CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17192|Reply: 75

Mengkaji kebenaran theory Tolokminda dalam pemahaman AlQuran secara praktikal

[Copy link]
Post time 4-10-2011 01:28 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by habibollah at 4-10-2011 14:03

Bismillah hir rahman nir rahim
Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH.
Pada mulanya, saya begitu hairan kenapa golongan murid tolokminda ini begitu confident dalam translation mereka terhadap ALQuran dan bila dikaji pada blog tolokminda, banyak juga yang menjadi pengikut dan juga pembidas theory tolokminda, walaubagaimana pun, murid/group tolokminda ini masih tetap consistent dalam pemahaman/kajian mereka . Disini saya akan membincangkan perkara2 yang telah dihighlightkan di blog tolokminda, dan mengkaji sejauh mana kebenaran theorynya/mereka. segala ayat2nya saya cutpaste dari blog tolokminda dan saya akan pecahkan perbincangan ini secara ilmiah.

PENTING: Soalan2 saya ini saya amanahkan khusus pada Tolokminda untuk menjawabnya dan saya amanahkan anak murid /penolak hadis untuk tidak masuk campur dalam sesi perbincangan saya dengan tolokminda. Saya mohon moderator memberikan kerjasama untuk memberi laluan kepada tolokminda agar dapat membalas soalan saya ini. Sebarang masuk campur dan pelanggaran amanah saya tidak akan dilayan sama sekali

THEORY PERTAMA: PUASA ADALAH MENGECUALIKAN DIRI

Pada dasarnya puasa menurut petunjuk Al-Quran adalah satu praktis mengecualikan diri – dan bukannya tentang tidak makan dan minum di waktu siang.


kenapa Puasa itu makna sebenarnya adalah mengecualikan diri datang dari penemuan ayat ini:
22:40 Mereka yang telah dihalau dari rumah mereka secara tidak adil hanya kerana mereka berkata: Pemelihara kami adalah Tuhan. Dan jika tidak kerana Tuhan menghapuskan sebahagian manusia melalui yang lain, pengecualian-pengecualian dan urusan-urusan perniagaan dan jamiman-jaminan (salawatun) dan ketetapan-ketetapan yang dipersetujui di mana nama Tuhan sering disebut di dalamnya tentu tidak berguna. Tuhan akan memberi kemenangan kepada mereka yang menyokongNya. Tuhan Berkuasa, Terhormat.

lalu dikaitkan dengan Kisah Maryam 19:22-30:
19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang “mengecualikan diri” untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.


dimana
apa yang disuruh Isa kepada Maryam adalah supaya ibunya mengecualikan diri dari berinteraksi dengan orang lain.
..untuk membendung tekanan emosi yang sedang dihadapi oleh beliau pada ketika itu..
dan
..dapat meredakan segala kebimbangannya dan seterusnya membina kekuatan diri untuk menghadapi kenyataan..


Full stop. Theory ini menimbulkan banyak persoalan. dimana:
1) Jika pengecualian diri itu bermaksud tidak bercakap kepada sesiapa, bukankah itu hanya dikhususkan kepada Maryam oleh Nabi Isa? jika method pengecualian diri ini diapplikasikan kepada semua, tentu ALLAH akan menyebut didalam AlQuran, berpuasalah kamu seperti Maryam?

2)benarkah pengecualian diri ini berkesan membendung tekanan emosi,meredakan segala kebimbangan serta membina kekuatan diri dengan cara tidak bercakap kepada sesiapa secara saintifiknya dan secara physocologynya, zahir dan batin? sedangkan berpuasa dengan berlapar dan dahaga mengikut sunnah Rasulullah itu lebih berkesan sehingga dapat dibuktikan secara saintifik. Apa? pengecualian diri dengan membuat penyelidikan dan pembangunan diri? adakah Maryam membuat penyelidikan dan pembangunan diri ketika itu sehingga boleh dikaitkan dengan ayat 2:183-187?

3) Jika benar nabi Isa menyuruh Maryam untuk tidak bercakap kepada sesiapa, kenapa Nabi isa menyuruh pula untuk memberitahu orang yang dia sedang mengecualikan diri? Ini tidak consistent. soalan ini boleh jadi kegemaran bagi pemusuh islam seperti Zippelieus/Muaythaiko laknatollah dll

4) cuba terangkan makna pengecualian-pengecualian pada ayat 22:40? dan kenapa ia dikaitkan dengan 19:26

5)
Dari kisah Maryam yang diceritakan dalam ayat-ayat di atas, Maryam tidak disuruh berpuasa kerana ketika itu “bulan puasa”. Maryam juga tidak disuruh mulakan puasanya dari waktu sebelum subuh sehingga ke senja. Maryam juga tidak disuruh berlapar malah disuruh makan, minum dan segarkan diri.
Soalan saya: maksud ayat manakah yang menyuruh maryam pada awalnya untuk berpuasa(berlapar/dahaga) ketika itu? kenapa pula Nabi Isa dan ALLAH menyuruh ibunya berpuasa jika dia sedang larat hendak melahirkan anak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2011 02:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 4-10-2011 02:17

Pendapat Tolokminda secara summary:
Mengecualikan Diri Sebagai Mekanisma Untuk Memperkukuhkan Minda Dan Memberi Sepenuh Tumpuan ..dalam situasi menyelidik dan belajar...
seperti
.. para penyelidik dan ilmuan dalam pelbagai bidang secara universal.. para saintis yang tersohor dunia ..sememangnya diketahui sebagai orang-orang yang sangat fokus dan lebih banyak menghabiskan masa mengecualikan diri untuk membangunkan penyelidikan yang mereka usahakan.


soalan saya disini, secara realitinya dapatkah mereka melakukan penyelidikan dan pembangunan diri tanpa bercakap dengan siapa siapa sebagai tempat rujukan? dapatkah mereka mencapai hasil yang diharapkan dari method tidak bercakap itu? dapatkah cara ini  berkesan membendung tekanan emosi,meredakan segala kebimbangan serta membina kekuatan diri?

pendapat tolokminda:
Walaupun begitu pengecualian diri itu bukanlah satu pengasingan penuh. Sebaliknya kita dibenarkan mengauli pasangan pada waktu malam – 2:187. Kita cuma perlu mengecualikan diri dari mereka sewaktu kita sedang giat melakukan penyelidikan (haj) terhadap sesuatu bahan yang mungkin telah dihasilkan melalui proses pemikiran selama berbulan-bulan oleh seseorang atau mungkin juga sekumpulan orang.


kalau awak saya tak tahu lah , tapi jika saya tak bercakap dengan isteri saya dalam masa sehari/stengah hari/12jam/5 hari/ sebulan (bila isteri belayar keluar negri atau saya kerja waktu malam, dll) dah tentu saya tak tenang hati, walaupun dalam keadaan saya membuat kajian ilmiah. Ini lah realitinya orang yang sudah berkahwin. tetapi adakah method awak ni menyokong theory anda bahawa pengecualian diri itu boleh membendung tekanan emosi,meredakan segala kebimbangan serta membina kekuatan diri secara praktikal? atau awak ni belum berkahwin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 02:27 AM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 12:15 AM | Show all posts
Reply 1# habibollah

PENTING: Soalan2 saya ini saya amanahkan khusus pada Tolokminda untuk menjawabnya dan saya amanahkan anak murid /penolak hadis untuk tidak masuk campur dalam sesi perbincangan saya dengan tolokminda. Saya mohon moderator memberikan kerjasama untuk memberi laluan kepada tolokminda agar dapat membalas soalan saya ini. Sebarang masuk campur dan pelanggaran amanah saya tidak akan dilayan sama sekali

kalu dah malas nak respon kat tolokminda punya platform yg sediaada tu, elok la habibola pi buat blog sundri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 01:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 5-10-2011 01:11

Reply 4# zippelius

hahaha kalau tak suka itu masalah awak thats not my problem
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 01:27 AM | Show all posts
Reply 5# habibollah

pi la bukak bebenang tapi orang lain tak boleh join kasi pandangan kat www.forum.habibola.com.my  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2011 06:25 AM | Show all posts
Tuan Habibollah

Dulu pernah ada buka tread hanya untuk Muaytako, perbincangan tak diteruskan sebab dia kena ban, kini pula dengan Tolokminda. Walaupun lain topik, tapi permintaan yang sama. Lain2 out of bound hanya antara Tuan dengan dituju. Pada saya ini macam dah jadi personal crusade. Ini permintaan saya pula kepada Tuan Habibollah, apa kata kita ikut criteria bod ini dimana semua pihak boleh berbincang diantara satu sama lain in civil manner.

Forum Description: An academic discussion of knowledge related to Al Quran and Hadith Rasulullah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 09:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 5-10-2011 09:56

Reply 7# Al-Patih



Hanya Allah sahaja yang tahu niat dan hikmah saya membuka thread ini yang sebenar, tetapi jika yang lain dan moderator tidak setuju thread ini, moderator boleh mendelete thread ni, dengan rela hati saya menerimanya. jika ada comment tambahan dari pengemar alquran dan alhadis, teruskan berpendapat.

Zip: teruskan dengan sakit hati awak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2011 11:44 AM | Show all posts
bismillah hir rahman nir rahim

bolehkah dosa ditebus dengan tidak bercakap:

4:92  Jangan sekali-kali seorang yang percaya membunuh seorang yang percaya kecuali kerana tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang yang percaya tanpa sengaja maka dia wajar membebaskan seorang hamba dan memberi gantirugi kepada keluarganya kecuali mereka menolaknya secara sukarela. Jika dia seorang dari musuh kamu dan dia seorang yang percaya, maka kamu harus membebaskan seorang hamba yang percaya. Dan jika dia dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kamu, maka beri gantirugi kepada keluarganya dan bebaskan seorang hamba. Sesiapa yang tidak mampu, maka kecualikanlah diri selama 2 bulan terus menerus sebagai jalan keampunan kepada Tuhan; sesungguhnya Tuhan Mengetahui, Bijaksana.


1)boleh seorang manusia yang sempurna kejadiannya survive tanpa bercakap dalam masa 2 bulan continously?nak beli barang dapur susah, beli minyak keta susah, nak menegur kesalahan anak susah, nak buat apa apa pun susah. Tak kan ALLAH nah menyusahkan kita?

2)bukankah dengan theory"pengecualian diri=tidak bercakap" menjadikan amalan ini lebih berat bagi orang untuk melaksanakannya jika ada penebusan dosa?pernah kah anda melakukannya secara praktikal untuk mengetahui kebenaran theory anda? iaitu tidak bercakap selama 2 bulan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 03:00 PM | Show all posts
p/s: kalau ada tolokminda dah join, kita semua (khusus pengemar alquran dan alhadis) boleh bertanya pada dia atas kajiannya, tak jadi masalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:05 PM | Show all posts
Reply 8# habibollah

Wah Tuan Habibollah

Cepat betul menjatuhkan hukom atas saya. Tak sangka Tuan dan dah jadi The Judge, The Jury and the Executioner. Hebat. Saya ucapkan Terima Kasih.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 03:19 PM | Show all posts
Reply 11# Al-Patih



   relex lah syeikh,  saya tidak bermaksud untuk menyakiti syeikh, tapi biarlah kita sama menerima pendapat masing2 secara hati yang terbuka, saya langsung tidak ada rasa prejudis terhadap syeikh

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 06:12 PM | Show all posts
Zip: teruskan dengan sakit hati awak tu
habibollah Post at 5-10-2011 09:52


sapa pulak yg sakit hati dgn habibola...sundri punya perasan...ppprrrfffggghhtttt  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 09:04 PM | Show all posts
Reply 13# zippelius


   Alhamdulillah ....iye tak iye jugak...terima kasih kerana mengingatkan saya tentang awak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 10:55 PM | Show all posts
Tenang.

Kita dengar dulu... Solat dikatakan komitmen, haji dan umrah dikatakan R&D, puasa dikatakan  pengecualian, dan apa pula yang dikatakan dengan Zakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 02:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 7-10-2011 18:00

bismillah hir rahman nir rahim

THEORY KEDUA: SOLA/SOLAT= KOMITMENT
jika dibaca penerangan tolokminda ni memang berpengaruh dan sungguh meyakinkan tetapi kesahihannya amat dipertikaikan. marilah kita mengkaji theory tolokminda bersama.

Pada kefahaman saya, saya berpendapat – di dalam Al-Quran – secara umumnya Tuhan membahagikan satu hari kepada empat (4) bahagian iaitu;
Pagi
Petang
Awal malam, dan
Malam


PENERANGAN TOLOKMINDA:
"..komitmen kita di waktu malam adalah berehat iaitu tidur."
"..bahagian-bahagian hari yang lain – pagi, petang dan awal malam – iaitu sebelum waktu tidur, Tuhan suruh kita penuhi waktu-waktu itu dengan menunaikan komitmen atau dengan kata lain, Tuhan suruh kita buat kerja – selesaikan semua urusan dan tanggungjawab..."

APAKAH JENIS KOMITMENT ITU?
solaa @ komitmen bukan saja perkara yang berkaitan ketetapan-ketetapan yang telah direstui Tuhan (masjidillah) secara khusus tetapi turut melibatkan semua komitmen yang berada dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) seperti yang melibatkan kerjaya, perniagaan, mencari ilmu, menguruskan rumahtangga, bersukan, melayan anak-anak dan seribu satu macam hal lagi.


KESAN KOMITMENT KEPADA MANUSIA:
Saya rasa cukup yakin. Maka itu ketetapan Allah supaya kita mendahulukan yang lebih utama apabila melaksanakan solaa @ komitmen dapat dibuktikan apabila secara universal ia adalah selaras dengan tabiat orang-orang yang berjaya di dunia ini.


JIKA DIKAJI DENGAN AYAT AL-QURAN:

SOALAN 1:
2:153  Wahai kamu yang percaya! Mintalah pertolongan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya Tuhan bersama-sama mereka yang sabar.


**bagaimanakah meminta pertolongan kepada ALLAH melalui komitment yang diertikan "kerjaya, perniagaan, mencari ilmu, menguruskan rumahtangga, bersukan, melayan anak-anak dan seribu satu macam hal lagi" itu?

SOALAN 2:
2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,


** bagaimanakah cara mengerjakan komitment yang berhadapan dengan manusia dalam masa yang sama, komitment itu dilakukan dengan rendah hati terhadap ALLAH?

** ATAU jika maksud rendah hati itu bukan terhadap ALLAH, bagaimana caranya merendahkan hati terhadap manusia sedangkan komitment itu untuk ALLAH dan untuk mengingati ALLAH? bertepatan dengan ayat ini:

108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.

dan

20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.


SOALAN KE 3:
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.


betul ke kommitment yang baik itu menghindarkan kita dari kemungkaran? tak tahu lah dunia mana awak tingal tetapi secara reality, kejahatan/kemungkaran itu tetap berlaku walaupun kerja baik dilakukan; example, dikutuk, aurat yang nampak, mengumpat, diinaya kerana dengki, pandangan ain, gila harta dan sebagainya. awak boleh cari kerja mana2 yang awak mahu, jadi polis ke, jadi asgar ke, jadi ustaz ke, jadi pemandu sekolah ke, semua tetap menghadapi kejahatan/kemungkaran.

SOALAN KE 4:
24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.




**bagaimana malaikat berkomitment pada ALLAH yang secara langsung berhadapan dengan ALLAH?

petikan terjemahan adalah dari halaman e-bacaan.com yang digemari oleh penolak hadis, jika ada kesalahan dalam terjemahan, saya amat berbesar hati jika tolokminda yang membetulkannya.

pernahkah kamu terfikir setiap perkataan "solati" banyak di iringi dengan ayat "وَأَقِيمُوا", inilah
kebijaksanaan ALLAH  didalam karyanya iaitu ALQuran  dan dapat dilihat dari surah:
(2:43, 2:83, 2:110, 4:77, 10:87, 24:56, 58:13, 73:20) وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

rujukan makna boleh dilihat dari:
bulih rujuk http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=qwm#(4:77:9)


jadinya apa kah pengertian وَأَقِيمُوا? dan layakkah "Solati" itu di terjemahkan sebagai "Komitment"
KOMEN:

bila di rujuk "17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan...17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu membangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji." ...ini bertentangan dengan theory tolokminda ""..komitmen kita di waktu malam adalah berehat iaitu tidur."

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2011 03:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 7-10-2011 15:31

sambungan:

SOALAN KE 5:
"..komitmen kita di waktu malam adalah berehat iaitu tidur."


berdosakah mereka yang tidak tidur malam seperti pekerja sekuriti, orang memancing sebagai hobby, jetleg, pengawas bintang, pemandu texi malam dll

SOALAN KE 6:
Saya rasa cukup yakin. Maka itu ketetapan Allah supaya kita mendahulukan yang lebih utama apabila melaksanakan solaa @ komitmen dapat dibuktikan apabila secara universal ia adalah selaras dengan tabiat orang-orang yang berjaya di dunia ini.


**betul ke tabiat orang yang berjaya di dunia ini banyak mengutamakan kommitment? Boleh ke berikan saya 1 nama sahaja untuk support theory anda tu?


**kenapa orang yang miskin atau berpendapatan rendah,yang sentiasa melakukan komitmentnya masih merasa kegagalan hidup?

SOALAN KE 7:
Bagaimana kah kommitment itu boleh menjadi amalan penghubung kepada ALLAH secara spriitual?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 03:32 PM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 7-10-2011 18:08

SOALAN KE 8:
**bagaimana komitment itu boleh berjaya menambah keimanan kepada ALLAH, kitab2 ALLAH,Malaikat2, Rasul2 dan hari akhirat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2011 12:12 AM | Show all posts
SOALAN KE 9:

2:153  Wahai kamu yang percaya! Mintalah pertolongan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya Tuhan bersama-sama mereka yang sabar.


**bagaimana awak minta tolong pada ALLAH melalui kommitment iaitu tidur?
** DAN bagaimana anda berhubung dengan ALLAH melalui tidur?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.085122 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list