CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 9-10-2011 06:03 PM | Show all posts
check in~~~ sangat berminat~~~~ kalau dulu boleh tunggu...sekrang apa tah lagi~~~ yeay~~ teruskan usaha~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 06:27 PM | Show all posts
yeayyyyy hade lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 06:29 PM | Show all posts
macam dulu jugak masuk posting nak bagitau bookmark check in dan seangkatan dengannya kena cantas
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 06:33 PM | Show all posts
check in..
follower tegar cik es dr part 1..
terpaksa register cari lps ade RP n masih gigih kumpul kedit in case RA tinggi..
sekarang dah pioneer
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 06:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by rose_liz at 9-10-2011 18:56

haaa, dah lama tunggu cite sambungan cik es, fenomena satu forum cari nih...sampai kat bod lain pun sampai...slmt bercerita...



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 07:09 PM | Show all posts
wow~ bookmark thread cik_es..setia menanti..

dlu kecoh satu opis iols bila iols citer pa ...
hAzEL^nut Post at 9-10-2011 18:01



mcm mana ek nak bookmark tread ni?
sila beri tujuk ajar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2011 07:24 PM | Show all posts
mcm mana ek nak bookmark tread ni?
sila beri tujuk ajar...
hawk77 Post at 9-10-2011 19:09



    kang kena cantas.. huwaaa...





namo borak2 dah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 08:26 PM | Show all posts
hi cik es..slmt mengarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 08:36 PM | Show all posts
dah keluar episode ke 2 la pulak.........
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 08:41 PM | Show all posts
salam cik es.. sy pn pminat thread cik es gak..xsbr nk tunggu yg part 2 ni... welcome back!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 08:52 PM | Show all posts
rmainya check in, tp TT blum buka bcara...  
Check in gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:24 PM | Show all posts
Sebenarnya cerita cik es ni byk bagi saya semangat bila saya down...
Saya jadikan Freddie sebagai contoh...kalau saya rasa dugaan hidup saya berat, saya rasa dugaan freddie lebih berat....

Bayangkan belum sempat dia bertemu dengan kekasihnya....dah pijak kaki pun ke Australia, tetiba gf dia meninggal.....bila dia balik ke Malaysia, nenek yang satu-satu nya orang yang dia sayang pulak meninggal.....

Terima kasih cik es kerana cerita cik es byk mengajar saya erti kesabaran.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:28 PM | Show all posts
Byk halangan nk baca part 1 tu. Kna,p sana balikla. Xtaw bila taun leh sambung part 2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 10:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 9-10-2011 22:41

1...



Lepas dah tau kisah sebenar yang berlaku di sebalik panggilan nenek tua tu, aku terfikir sejenak, aku ni mimpi ke apa? Kalau mimpi pun, takkan lama sangat kot tak bangun-bangun? Tersenyum sendiri je. Bila diimbas balik, aku rasa cukup bertuah ada pengalaman macam ni, yang orang anggap rekaan semata tapi biar lah apa orang nak kata. Seumur hidup aku, aku takkan lupa apa yang pernah aku lalui. Walaupun dengan panggilan telefon sahaja, macam-macam kerenah manusia aku dah jumpa, pelbagai kisah dan latar belakang yang dah aku temu, dalam merungkai misteri tu.

Kalau ikut logik akal la eh, mungkin roh mendiang nenek Freddie tu tak rela dia mati dengan keaadaan dia yang terlalu rindu dan risaukan Freddie. Jadi dia pun masuk balik lah ke badan orang lain hanya kerana nak Freddie tau, betapa dalamnya kasih sayang seorang nenek yang agung. Aisehhh..

Tapi, bila difikirkan dari sudut agama (Islam), adalah mustahil untuk roh orang yang dah mati tu hidup balik, atau meresap ke dalam jasad orang lain yang masih hidup. Kalau ada berlaku pun, ia nya hanyalah mainan iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia, ni ustaz aku yang cakap la, waktu aku mintak pendapat dia tentang Panggilan Telefon Misteri. Korang bayangkan lah dari lepas zohor sampai azan asar aku ceritakan pengalaman aku dekat Ustaz ni, bersama sorang lagi menantu perempuannya,itu pun tak habis2 jugak lagi sebab kalau nak ikutkan banyak lagi babak yang sy tak masukkan dalam thread yang dulu (atas kerana kesibukan dan tak cukup masa).

Beberapa hari lepas kisah nenek tu terungkai, aku banyak berkongsi dengan teman2 rapat. Ada yang percaya, ada yang anggap tu dongeng. Tapi apa boleh buat kan, rambut sama hitam, ahhh sendiri sambung lah.

Ada la satu hari ni, aku pergi kerja macam biasa. Tapi kali ni, aku dah ada kereta sendiri walaupun second hand,haha. Maklum lah dalam Panggilan Telefon Misteri yang dulu, belum ada kereta lagi kan,eksyen la sikit kali ni walaupun setakat kancil aje,haha. Pengguna kancil jangan terasa tak tentu pasal plak kan sampai remove2 aku dalam fb ke apa,haha. Ok takde kena mengena.. Aku pergi kerja, waktu tu masih lagi gelap sebab aku turun kerja seawal 5.30 pagi. Ye lah, nak monitor crews tu buat kerja, nak bukak kedai lagi, standby barang masak lagi, mcm2 la. Walaupun kedai buka tepat pukul 7 pagi, tapi seawal 5.30 pagi aku dah bertenggek kat situ. Walaupun hakikatnya crews yang bertungkus lumus standby apa perlu, aku cuma monitor sahaja.

Memandangkan semua crew ni dah agak senior jugak, dah bekerja lebih dari 2 tahun dengan aku, jadi dorang dah tau apa nak buat. Aku biar je, lepak di office yang comel tu sambil minum teh o. Sesekali, mata ni macam entah kenapa, asyik tengok telefon. Dalam fikiran, tertanya-tanya jugak, apa khabar la nenek tu "di sana" agaknya? Happy ke dia lepas dia dapat jumpa Freddie? Dah tak risau ke lagi dia dengan Freddie..? Dan.. erm, tak rindu ke dia pada aku? Aiseh, part rindu-rindu ni yang aku malas nih. Tak aku nafikan, aku rasa kesunyian jugak lepas nenek tu dah "pulang" ke dunia dia. Sekali sekala aku mengharapkan jugak nenek tu akan call,poke kat facebook ke,at least?

Tiba-tiba aku terkejut dengan deringan telefon, spontan tau mata aku tengok jam, baru pukul 6.50 pagi, amboih nenek nih, tak agak-agak kalau nak kol eh, awal 2 jam dari kebiasaan. Aku nak jawab telefon dengan perasaan yang excited gila, macam kekasih hati call. Tapi tak sempat tangan aku capai gagang telefon, telefon dah senyap. Waktu tu, frust gila. Tangan aku pulak secara tak sengaja tertepis gelas teh o tadi yang aku baru minum separuh, habis tertumpah kat atas paperwork atas meja. Tersentak sekejap, baru tersedar dari khayalan yang panjang. Dalam hati, aku menyumpah-nyumpah je. Satu lagi hal pulak kertas paperwork ni nak print balik.

Sepanjang hari, bila telefon berdering je, aku dah tak fikir lain, hanya nenek tu je. Tapi setiap kali aku harapkan nenek call, aku hanya akan hampa je. Aku rasa seperti kehilangan sesuatu, sesuatu yang bukan milik aku, dan tak pernah pun jadi milik aku. Cuma, aku dapat rasakan nenek tu dah jadi sebahagian dari diri aku.

Pernah sekali, ok aku tipu, beberapa kali, bukan hanya sekali.. aku menangis sendiri dalam office sebab rindu dengan nenek tu. Aku ni dah sebijik macam orang hilang anak pulak. Aku ambik masa jugak lah nak lupakan nenek tu,tapi .. aku tak mampu.

Bersambung ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:43 PM | Show all posts
sy pun nak check in la... sy nak bilik vip yer..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:50 PM | Show all posts
wow ada kesinambungan ye......... tu lah cerita dulu tuh macam penamat dia tergesa2 sangat......... cam tak tamat sepenuhnya.......... apa2pun selamat menulis kembali........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 11:17 PM | Show all posts
Reply 34# cik_es

3 jam baru tamat Panggilan telefon Misteri ( Part 1) tu pun bca Author reply aja.. hehhehe

Sungguh terkesima, snagt brkesan..
Lpas hbis bca Part 1, TT dh updated part 2..

truskan..

Slmat mngarang..

P/s : Hrap ada yg brmnat nk filemkan/dramakn cter ni nnti one day...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply  cik_es

3 jam baru tamat Panggilan telefon Misteri ( Part 1) tu pun bca Author reply aja.. ...
Nalysha Post at 9-10-2011 23:17



Cerita ni tidak akan difilemkan,dinovelkan atau diterjemah ke dlm apa-apa bentuk komersial atas permintaan Freddie sendiri jadi sy hormat permintaan dia. Maksudnya cerita ini hanya akan dikongsi di alam maya sahaja, melalui forum,email,blog dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 11:46 PM | Show all posts
wah dah ada panggilan misteri part II......
bagus2....teruskan usaha murni cik es itu.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 12:03 AM | Show all posts
yeay...... nenek kamsia.... aku pon rindu nenek kamsia, cik es, freddy danny
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.203787 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list