peminatnya dan bersedia menerima kritikan.
Malah dia juga bersyukur sejak album tersebut dipasarkan pada 24 September lalu, cetakan pertama sebanyak 3,000 salinan album telah habis dijual.

"Alhamdulillah, walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Siti, walaupun membawa lagu Inggeris, dia tetap ingin menerapkan muzik Melayu dalam setiap lagu nyanyiannya.

"Saya percaya, jika penyanyi antarabangsa, Syakira boleh membawakan lagu Inggeris ala Latin, saya juga boleh berbuat demikian.
"Di mana saya membawakan lagu-lagu tersebut mengikut cara tersendiri dan tidak perlu terlalu mengikut cara nyanyian ala orang Barat," katanya.

Album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You (menampilkan Sean Kingston) diterbitkan oleh syarikat milik anak tirinya Adib Khalid iaitu What's Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production. Ia adalah edaran Warner Music Malaysia.

Sementara itu menurut Adib, pihak What's Up sedang merangka strategi memasarkan album berkenaan ke peringkat antarabangsa.

"Kami tidak mahu membuat sesuatu perkara secara mendadak. Mula-mula, What's Up akan fokus kepada pasaran di Malaysia dan tidak lama lagi ia akan berada di Indonesia pula diikuti dengan Singapura serta Brunei.

"Selepas itu kami akan memasarkan di negara-negara Asia dan barulah ke Eropah. Bagaimanapun semua itu masih lagi dalam perancangan," ujarnya.

-mStar

semoga yg dirancang menjadi lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:30 AM | Show all posts
Teringat satu interview dgn Tan Su Loke (SRC) .... semangat dia citer pasal Ct. Pastu samp ...
jojiekejung Post at 27-9-2011 00:18


sbb tuhh la iols p'caya yg CT kata 'CT x kejar populariti' (x brpa kejar)...pstu org2 sekelilingnya pn buat ala2 x kejar populariti la jugekkk...weiii baik x yah jd artis/pngurus artis klu bt bnda nak x nak jek...bnyk bnda dorg bt cm lps batuk kt atas tngga je skng..tau la dh kaya tp atleast biar btol2 dpt tembus negara ASIA klu ye pn ssh nk msk europe market or skrg2 nya pnuhi khndak fan kt Malaysia nihh...SNP t'utamanya baik TUTUP jek .. *asal aku emo smcm jek mlm nih ek??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:34 AM | Show all posts
Reply 98# uwekkk

Sokong2... SNP tu tutup je.. kalu xnk buat keja..
Da lama x puas ati ngan SNP..
kalu aritu kluarkan album konsert kan ada pluang tuk AIM tahun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:36 AM | Show all posts
Siti Cabar Diri


Setelah berkecimpung hampir 15 tahun dalam industri seni tanahair, penyanyi popular negara, Dato’ Siti Nurhaliza kini muncul dengan album Inggeris pertamanya berjudul, ‘All Your Love’. Album terbitan What’s Up Entertainment, milik anak tirinya Adib Khalid, telah dilancarkan dengan penuh meriah di Shooks, Starhill Gallery, petang tadi.

“Album ini sudah berada di pasaran sejak 24 September yang lalu. Alhamdulillah, respon yang diterima sangat baik sekali. Difahamkan salinan pertama sebanyak 3,000 keping sudah habis dijual dan harap selepas pelancaran ini, lebih banyak lagi yang akan terjual,” ujar Siti teruja.

Album ‘All Your Love’ menampilkan nama-nama hebat dalam industri hiburan antarabangsa seperti Sean Kingston, Bryan B, Richard Furch, Eddie Schreyer dan ramai lagi. Apa yang istimewanya, album solo ke-14 Siti ini menampilkan gayanya tersendiri, di mana ia memperlihatkan nuansa baru dalam melodi pop yang bercitarasa antarabangsa.

“Salah satu impian Siti adalah untuk menerbitkan album penuh Inggeris. Syukur, alhamdulillah impian Siti selama ini tercapai juga akhirnya. Siti suka album ini sebab ia berbeza daripada apa yang Siti pernah hasilkan sebelum ini,” katanya sambil berkongsi pengalaman bekerja dengan penerbit, Bryan B.

“Ini pertama kali Siti bekerja dengan Bryan B. Secara jujur, Siti rasa takut juga. Namun, Bryan B banyak menolong Siti sepanjang proses penghasilan album. Bila dah ada ‘chemistry’ antara kami, kerja kami menjadi lebih senang.”

Apabila ditanya adakah kelahiran album ini semata-mata untuk memuaskan hati anak tirinya itu, Siti memberitahu, “Siti rasa tak ada masalah untuk itu. Rezeki sudah ditentukan dan ini rezeki antara Siti dan Adib. Adib bermula seperti mana Siti bermula untuk menghasilkan album Inggeris ini.

“Bagi Siti, Siti lahirkan album ini untuk mencabar kemampuan Siti dalam bidang nyanyian. Lagu Melayu sudah menjadi makanan Siti, jadi Siti nak cuba pula dengan lagu Inggeris. Siti harus cabar diri Siti kerana selagi tak cabar untuk rakam album Inggeris, selagi itu Siti tidak tahu kemampuan Siti.

“Selepas ini, Siti serahkan segalanya kepada peminat untuk menilai. Walau bagaimanapun, album ini bergantung pada tuah juga. Jika orang tak berkenan, nak buat macam manakan. Namun, asalkan Siti dah cabar diri Siti, sudah memadai,” jelas Siti sambil berharap albumnya boleh diterima ramai dan menembusi pasaran antarabangsa.

“Menjadi impian Siti agar album Inggeris ini dapat pergi jauh berbanding dengan album Siti sebelum ini. Bila berjaya bawa ke pasaran luar, dari situ Siti dapat membantu memberi informasi tentang Malaysia kepada orang luar. Siti harap album ‘All Your Love’ ini boleh pergi jauh, sekaligus memperkenalkan muzik Malaysia di persada antarabangsa.”

Album ‘All Your Love’ memuatkan 10 buah lagu antaranya, "Nobody Else", "Tonight", "All Over Again", "Falling In Love", "I Cry Out", "Fight For Love" dan "Remember You" kolaborasi dengan Sean Kingston.

Album Inggeris ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati dengan harga RM29.90. Selain secara fizikal, album terbaru Siti itu juga boleh dibeli secara online di iTunes, Amazon, CDBaby.com dan sebagainya.

-Gua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.104985 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list