View: 3170|Reply: 3
|
Mamat ni duk dalam hutan ke?
[Copy link]
|
|
SLOT drama Akasia berjudul Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ternyata mampu menarik jutaan penonton.
Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam. Lakonan Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izora Aishah dan Azhar Sulaiman walaupun berkualiti dan mempunyai identitinya tersendiri mempunyai jalan cerita seperti menggambarkan masyarakat Melayu kini terlalu rendah moralnya. Diharap drama berunsur negatif dan tidak menunjukkan moral murni perlu ditapis supaya tidak menjejaskan pemikiran orang Melayu dan pemikiran kaum lain terhadap bangsa Melayu.
Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.
SYED OSMAN,
Ampangan, Seremban. |
|
|
|
|
|
|
|
hm.... dah tu tak tragikla kalu yang merogol sume pun mat pet.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah mmg skunk melayu dah urban............yg buang bayi sape lagik....merogol....mat pet.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry sbb source based on komen pembaca jadi x perlu nak dikembangkan nak kutuk mamat dari Ampangan ni lah ye...
Sekian terima kasih |
|
|
|
|
|
|
| |
|