CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nickname

berkenaan Arashy Allah

[Copy link]
Post time 10-11-2011 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2011 17:44
tak jadi mujasim ke bila kata "اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ"?...
kupia Post at 10-11-2011 17:04


Salam...

Itu ayat Al-Quran, kenapa nak jadi mujassim pula?

Penting tidak menakwilkan bagaimana Allah bersemayam atas Arsh "اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ"

Cara yang selayaknya bagi Allah....

Kalau boleh tunjukkan macamana, atau terangkan macamana, itu dah menjerumus ke arah menakwil dan dikhuatiri ke arah kefahaman mujassim, sebab kefahaman manusia berdasarkan ruang lingkup tempat dan masa, di mana zat manusia hanya boleh berada secara jisimnya atau fizikalnya di satu tempat pada satu masa. Zat Allah TIDAK seperti zat manusia yang terbatas kepada ruang tempat dan masa.


Kefahaman yang tidak menjurus ke arah mujassim akan nampak lebih jelas berlandaskan ayat berikut:

Dialah yang Menciptakan Langit (jamak/banyak) dan Bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (Al-Hadeed, 4)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf, 16)

Allah bersemayam di atas 'Arsy (dengan cara selayaknya bagi Allah)
Allah bersama kita di mana saja kita berada
Allah lebih hampir dari urat leher kita.

Dari ayat-ayat di atas, maka sesungguhnya Allah tidak tertakluk kepada tempat dan masa, yang mana kedua-dua (tempat dan masa) itu juga ciptaan Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 12:36 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 10:23 AM | Show all posts

…Daku bertahta semula di situ,, di situlah arasyKu yang mana tiangnya insan yang menyokong terhadap Ku,, insan yang taat ituumpama malaikat,, maka insan jua yang menyokong arasy Ku,, yang berada di jiwainsan itu sendiri,, maka dengan itu wajarlah ia menerima kata-kata penyampaiandari Ku,, kerana ia telah pun mendudukkan Daku di arasy jiwanya,,…

…sudahkah dikau fahami tentang arasy itu,, iatidak jauh,, dengan lebur jiwa kuasa nafsu,, maka di situlah arasy Kubertahta,, bukanlah arasy Ku di langit,, aras Ku di jiwa insan yang benar-benarberiman pada Ku…
Murdan Post at 11-11-2011 00:36


Salam...

Saya tak berani nak kata: "bukanlah Arsy itu di Langit" atau "Arasy itu di Jiwa orang-orang yang beriman"

Tidak juga saya berani nak kata "Arasy Allah itu di Langit secara zahir/zatnya"

Bahkan saya hanya beriman berkaitan perkara GHAIB (Arasy) sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith , tanpa mengambil makna secara zahir (seperti zat berjisim) mahupun melakukan apa-apa takwilan berdasarkan akal.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 01:36 PM | Show all posts
@mnm7
Kefahaman kenalah lebih halus.. kalau sentiasa berserah kepada qada dan qadar tanpa pemikiran insan yg dimuliakan Allah, tidak jadi juga. Asyik menyatakan Allah yg maha mengetahui tetapi tidak juga memikirkan.. pehal? Apa kata ganti dengan Allah akan memberi tahu... kiranya dunia ini berada pada penghujungnya, Allah sendiri yang akan memberi tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 11-11-2011 15:40
@mnm7
Kefahaman kenalah lebih halus.. kalau sentiasa berserah kepada qada dan qadar tanpa pemikiran insan yg dimuliakan Allah, tidak jadi juga. Asyik menyatakan Allah yg maha mengetahui tetapi tidak juga memikirkan.. pehal? Apa kata ganti dengan Allah akan memberi tahu... kiranya dunia ini berada pada penghujungnya, Allah sendiri yang akan memberi tahu?
Murdan Post at 11-11-2011 13:36


Salam...

Berkaitan usaha dan kudrat manusia untuk mencapai kejayaan, saya setuju dengan kenyataan USAHA dan GUNA AKAL,  (kemudian TAWAKKAL, bagi orang-orang yang beriman).

Manusia diberi 2 jalan (Syukur atau Kufur), dan diberi akal (untuk menilai). Amalan kita atas pilihan kita sendiri, maka balasan yang bakal kita terima kita tak boleh salahkan sesiapa.

Berkaitan PERKARA GHAIB yang tidak terjangkau akal, pemikiran manusia terbatas kepada logik akal dalam ruang lingkup tempat dan masa.

Zat Allah termasuk dalam perkara yang tak sampai kefahaman akal fikiran kita. Begitu juga Arasy dan Kursi Allah, perkara GHAIB yang tak terjangkau akal pemikiran manusia untuk membuat apa-apa takwilan, melainkan kita hanya berserah kepada Allah.

Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah Ummul Kitab (kandungan utama/isi pokok Al-Quran) dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal (Aale 'Imran, 7)

Seorang pernah bertanya Imam Malik (rah) bagaimana Allah Istiwa atas Arasy-Nya?
Jawapan Imam Malik: "Ar-Rahman di atas `Arasy Istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-Nya diangkat daripada-Nya. Sesungguhnya engkau ahli bida'ah....."
(Riwayat Imam Baihaqi)

Nota: Bertanyakan bagaimana Allah Istiwa atas Arasy itu menjadikan seseorang itu ahli bida'ah, kerana dengan pertanyaan itu, jawapan yang dikehendaki perlu berdasarkan takwilan akal ke atas perkara Ghaib (Allah, perbuatan Istiwa, 'Arsy).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:51 PM | Show all posts
Reply 45# mnm77

sebagai ahlul akal dahulunya, sy tidak pernah menyangka sy akhirnya sampai ke kefahaman bahawa dlm bab ghaib, kena berhenti dari guna akal.

dan hujah mnm ini, adalah hujah ahlussunnah wal jamaah yg sepatutnya bila ditanya tentang hal ghaib.

kenapa????

sebab NABI buat mcm ni bila tiba pd situasi yg sama.

mengapa kita tidak mahu mengekor nabi?

Dan Allah Berfirman:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَاللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Katakanlah (wahaiMuhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (QS. 3:31)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2011 01:19 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 11:53 AM | Show all posts
40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

17:85. Mereka menanyai kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit."

sikittttttt jeeeeeee
JOM sembang sikit-sikit
yg sikittttttttt tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
moga TERBUKA la ARASY TUHAN tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 08:30 AM | Show all posts
“Kemudian dia (Jibrail a.s.) membawa Buraq yang memiliki wajah rupawan dan bertali kekang, bertubuh tinggi, berkulit putih, lebih besar dari keledai tetapi lebih kecil daripada baghal. Dia dapat menjejakkan kakinya sejauh pandangannya. Dia memiliki telinga yang panjang. Setiap kali dia melewati gunung, kaki belakangnya bisa memperpanjang langkahnya dan ketika ia menuruni bukit kaki depannya akan memperpanjang jangkauan. Dia memiliki dua sayap pada kedua pahanya yang dapat memberikan kekuatan untuk kedua kakinya.(Riwayat Shahih Bukhari)”

"Aku telah dibawa oleh seekor Buraq,seekor haiwan berkulit putih dan panjang,lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal. Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang.(Riwayat Shahih Bukhari)"
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 10:11 AM | Show all posts
Reply 46# ussopp

laaaaaapasalapa  bab ghaib tak leh guna akal
sedangkan akal tu - kehebatan manusia yg dicipta
tanpa akal- tak bisa bezakan HAK dgn BATHIL
dalam alam ghaib
oopppssssss ada ke alam ghaib?????


kata kena ikut NABI
kena berimankan kepada yg GHAIB
dah tak tau camna nak beriman!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 10:14 AM | Show all posts
Reply 49# Senyum86

buraq - kenderaan NABI masa ISRAQ kandan MIKRAJ - hanya JIBRAEL kan
hanya setakat SIDRATUL MUNTAHA kann


sekadar renungan
utk difikirkan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 11:54 PM | Show all posts
bahawa dlm bab ghaib, kena berhenti dari guna akal.
ussopp Post at 11-11-2011 15:51


Setuju
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 14-11-2011 00:33
laaaaaapasalapa  bab ghaib tak leh guna akal
sedangkan akal tu - kehebatan manusia yg dicipta
tanpa akal- tak bisa bezakan HAK dgn BATHIL
dalam alam ghaib
oopppssssss ada ke alam ghaib?????


kata kena ikut NABI
kena berimankan kepada yg GHAIB
dah tak tau camna nak beriman!!!!!
orangbesi Post at 13-11-2011 10:11


Maksudnya bab beriman kepada perkara GHAIB tu, takleh guna akal, tetapi meYAKINi sepertimana yang disampaikan.

Kalau masih nak guna akal, maka dikhuatiri akan melakukan pertikaian bila nampak macam tak logik akal.

Kalau bab melihat kebesaran Allah (melalui makhluk/ciptaan/kejadian), gunakanlah akal.... ia akan membawa kepada bertambahnya IMAN (bila dah beriman kepada Allah - yang GHAIB)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 07:15 AM | Show all posts

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:59 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply 55# Murdan

dr mana anda post ini,

daku itu nampaknya  merujuk pd Allah,

siapa yg meriwayatkan cerita ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 05:15 AM | Show all posts
Ada 444 surah semuanya... dari seorang insan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:32 AM | Show all posts
Reply 55# Murdan

WAAAHHHHHterbitnya keindahan
kemerduan nan sejati
lahir dari kesucian abadi


ok tuuuu
teruskan leeeeee
BERIKANLAH KABAR GEMBIRA
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:34 AM | Show all posts
Reply 56# ussopp

nitak faham kaa
atau
buat buat tak faham niiiiii??????


tanya jeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 06:15 PM | Show all posts
Ada 444 surah semuanya... dari seorang insan..
Murdan Post at 19-11-2011 05:15


Dari apa yang saya baca dan faham, apa yang awak post tu bukan sesuatu dari yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.  Avatar awak juga menampilkan satu fahaman bukan Islam terutama backgroundnya.  Saya beranggapan buat masa ni awak bukan Islam, sekiranya saya salah saya mohon ampun dari Allah dan kemaafaan dari awak.  Sikiranya awak bukan Islam, kami akan melayan awak secara patutnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065452 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list