CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 8-2-2012 04:28 PM | Show all posts
cepat update cik es...tak sabar nak tau apa seterusnya,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 04:50 PM | Show all posts
hi cik es. saja sapa manja .. thanks for d update....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 08:23 PM | Show all posts
Reply 1151# amirezu


    Ya...tepat sekali. The Royale Chulan. Bulan 11 tahun lepas ada lalu depan hotel tu tapi tak singgah sebab tumpang kereta org..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 08:58 PM | Show all posts
Reply 1145# taji2906


    Jiran saya yang paling akhir sekali pindah drpd kuarters tu dlm awal 90an gitu...cuma tak pasti anak/cucu dia yg terkena atau keluarga lain. Nanti saya confirm.
Meh saya citer sikit pengalaman dok kuarters tu zaman 70an..
Sebenarnya cik lang, cik pon, koko jeli & semua suku sakat dema suka sgt dok situ sebab tempat tu agak terselindung, sunyi, sejuk dan yg paling best sekali banyak pokok besar2 di sekeliling kuarters tu. Kebanyakan pokok besar tu ada tumbuhan yg org tua2 kita sebut pokok langsuyar - tempat lepak benda alah tu. Kami selalu dengar suara mengilai, menangis sayu, org ketawa dll. sekitar rumah dan kat bawah pokok rambutan tu. Arwah mak pesan buat tak tau aje dan jangan tegur..

Dulu kami mengaji waktu malam sebab tok guru kerja waktu siangnya. Tempat mengaji pulak tu di rumah jiran yg ada pokok ara (?) besar kat jalan masuk rumah dia..selalunya kami dua beradik akan paksa pembantu rumah utk temankan gi mengaji. Ada masanya dia pun jemu jugak asyik nak temankan aje..so dia tengok dari jauh..kami apa lagi..buat langkah seribulah ke rumah jiran tu yglebih krg 200m jaraknya. Memang terasa seramnya bila lalu kat bawah pokok tu. Kami tak berani pandang atas bila lalu bawah pokok tu sebab takut ternampak benda yg tak sepatutnya..

Ada masanya kami terbau asap kemenyan kuat bila nak gi mengaji..terus tak jadi keluar rumah..takut punya pasal. Pembantu rumah kami bgtau mungkin malam tu Jumaat Kliwon pasal tu ada bau kemenyan..

Sebenarnya banyak lagi pengalaman saya dok kat situ. Kalau nak citer kt sini takut TT marah pulak sbb saya sekadar selingan aje sementara menunggu TT update kisah dia..mungkin saya citer kat bod lain nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:55 PM | Show all posts
Minta maaf banyak, hampir pukul 2 pagi baru ada update, jenuh sy menjawab sebab dah ramai yang buzz  ...
cik_es Post at 5-2-2012 01:48


As salam.
Lorrr....ciannye Cik Es, jgn lupa menulis2 gak, kesihatan perlu dijaga. jaga diri baik2 ye dan slmt menulis. sy bg sokongan penuh. bagus sgt2 coz ade kelebihan tersendiri.

cik es ade FB gak ke? tak tau pun. ape namanye?
nanti leh kenalkn sy dgn danny and adib erk..

firdausy_08@yahoo.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 10:12 PM | Show all posts
21...

Belum sempat aku berfikir panjang, aku agak terkejut apabila Danny tanggalkan baju dia, Adib pun sama. Aku cepat-cepat alih pandangan, terasa malu tiba-tiba sebab aku tak pernah tengok mereka dalam keadaan begitu. Syaz pun terkejut sama.

"Hoi...korang ni dah kenapa buka baju pulak?" tegur Syaz menahan ketawa. Tapi,aku sendiri dah mula ketawa.
"Kan takde kain..pakai je lah baju kitorang dulu,balik nanti boleh cuci tapi lepas tu kena buang terus lah" jawab Danny.
"Oh...tu yang korang bincang tadi eh?" tanya aku.
"A'ah..." kata Danny,tanpa memandang ke arah aku langsung,nampak sangat dia segan. Adib rilek je, ke dah biasa buka-buka baju depan perempuan? Aku dan syaz sempat berbisik-bisik mengumpat.

"Weh...tak payah nak bisik-bisik lah,tau lah body i hot. Dah,pandang sana!" kata Adib memecah sunyi. Aku dan Syaz tergelak lagi. Aku mencuri pandang ke arah Danny dan Adib, dah lah tinggi, badan agak tegap jugak, kulit cerah je. Stok lelaki selalu pergi gym lah tu, sebab aku selalu jugak dengar Danny pergi gym yang tak jauh dari rumah dia. Rasa nak tergoda pulak tengok dorang dalam keadaan macam tu, padahal sebelum tu tadi, bukan main lagi melalui saat genting, sekarang ni,perasaan takut tu macam dah hilang.

Aku agak terkejut bila bunyi guruh kedengaran kuat, macam nak runtuh langit. Kilat sabung menyabung. Perasaan yang sudah agak tenang tadi, kembali terganggu apabila mataku berjaya menangkap kehadiran entiti lain di rumah itu.

Tiada apa yang mampu aku lakukan..kecuali... terdiam. Kali ini,aku lebih tenang dan seolah-olah aku bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Malam itu,apa yang aku nampak ialah, seorang wanita mengendong anak kecil sambil matanya memerhati kawasan tangga, tempat di mana Adib dan Danny sedang gigih membersihkan kesan darah. Mereka terpaksa berulang-alik dari tangga ke dapur untuk menggantikan air yang sudah agak kotor, kawasan yang mulanya kering, mula basah dijirus air kuning yang datangnya dari paip yang mungkin sudah agak berkarat. Walaupun dengan air yang tidaklah seberapa bersihnya, asalkan kamu ada inisiatif untuk membersihkannya, kira ok lah tu,pada fikiranku.

Wanita yang mengendong bayi itu asyik memerhati para jejaka yang sedih sibuk membersih lantai. Aku perhatikan dirinya dari atas hingga ke.... bawah.. ternyata dia hanya terapung, di mana kakinya seolah tidak jejak ke lantai. Walaupun kakinya mungkin berada di sebalik kain yang dipakainya, tetapi aku tetap merasakan kakinya itu memang tak jejak ke lantai,langsung. Kemudian aku memerhati pada bayi yang dikendongnya, tidak menangis kah dia? Tetapi pada masa yang sama, aku perhatikan ia seolah bukan bayi,tetapi sebatang kayi yang berbentuk nisan. Aku mula pelik dengan diri aku sendiri, kenapa sedikit pun aku tak berasa takut? Perasaan seram tu tiada, walau sedikitpun, ini dah pelik. Atau pun mungkin wanita itu hanyalah manusia biasa maka oleh sebab itu, perasaan seram itu tak timbul? Mustahil.

Sedang aku berfikir-fikir, aku terperanjat bila Syaz menegur.

"Ko tengok apa weh?" tanya Syaz.

Pertanyaan itu membuatkan aku menoleh ke arah Syaz. Perlu jawab jujur ke tidak? Tapi,aku memilih untuk tidak menjawab apa-apa dan aku mengalihkan kembali pandanganku ke arah wanita mengendong nisan tadi, tanpa disangka-sangka,wanita itu yang pada asalnya sibuk memerhati Adib dan Danny, rupa-rupanya sudah mengalihkan perhatiannya pada aku pulak,ah sudah! Aku tergamam, tetapi hanya sekadar tergamam, perasaan takut seolah tiada, dari mana aku dapat keberanian ini,aku sendiri tak pasti. Wanita itu merenung tajam ke arah aku, tiada sepatah kata pun yang keluar walaupun bibirnya seperti bergerak ingin mengatakan sesuatu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2012 10:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 8-2-2012 22:23

Aku teringat kembali akan peristiwa aku berkomunikasi dengan arwah ustaz yang pernah mengajar ku di sekolah dulu. Berbicara melalui hati. Aku tak tahu apa yang mendorong aku pada malam itu, aku cuba berkomunikasi dengan wanita berbaju serba putih itu,melalui hati. Akhirnya setelah memberanikan diri memulakan 'perbualan'. Inilah yang berlaku sepanjang 'perbualan' yang hanya melibatkan bicara melalui hati itu.

"Kau siapa ya? Islam?" tanyaku dalam hati,berharap agar dia dapat memahami bicara hati ini.
"Islam" jawabnya sepatah, hatiku bagai nak runtuh.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Kau nampak aku,kau bukan manusia biasa"
"Aku manusia biasa saja. Kau siapa? Jin?"
"Makhluk juga seperti kau, aku tak ganggu sesiapa. Ini memang tempat aku sejak ratusan tahun lalu"
"Kami mengganggu ke?"
"Ini bukan lagi tempat sesuai untuk manusia macam kamu,jangan datang lagi"
"Kenapa?Ini pada asalnya juga tempat kediaman manusia lain"
"Sejak bila ya? Sebab aku sudah berada di sini sejak ratusan tahun yang lampau"
"Mereka yang pernah tinggal di sini mungkin tak tahu akan kewujudan kau. Bukan semua boleh nampak kau" jelasku.

Wanita itu terdiam. Aku terdiam. Kami sama-sama terdiam. Mungkin tiada apa lagi yang perlu dibicarakan, perlahan-lahan wanita itu memusingkan dirinya membelakangi aku dan berlalu pergi,dengan gerak yang amat perlahan.

"Tapi..maafkan kami mengganggu. Kami takkan datang lagi,kami janji" kataku. Kata-kata maaf dari aku membuatkan langkah wanita itu terhenti, dia berpaling padaku dan tersenyum. Dengan senyuman yang sukar aku tafsirkan, menyeramkan. 'Bayi' yang dikendongnya tadi masih dipeluk erat. Wanita itu terus berlalu pergi ke arah dapur dan terus lesap,tanpa meninggalkan kesan.

Aku seolah terjaga dari lamunan yang panjang apabila Danny memetik-metik jarinya betul-betul di hadapan mata aku. Mata aku terkelip-kelip, terasa kelat seolah-olah baru bangun tidur. Eh,dorang dah habis cuci lantai? Biar betul? Aku memeriksa dari kawasan tangga, lantai ruang tamu hingga ke bahagian luar pintu masuk di mana darah agak banyak menitik tadi, ternyata semuanya sudah dibersihkan,sekelip mata??

"Cepatnya korang bersihkan?" aku agak terpinga-pinga. "Cepat?? Dah dekat sejam lebih ni, angkut air lagi,dah la lap pakai baju sehelai seorang je ni,lama tau,sekejap apa pulak?" Kata Adib sedikit pelik dengan soalan aku tadi. Aku rasa macam semuanya berlaku dengan sangat pantas. Aku melihat ke arah jam, beberapa minit lagi waktu akan menunjukkan tepat pukul 12.30 malam. Oh, hampir sejam lebih jugak ambil masa, tapi disebabkan aku 'bersembang' dengan wanita itu tadi,masa begitu pantas berlalu. Kami mengambil keputusan untuk terus keluar dari situ. Aku bersama dengan Danny dalam satu kereta, Syaz dan Adib dalam satu kereta. Aku mula terasa penat dan haus. Aku merasakan kepenatan itu ada kaitan dengan tindakan ku berbicara melalui hati ke hati dengan wanita berbaju putih tadi. Namun, perkara itu aku diamkan, belum bersedia untuk memberitahu sesiapa. Walaubagaimana pun,Danny sudah mula sedar aku perubahan pada diri yang nampak agak kepenatan.

"Awak..." panggil Danny. Aku sekadar menoleh dengan ekor mata,tanpa menggerakkan kepala pun. Over lah pulak letihnya sampai macam ni sekali, agak-agak kalau aku yang bersihkan lantai tadi tu, dah pengsan kot sekarang ni.

"Kenapa ni?Ngantuk ye?" tanya Danny sambil menghidupkan enjin kereta. Adib dan Syaz yang parking tak jauh dari situ, pun belum lagi berganjak walau seinci, mungkin mereka menunggu Danny untuk mendahului dan Adib mengekori dari belakang. Aku masih lagi diam, rasa haus semakin terasa. Baru teringat botol air yang ada dalam kereta Syaz,tapi malasnya nak ambik. Entah ada lagi ke tidak air tu, rasa macam dah habiskan tadi. Mengeluh sendiri dalam hati.

"Apa kata kalau..." aku dengan Danny serentak mengeluarkan ayat itu. Aku dan dia berpandangan sama sendiri.Tersenyum.
"Kalau apa?" tanyaku.
"Kalau apa tadi?" tanya Danny,kembali.
"No,awk cakap dulu..baru sy cakap"
"Ladies first!"
"Ehh... tak payah nak gentleman sangat la ladies first bagai,awk dulu cakap!"
"Awak dulu la..."
"Awak la..awak perempuan"
"So what kalau sy perempuan?Apa lelaki tak boleh cakap dulu ke?" aku masih tak mahu mengalah.
"Tak boleh,memang kena perempuan jugak cakap dulu" kata Danny. Eh,kerek gila mamat nih.

Akhirnya kami terdiam.

"Ok..sy cakap" Danny mengalah. Yes!
"Apa dia tadi?"
"Apa kata kalau kita kahwin?" Danny mengangkat-angkat kening.
"Bongok tau, betul-betul lah. Main-main pulak"
"Hahaha.. ok, apa kata kalau kita singgah minum jap.Letih la" kata Danny sambil mengemaskan rambutnya yang agak panjang.
Oh,jadi pergi minum dapat kurangkan letih kau la?Gitu? Kata aku dalam hati saja.

"Nak ke tak ni?" tanya Danny lagi. Serentak dengan itu,handphone aku berbunyi. Gelabah aku menyelongkar beg tangan yang dah macam poket doraemon tu, macam-macam ada dalam beg tu, dah macam tong sampah pun ada ooppps! Aku agak-agak mungkin abang aku yang call, tapi sekarang belum pukul 1.30 pagi lagi, kan dah janji nak balik dalam 1.30 pagi, rileklah brother. Aku merungut sendiri. Handphone yang dicari tadi akhirnya berjaya berada dalam tangan, Syaz rupanya yang call.

"Hah...kenapa?" aku terus bertanya tanpa perlu menyebut 'Hello' lagi.
"Hoi..nak gerak ke tak ni?Korang nak dating kat sini ke apa?" Syaz berang.
"Hehe.. ok nak gerak lah ni. Tapi Danny ajak keluar minum dulu,jom lah. Aku pun haus la" kataku.
"Danny ajak ko sorang tak?Kang kitorang kacau daun pulak" usik Syaz.
"Takde maknanya... jom lah,follow je kitorang" jawabku.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk singgah minum di salah sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah aku. Danny parking kereta dan Adib parking kat sebelah kereta Danny. Waktu nak keluar dari kereta tu, baru aku teringat akan keadaan Danny yang tak berbaju. Adeh,nak lepak minum dengan keadaan macam tu ke? Adeh! "Err, awak nak keluar macam ni je ke?" tegur aku. Danny memandang ke arah tubuhnya sendiri dan mukanya mula merah padam,menahan malu. Aku dah ketawa terbahak-bahak tengok dia macam tu, comel lah pulak. Adib pula menghampiri Danny dan mengarahkan Danny buka bonet belakang. Danny pun turut ke belakang kereta selepas itu. Tiba-tiba je mereka dah menyarungkan baju t-shirt. Eh? Dari tadi kenapa la tak pakai,nak jugak pakai dekat depan kedai makan orang ni,haha. Nasib baik lah kedai tu dah mula lengang, tambahan pula esok adalah hari bekerja.

"Korang ada bawa baju spare eh? Tadi tak nak tuka!" kata Syaz sebaik sahaja kami mendapatkan tempat duduk.
"Tadi kitorang dari gym, memang ada baju spare dalam bonet tu" jawab Danny.
"Tadi tak nak sarung baju terus, nak jugak depan orang ramai ni" usik Syaz.
"Ye lah...dah body hot, sini je lah sarung. Nak bagi cuci mata kau" jawab Adib,sambil ketawa. Lesung pipitnya jelas kelihatan setiap kali dia ketawa, berbeza dengan Danny yang takde lesung pipit melainkan lesung batu di rumah je. Aku mula memerhatikan Adib dan Danny yang duduk berhadapan dengan aku dan Syaz. Memerhatikan perbezaan mereka, macam bukan adik-beradik pun ada.

Aku cuma memesan teh O kosong, Syaz dengan Teh O Limau nya. Adib dan Danny pula order 2 tin soya tiap sorang. 2 tin okay, tak main la minum 1 tin je, tak jantan katanya. Pulak! Pada asalnya kami cuma nak minum-minum je,tapi bila tengok orang meja sebelah makan mi, kami pun order jugak. Baru terasa akan laparnya perut ni,mungkin sebab tadi sudah banyak tenaga digunakan untuk menjelajah je tempat misteri tu. Sebaik sahaja mi siap dihidangkan,masing-masing makan dengan rakus,nampak sangatlah lapar. Sekejap je dah habis, perut kalau dah lapar,makan apa pun sedap.

"Korang ada nampak apa yang pelik-pelik tak kat rumah tadi tu" Syaz memulakan perbualan selepas masing-masing kenyang.
"Ada.." aku,Danny dengan Adib menjawab serentak. Alamak, adakah mereka nampak apa yang aku nampak tadi?
"Siapa nak cerita dulu?" tanya Syaz. Semua memandang ke arah aku, eh aku pulak kena cerita dulu ke? Oh lupa,ladies first.

Aku menceritakan semula detik-detik seram bersama wanita berbaju serba putih yang mengendong nisan tadi,pada mereka. Seperti biasa, apabila aku bercerita, aku ceritakan semuanya tanpa ada fakta tertinggal. Aku pulak yang terperanjat apabila mereka sebenarnya nampak wanita yang sama, tapi yang peliknya mereka hanya mendiamkan diri tanpa ada rasa takut sedikitpun. Aku terbayang kalau dalam filem seram atau dunia realiti sekalipun, kalau tengok entiti sebegini yang menyeramkan, kalau tak tergamam pun, pasti dah menjerit ketakutan,lari tak cukup tanah, paling tidak pun terdiam tak mampu bergerak. Tapi situasi kami lain, kami nampak wanita itu, dan pasti dia bukanlah manusia tapi makhluk Allah yang lain, namun kami tetap buat sepert biasa seolah tiada apa yang berlaku.

Bila dah duduk semeja macam ni dan cerita balik apa yang berlaku, baru perasaan takut tu betul-betul terasa, bulu roma meremang,terasa seram sejuk. Aku asyik melihat ke jalan yang lengang berhadapan dengan tempat kami makan, tanpa aku ketahui sebabnya. Sebelum jam menghampiri pukul 1.30 pagi, kami berangkat pulang dengan seribu satu persoalan,siapakah wanita itu dan kenapa kami agak tenang menghadapinya kali ini,tak siapa tahu.

Bersambung ..

Next Update : 11 February 2012 Sabtu

p/s : maaf update kali ni pendek je sebab mood menulis tu kurang jadi sy hentikan takat ini dulu. kalau paksa diri,sy jadi malas, maka jalan cerita berterabur. itu yg sy elakkan. semalam sepatutnya dah update,tapi black out pulak semalam so internet tak dpt connect. take care!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 10:31 PM | Show all posts
Pada yang bertanya pasal FB tadi, link FB sy ada dekat bahagian signature kat bawah ni ha

Sebelum add,seboleh-bolehnya inbox dulu sebab sy tak approve friend request orang tak dikenali, selagi nak add kawan2/relatives atau kawan2 dari forum ni,sy okay je. Cuma kena inbox dulu la, bitau dari forum ke,apa ke. Sbb sy selalu terima friend request dari mereka yang dari MLM,sebab tu kadang2 nak approve tu macam teragak-agak sikit kalau tak inbox dulu. Harap semua faham la eh

Mungkin boleh sy ingatkan sekali lagi, FB adalah medium peribadi jadi sy berharap mereka yang add sy di FB, tak bawa personal info sy ke dalam thread as sy mention dulu. Itu je

Jaga diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 10:37 PM | Show all posts
tak sia2 I dok click pi mai pi mai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:12 PM | Show all posts
Ermmm..menarik.update mlm ni.... jadik SR spt sediakala...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:15 AM | Show all posts
Lesung pipitnya jelas kelihatan setiap kali dia ketawa, berbeza dengan Danny yang takde lesung pipit melainkan lesung batu di rumah je.


pepagi dh bt aku gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:32 AM | Show all posts
best + seram...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:34 AM | Show all posts
pepagi dh bt aku gelak..
seroja23 Post at 9-2-2012 08:15


tuu laa..gelak tul aku part ni. Kelakar la cik Es ni..macm seronok lak kalo ada kelebihan dpat borak ngan makhluk lain yerr...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:36 AM | Show all posts
tq cik es...
menarik.. rupa2 nya semua nmpk perempuan tu ek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 09:18 AM | Show all posts
Aku teringat kembali akan peristiwa aku berkomunikasi dengan arwah ustaz yang pernah mengajar ku di  ...
cik_es Post at 8-2-2012 10:14 PM



    Seriously? Uols nampak tapi bleh relax je? Kalo kite sama ada pengsan terkulai layu atau mencicit lari sampai tak cukup tanah huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 09:19 AM | Show all posts
pepagi dh bt aku gelak..
seroja23 Post at 9-2-2012 08:15 AM



    Hahahaha tu la pasal. Dalam seram sejuk ni sempat cik es buat kita tergelak. Mujur tak tersembur nasi lemak yang tengah dikunyah tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 09:36 AM | Show all posts
terima kasih cik ES..... semoga cik es trus sihat.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 09:39 AM | Show all posts
best nyerrr.....aku suke gilerrrr...tahniah pada cik es...dlm takut ade lak romantis nyerrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:12 AM | Show all posts
mod mana modddd!!
sila tangani mslh nehhh...tred mendap nehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:25 AM | Show all posts
Reply 1151# amirezu


    kalau yg ni mermang klasss gitu hantu2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.366648 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list