CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24792|Reply: 79

Isteri cina yang mengamalkan jamu.

[Copy link]
Post time 16-10-2011 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Hai!!..Apa kahabar kakak2,adik2 sekalian? Nama saya Amy,teringin berkongsi serba sedikit tentang diri saya, mengapa saya sebagai seorang yang berbangsa cina mengamalkan pemakanan jamu dan effect jamu tehadap diri saya dan rumahtangga saya.
Tentang diri saya:
Anda pasti tertanya- tanya siapakah diri saya untuk memberi nasihat atau pendapat mengenai jamu. Lebih-lebih lagi jamu bukanlah tradisi pemakanan orang berbangsa cina.
Seperti ramai gadis yang mempunyai masalah jerawat, jeragat, haid yang tidak teratur dan mcm2 lagi, saya pun tidak terlepas dari masalah ini. Bermulalah dari peringkat sekolah menengah, saya diperkenalkan kepada amalan makan jamu oleh member melayu. Bukan ape, diri kita pun sekolah kebangsaan, member melayu pun ramai gak. Seingat saya, mak dielah yang perkenalkan. Katanya "Ambik jamu ni balik makan. Insyaallah, dalam sebulan dua, masalah jerawat akan kurang dan dtg haid pun tak lah sakit sangat" Saya lihat dan terpikir ape pulak benda biji hitam hitam ni? Pahit pulak baunya... terasa berbelah bahagi nak makan pulak tu. Anyway, dah desperate sangat, maka saya pun startlah makan benda biji hitam tu, tanpa mengetahui bahawa benda itu adalah jamu. Jamu adalah bahasa Indonesia bagi ubatan-ubatan semulajadi yang terdiri daripada daun2 herba, rempah-ratus, buah-buahan dan kekadang terdiri dari kulit pokok.  Bayangkanlah, muke kite yang dipenuhi jerawat dan jeragat, penuh dengan nanah skali, adoiii.....sakit terasa kat muka, malu nak berdepan dgn orang pulak. Ttp dlm dua minggu, sakit tu dah rasa kurang sikit. Dlm sebln, nanah dah start kering dah. Masuk dua bulan, seperti dijanjikan makcik, jerawat memang dah kurang dan time period pun tak lah sakit sangat. Saya mengamalkan pemakanan jamu ini selama 8 bulan waktu sekolah menengah dahulu. Lepas sekolah menengah, kedai jamu tu pun dah berpindah ntah kemana. Begitulah pendedahan atau pengalaman pertama terhadap jamu.

Mengapa saya sebagai seorang yang berbangsa cina mengamalkan pemakanan jamu :
Ketika melahirkan anak pertama, tak tau pulak nak kemana nak dapatkan jamu-jamu ni. Member yang time kecik2 tu pun dah pindah kemana dgn keluarganya, kedai yg dulu saya eli jamu tu pun dah pindah. Tak berani pulak nak bertanya..takut kena kantoi....hehehehe. Akan tetapi sewaktu melahirkan anak kedua, saya telah diperkenalkan dengan seorang makcik bidan. Makcik bidan ni sangat berpengalaman maklumlah dah bertahun2 makcik sambut kelahiran baby dan urut lepas bersalin. Sedap jugak badan lepas berurut, berparam dan berbengkung nie.... Tak heiranlah wanita2 melayu ni nampak langsing, bermaya dan berseri dimuka lepas bersalin... Oh,Ya!! Tak lupa jugak, saya tanya makcik jamu untuk makan lepas bersalin. Maklumlah, anak pertama tak jaga langsung, la ni usia pun dah meningkat.. Nasib baik makcik perkenalkan jamu untuk makan lepas bersalin, selamat untuk ibu dan baby yang berbreasfeeding ni... Syukur masa makan jamu ni, baby saya ok aje. Ade dengar khabar dan terbaca di forum, banyak ibu lepas bersalin tak boleh makan jamu alang2 baby kena cirit-birit. Kesian para ibu2 ni...

Effect jamu terhadap saya:
Sebenarnya, jamu ni baik sangat untuk kesihatan dalaman dan luaran seorang wanita. Tak kira bangsa atau agama, badan kita semua sama aje. Kebaikan jamu ni bukanlah terhad kepada orang melayu sahaja malah kepada sesiapapun yang teringin merasai "keajaibannya". Setelah melahirkan anak kedua, barulah saya sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan secara menyeluruh serta betapa baiknya faedah berjamu ini.
Dari waktu melahirkan sehingga sekarang baby berumur 6bulan,  saya mengamalkan jamu berbentuk serbuk yg perlu dibancuh dgn air panas. Tidak pernah ketinggalan walau sehari pun. Beza antara anak pertama dan kedua amat ketara sekali. Dari segi fizikal, saya telah menurun berat badan secara konsisten dan boleh muat balik baju pra-mengandung. Dibawah adalah senarai kebaikan yg telah saya rasai setelah mengamalkan jamu selama 6 bulan berturut-turut.
Antara faedah2 makan jamu:

Berat badan turun secara konsisten selepas bersalin.
Badan terasa bertenaga dan bermaya utk lakukan avtiviti harian.
Memulihkan kesihatan dan kesegaran badan selepas bersalin.
Melancarkan peredaran darah justeru memberi wajah yg kemerah-merahan, wajah nampak berseri2...
Waktu bangun, tak rasa letih lesu. Rasa fresh aje. Macam bateri energizer pulak tu.
Sakit urat2 lepas bersalin kurang berbanding dgn anak pertama yg xpernah mkn jamu.
Badan sentiasa berasa panas dan selesa terutama skali bila kena berdepan dgn air-cond.
Jamu mampu mengempiskan perut dan tak kelihatan boroi.
Mampu mengecilkan otot rahim dan perut. Justeru itu, mampu mengetatkan dinding faraj.
Jamu itu bertindak sebagai agent pembersih, dapat membersihkan dan mengeluarkan darah kotor dari rahim selepas bersalin.
Bukan saja mengeluarkan darah kotor, malah berkesan memulihkan masalah keputihan yang berlebihan, kegatalan dan bau2 yg kurang enak seperti bau hapak ke bau hanyir di vagina.
Jamu sangat berkesan utk memulihkan balik 'grip' pada dinding vagina semasa ehem..ehem...kompem ketat balik seperti anak dara yooooo......
Kompem padat dan panas je kat 'dalam tu' ... hubby mesti tersenyum lebar.... sebab selesa yoooo....
Dapat mengawal lelehan dan lendir vagina semasa ehem..ehem... Kalo lelehan terlampau banyak, terasa longgar pulak tu.... tak best la.

Ha.....rasa macam tak percayakan. Percayalah sebab saya seorang cina pun sudah ketagih dgn amalan jamu ini dan sudah terasa kebaikannya. Saya harap dari perkongsian saya ni dapat membantu sesetengah yang kurang yakin terhadap jamu atau yang belum pernah mencuba. Apa2 pun saya harap dari perkongsian ini dapat memberi perspektif baru kepada ubatan traditional. Jangan salah faham ye, saya bukan penjual jamu. Saya disini hanya ingin berkongsi dgn ikhlas pengalaman saya dgn wanita2 di luar sana.

Selamat mencuba dan jumpeeee lagi uolssss..... byeeeee......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 10:45 PM | Show all posts
TQ TT...
Blh TT bagitau nama jamu yang TT ambik....
Teringin jugak nak cuba....yang saya tau, majakani & kacip fatimah....
Elok untuk mengembalikan tenaga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 11:01 PM | Show all posts
Reply 2# jazaa

Hai Kak Jazaa.... Memang betul tanpa dinafikan bahawa manjakani & kacip fatimah memang dapat memberi kebaikan seperti yg Amy kata diatas, mungkin lebih lagi.  Amy bukan pakar jamu, cuma boleh kongsi sekadar sahaja. Jenama yang saya sedang amalkan ialah Jamu Air Mancur. Sejurus bersalin sampai 4 bulan, Amy ambik Jamu Air Mancur, Lepas bersalin. La ni, ambik Jamu Air Mancur, Sehat Perempuan... Amy sertakan laman web dibawah skali bagi renungan Kak Jazaa.
   



http://www.airmancur.co.id/produk/cat/jamu-khusus-wanita
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:29 PM | Show all posts
hmm nak kena bancuh2 ni x tahan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:49 PM | Show all posts
untungnyer asben TT....
mesti hari2 mau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply 5# zulka
Dia lioksssss.... Suruh bini u makan ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2011 05:51 PM | Show all posts
Reply 4# ikan_kaloi
Hmmmmmm mula2 stat makan tu memang rasa leceh jugak kena bancuh.....Tapi setelah tengok asben senyum senyum, kita pun senyumlah...... Tutup hidung, telan aje.......  
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 05:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by puteri_malam at 17-10-2011 18:23

ku pun makan jamu tp yg homemade...embak indonesia buatkan...sll order kat dia...embak pun ckp ramai wanita cina yg beli jamu dr dia...jamu dia dr anak dara spai dah beranak pinak leh makan....ku jenis takleh makan jamu tp lepas try jamu embak ni ku tak alami alahan pada jamu mcm pening and nampak bulan bintang disiang hari....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2011 06:10 PM | Show all posts
Reply 8# puteri_malam

Baguih baguih laa makan jamu jamu ni.... Tapi Amy susah gak nak cari jamu homemade ni... Jamu Amy makan pun makcik bidan yg rekemen... Amy dengar Jamu Ratu Dara best jugak tp xleh makan sebab breastfeeding.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 06:22 PM | Show all posts
Reply  puteri_malam

Baguih baguih laa makan jamu jamu ni.... Tapi Amy susah gak nak cari jamu ho ...
Amaryscloset Post at 17-10-2011 18:10


yg ku makan ni embak tu ckp leh jer mkn bebila pun...time period dia suh mkn gak dia kata bagi bersihkan rahim kita...ku try mkn time period mmg ok...rasa mcm ringan badan....breastfeed ku tak tau lak sgt nnt nak tanya embak tu...sbb ku blom kawin...embak yg suh mkn dr skrg nnt spai beranak pinak...ada kwn aritu cuba mkn and dia pun ckp elok...sepeket embak tu juai RM10 jer...mkn dlm 4-5 biji sekali sehari...ku pun kena order kat embak sbb dia buat atas permintaan...kalo ramai yg bersalin bnyk la dia buat...embak tu mengurut org bersalin sama...ramai cina2 yg booking dia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 08:36 AM | Show all posts
Reply  zulka
Dia lioksssss.... Suruh bini u makan
Amaryscloset Post at 17-10-2011 17:47



bini sy tak suke mkn jamu...
takpe...nti sy suruh gf sy mkn... {:1_169:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 03:31 PM | Show all posts
Hai!!..Apa kahabar kakak2,adik2 sekalian? Nama saya Amy,teringin berkongsi serba sedikit tentang dir ...
Amaryscloset Post at 16-10-2011 22:10


amy..jenama apa ni? xdpt bkk link u kasi la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2011 03:55 PM | Show all posts
Reply 12# yaya12
Yaya, brand yang Amy makan ialah Jamu Air Mancur... . Makcik bidan beli kat Jalan Bot, KL... yaya boleh pi google taip jamu air Mancur.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 04:36 PM | Show all posts
takde jual online ke amy..bagusnye TT mkn jamu..jrg dgr chinese nk telan jamu2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2011 10:45 PM | Show all posts
takde jual online ke amy..bagusnye TT mkn jamu..jrg dgr chinese nk telan jamu2 ni
MistrezHermanaz Post at 18-10-2011 16:36


Sorry banyak Mistrez, saya tak jual jamu online but I ade jual serum dan ampoules.... Tak dinafikan kenalah jaga dalam n luar. Bagi amy, jamulah penyelesaian segala masalah dalaman wanita hehehehe. Kalo Mistrez minat, saya boleh pm kan details abt serum n ampoules jamu air Mancur ni, Amy suruh mak cik bidan belikan. Katanya kedai tu terletak kat jalan bot, kl.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 09:16 AM | Show all posts
Sorry banyak Mistrez, saya tak jual jamu online but I ade jual serum dan ampoules.... Tak dinafi ...
Amaryscloset Post at 18-10-2011 22:45



   i see..u jual ampuoles beautee ke..my friend ade pakai ampoule jgk..dia recommend yg itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2011 03:51 PM | Show all posts
i see..u jual ampuoles beautee ke..my friend ade pakai ampoule jgk..dia recommend yg itu
MistrezHermanaz Post at 19-10-2011 09:16


Better I pm u Kak. Tak nak bincang bisnes kat sini. Nnt kena pancung dgn MOD....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:24 PM | Show all posts
cuba try jamu mak dara.ok juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 05:42 PM | Show all posts
cuba try jamu mak dara.ok juga..
norulle Post at 19-10-2011 16:24

Jamu Ratu Dara best jugak.... Dulu Amy punya customer cakap 2 minggu dah menggebomsssss, mantap n meletups dibalik ranjang uolsssss..... (semua M punye). Yang ni lagi senang, tak yah nak bancuh2. Telan aje. Heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 06:33 PM | Show all posts
Jamu Ratu Dara best jugak.... Dulu Amy punya customer cakap 2 minggu dah menggebomsssss, mantap n  ...
Amaryscloset Post at 19-10-2011 17:42



    TT, kalau breastfeeding jamu ape yang sesuai eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.594551 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list