CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 31-1-2012 01:02 PM | Show all posts
assalamualaikum...

Mulai minggu ni sy akan update sambungan thread setiap hari Selasa dan Sabtu.
Hari ni hari Selasa kan? So malam nanti ada update. Thanks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 05:31 PM | Show all posts
assalamualaikum...

Mulai minggu ni sy akan update sambungan thread setiap hari Selasa dan Sabtu.
...
cik_es Post at 31-1-2012 01:02 PM


Terima kasih cik es,update tu update gak kesihatan tu kena jaga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 09:40 PM | Show all posts
19...

"Kak..ada lelaki nak jumpa akak kat luar"
"Danny ke?"
"Dalam fikiran tu Danny je ke,motif?"
"Ok,siapa?"
"Sathiya"
"Sathiya?"

Liza tergelak-gelak. Dia suruh aku keluar je tengok sendiri. Aku cakap okay,nanti aku keluar.

Selepas mengemas meja yang agak berterabur, aku keluar dan mula meninjau,siapa yang nak jumpa tadi. Aku pandang Liza, Liza menjuihkan bibir,menunjuk ke arah seorang lelaki india yang sedang duduk di penjuru kedai dengan segelas minuman.

"Haa.. Akash?" aku agak terkejut. Spontan aku memandang ke arah Liza yang masih tergelak-gelak. Banyaklah kau punya Sathiya..

Aku melangkah ke meja Akash. Dan bau bunga potpuri itu kembali...aku tidak lagi menoleh ke belakang,risau kalau-kalau mata ni ternampak yang tak sepatutnya pula. Aku menyapa mesra Akash, yang juga dah mula biasa dengan aku. Aku mempelawanya makan tapi katanya tak apa sebab baru lepas lunch. Tapi aku orderkan jugak 1 set french fries untuk kami ratah bersama.

"U nak jumpa i ni saja-saja ke atau ada sebab lain?Kalau ada apa-apa u nak i bantu,u bagitau je" kata ku.
"Sebenarnya i memang ada nak minta bantuan u. Saja nak tanya if u boleh suggest dengan i sesiapa yang berminat nak kerja" kata Akash.
"Kerja apa tu? Guru tadika kat tempat kakak u tu ke?"
"Bukan guru tadika, tapi pembantu tadika je. Skop dia lain sikit dari tugas guru tadika"
"Owh... perlu kelayakan macamana je?"
"Paling kurang SPM level, with or without experience sebab training will be provided" jelas Akash.
"Tapi,i prefer female la,hehe"
"A'ah kan, lelaki jadi pembantu guru tadika macam tak macho pulak" kataku, Akash ketawa.
"I saja tanya u sebab mana tau u ada banyak contact kan,i'm not rush. Dalam 3 atau 4 bulan ni pun ok jugak" kata Akash lagi.

Aku bersetuju untuk bantu,lagipun ada jugak beberapa orang kawan aku yang menganggur sekarang,kot-kot dorang berminat ke. Nanti lah aku tanyakan. Kesempatan itu aku ambil untuk bertanyakan sedikit tentang latar belakang Akash. Akash berkongsi serba sedikit tentang dia membesar di mana, sekolah kat mana, sambung belajar di mana, sebelum pindah ke sini dia buat apa, macam-macam la tapi sikit pun dia tak cerita tentang dia pernah berkahwin ke apa. Aku enggan menunggu lama sebab bukan senang aku nak ada masa terluang jumpa Akash, kalau ada pun, mungkin waktu lain dah tak sesuai.

"Erm.. Akash,sorry lah kalau i tanya,u dah kahwin ke? Wife u orang mana eh?" tanyaku.

Akash diam seketika. Aku rasa bersalah pulak.

"Err...sorry. Mungkin i tak sepatutnya tanya,abaikan sahaja ok!" kataku sambil tersenyum.
"I memang dah kahwin,tapi isteri i dah tak ada. Meninggal sebab kemalangan jalan raya" jelas Akash. Hatiku berdebar.
"Owh,sorry.."
"Its ok Aishah.. sampai sekarang i masih rasa bersalah,sebab sebelum dia meninggal,i memang tak pedulikan dia, sebab kami bergaduh. I tahu itu cuma pergaduhan kecil sahaja tapi i besarkan. I tak sepatutnya..." mata Akash mula berkaca dan aku cepat-cepat palingkan wajahku ke tempat lain, sebab aku agak mudah menangis kalau tengok orang lain menangis.

"I tak sepatutnya berjauhan dengan dia waktu tu hanya kerana ikut kawan,dia tengah sarat mengandung. Bila dia dah tak ada, i rasa terlalu kehilangan dan mula nampak bagaimana hidup i jatuh tanpa dia. I ambil masa jugak untuk bangkit semula. Sekarang,i ok. Tapi,i tak lupakan dia.." jelas Akash lagi.

"Mesti Swati jugak ingatkan u..sayangkan u sampai sekarang,so dont worry ok" aku memujuk tanpa menyedari aku terlepas cakap.
"Mana u tahu...nama wife i?" Akash sedikit pelik. Aku menggelabah.
"Aaaa..bukan tadi u ada sebut ke?"
"No..i tak sebut nama dia pun"
"Ada la.."
"No.. i didn't.."
"Aaa..." aku kehilangan kata-kata. Aku cuba mencari helah, tapi ya lah.. betul kata ayah, aku tak pandai menipu.

"U ada sorokkan sesuatu dari i ye?" Akash mula curiga.
"Erm..i bukan nak sorok,tapi i risau kalau u tak percaya cakap i"
"U cerita dulu..lepas tu i decide nak percaya ke tak, u jangan sangka buruk pada i dulu"
"Kalau u nak percaya takpe lah jugak,tapi kalau u tak percaya macamana?"
"Cerita dulu.."
"Tapi u kena percaya.."
"Kalau u tak nak percaya,i tak nak cerita la kat u"
"Ok, i percaya..tapi i tak janji i akan percaya"
"Haha...boleh pulak macam tu?"

Aku dengan Akash gelak, waktu itu lah bau harum bunga potpuri semakin ketara. Swati ada berhampiran kah? Mataku mula melilau ke sana sini tapi tiada apa yang mencurigakan.

"I boleh cerita pada u Akash. Tapi sebelum i cerita lebih jauh, boleh tak i buat permintaan? Ada dua je permintaan i" pintaku.
"Apa dia?"
"Lepas u dengar cerita i, u tak perlu beritahu i sama ada u percaya atau tak. U percaya ke, tak percaya ke, i tak nak tau"
"Ok,permintaan kedua?"
"Permintaan kedua.. lepas u dengar cerita i, biarlah perkara ni antara u dengan I sahaja. Jangan sebarkan please?"
"Ok, deal!"

Selepas itu, aku menceritakan dari mula hingga akhir,segalanya tentang Swati. Bagaimana aku boleh kenal Swati, macamana Swati selalu muncul dalam hidup aku sama ada secara nyata atau mimpi, tentang pesanan Swati, tentang bunga potpuri, tentang segalanya. Akash tidak menyampuk walau sedikitpun cuma aku dapat lihat riak wajahnya yang sebak.

"Akash.. Swati sayangkan u. I percaya dia sangat sayangkan u,hingga saat ini. U perlu tahu tu. Tapi bila dia sayang pada u sampai tahap itu, tak bermakna dia tak mahu u bahagia dengan insan lain. Bila u bahagia, u akan turut membahagiakan Swati,walaupun bahagia u bukan lagi bila bersama dia. Trust me, kalau u ada hati pada sesiapa selepas Swati pergi, bukalah hati u untuk insan lain. Itu tak bermakna u sudah lupakan Swati, tapi itu tanda u kuat untuk bangun, kuat untuk teruskan hidup.. dan Swati pasti mahu jadi kuat dan teruskan hidup u, dia sudah berada di dunia yang lain. Kalau u berterusan macam ni, menyalahkan diri u sendiri, Swati tak gembira dengan ini semua. U hidup, u teruskan. Swati sudah pergi, biar dia dalam kenangan u saja Akash..please?"

"Tapi.."

"No..jangan ada tapi. Kalau u sayangkan dia, show ur happiness. U bahagia tanpa melupakan dia. U mampu sebenarnya cuma u dibelenggu dengan perasaan bersalah u. Betul kan apa i cakap?"

Akash mengangguk perlahan. Tiada lagi kata-kata yang keluar dari bibir Akash. Seperti yang dijanjikan, aku tidak mahu tahu sama ada Akash percaya atau tidak, aku memilih untuk tidak tahu,biarlah Akash buat keputusan dia sendiri.Selepas meluahkan segalanya pada Akash, aku tidak lagi 'dikunjungi' oleh Swati,sama ada dalam mimpi atau bukan.

Swati tidak lagi muncul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 09:41 PM | Show all posts
Dua hari kemudian..

Selepas pulang dari kerja, aku meluangkan masa untuk duduk-duduk di ruang tamu rumah.. aku menulis sesuatu di atas kertas..

Aku tidak akan pernah letih untuk bercinta.

Sekuat mana cintamu dulu untuk aku, aku masih lagi mahu ia lebih utuh kerana aku terlalu dambakan itu.

Marah lah aku jika kamu kata aku tak pernah puas dengan cintamu.

Bersamamu setiap detik hingga ada masanya aku tidak mahu ia berlalu pergi.

Di saat ini segala rasa itu tidak pernah mati, walau hingga saat nafas itu tiada lagi.

... Cinta kamu hidup. Di sini. Di dalam hati ini. Jangan letih bercinta. Sampai tua.

Sampai.... mati.


Nukilan hati itu aku terjemahkan ke dalam bentuk tulisan, selepas sajak ringkas itu siap, aku baca semula. Mula-mula baca dalam hati sahaja, kemudian aku lafazkan secara lisan. Ulang lagi.. dan lagi.

Hati aku tersentuh seketika,wujudkah lagi cinta sejati sekarang? Masih ada ke cinta sampai tua,sampai mati tu?

Lamunan terganggu apabila telefon berdering. Nama Syaz terpapar di situ, baru aku sedar,agak lama jugak aku tak jumpa Syaz.

"Assalamualaikum..."
"Oi... Waalaikumsalam.. Ko mana? Kat umah?" tanya Syaz.
"Ha'ah,tapi nak keluar la nanti"
"Nak ke mana?"
"Aku ingat nak pegi Popular lah"
"Tak payah... gigih sangat nak popular hahaha!!"
"Kedai buku popular lah ngok"
"Hahah... ala, tauuu... ko cari apa kat situ?"
"Nak cari novel Ramlee Awang Murshid terbaru tu,dah launching. Tak nak miss lah!"

Aku merupakan salah seorang peminat tegar Ramlee Awang Murshid, seorang penulis yang amat aku kagumi. Aku berkongsi minat yang sama dengan abang aku yang nombor dua sebab dia pun minat hasil tulisan Ramlee Awang Murshid jugak. Selalunya kalau aku tau dia dah beli, aku pun beli walaupun sebenarnya aku boleh pinjam je dari dia, tapi disebabkan nak koleksi yang lengkap,aku beli jugak. Gigih.

"Kalau kau keluar,ambik aku. Kita keluar sama,lepak makan ke. Bosan la" kata Syaz.
"Dah bosan,cari aku eh?"
"Lorr.... pandai sentap eh sekarang?" Syaz tergelak.
"Cehh...nanti kita keluar lah lepas maghrib macam tu. Nak jumpa kat mana?"
"Ala..ko ambik lah aku,macam la jauh sangat pun"
"Kalau tak jauh..apa kata kalau kau ambik aku" kata ku. Sebenarnya malas nak drive.
"Duit minyak?"
"Nanti aku spon la"
"Duit makan?"
"Heh..nak lebih-lebih pulak. Ko makan,ko bayar. Aku makan,aku bayar. American pay okay!"
"Orang tanya je punnn....hahah. Ok lah nanti aku ambik kau,lepas Isyak lah, mama aku guna kereta tu gi surau.Kena tunggu dia balik dulu"
"Ok,no problem. Nanti kalau kau dah on the way,sms je lah.Senang aku bersiap"
"Set!"

Selepas Isyak, Syaz menjemput aku di rumah. Selepas singgah mengisi minyak, kami terus ke salah sebuah pusat membeli-belah. Tempat di mana kedai buku Popular tu terletak. Aku agak hampa apabila novel Ramlee Awang Murshid yang aku cari, tiada. Takkan dah habis kot? Cepatnya. Selepas bertanya pada salah seorang staff di situ, rupa-rupanya stok buku tu belum sampai. Kena tunggu dalam bulan berikutnya,baru ada. Hampa. Akhirnya aku membeli sebuah novel yang lain, sekurang-kurangnya ada yang boleh dibaca nanti sementara tunggu novel Ramlee Awang Murshid tu.

Aku dan Syaz lepak makan di KFC sahaja. Macam-macam cerita kami bualkan, adakalanya kami ni tak jumpa seminggu pun, mengalahkan orang yang tak jumpa setahun. Leka berborak, tanpa aku sedar handphone aku menerima SMS dari Danny,bertanyakan aku di mana. Selalunya kalau Danny sms tanya aku kat mana, hint dia nak ajak keluar lah tu.Aku membalas sms Danny dengan menyatakan lokasi di mana aku dan Syaz berada. Akhirnya kami membuat keputusan untuk lepak di tepi pantai, tak berapa jauh dari situ lebih kurang 20 minit perjalanan. Danny membawa Adib bersama,manakala aku bersama Syaz. Mungkin bagi sesetengah orang, lepak di tepi pantai malam-malam begini, macam tak masuk akal. Tapi, itu lah yang selalu aku dan Syaz lakukan. Angin pantai dan bunyi ombak pada waktu malam, menenangkan dan mendamaikan. Aku melirik ke arah jam, belum pukul 9 malam pun, masih agak awal. Lagipun keesokan harinya aku bekerja shift tengahari, jadi tak ada masalah kalau nak pulang lewat sikit sebab esok boleh bangun lewat jugak, haishhh dasar anak dara apa lah ni.

Aku dan Syaz membeli sedikit makanan ringan dan jugak pizza untuk dimakan waktu lepak di tepi pantai nanti. Pizza dibeli dua jenis, satu pedas manakala satu lagi tidak, yang tak pedas tu of course lah aku punya, sebab aku tak makan pedas sangat. Selepas itu, Syaz dengan aku terus menuju ke arah pantai esplanade dan aku menjangkakan mesti Danny dan Adib akan sampai dulu kat sana. Takpe lah, biar orang lelaki tunggu,haha.

Sewaktu dalam perjalanan, kami melintasi sebuah tempat perumahan kerajaan lama yang sudah lama tidak didiami. Perhatian aku tertarik pada lampu yang seakan-akan berkelip-kelip di dalam sebuah rumah tinggal tu. Cepat-cepat aku minta Syaz untuk memandu perlahan. Syaz menuruti sahaja dan turut sama memandang ke arah cahaya yang aku maksudkan. Syaz tiba-tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan, jalan raya agak lengang kerana itu bukan kawasan pusat bandar. Nak memandu 40km sejam pun takde orang nak bising, kot. Aku dan Syaz sama-sama memerhatikan rumah tersebut, sebenarnya kedudukan agak jauh ke dalam, tapi cahaya yang agak terang tu,menarik perhatian.

"Kau nampak tak?" tanyaku.
"Aku nampak ada cahaya lampu. Ko nampak apa?"
"Sama lah...cahaya lampu"
"Mana lah tau kot kau nampak benda lain pulak.." jawab Syaz.
"Hish..mulut jaga sikit eh. Tempat ni orang cakap keras tau"
"A'ah, aku pun pernah dengar cerita pasal tempat ni"
"Rumah-rumah kat sini dah berapa tahun orang tinggalkan eh?"
"Dah lama sangat aku rasa, ko nampak tu.. rumput pun dah nampak tinggi sangat, hampir sama paras pinggang kau kot"
"Tak lama sangat la, aku rasa dalam 5 ke 6 tahun macam tu kot sebelum rumah-rumah dikosongkan"
"Ala...5 ke 6 tahun kira lama lah tu!"
"Rumah banglo sebelah rumah ayah aku lagi lah lama, dah berbelas tahun takde orang tinggal!"
"Yang kau nak compare rumah ni dengan banglo tu kenapa? Rumah kalau ditinggalkan dah lebih 5 tahun kira dah lama lah tu"
"Oh...ok ok" aku ia kan sahaja. Nanti panjang pulak gaduhnya.

Kami terus memerhati, cahaya lampu terang yang pada asalnya berkelip-kelip, semakin lama semakin malap.

"Aku agak-agak, ada orang kat sana" aku membuat andaian sendiri.
"Siapa nak pergi rumah tu malam-malam macam ni?Rumah kosong pulak tu"
"Mana lah tahu...paranormal seekers ke, yang macam dalam majalah Mastika tu"
"Haha... ye lah tu.."
"Kau pernah dengar kan pasal rumah-rumah kat sini nak dirobohkan tapi tak berjaya?"
"Ada.. mak aku pernah cerita. Dengar kata, dekat sini dulu nak dibangunkan selepas rumah-rumah kerajaan ni digantikan dengan tempat baru"
"Lepas tu?"
"Lepas tu tak berjaya dirobohkan,sampai lah sekarang dibiarkan macam tu je lah"
"Agak-agak kenapa eh? Berhantu betul-betul ke tempat ni?" tanya ku.
"Kau ni Sha,tadi cakap mulut kena jaga,yang kau sebut tu takpe pulak?"
"Aku tanya je lah"
"Kau tak nampak apa-apa ke?"
"Nampak apa?"
"Nampak hantu ke?"

Aku memerhati sekeliling, tiada apa yang kelihatan melainkan rumah-rumah kosong yang kelihatan sudah lama terbiar. Rumah-rumah tu agak berjauhan antara satu sama lain, kedudukannya agak berselerak. Semuanya rumah batu dan tidak berpagar, kecuali satu sahaja rumah papan. Cahaya yang semakin malap tadi akhirnya terpadam dan rumah itu kembali gelap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 09:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 31-1-2012 22:26

Handphone aku yang tiba-tiba berbunyi membuatkan aku dan Syaz terkejut besar, sampai Syaz melatah tak berhenti. Aku terkekeh ketawa. Kata macho? Tapi melatah jugak. Aku menggeleng kepala. Danny menelefon dan bertanya di mana kami berada, aku cuma beritahu dah nak sampai dalam 10 minit lagi. Kami terus memecut ke arah yang dituju, leka sangat tengok rumah kosong tadi hingga terlupa pulak tempat tuju yang asal, mesti Danny dan Adib sudah agak lama menunggu. Sebaik tiba, kami tidak mengambil masa yang lama untuk mencari mereka, terus nampak kereta Danny yang dah tersadai di tempat parking persisir pantai. Syaz pun parking bersebelahan kereta Danny, aku terus keluarkan makanan-makanan ringan termasuk pizza tadi sebelum pergi menghampiri mereka. Botol air pun dah ada 4 botol siap-siap, sorang satu. Macam piknik pulak, tapi malam-malam.

Aku dengan Syaz membuka kotak pizza dan asingkan satu-satu, aku hulurkan sekeping pada Danny dan Adib,tapi dua-dua menggeleng tanda tak mau makan.

"Weh, tak nak eh? Kitorang beli untuk 4 orang tau tadi,tak nak?" Kata Syaz.
"Its ok, thanks.." jawab Adib.
"Janganlah macam ni,makan lah sikit. Satuuuu je" kata Syaz terus memujuk.

Bila aku pandang pizza tu, bau tuna dan ayam mula tersebar,sedapnya bau. Tapi... Ya Allah, macamana pulak aku boleh lupa Danny dan Adib kedua-duanya vegetarian? Aduh, aku betul-betul lupa. Patutlah dorang menolak untuk makan. Berkali-kali aku minta maaf pada mereka, tak terfikir pulak nak beli makanan yang sesuai untuk mereka yang vegetarian. Aku pandang je Pizza tu,agak banyak kalau untuk dimakan dua orang je tapi tak apa lah, nanti boleh bungkus balik, bagi abang aku makan.

"Korang tau ke rumah kerajaan yang terbiar tak jauh dari sini?" tanya Syaz pada Danny dan Adib.
"Rumah terbiar yang dekat sebelah kanan jalan kan? Kalau kita memandu on the way dari pasar?" tanya Danny.
"Haa...rumah tu lah, yang rumah sebiji-biji tak berpagar tu, yang berselerak je tu. Tau eh?"
"Tau... pernah dengar cerita pasal kawasan tu keras" kata Danny.
"Eh? Nak dengar korang punya versi cerita boleh? Aku pun ada dengar,tapi mana tahu ada lagi kisah lain pasal rumah tu?" Syaz berminat.
"Kenapa? Berminat nak pergi ke?" Celah Adib, tiba-tiba. Kami berpandangan. Aku terkedu. Err,nak pergi? Tak kot?

Semua diam.

"Aku dengar,salah sebuah rumah tu dulu,pernah ada orang bunuh diri kat situ,tapi sebelum dia bunuh diri tu, dia bunuh anak perempuan dia dulu" Danny mula bercerita. Danny terus diam. Kami pun diam,menunggu sambungan cerita Danny. Tapi,Danny diam je.

"Err..lepas tu?" tanya ku.
"Tu je lah ceritanya.." kata Danny selamba.
"Choyyyy sangat lah! Bunyi macam panjang lagi cerita dia,rupanya itu aje??" Syaz bengang tapi disambut gelak ketawa Danny dan Adib.
"Aku pun ingat cerita dia panjang lagi,macam beria je,hahaha" kata Adib.

Danny tersenyum je,sebenarnya memang itu saja yang dia nak cerita,tapi cara intonasi dia bercakap tu,seolah-olah nak bercerita panjang. Tanpa diduga, Adib mengajak kami untuk pergi explore kawasan rumah tu,pergi tengok-tengok je. Syaz pulak setuju. Danny pandang aku, aku belum buat keputusan. Aku tak lah berani sangat, tapi agak berminat jugak untuk pergi kalau beramai-ramai macam ni.

"Kita pergi tengok-tengok je,bukan ada niat tak elok kan?Jom lah,sementara aku tengah berani ni,hehe" kata Adib.
"Macam best je..jom ah jadi seekers jap!" jawab Syaz sambil membetulkan bajunya yang sudah agak kotor terkena pasir.
"Awak.... berani ke?" Danny bertanyakan aku.
"Erm.. awak macamana?" balasku semula.
"Hoiii...tak payah nak berdrama hindustan sini eh, jawab sekarang,nak ke tak?" usik Syaz.
"Aaaa... ok kita pergi, tapi tinjau dari luar rumah je lah,tak payah masuk dalam" kata ku,perasaan agak berdebar.
"Ok set,aku ikut gak!" Danny mencelah.
"Hek eleh.... Sha setuju,dia pun setuju,mengada betul lah. Jom!!" kata Syaz.

Selepas mengemas apa yang perlu, kami mengambil tempat masing-masing. Seperti biasa, aku dan Syaz satu kereta, Adib dan Danny satu kereta. Kereta yang dinaiki aku dan Syaz mendahului, memandu di hadapan kereta Danny. Belum berapa jauh pun lagi, Danny call dan mengarahkan Syaz untuk berhenti tepi jalan. Kenapa pulak nih? Syaz memberhentikan keretanya ke tepi,aku menoleh ke belakang dan kelihatan Adib sedang menghampiri kereta Syaz. Tingkap kereta Syaz diketuk perlahan.

"Ada apa hal?" tanya Syaz.
"Sha.. naik kereta Dan, biar sy dengan Syaz naik kereta ni" kata Adib.
"Kenapa pulak?" tanya Syaz lagi.
"Tak sedap hati korang berdua satu kereta macam ni takde lelaki teman,takpe.. Syaz duduk sebelah sana,biar sy drive" kata Adib lagi.

Aku sebenarnya perasan Adib bagi isyarat mata pada Syaz seolah-olah mereka nak pakat suruh aku satu kereta dengan Danny. Fikir aku tak nampak ek? Failed. Malas nak berunding panjang, aku dan Syaz keluar dari kereta. Syaz duduk di tempat aku, aku pulak pindah masuk kereta Danny,manakala Adib pulak ganti Syaz untuk drive kereta. Kami terus memandu perlahan, sehinggalah kereta kami sudah mula memasuki lorong kecil yang bakal membawa kami ke perkarangan rumah-rumah terbiar tersebut. Sebelum kami tiba ke perkarangan rumah, aku rasa agak seram, asyik pandang ke bahagian tempat duduk belakang,bimbang andainya ada sesuatu di situ.

Atas sebab keselamatan, Danny mengarahkan Adib parking kereta Syaz di tepi jalan dan kami berempat akhirnya berada dalam satu kereta sahaja. Hati sedikit lega apabila sudah berempat, sekurang-kurangnya Adib dan Syaz sudah berada di tempat duduk belakang, mengurangkan rasa seram yang aku alami. Terdetik juga perasaan menyesal dengan idea gila itu, macam menempah bala pun ada kerana masing-masing sudah mengetahui akan 'kerasnya' tempat tersebut tetapi masih meneruskan tindakan berani untuk 'melawat' rumah itu. Aku awal-awal lagi sudah pesan pada mereka, niat hanya untuk tengok-tengok je,jangan ada niat pelik-pelik pulak.

Kereta terus dipandu perlahan. Kami menyusuri lorong kecil itu sambil memerhati rumah-rumah tinggalan yang kebanyakan sudah agak terbiar, dengan rumput yang sudah panjang,daun-daun menjalar,sampah berserakan. Jam baru sahaja menghampiri pukul 10.15 malam, keadaan di situ tak berapa gelap pun sebab di bantu dengan sinaran bulan, tambah lagi dengan lampu kereta, jadi agak terang. Tapi,suasana seram tetap terasa.

Masing-masing diam hinggalah Adib bersuara.

"Korang...nak masuk tak? Kita masuk nak tak? Ala tinjau-tinjau dari luar rumah je" Adib mencadangkan tetapi aku membantah.
"Hishh...apa ada kat dalam tu,kita tak pasti.Tak payah lah.Kita tengok-tengok dari dalam kereta aje tau!" kata ku.
"Aku tak rasa dalam tu ada apa-apa la Dan, ko nak tak?" Adib bertanya pada Danny pulak,ah sudah..
"Boleh jugak!" jawapan Danny, tak disangka-sangka.
"Beraninya korang,tak payah lah. Takut lah macam ni,nak keluar kereta pun tak berani tau!" aku mula membentak.
"Kalau macam tu.. I dengan Dan masuk dalam, Sha dengan Syaz tunggu dalam kereta ok?" cadang Adib lagi.
"Hey,excuse me! No way!" Syaz membangkang sekeras-kerasnya,aku lega. Sekurang-kurangnya bukan aku sorang yang tak setuju.

"Kalau korang masuk,bawa lah kitorang sekali. Amacam?!" sambung Syaz, aku terperanjat. Mati-mati aku ingatkan dia tak setuju.
Tapi sebaliknya pula berlaku. Aku berfikir-fikir lagi. Nak ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak?

"Korang ni serius ke?" aku mohon kepastian.
"Sha.. jom pergi tengok-tengok nak?" Danny pula memujuk.
"Kalau ada berlaku apa-apa macamana?" aku bimbang,tetapi pada waktu itu,aku sudah mula berkira untuk setuju. Soalan aku itu dibiarkan sepi,tanpa jawapan.

Ya,aku memang penakut. Tapi adakalanya aku juga ada perasaan ingin tahu,lebih-lebih lagi dalam meneroka alam misteri dan paranormal. Sekadar tengok-tengok sahaja, lagipun kami berempat,bukannya aku pergi seorang diri,kuranglah sikit rasa seram tu. Akhirnya,aku bersetuju, dengan syarat, tinjau dari luar sahaja,tak payah masuk rumah. Mereka yang lain mengangguk dan kami mula keluar perlahan dari kereta selepas kereta diletakkan di sudut tepi jalan, agak berhadapan dengan sebuah rumah tinggal yang agak besar berbanding rumah-rumah yang lain.

Tiba-tiba mata menjadi silau apabila terdapat cahaya lain yang mula menyinari lorong kecil itu.

Kami berpandangan antara satu sama lain.

Ternyata.. kami tidak berempat,kerana ada yang lain bakal menemani..

Bersambung.
P/S : Next update - Sabtu 4 February 2012. Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 10:48 PM | Show all posts
I'll be waiting heheh bagus gak cik es letak date utk next update xde la tetunggu2 sgt heheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 11:33 PM | Show all posts
Thank you so much for updating...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:47 PM | Show all posts
assalamualaikum! maaf banyak sebab tertangguh pulak, sy baru discharge dari hospital 2 hari yang lep ...
cik_es Post at 29-1-2012 16:49



   haa...kan... kaka Twins dah agak  dah..kalau Aishah senyap lama sangat tu mesti ada musibah...kalau tidak, sesibuk mana sekali pun mesti masuk tulis sebaris dua ayat..paling tidak minta maaf sbb terlalu sibuk..
Aishah... yg penting jaga kesihatan tu baik-baik... kami kat sini akan tunggu dengan sabar.  Kaka Twins tau bagaimana serius nya penyakit Aishah tu sbb adik ipar kaka Twins pun penghidap SLE .... take your time darling.... dah rasa betul2 sihat baru sambung.. okey...????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 01:09 AM | Show all posts
wahahaha... pefeeling macho sgt adib tuh..... berani sgt lah konon kan.... danny pon sama! ekekeekek
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 08:57 AM | Show all posts
cam sikit sgt....
tp xpe...sy tetap tunggu sambungannya

terima kasih cik ecah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:49 AM | Show all posts
Handphone aku yang tiba-tiba berbunyi membuatkan aku dan Syaz terkejut besar, sampai Syaz melatah ta ...
cik_es Post at 31-1-2012 09:42 PM



    wuahhh da bebetul macam seekers ni....sooooooooooo scary
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 11:03 AM | Show all posts
hi dik esah....selama ni akak sr jahhh....
baru berkesempatan nk say hiii ni....
akak & kakak akak pun peminat koleksi ramlee awang murshid ni, kiteorg bergilir-gilir beli.....
errr skrg ni dh ada buku baru ke apa tajuknya....akak dh lame sngt tk g kedai buku so tk tau pun beliau ada tulis buku baru ke tak????

akak bgi sokongan padu tuk esah terus menulis....tapi kesihatan perlu dijaga ye.....
dari jauh akak doakan yg terbaik tuk dik esah...
semoga kamu diberkati olh Allah s.w.t .....insyaallah....amin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2012 11:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 1-2-2012 11:52

I'll be waiting heheh bagus gak cik es letak date utk next update xde la tetunggu2 sgt heheh
afira Post at 31-1-2012 22:48


Letak tarikh update ni cadangan salah seorang forumer jugak,sy fikir2 balik, ada betulnya jugak. Memudahkan. Tapi sekiranya tarikh yang sy tulis tu,tiba-tiba takde update, mungkin ada lah sesuatu ygerlaku tu since sy ni memang manusia yg menjadikan hospital sebagai rumah kedua, hehe...


haa...kan... kaka Twins dah agak  dah..kalau Aishah senyap lama sangat tu mesti ada musibah ...
twins Post at 31-1-2012 23:47


Ya kak, kalau lama senyap tu, sama ada memang tengah sibuk sangat,yang amat sangat lah sibuknya ataupun tak sihat, dua kemungkinan tu saja selalunya. Fighting dengan penyakit SLE, adakalanya memenatkan dan adakalanya membuat sy kecewa,tp semuanya ketetapan Allah. Selagi ada nafas, berpijak di atas muka bumi, perkara paling sy elak, adalah mengeluh. Allah syg, Allah uji lebih. Kerana mahu kita lebih tabah.


Terima kasih


wahahaha... pefeeling macho sgt adib tuh..... berani sgt lah konon kan.... danny pon sama! ekekeekek
nidzrain Post at 1-2-2012 01:09


dalam update seterusnya, macho dorang bakal hancur lebur. Haha!


  
hi dik esah....selama ni akak sr jahhh....
baru berkesempatan nk say hiii ni....
akak & kakak akak ...
sinceyesterday Post at 1-2-2012 11:03


hi akak! a'ah novel terbaru Ramlee Awang Murshid dah ada,pergi dapatkan. Sha dah ada 1, abang Sha yg sulung belikan. Tajuk novel terbaru tu Fiksyen 302


Maaf kalau ada yang sy tak quote untuk reply,sy hargai semua. Untuk update sambungan,kalau ia nya pendek bagi anda,sy mtk maaf jugak. Faktor kesihatan tak izin sy menulis panjang, Insya Allah sy cuba sedaya mampu,terima kasih sgt2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 05:07 PM | Show all posts
xpe la dont rush cian plak cik es sakit2 pn ingat nak update thread hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 07:25 PM | Show all posts
hehehhe dah habis baca pun fiksyen 302 tu.... JAngan Percaya!!... es dah habis baca ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2012 10:20 PM | Show all posts
xpe la dont rush cian plak cik es sakit2 pn ingat nak update thread hihihi
afira Post at 1-2-2012 17:07


sy okay dah ni tau hehe!!

hehehhe dah habis baca pun fiksyen 302 tu.... JAngan Percaya!!... es dah habis baca ker?
lilinputih Post at 1-2-2012 19:25


belum start baca pun lagi,tolong jgn ada review pasal cerita tu kat sini ek,spoiler nanti,kang x de mood sy baca Fiksyen 302 tu tau..hihihi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 01:45 AM | Show all posts
selama nie SR je tapi rasa terpanggil lak part rumah2 kerajaan lama tu, dekat ngan pantai pulak..macam kat Brighton dekat dengan pantai Tanjung Lobang, Miri...je.  sori kalau silap ya.
Anyway, jaga kesihatan Aishah baik2 ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 01:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 2-2-2012 02:01
selama nie SR je tapi rasa terpanggil lak part rumah2 kerajaan lama tu, dekat ngan pantai pulak..mac ...
JDT Post at 2-2-2012 01:45


Ya.. awak betul, di situ lah lokasi kejadian. Rumah2 tu dekat area traffic light, kalau dari pantai esplanade nak ke tanjung lobang, kita ada turun bukit sikit tu, rumah2 tu dekat sebelah kiri, bertompok-tompok sana sini. selalunya orang2 Miri, confirm tahu tempat keras tu. Btw, orang Miri ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:06 AM | Show all posts
saya bukan orang Miri, tapi pernah duduk kat situ dalam setahun..lama dah tahun 80an dulu.  Masa tu pakcik saya jadi guru kat sekolah St Columbus.  Masa tu pun dah ada aura yang kurang menyenangkan kalau memalam....  Itu tak termasuk lagi kisah ular yang selalu masuk rumah kat situ.  Rumah pakcik tu kat ujung sekali, dekat ngan satu banglo yang ada cerita tak best. ...tapi saya dah lupa cerita apa...rasa2 ada kisah dadah/bunuh...ntah, tak ingat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:07 AM | Show all posts
alhamdulilah..semoga cik es sentiasa sihat..bleh update story selalu hihihih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.148940 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list