Post Last Edit by fukadaminchi at 18-10-2011 23:17
Amir Jahari (Tanpamu) Akan Berduet Dengan Sheila On 7!
Konsert Celcom Sukses Muzik Fiesta Indonesia
sudah semestinya dinanti-nantikan oleh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia kerana ia akan menampilkan beberapa nama besar Indonesia seperti Sheila On 7, Dewi Perssik, Monata & Godbless. Konsert yang dianjurkan oleh Clockwork Events ini bakal berlangsung pada 23 Oktober 2011 di Stadium Merdeka KL bermula daripada pukul 4:45 petang hingga 11:30 malam.
Satu kelainan, apabila julung kali penyanyi muda, Amir Jahari (Tanpamu) berpeluang untuk berduet dengan band popular, Sheila On 7 bagi menghiburkan peminat. Berita ini telah disahkan sendiri oleh pengurus Amir, Joe Lee yang dihubungi OHBULAN!, lewat malam Jumaat lepas.
“Ya, Amir akan berduet dengan Sheila On 7 untuk konsert yang akan datang ni. Lagu-lagu belum di-confirmkanlagi, masih menunggu feedback daripada pihak pengurusan Sheila On 7,” kata Joe Lee.
Pembelian tiket berharga RM20 boleh didapati melalui outlet Rock Corner di Mid Valley atau nombor hotline di 0133289798.
thanks OH! BULAN
|