CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orangbesi

ilmu KALAM

[Copy link]
Post time 22-11-2012 03:32 PM | Show all posts
orangbesi posted on 22-11-2012 01:21 PM
mana saya tahu???
ada yg kata SUNATULLAH dan KALAMNYA - sama
ada yg kata SUNATULLAH dan KALAMNYA ...

Jom tanya Jibril a.s.!
wlpn pd asalnya dia yg bertanya kn?
Dialog atau soal jawab atau wawancara, etc.
antara Nabi s.a.w. dgn Jibril a.s. tu
barulah dikatakan 'Forum Perdana'...

Daripada Saiyidina ‘Umar Radhiallahu ‘anhu beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari
tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki
yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam,
yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir
dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi s.a.w.
lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda
dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda

seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan bahawa Muhammad itu utusan Allah engkau mendirikan sembahyang
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke Baitullah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya
dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang Iman.

Baginda bersabda:
Bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya
kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat
dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.

Baginda bersabda:
Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.
Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Kiamat.

Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.

Baginda bersabda:
Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya
dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam
tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing
berlumba-lumba membina bangunan
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya:
Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda bersabda:
Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

(Hadis riwayat al-Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah dan Ahmad, musnad )

Maka, ada lima persoalan/bahagian:
1. Islam
2. Iman
3. Ihsan
4. Kiamat
5. Tanda² kedatangan kiamat

Secara keseluruhannya saya mengandai:
Bila yg Islam tu banyak²...lbh ramai yg selam-menyelam
Bila yg Iman tu sedikit²...lbh ramai yg kata "aman adja adanya"
Bila yg Ihsan tu jarang²...lbh ramai yg kata "berpada²"
Bila yg Kiamat tu kadang²...lbh ramai yg kata "seribu thn lg"
Bila ditanya Tanda² Kedatangannya...lbh ramai yg kata "x tahu"

ada yg kata SUNATULLAH dan KALAMNYA - sama
ada yg kata SUNATULLAH dan KALAMNYA - dua yg beda
Bila sukatan sunnah tu antara ingat dan lupa
Maka, Allah utuskn para nabi/rasul sbg peringatanNya
Jd, saya katakan yg Islam, Iman dan Ihsan itu - sunnah rasul/nabi
manakala kiamat dan tanda² kedatangannya - sunnatullah

Berdasarkn tanda² kedatangan Kiamat yg menjelaskn:
- Ujian²Nya i.e. dugaan/bebanan (Syaitan²Nya)
- Bala bencana
- RahmatNya

Oleh itu, kedua² sunnatullah dan sunnah rasul/nabi adalah Kalamullah.
- Peringatan kpd hamba²Nya secara terus atau melalui perutusan²Nya

Bole?

p/s: Hang dh buat perbandingan ke belum perihal 9-Musa, 10-Muhammad?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 10:26 PM | Show all posts
@Dzulqarnain

benar, itu Kata Nabi
islam - syariat Nabi kita je kottt
Iman n Ihsan - ahhaaaa sama kan utk semua Rasul2 kannn

cuba dulu yg tu ya
lagipun kan sedara nak berijtihad kannn

bab Musa n Muhammad
maaf ya-dah tak berminat dgn kehebatan makhluk
baik bicara KEHEBATAN TUHAN
syyoooooookkkkkkkkkkkk tauuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:13 AM | Show all posts
orangbesi posted on 22-11-2012 10:26 PM
@Dzulqarnain

benar, itu Kata Nabi
islam - syariat Nabi kita je kottt
Iman n Ihsan - ahhaaaa sama kan utk semua Rasul2 kannn
Gtu le kot
Tp jika Islam itu ke'tunduk'an - maka kena la suntik 'nasikh dan mansukh'
Allah menggantikn dgn yg setara atau yg lebih baik
Berat juga kalau 50 waktu...
Selawat kpd nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlulbaitnya
...juga x lupa kpd Musa a.s.

cuba dulu yg tu ya
lagipun kan sedara nak berijtihad kannn
Bkn saya la saudara...cer tgk bebenang sblh.
Kita bincang adja adanya...

bab Musa n Muhammad
maaf ya-dah tak berminat dgn kehebatan makhluk
baik bicara KEHEBATAN TUHAN
syyoooooookkkkkkkkkkkk tauuuuuuuu
Bkn ke 'mukjizat' itu ayat²Nya juga tanda² kekuasaanNya?

p/s: Saya baru dpt tahu yg 'tongkat' si Musa a.s. bakal diguna oleh Al-Masih Isa a.s.???
- Apa pendapat saudara?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 06:42 PM | Show all posts
@Dzulqarnain

tak berani nak kata apa
sebab para rasul yg lebih tahu ttg umatnya
dan TIAP UMAT ADA SYARIATNYA MASING-MASING

yg Muhammad tu -leh le kita cita sikit2 kannn

yg cuba dulu tu kerana islam - utk umat Muhammad kann
yg iman dan ihsan - utk semua kan
jadi kat mana nak dibezakan dan disamakan..............
ijtihad tu leeeee

Musa - ada lain sikit kann
Isa -pun ada lain sikit kann
Muhammad pulak - leh le kita ikutttttt
teliti punya teliti, kaji punya kaji
tiada kehebatan/mukjizat yg diperlukan....sebenarnya
tapi
DIA yg sentiasa bersama-sama DALAM APA JUA KEADAAN
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 05:39 PM | Show all posts
syukran for sharing ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
saja nak foward
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2016 04:50 PM | Show all posts
salam


قلم - qalam
berbeda dengan
كلام - kalam



قلم - qalam = pena
كلام - kalam = berkata²

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NorAddin replied at 20-5-2016 04:50 PM
salam



Menarik! qalam dan kalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2016 10:08 PM | Show all posts
qalam atau kalam
hanya sekadar sebutan dlm melayu je

manusia mengaji belajar sesama manusia, depa pakai KALAM lah
iaitu alat tulis baca kan

kalau mengaji belajar dgn TUHA
hanya pakai KALAMULLAH je leeeeee

iyelah budak2 leh le pakai kalam tukan  utk tulis n hafal
dan KALAMULLAH - tanpa baris tanpa titiktik dan tanpa huruf pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 10:16 PM | Show all posts
sebenarnya perkataan ILMU KALAM pun tak leh pakai
aku terikut je puak2 yg ngaji tu
pasal tak tau nak tulis title apa

sekarang ni dah sedar sikit leeee
nak tukar topik tu jadi:
KURSI

belek balik AYATUL QURSI tu
SESUNGGUHNYA KURSI ALLAH MELIPUTI PETALA LANGIT DAN BUMI

pasal meliputi langit dan bumi, boleh leee kan
dan kalau dah di luar daripada tu, dah tak leh pakai dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 20-5-2016 10:16 PM
sebenarnya perkataan ILMU KALAM pun tak leh pakai
aku terikut je puak2 yg ngaji tu
pasal tak tau ...

Ilmu Kursi? Fuh, berat2. Tidak terdaya utk dihadam oleh otak saya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 08:29 AM | Show all posts
sebelum menulis perlu ada orang yang membacakan..

baru kita dapat membaca dengan bacaan sebenar..(iaitu bacaan yang sama seperti orang yang membacakan kepada kita)

bila faham bacaan yang sebenar baru dapat menuliskan apa yang difahami..

jadi baca.. bacalah..bacalah (iqra) dengan kefahaman sebenar..

wahyu pertama baca, tapi apa yang nak dibaca? quran belum ada?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 08:32 AM | Show all posts


Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.  

(سورة البقرة, Al-Baqara, Chapter #2, Verse #129)

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar (ayat-ayat yang seperti ini), kalau kami menghendaki niscaya kami dapat membacakan yang seperti ini, (Al Qur'an) ini tidak lain hanyalah dongengan-dongengan orang-orang purbakala".  

(سورة الأنفال, Al-Anfaal, Chapter #8, Verse #31)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 11:41 PM | Show all posts
alasala replied at 20-5-2016 11:46 PM
Ilmu Kursi? Fuh, berat2. Tidak terdaya utk dihadam oleh otak saya.

fuh, hang ni kira ok le
sanggup yg berat2
macam FIRMANNYA: PENDAKIAN YANG SUKAR DAN MEMERITKAN
pas tu tergolek tersembam dalam longkang macam aku
nak sangat yg berat2

tapi TUHAN TAKLAH BEGITU:
SESUNGGUHNYA TUHAN TIDAK MEMBEBANKAN SESUATU MELAINKAN SEMAMPU DIRI SENDIRI
ahhaaaaa nilah TUHAN kita kan
macam DOA kita pada AYAT2 TERAKHIR dlm Surah AL BAQARAH
YA TUHAN JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN BEBAN YANG BERAT YANG TAK SANGGUP KAMI PIKUL
AMPUNILAH KAMI MAAFKANLAH KAMI DAN RAHMATILAH KAMI

fuuuhhhhh BAIK SUNGGUH TUHAN kita yeeeee
yakinilah
percayalah
dan KEPADANYA kita BERTAWAKKAL

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 11:57 PM | Show all posts
kita ni hidup atas muka bumi
hanya tertakluk kepada DUA HUKUM sahaja
iaitu HUKUM ALLAH DAN RASULNYA dan satu lagi
Hukum Taghut ( atau aku panggilnya hukum setan) - bahsa kampung aku le

yg satunya ada kebaikan dan pahala dan satu lagi dapat dosa
fikir dan pilihlah sendiri
kerana diri sendiri akan memikul setiap perkataan/perbuatan sendiri

ILMUNYA DENGAN KEHENDAKNYA
didetikkan di hati
lalu keluar sebagai lisan melaui tutur kata
dan digerakkan dgn anggota badan

....kan simple je kan
dan kalau dah hafiz 30 juzuk sekali pun, tapi tak terdetik kat hati
camna bicara dan perbuatan HANYA ATAS NAMANYA
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 21-5-2016 11:41 PM
fuh, hang ni kira ok le
sanggup yg berat2
macam FIRMANNYA: PENDAKIAN YANG SUKAR DAN MEMERITKAN

Yang ringan2 mau le pikir. Yang berat2 tu tak mau pikir.

Sorry, saya suka "maintain" aje. Baru nampak "macho".

Hahaha. "Macho kepala korok!"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2016 12:39 AM | Show all posts
alasala replied at 22-5-2016 11:47 AM
Yang ringan2 mau le pikir. Yang berat2 tu tak mau pikir.

Sorry, saya suka "maintain" aje. Baru  ...

benarnak naik dlm ttingkatan iman ni ada senang gak

nak maintain tu yg susah
apa depa kata : ISTIQOMAH


tapi takkan nak dok tingkat tu je kan
kenalah naik walaupun sikit sikit
lagipun kalau dah dok lama tang tu je, dia akan jadi perasan pulak
apa nak buat - selagi masih manusia dan bernafsu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 24-5-2016 12:39 AM
benarnak naik dlm ttingkatan iman ni ada senang gak

nak maintain tu yg susah

tingkatan iman?

alamatnya, sekolah lagi le kita ni  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 09:26 AM | Show all posts
salam

قلم - qalam
berbeda dengan
كلام - kalam



قلم - qalam = pena
كلام - kalam = berkata2

Dari Muadz bin Jabal Radhiallahu ‘Anhu,
bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
من كان آخر كلامه لا إله إلا اللّه دخل الجنة
"Man kana akhiru kalamihi لا إله إلا اللّه dakhalal jannah"
“Barang siapa yang akhir ucapannya adalah لا إله إلا اللّه,
dia akan masuk surga.”
(HR. Abu Daud No. 3116. Al Hakim No. 1299,
katanya: shahihul isnad (sanadnya shahih).
Syaikh Al Albani juga menshahihkan dalam Shahih Sunan Abi Daud, 3/190/3116)


wassalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 11:06 PM | Show all posts

“Barang siapa yang akhir ucapannya adalah لا إله إلا اللّه,
dia akan masuk surga.”
(HR. Abu Daud No. 3116. Al Hakim No. 1299,


oooo HADITH NABI yg ni ke
benar - utk mereka2 yg masih kat tadika ke taska ke, cam hang le kot


tapi kalau dah aqil baligh dan leh sembang pasal hakikat dan makrifat
HADITH NABI ni tak tau atau buat tak peduli ke???
SESUNGGUHNYA IMAN ITU LEBIH 70 TINGKAT
SETINGGI-TINGGINYA KALIMAH LAILAHAILLALLAH
DAN SERENDAH-RENDAHNYA MEMBUANG RANTING DIJALANAN


tak yah perasan dgn KALIMAH LAILAHAILLALLAH
dah belajar buang ranting ke atau apa saja kat tengah jalan tuuu?
atau apa saja yg mengganggu termasuklah diri sendiri!!!!
pas tu nanti leh aku bantu terangkan yg atas sikit
atas sikit je
pasal yg KALIMAH LAILAHAILLALLAH tu nun jauh sayupppppppppp kat atas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.120447 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list