CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 14-10-2011 10:10 PM | Show all posts
Reply  cik_es


    ok lh TT...
klu itu dh u putuskn..

P/S : Freddie mrah tk u publish kt al ...
Nalysha Post at 14-10-2011 21:18


sy dah terangkan dari awal lagi dah yg freddie cuma tak nak cerita ini dikomersialkan... setakat dlm forum mcm ni, di alam maya di tak kisah....

ok guys, insya allah sambungan pada hari ahad ye sebab bos sy balik esok, flight malam.. kalau aku terjah dia terus esok malam hanya kerana pendrive tu, mcm tak molek plak.. ke korang nak aku terjah jugak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 161# cik_es


   Ikutkan hati memang nak jer suruh cik es terjah hehe tp cian lak cik es.. xper laa seperti biasa sabar menanti sambungan dari cik es
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 10:21 PM | Show all posts
huhu............storiii  duk ngan boss plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 11:15 AM | Show all posts
bestlah pengalaman tt ni...bukan semua orang dapat pengalaman macam ni kan. sebab kes ni jg, tt dapat ramai kawan. teruskan menulis ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 08:45 PM | Show all posts
  3...

Sampai ke pagi, aku tak dapat nak tidur sebab masih lagi terfikirkan pasal bunyi loceng dan benda putih yang terbang tu. Hati ni rasa berdebar-debar,masih takut-takut lagi. Untuk kurangkan rasa takut, aku pasang lampu tidur (kebiasaannya aku tutup je kalau nak tidur), sambil-sambil tu dengar lagu.

Waktu tu, aku dengar lagu pakai portable speaker, sambung ke mp3 player. Jadi volume blh tahan kuat jugak lah. Abang aku pulak, mcm biasa la, tido kat ruang tamu sambil tv tu pulak yang 'menonton' dia tido. Disebabkan aku ni tadi agak takut, jadi aku blah dari bilik,angkut bantal selimut semua, nak tido kat ruang tamu. Mp3 player aku angkut sekali.

Tiba-tiba aku terdengar pulak macam bunyi ringtone hp aku berbunyi. Aku patah balik nak ambik hp tapi bila aku on je suis bilik, baru aku teringat yang hp aku masih lagi tertinggal kat dalam kereta Syaz. Bunyi hp tadi yang bukan main non stop berbunyi, aku on je suis, bunyi tu pun dah takde. Dan aku ni pun yang slow sangat untuk fikir hp tu masih tertinggal dlm kereta Syaz tu apa la bangang nya.

Oh ya, dalam update yang lepas, aku lupa pulak nak mention, mak Syaz dah cari kunci spare yang Syaz minta dia tolong hantarkan tu,tp malangnya tak jumpa. Jadi mak Syaz terus ke lokasi kitorang untuk hantar balik rumah, kereta Syaz pulak terpaksa ditinggalkan je kat situ,takde kunci punya pasal. Mak dia bising, selidik punya selidik, rupa-rupanya kedua-dua kunci dah tercicir, kunci yang asal, dan jugak kunci spare. Sepanjang perjalanan ar mak dia bising sambil2 Syaz pun sama bising jugak.

Disebabkan tu, aku tak dapat nak ambik handphone dan jugak handbag aku. Nasib baik la handbag aku tu, aku sorok kat bawah tempat duduk,tak la nampak sangat kalau orang jenguk dari luar. Tapi, handphone aku tu je yang aku risau sebab memang kat atas dashboard, elok je terletak. Aku risau kot2 orang pecah kereta tu semata-mata nak curik handphone tu kan? Mana la tau. Dah la situ memang sunyi la malam2. Port orang dating dan beramas mesra jugak la salah satunya. LOL.

Tengah aku berfikir-fikir tu, aku tertidur...zzzzz...

Beberapa jam kemudian,aku terjaga. Abang aku dah takde kat depan tv, ah sudah... Mana plak dia pergi? Kedengaran bunyi hujan renyai-renyai kat luar, aku terjaga sebab cuaca yang agak dingin. Patut lah abang aku dah blah masuk dlm bilik, tak tahan sejuk kot sebab dia tido kat luar tu mana ada angkut selimut bagai. Aku cuba nak tido balik, tapi dah tak mengantuk. Segar semacam je mata ni, aku menjeling ke arah jam dinding, baru pukul 3 pagi lebih. Rasa bosan pulak sebab selalunya kalau aku tak dapat tido ke, aku online je pakai handphone, pakai wifi jiran sebelah hehehe. Aku dah takde rasa nak tido, termenung je, entah apa la yang aku fikirkan.

Tokk...tokk...

Tiba-tiba kedengaran bunyi orang ketuk pintu. Berderau darah aku. Spontan mata aku melirik ke arah jam dinding lagi sekali, 3.30 pagi ok! Aku buat tak endah je mula2 sebab aku ingatkan bunyi cicak yang ketuk2 ekor dia kat tingkap tu ha, bunyi sebijik sama ok.

Tokk...tokk... "Assalamualaikum.." Ah,sudah.. dah ketuk-ketuk ekor, bagi salam pulak cicak ni.

Suara yang bagi salam tu, suara yang cukup aku kenal. Tapi,kalau ada yang menyamar mcmana? Aku ragu-ragu, nak bangun ke tak..nak bangun ke tak.. Salam kedengaran lagi buat kali kedua, kali ni siap ada sebut nama aku sekali. Aku dah agak dah.. ni mesti...

"Danny.." kataku sebaik je aku buka pintu. "Awk buat apa kat sini?" aiseh,ayat klise drama melayu.

"Kenapa fon tak jawab?Sms tak balas? Abg Jol mana? Henfon dia pun tak dapat kol?" bertubi-tubi soalan dia tanya. Oh, baru aku ingat pasal henfon aku yang tertinggal dalam kereta Syaz. Aku terangkan semua pada Danny untuk jawab persoalan dia. Rupanya dia risau tak dapat contact aku since malam tadi.

"Tido ke tadi?"tanya Danny.
"Tak ah...terbangun,sejuk"
" Patutlah cepat je buka pintu, dua kali salam je dah bukak pintu dah" Danny ketawa kecil.
"Jom.." Danny hulur tangan.
" Pergi mana?" aku terpinga-pinga.
"Jom berkenalan.. sy Danny.. awk?" Danny tahan gelak.
"Cakap je lah nak ajak keluar makan,kan senang" aku mengusik.

"Nak ke?" Danny tanya lagi.
"Nak ape plak?"
"G makan"
" Pagi-pagi mcm ni? Keluar makan??"
"Kalau sy cakap gi keluar sahur, awk percaya ke sy puasa?"
"Tak"
"Jahanam"

Aku gelak. Akhirnya aku setuju jugak keluar,teman Danny keluar makan, pukul 4 pagi mcm tu. Baru pernah aku keluar waktu-waktu mcm tu tapi atas rasa percaya dengan dia, aku ikut. Kitorang keluar makan kat KFC yang kat pasar, sapa-sapa warga Miri mesti tau lokasi ni,hehe.

Setiap kali kitorang keluar bersama, kisah tentang Nenek Misteri tu, memang tak pernah tercicir dari tajuk perbualan. Aku cerita pada Danny, yang Syaz tak berapa nak percaya tentang kisah tu. Danny cakap tak pe lah, kita tak dapat nak paksa orang percaya apa kita alami, tapi jangan satu hari nanti, kalau terkena batang hidung sendiri, waktu tu lah dia tau sapa yang betul.

"Habis tu,esok nak pergi ambik kereta Syaz tu macamana?Kunci takde kan?" Aku tak tau macamana nak jawab, lagipun aku tak tanya dengan Syaz lagi, apa plan dia. Nak pecahkan kereta tu ke? Tak kot? Aku mintak tolong Danny untuk call Syaz nanti pagi, agak-agak dalam pukul 8 macam tu ke. Kot-kot dia gi ambik kereta, tolong la hantarkan handbag dengan handphone aku sekali. Danny angguk je, nugget penuh je dalam mulut dia sambil dia tekan2 phone nak cari ada ke tak dia simpan nombor Syaz sebab aku pernah bagi, bila tengok dia macam tu, dalam hati aku cakap, comel jugak kau ni.

"Ape tengok? Cute kan?" masih lagi dia nak bercakap tu, even nugget penuh lagi dalam mulut yang belum telan. Aku tergelak je.

"Awak kalau gelak mcm tu, nampak mcm ikhlas. Cantik tu tak lah, tapi ikhlas" aku terkedu je dengar,aku terus diam. Ni ko nak beri hint yang aku ni tak cantik lah kan? Seriously, aku macam tak selesa. Segan pun ada.

Sebelum azan subuh berkumandang, Danny dan hantar aku balik. Sepanjang perjalanan, hanya membisu, tiada apa yang kedengaran kecuali suara dj dari dalam radio.

Danny hantar aku sampai ke depan pintu rumah. Aku cakap thanks sebab belanja makan.

"Thanks je?" Dahi Danny berkerut.
"Habis tu?"
"Awk takde apa-apa lagi nak cakap ke?"

Aku menggeleng..

"Kalau sy masih ada sesuatu nak ckp, awak nak dengar tak?"
Aku mengangguk,perlahan..

"Saya nak cakap kat awak.. Sejak Nenek tu "pergi",sy rasa awk makin jauh. Awk dah tak macam dulu. Kalau Nenek tu la yang dapat rapatkan sy dengan awk lagi macam dulu, sy harap bila awak pergi kerja nanti, Nenek tu akan call lagi.. Dan awk, akan cari sy semula.. macam dulu.." Suara Danny sayu.

Danny pandang mata aku seketika, dan terus.. berlalu pergi..

Bersambung ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:20 PM | Show all posts
love love love
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2011 10:12 PM | Show all posts
auw....... love + misteri... i like... hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:43 PM | Show all posts
pandora suda mariii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 11:35 PM | Show all posts
..cicak bagi salam??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:05 AM | Show all posts
aduhai x sabar nak tunggu sambungan....i'm in love....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 01:33 AM | Show all posts
cik es baik buat buku jek ltk gambar2 menarik. nti kitorang beli ah. aq minat nk beli. kalau kluar kat pasarn jgn lupe announce k
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 07:54 AM | Show all posts
wah bro danny yang handsome sudah ada dalam cerita  ..terbaikkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:00 AM | Show all posts
alahai......romantik juga Danny......yehaa.....all the best utk tt.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:27 AM | Show all posts
alahaii romantiknyerr pagi2 nie.. tq cik es,, az lak yg rasa berbunga2 pagi nie hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:41 AM | Show all posts
hehehe.. comel!!!!! thanks TT.... suka aku baca.. dahla mode suram je senin nih!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 10:00 AM | Show all posts
yeay... at last ade sambungan... x sbr tunggu sambungan lagi... go cik es go...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 11:53 AM | Show all posts
best..best...best la tt citer awk nie...teruja btoi nak tahu episod seterusnye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:51 PM | Show all posts
sweet nya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:51 PM | Show all posts
apakah....nape komen aku xmasuk??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:06 PM | Show all posts
best best best....
aku lak rase loving lebey2 lak nih...kuhuhuhuhuhu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066161 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list