CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Tiada Yang Lain

[Copy link]
 Author| Post time 16-1-2012 03:40 PM | Show all posts
Tiada Yang Lain... (20)

Tuan Zakuan mencampakkan sampul surat yang berisi gambar-gambar berahi antara Puan Mariyah dan Hazwan ke atas katilnya. Penumbuk dikepal dan satu tumbukan padu dilepaskan ke arah kaca yang menjadi pembahagi ruang di bilik hotelnya. Darah merah yang mengalir di buku lima dibiarkan menitis. Tiada siapa yang berani menegur Tuan Zakuan waktu itu. Baik Abang Rizal mahupun Kak Sheila, ke dua-dua mereka hanya menundukkan kepala. Nasib baik waktu itu anak-anak buah yang lain berada di dalam bilik masing-masing, jika tidak, pasti amarah Tuan Zakuan lebih teruk lagi.

Kotak cerut jenama Louixs dibuka. Dikeluarkan sebatang dan dikerat hujungnya. Pemetik api dihidupkan dan Tuan Zakuan mula menyedut asap dan aroma tembakau buatan tangan dari Cuba itu. Darah yang semakin banyak menitis di buku limanya masih menitis laju. Saakit yang dirasai di tangannya saati ini tidak sehebat rasa sakit di bahagian dada. Dia tidak pasti adakah sakit itu kerana menahan perasaan atau kerana hatinya yang sakit melihat gambar-gambar Puan Mariyah dan kekasih mudanya.

Abang Rizal teragak-agak mahu berkata-kata. Dia memandang Kak Sheila dan mengangkat-angkat keningnya memberi isyarat supaya berkata sesuatu. Waktu untuk mereka bertemu dengan Jacky semakin hampir. Jika keadaan Tuan Zakuan tidak stabil, bagaimana lelaki itu mahu membincangkan tentang urusan mereka di sini.

Satu dengusan kasar kedengaran dari Tuan Zakuan.

“Rizal, aku mahu kau hapuskan budak mentah dalam gambar ni. Buat seperti biasa. Parasit seperti dia tak boleh dibiarkan hidup lama.” Arahan dari Tuan Zakuan memang sudah diduga oleh Rizal. Dia hanya mengangguk tanpa apa-apa bantahan.

“Sheila, kau cari siapa dalang di sebalik penghantaran gambar ni. Aku mahu berurusan dengan dia.”
Kak Sheila juga hanya menganggukkan kepalanya. Sudah lama Tuan Zakuan tidak mengotorkan tangannya dan kali ini, dia memang benar-benar serius.

Sehelai sapu tangan ditarik keluar dari poket seluarnya. Tangan yang berdarah di cuci dan dibalut dengan sapu tangan sahaja. Rambut yang sedikit kusut di rapikan. Wajah Tuan Zakuan kelihatan lebih serius dari biasa. Dia melangkah keluar dari bilik Suite mewahnya diikuti oleh Rizal dan Sheila. Dia mendail nombor seseorang dari telefon bimbitnya.

“Hello, Jacky…..”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 03:41 PM | Show all posts
Suasana di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad hingar bingar. Emosi para pelajar bercampur baur ekoran keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari itu. Ada pelajar yang menjerit keseronokan kerana mendapat keputusan yang cemerlang dan aa juga yang menitiskan airmata kesedihan kerana keputusan di tangan tidak seperti yang diharapkan.

Rhea masih di dalam kereta. Belum ada tanda-tanda untuk dia keluar dan mendapatkan keputusannya. Hatinya berdebar-debar kerana takut. Dia takut jika keputusannya tidak sebaik seperti yang dia harapkan. Bibir di gigit lembut dan anak rambut yang terjuntai di dahi dikuis-kuis. Tapak tangannya yang lembap dan berpeluh terasa sangat sejuk. Jika boleh, dia mahu memengsankan diri dan mengelak dari mengambil keputusan hari ini.

Telefon yang berbunyi dari tadi hanya dibiarkan berhenti sendiri. Dia tahu siapa yang menelefon tanpa perlu melihat nama si pemanggil. Pasti Armand yang mahu mengetahui tentang keputusannya. Ah, saat ini dia tidak mahu menjawab panggilan dari sesiapapun.

“Rhea, still tak ready ker? Dah lama sangat kita duduk dalam kereta ni, nanti apa pula kata orang kat luar?” perlahan sahaja Zariff menegur Rhea.

Dia tahu apa yang bergolak di dalam dada gadis itu kerana dia juga pernah mengalami perasaan yang sama 10 tahun lalu malah perasaan takut dan gementarnya lebih hebat kerana waktu dia dahulu, arwah ayahnya sudah memberitahu jika dia tidak lulus, maka dia akan di ikat di pokok mangga yang penuh dengan kerengga di depan rumah mereka. Menggigil kepala lututnya ketika itu bila dia mendengarkan perkataan kerengga. Alhumdulillah, keputusan yang dia dapat sangat membanggakan sehingga dia layak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Segaris senyuman terlakar di bibir Zarif.

“Zarif, awak temankan saya sampai pejabat sekolah, boleh? Saya nervous la.”

Tanpa di sedari, Rhea sudah memegang erat lengan Zarif. Kegugupan yang dia rasai membuatkan dia seperti hilang tumpuan. Zarif pula hanya memandang kearah lengannya yang masih dipaut. Walaupun berlapik dengan lengan baju, dia dapat merasakan jari jemari Rhea yang sejuk membeku umpama berada di dalam peti sejuk.

“Rhea, you have to let me go…..” Zarif sedang cuba merenggangkan pegangan tangan Rhea tapi sebaliknya gadis itu semakin memperkemaskan genggamannya.

“I don’t want to let you go, Zarif. Please…” separuh merayu Rhea meminta Zarif menemaninya.

“Rhea, you have to let me go. Kalau awak tak lepaskan pegangan tangan awak ni, macam mana saya nak temankan awak keluar.”

“ha! Ops… sorry. Blur sekejap” tersipu-sipu Rhea menahan malu dek kerana kelakuannya sendiri.

~Adeh la…. Macam mana boleh terbabas dok peluk tangan anak bujang orang sampai tak ingat dunia ni.

Zarif keluar dan membukakan pintu kereta Rhea. Sebaik sahaja keluar, Rhea menarik nafas panjang dan memulakan langkah ke arah pejabat sekolah dengan lafaz Bismillah. Sampai di hadapan pintu pejabat sekolah, Rhea mengambil masa yang lama untuk masuk. Zarif pula memilih untuk terus tunggu di luar pejabat. Tidak manis rasanya untuk dia masuk ke dalam pejabat sekolah sekali dengan Rhea kerana tugasnya hanyalah sebagai pengawal peribadi sahaja dan bukanlah penganti arwah ibu dan bapa gadis itu.

Kehadiran Zarif yang menanti Rhea di hadapan pintu pejabat sekolah menjadi buah mulut beberapa pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam di sekolah tersebut. Laluan kaki lima pejabat yang jarang dilalui oleh pelajar secara tiba-tiba menjadi laluan pilihan utama. Semuanya gara-gara ingin melihat gerangan jejaka yang sekejapan menjadi bahan berita utama di kalangan para pelajar senior.

Setelah hampir lima belas minit menanti dengan penuh sabar, kelibat Rhea muncul tapi wajahnya kelihatan muram dengan bekas linangan airmata kelihatan amat jelas di pipi. Zarif ingin sekali bertanya tapi pertanyaannya hanya disimpan di dalam hati bila melihatkan keadaan Rhea yang mungkin sedang bersedih.

~ Gagal agaknya!

Hati kecil Zarif berbisik. Langkah Rhea yang terus laju menuju ke arah kereta menguatkan lagi andaian hatinya tadi.

“Aulia!!!”

Langkah Rhea terhenti serta-merta bila dia terdengar seseorang menjerit memanggilkan namanya. Hanya seorang sahaja yang akan memanggilnya dengan nama itu. Seseorang yang pernah melukakan hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 04:11 PM | Show all posts
alaaaa...suspennye...hihihih.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 04:36 PM | Show all posts
sapa lak yg tegur RHEA nie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 05:51 PM | Show all posts
wahhh..akhirnye ade gak n3 setelah bbulan2 mel tgu..yihaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 11:24 AM | Show all posts
wahhh..akhirnye ade gak n3 setelah bbulan2 mel tgu..yihaaaa
melinda_gordon Post at 17-1-2012 17:51


sori kerana telah membuatkan awak menunggu lama.... insya-Allah.... beberapa entry lagi akan menyusul.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2012 11:26 AM | Show all posts
sori kerana telah membuatkan awak menunggu lama.... insya-Allah.... beberapa entry lagi akan me ...
roti_planta Post at 18-1-2012 11:24



    hehe..takde hal la..janji entry ade pun dah cukup..mmg peminat setia MAC dan TYL..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 09:55 PM | Show all posts
sambung lg ye...:0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2012 03:54 PM | Show all posts
Tiada Yang Lain... (21)

“Eh, Abang Adib. Buat apa katsini? Cuti ker?” Rhea sekadar berbasa basi menegur lelaki yang dipanggil Adibitu.


“Abang temankan Suhana ambilkeputusan SPM dia. Aulia balik dengan siapa?” Mata Adib masih tidak lepas-lepasmemandang wajah manis gadis yang pernah memujanya dahulu. Dia mengakui yanggadis manis ini semakin bertambah cantik dan menawan.


“Er…er… Aulia balik dengan…er…er… er… bakal tunang.” Spontan sahaja jawapan itu keluar dari mulut Rhea.Fikirannya tidak dapat memikirkan apa lagi alasan yang paling baik untuk diamelarikan diri dari Adib saat ini.


“Bakal tunang? Mana?” Adib tidakpercaya dengan apa yang dia dengar dari mulut Rhea. Tak mungkin gadis itu akanmenamatkan zaman bujangnya seawall ini. Mustahil!


Tangan Rhea pantas sahaja menarikZarif supaya berdiri di sebelahnya. Zarif yang tidak tahu-menahu butirperbualan antara Rhea dan Adib kelihatan agak terpinga-pinga.


“Abang Adib, Aulia kenalkan, inibakal tunang Rhea, Zarif”


Zarif yang mendengar Rheamemperkenalkan dia sebagai bakal tunang memandang tepat ke arah gadis itu.Matanya dikecilkan sedikit. Genggaman tangan Rhea yang sedikit mencengkamlengannya membuatkan dia faham apa yang perlu dia lakukan saat ini.


“Assalamualaikum. Saya Zarif,BAKAL tunang Rhea” Zarif menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Adib. Diadapat mengesan riak terkejut  di wajahlelaki itu.


Adib menyambut huluran tanganZarif tetapi matanya masih tidak lepas dari merenung Rhea.Entah kenapa jauh disudut hati kecilnya kini ada rasa sakit dan pedih bila gadis itu menyebuttentang bakal tunang. Lebih sakit hati lagi bila dia melihatkan yang bakaltunang Rhea Aulia itu kelihatan sangat hebat. Dengan penampilan seperti seorangmodel, Adib pasti, lelaki yang itu mempunyai karier yang sangat hebat dan tidakdapat dinafikan langsung yang mereka memang sangat secocok berdua.


“so lepas ni Aulia nak pergimana? Balik rumah Pakcik Amin atau pulang terus ke Melaka?” Adib masih mahuberlama-lama berbual dengan Rhea. Masih belum puas dia menatap gadis itu.


Zarif yang menyedari pandanganmata Adib yang tidak lepas dari mneliti Rhea berasa kurang senang.


“Kami akan singgah ke kubur arwahayah dan ibu Rhea, kemudian kami akan balik terus ke Melaka. Tak manis pulakalau kami pulang ke rumah keluarga Rhea jika hanya kami berdua sahaja.”Jawapan spontan dari Zarif membuatkan Rhea kehilangan kata-kata.


-
Pandai-pandaijer pakcik ni nak tentukan. Siapa majikan sekarang? Aku ker dia?


Ayat-ayat tak puas hati itu hanyabergema di dalam kotak minda Rhea sahaja. Mana mungkin dia berkata sedemikiandi hadapan Zarif.


Adib masih ingin berkata sesuatudengan Rhea tapi melihatkan reaksi Rhea yang seperti tidak gembira, dia segerameminta diri. Lagi pula dia tidak mahu nanti Suhana ternampak dia menegur Rhea,boleh jadi isu negara. Bukan dia tidak tahu tahap cemburu Suhana terhadap Rhea.Jika boleh, kekasihnya itu mahu Rhea hilang dari bumi Johor, barulah dia puashati. Adib pun pelik macam mana dia boleh terjatuh hati pada Suhana. Harapkanmuka sahaja cantik, tapi cemburunya, mengalahkan bercinta dengan Anuar Zain.Pantang ada gadis yang menjeling ke arah Adib, pasti seminggu la merekabertengkar.


Sebaiksahaja Adib berlalu, Rhea segera meloloskan dirinya ke dalam kereta. Dia tidakmahu berlama-lama di luar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 04:25 PM | Show all posts
ooo...ex RHEA rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 04:47 PM | Show all posts
ooo...ex RHEA rupanya...
shahrinas Post at 26-1-2012 16:25


tak berapa nak ex la sebenarnya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 04:48 PM | Show all posts
Muncung Rhea masih lagi panjang sedepa. Zarif tidak tahu apa yang membuatkan gadis itu tidak berpuas hati. Sudah separuh perjalananmereka lalui, tapi sepatah kata pun belum keluar dari mulut comel gadis itu. Zarif mati kutu. Dia menarik satu nafas panjang sebelum melontarkan pertanyaan kepada majikannya itu.

“Rhea, nak singgah kubur tak?”

Tiada jawapan yang diterima, hanya anggukan kepala sahaja yang menunjukan persetujuan.

“Kubur arah mana? Boleh tunjukkan jalan?” Zarif masih belum berputus asa.

“Jalan terus, depan sikit ada stesen minyak Petronas sebelah kiri. Parking kat Petronas tuh jer. Kubur sebelah stesen minyak tuh.”

Tegas sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Rhea. Zarif tahu yang mood putting beliung sedang melanda jadi dia mengambil langkah selamat untuk terus berdiam diri sehinggalah tiba di stesen minyak yang Rhea sebutkan.

Rhea menyarungkan selendang yang dibawa bersama dan terus sahaja keluar dari kereta tanpa menunggu Zarif. Sebaik memastikan kereta di kunci, Zarif bergegas menuruti langkah Rhea yang sudah semakin jauh ke hadapan. Rhea berhenti di hadapan sepasang pusara yang cantik terjaga. Terdapat sebatang pokok pudding yang memisahkan antara dua pusara tersebut. Pusara di sebelah kiri tertulis nama Aurel Adelia Chin Binti Abdullah manakala yang di sebelah kanannya pula tertulis Aminuddin Bin Abdullah. Zarif pasti itulah pusara milik arwah kedua ibu bapa Rhea.

Rhea membentangkan tikar dan mengambil masa beberapa minit untuk memulakan bacaan Yaasin. Bacaan yang tersangkut-sangkut dek kerana menahan kesedihan menghantar secebis rasa pilu di hati kecil Zarif. Dia dapat merasakan betapa gadis itu amat merindui kedua ibu bapanya. Dia juga begitu. Kerinduan itu akan hadir setiap kali dia habis menunaikan solat.

Zarif berdiri di belakang Rhea sambil memerhatikan sekeliling kawasan tanah perkuburan yang sunyi itu. Tidak banyak rumah yang berdekatan mungkin kerana mitos kubur dan hantu yang sinonim. Pengunjung pusara juga tidak ramai. Hanya 3 pusara sahaja yang sedang dikunjungi saat ini termasuk la pusara arwah ibu bapa Rhea. Saat matanya memandang ke arah jalan raya, sebiji Land Rover model Discovery 4 menarik perhatiannya. Diparkirkan betul-betul setentang dengan tempat di mana dia dan Rhea berada. Zarif tahu ada yang memerhatikan mereka ketika ini. Pada waktu yang sama…..

“Rhea! Tunduk!!!!!” Zarif menjerit dan memaut kuat tubuh Rhea. DIa membawa Rhea lari bersembunyi di belakang salah satu pokok tembusu yang terdapat di kawasan tanah perkuburan tersebut. Beberapa butir kelongsong berterbangan di sekeliling mereka. Bunyi jeritan bersimpang siur dengan bunyi brek dan hon dari kenderaan di seberang jalan.

Rhea memaut erat tubuh Zarif. Dapat Zarif rasakan cengkaman kuat dari jari jemari Rhea yang menembusi lengannya saat ini. Pasti gadis itu takut separuh mati. Dia sendiri merasakan debaran yang sangat hebat di dadanya. Debaran kerana serangan dari musuh bercampur pula dengan debaran kerana pelukan erat dari Rhea. Segala-galanya bercampur baur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 04:48 PM | Show all posts
Tuan Zakuan meninggalkan perbincangan yang berlangsung antara dia dan Jacky dengan tergesa-gesa. Panggilan telefon yang di terima oleh Sheila membuatkan hatinya sangat tidak senang. Walaupun Sheila memberi jaminan yang Rhea berada dalam keadaan yang selamat, dia tetap mahu pulang untuk melihat sendiri dengan kedua belah matanya.

Segala urusan yang telah dirancangkan selama ini terpaksa dibatalkan. Tuan Zakuan tahu pasti ada pihak yang akan tertekan dengan keputusannya untuk pulang segera ke Malaysia, tapi dia lebih pentingkan keselamatan Rhea berbanding perkara lain. Amanah yang diberikan oleh Amin harus dia pegang sebaik mungkin walau dia terpaksa korbankan nyawanya sendiri.

“Rizal, aku mahu kau cari sampai lubang cacing si bangsat yang cuba nak menghancurkan Rhea. Kalau boleh, aku tak mahu sehelai rambut pun yang tinggal dari si bangsat tu. Sheila, kau pastikan Rhea dibawa pulang terus ke kondo. Jangan singgah di mana-mana walaupun rumah keluarganya. Keadaan amat berbahaya sekarang.”

Setiap pesanan yang keluar dari mulut Tuan Zakuan di dengar dengan teliti oleh Abang Rizal dan Kak Sheila. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua. Mereka amat memahami betapa getirnya situasi ketika ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 04:49 PM | Show all posts
Siaran berita perdana di televisyen membuatkan kepala Armand berpusing ligat. Berita tentang penemuan satu jasad wanita muda dengan perut terburai di kawasan tempat pembuangan sampah benar-benar memualkan perutnya. Lebih mengerikan lagi, wanita itu dipercayai hamil dan anak di dalam kandungannya telah dikeluarkan secara paksa. Armand tidak menunggu lama, remote control di capai dan siaran ditukar. Walaupun kini wajah jelita pelakon pujaannya yang terpampang, dia masih belum dapat melupakan berita yang ditonton sebentar tadi.

Didalam kepala Armand kini terlayar peristiwa yang menimpa Aunty Aurel dahulu. Dia tahu yang Aunty Aurel bukan meninggal dunia kerana kemalangan. Dia sudah cukup matang waktu itu untuk membezakan antara kemalangan dengan pembunuhan. Tidak logic jika kemalangan jalan kaki menyebabkan kepala pecah dan isi perut terburai. Lebih teruk lagi bila Aunty Aurel hanya dilanggar oleh motorsikal cabuk dan bukannya dilanggar bas atau lori kontena.

Armand tahu ada sesuatu di sebalik kematian Aunty Aurel tapi sehingga kini dia masih tidak dapat meneka siapa yang begitu kejam sehingga sanggup membunuh wanita yang baik dan lemah lembut itu. Wanita yang rajin melayan rajuk dan ragam dia dari dia kecil. Wanita yang memberikan dia secebis rasa kasih sayang yang tidak dia temui dalam diri ibu kandungnya sendiri. Wanita yang menyuapkan dia makanan dengan penuh sabar.

Tanpa Armand sedari, titis airmata sudah membasahi pelupuk matanya. Belum sempat jari jemarinya Armand menyapu sisa tangisan, ada jari lain yang lembut sudah mendahuluinya. Bukan sahaja airmata yang di sapu, tapi seluruh wajah kacak Armand di usap dengan manja.

“Why baby? Wanna share?” Gabriel berbisik perlahan di tepi telingan Armand. Jari jemarinya yang tadi mengusap wajah lelaki itu kini mengulit dada Armand yang bidang. Butang t-shirt yang Armand pakai kini di buka satu persatu.

Sebelah tangan Armand memeluk erat tubuh kecil milik Gabriel. Satu kucupan kecil dihadiahkan di dahi Gabriel. Soalan yang ditanya oleh Gabriel dibiarkan tanpa jawapan. Dia sedang menikmati wangian yang terbit dari tubuh Gabriel. Wangian yang sentiasa memabukkan dia bila mereka bersama. Gabriel masih lagi leka mengusap dada Armand.

Kucupan yang bermula dari dahi tadi kini beralih ke pipi dan leher. Wajah Armand kini tersembunyi di celahan rambut Gabriel yang panjang mengurai. Armand kini mengangkat tubuh Gabriel dan diletakkan di atas ribanya. Blaus halter neck yang dipakai oleh Gabriel semakin longgar ikatannya. Saat kucupan Armand semakin hangat, telefon bimbit miliknya berbunyi nyaring. Armand seakan tidak peduli tentang panggilan yang masuk, tapi bila Gabriel menolak tubuhnya perlahan dan berpaling untuk mencapai telefon yang terletak di atas meja kopi, Armand terpaksa akur. Bila melihat sahaja nama pemanggil yang tertera, wajah Armand serta merta berubah. Punat hijau ditekan.

“Hello, mama….”
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 04:54 PM | Show all posts
kesian RHEA...memacam...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 10:47 PM | Show all posts
sambung lg...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2012 06:46 PM | Show all posts
Tiada Yang Lain... (22)

Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Rhea sejak mereka meninggalkan tanah perkuburan. Kereta Mini Cooper Type ‘Z’ yang dipandu oleh Zarif meluncur laju. Jarum meter hampir mencecah 200/kmj ketika mereka melalui laluan lebuhraya. Kalau dalam situasi yang normal, pasti sudah panjang berjela leteran dari Rhea tapi kali ini, gadis itu langsung tidak ambil peduli. Apa yang dia tahu, dia mahu segera sampai ke apartmentnya, berapa laju kereta yang dipandu oleh Zarif ketika ini, itu bukan persoalan yang besar.

Zarif mengerti apa yang bermain di minda Rhea. Sedikit sebanyak dia juga rasa terancam dengan kejadian yang baru berlaku tadi. Dia langsung tidak mempunyai peluang untuk membuat serangan balas. Ternyata senjata yang penyerang mereka gunakan adalah antara senjata yang tercanggih di pasaran. Tidak keterlaluan jika Zarif mengandaikan yang senjata yang mereka gunakan tadi masih belum memasuki pasaran Asia. Jika ada sekalipun, pasti ianya didapati dari pasaran gelap. Zarif mengingatkan dirinya supaya tidak lupa menghubungi Karen, salah seorang teman lama yang dia kenali sewaktu berada di Singapura dahulu. Pasti wanita itu dapat memberikan maklumat yang dia perlukan.

Tangan Rhea yang menggenggam kuat tali pinggang keledar di capai lembut. Kehangatan dari tapak tangan Zarif membuatkan Rhea berpaling memandang ke arah lelaki itu.

“Zarif……..”

“hurmmm….”

“Saya takut….” Pecah empangan airmata yang ditahan dari tadi. Sedu sedan yang mengiringi tangisan Rhea membuatkan hati Zarif menjadi sayu. Ingin sekali rasanya dia memberhentikan kereta saat ini dan memeluk erat tubuh gadis itu sebagai tanda yang dia akan sentiasa bersama walau apa sekalipun yang berlaku. Tapi semua itu hanyalah di dalam jangkauan akal dia sahaja.

Zarif membiarkan Rhea menggenggam erat tangannya jika itu yang dapat membuatkan gadis itu berasa selesa dan selamat walaupun dia sendiri tidak selesa.

Sebentar tadi dia telah memberitahu Kak Sheila tentang keadaan dan situasi yang mereka hadapi. Kak Sheila menyuruh mereka segera pulang ke apartment dan mereka tiadk dibenarkan untuk singgah atau berhenti di mana-mana sekalipun. Mereka amat bernasib baik kerana Zarif telah mengisi minyak semasa mereka menghala ke tanah perkuburan sebentar tadi, jadi mereka memang tiada kepentingan untuk berhenti. Ketika ini mereka baru sahaja melepasi Jambatan Sultan Ismail. Keadaan trafik yang sesak membuatkan perjalanan mereka tersangkut-sangkut.

Rhea sudah terlelap ketika kereta mereka melepasi sempadan negeri Johor-Melaka. Sebaik sahaja memasuki Lebuhraya AMJ, Zarif meneruskan pecutan. Dari ekor matanya dia dapat menangkap kelibat sebiji kereta Mitsubishi Lancer yang membontoti kereta yang sedang dia pandu.

“Ah.. Sialan. Bala apa lagi yang menanti kini.” Hati kecil Zarif berbisik.

Kereta yang mengekori mereka kini semakin menghampiri, tapi yang menjadi persoalan di minda Zarif ketika ini, tiada tanda-tanda yang kereta itu mahu menyerang mereka kerana sejak dari tadi, jarak diantara kereta dia dan kereta meng mengekori itu kekal sahaja. Jika kereta yang mengekori itu benar-benar mahu menyerang dia dan Rhea, pasti mereka telah memecut laju setiap kali ada peluang.

Apabila ternampak sahaja papan tanda Pantai Klebang, hati Zarif berasa sedikit lega. Dia tidak bimbang langsung tentang dirinya tapi apa yang menjadi keutamaan dia kini adalah keselamatan Rhea. Sekiranya Rhea tercedera, pasti dia akan dipersalahkan sepenuhnya.

Sebaik sahaja kereta yang dia pandu memasuki kawasan apartment yang mereka duduki, kelibat kereta Mitsubishi yang mengekori mereka juga meluncur pergi. Zarif yakin, kereta itu pasti merupakan anak-anak buah Tuan Zakaria yang dihantar untuk memastikan keselamatan Rhea lebih terjamin. Ini membuatkan Zarif semakin pelik.

-Siapa sebenarnya gadis ini –

Satu soalan yang sering hadir di dalam fikirannya tapi sehingga kini belum ada jawapan yang dia jumpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 06:47 PM | Show all posts
Rhea tersedar bila dia merasakan satu sentuhan hangat di pipinya.

“Abang Armand?”

“What happened, my dear?” Armand bertanya lembut. Dia dapat melihat ketakutan dari dalam mata Rhea. Pasti gadis itu sedang berada dalam keadaan trauma sekarang ini.

wǒ bù zhīdào (Rhea tak tahu)” Rhea menjawab dengan nada suara yang bergetar. Di dalam kotak fikirannya kini terbayang kembali aksi tembak-menembak yang berlaku.

nǐ shēntǐ hǎo ma (Rhea ok tak?)” Armand mengusap lembut kepala Rhea.

háixíng. méiyǒu shénme kě dānxīn de. (Rhea ok. Abang jangan bimbang.)” Rhea menarik tangan Armand yang berada di atas kepalanya dan menggenggam erat jari jemari lelaki itu.

“Rhea rehat dulu, abang tunggu kat luar. Clear your mind. We will sort this thing out very soon.” Armand membetulkan kedudukan bantal Rhea dan menyuruh gadis itu merebahkan badannya. Ketika dia bangun untuk keluar dari bilik, Rhea menarik pantas lengannya.

“How did you know?” Rhea menyoal.

“Zarif yang bagi tahu. Dia call abang guna phone Rhea. He is worried about you.” Armand tersenyum sinis bila melihat wajah Rhea yang memerah bila dia memberitahu tentang Zarif. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.

“Dia mana?” Rhea bertanya tentang Zarif.

“Dia ada kat ruang tamu. Waiting for papa and Kak Sheila to arrive. We have a lots of thing to discuss. Rhea berehat je dulu.” Armand mengusap perlahan kepala Rhea sebelum dia berlalu keluar menuju ke ruand tamu.

Tidak perlu menunggu lama, Rhea kembali terlelap dek kerana masih keletihan dari segi emosi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 06:48 PM | Show all posts
“Kau pasti lelaki-lelaki yang menyerang kau dan Rhea hari ni bukan berasal dari sini?” Serius sahaja nada suara Armand bertanya kepada Zarif. Bukan dia meragui kecekapan dan ketangkasan lelaki itu tetapi dia cuma inginkan satu kepastian sebelum dia dan ayahnya mengambil tindakan yang lebih jauh. Tiada kompromi dalam memastikan keselamatan Rhea terjamin.

“Aku pasti. Senjata yang mereka gunakan juga masih baru di pasaran gelap. Buat masa ni, senjata tu cuma boleh diperolehi di China atau Taiwan sahaja. Aku juga sudah meminta pertolongan seorang sahabat yang arif tentang penjualan senjata api di pasaran gelap untuk mendapatkan senarai pembeli yang membeli senjata api terkini yang digunakan oleh mereka yang menyerang aku dan Cik Rhea. Sahabat aku itu akan menghubungi aku dalam sehari dua lagi.” Zarif masih mempamerkan wajah yang tidak berperasaan. Wajah lelaki yang beku dan dingin.

“Sahabat kau tu, boleh dipercayai ke?” sinis soalan yang keluar dari mulut Armand.

“pada aku istilah sahabat itu sangat besar maknanya. Aku mempercayai sahabat lebih dari nyawaku sendiri. Terpulang pada kau untuk menilainya, tapi aku tahu yang sahabat aku ini boleh membantu. Atau mungkin kau mempunyai cara lain untuk mencari siapa penyerang kami. Mungkin juga kau boleh bertanya kepada ‘kekasih gelap’ yang kau sayangi itu. Dia mungkin dapat membantu kau di saat-saat seperti ini.”

Tersentak Armand bila Zarif menyebut tentang ‘kekasih gelapnya’. Satu pandangan tajam yang berbisa dihadiahkan kepada Zarif tapi lelaki itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Apa maksud kau dengan ‘kekasih gelap’. Apa yang kau tahu tentang aku?” keras sahaja suara Armand bertanya.

“Apa yang aku tahu, itu tidak penting buat masa ini. Tapi aku mahu ingatkan kau, berhati-hati dengan ‘kekasih gelap’ kau itu. Dia mungkin tidak senaif yang kau sangka.” Armand membalas tenang.

“Aku lebih mengenali dia dari kau. Aku beri amaran, jangan sesekali kau ceritakan tentang ‘kekasih’ aku kepada sesiapa terutamanya Rhea. Dia masih terlalu mentah untuk memahami segalanya dan aku tak mahu kau masuk campur urusan aku dengan kekasih aku. Anggap sahaja perbualan tentang ini tidak pernah berlaku.” Armand bangkit dari sofa menuju ke arah peti sejuk. Dia perlukan sesuatu yang sejuk untuk meredakan rasa hati yang sudah mula panas berbahang.

- Bagaimana lelaki itu boleh tahu tentang hubungan aku dan Gabriel. Ah! Kusut. Jika dia boleh tahu, tak mustahil satu hari nanti ayah dan mama juga akan tahu. Aku harus bertindak segera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 06:48 PM | Show all posts
“Jahanam!!!!!!!! Macam mana korang semua buat kerja?????? Benda yang remeh macam ni pun tak boleh selesai. Bodoh!!!!!!!” Gabriel menjerit nyaring.

Thuanthong dan Puenthai hanya mampu diam membisu. Mereka tidak berani untuk mencelah bila Gabriel sedang mengamuk. Tiga orang lelaki yang berdiri di hadapan Gabriel hanya tunduk menikus. Jelas kelihatan jari jemari mereka yang menggigil ketakutan kerana gagal melaksanakan segala arahan yang Gabriel berikan minggu lalu. Mereka tahu bala apa yang sedang menanti mereka tapi mereka masih berharap agar Gabriel dapat memberikan peluang kedua untuk mereka

“Thuanthong, suruh mereka berambus.”

Gabriel memberi arahan kepada Thuanthong beserta dengan satu isyarat tangan. Thuanthong menyuruh ketiga-tiga lelaki yang berdiri di hadapan Gabriel tadi supaya keluar dari bilik utama. Gabriel menyelak skirt pendek yang dia pakai dan menarik keluar sepucuk pistol dari sisi pehanya. Belum sempat lelaki yang berada di hadapan sekali membuka pintu bilik, Gabriel dengan pantas menarik picu pistolnya dan melepaskan tiga das tembakan yang mengenai tepat di kepala ketiga-tiga lelaki tadi.

Thuanthong dan Puenthai hanya memandang tanpa perasaan. Itu bukan kali pertama ianya berlaku. Setiap kali orang suruhannya gagal melaksanakan arahan yang di beri, pasti itu habuan yang akan mereka terima. Gabriel lebih senang melakukannya sendiri.

“Thuanthong, Puenthai, aku mahu kau berdua cari orang lain untuk selesaikan apa yang aku mahu dan pastikan kali ini kerja yang aku mahu selesai, jika tidak, nasib kau berdua juga akan jadi seperti si bodoh yang kaku ni. Bersihkan tempat ini dan uruskan si bodoh ini semua seperti biasa.”

Gabriel melangkah keluar dari bilik dengan memijak tubuh-tubuh kaku yang bergelimpangan di hadapan pintu masuk bilik utama itu. Dia tidak mahu mengotorkan kasut Chanel kesayangannya dengan darah dari lelaki-lelaki bodoh itu.

Thuanthong dan Puenthai yang mendengar kata-kata dari Gabriel tadi memandang sesama mereka. Dalam kepala masing-masing sedang mencari siapakah calon yang ada untuk menyelesaikan semua arahan yang Gabriel berikan. Mereka tak mahu hidup mereka berakhir seperti lelaki-lelaki yang ditembak tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.072217 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list