CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vympel77

Bola Sepak Sukan SEA: ReMatch HARIMAU Vs GARUDA !! [R.P. 666]

     Close [Copy link]
Post time 20-11-2011 04:40 PM | Show all posts
Ada hal ganjil yang sering saya baca di media malaysia mengenai kasus OKS ... tampak mereka memperta ...
wartakita Post at 20-11-2011 12:25



    memang kita tahu OKs dibuang padang... tapi yang tak faham mengapa bila game dah habis pon.. bouncer2 indon tuh tak bagi dia turun.... susah sangat ke nak faham... the moment the wisel blows signaling the end of the game, that's it...the game ends.... mengapa pula dia tak boleh turun padang untuk merayakan kemenangan atas myanmar semalam?.. it's getting ridiculous okay...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 04:44 PM | Show all posts
Reply 2019# Vympel77


lawan di indon...


malaysia boleh!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 04:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by pyropura at 20-11-2011 16:57
Kabinet lulus pesawat sewa khas bawa pulang skuad B-23


2011/11/20
JAKARTA: Pemain skuad Bawah 23 Tahun Malaysia yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA, di sini, malam esok.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata Kabinet ketika mesyuarat mingguan Jumaat lalu meluluskan permohonan daripada kementeriannya untuk menggunakan pesawat komersil tambang murah AirAsia bagi membawa pemain skuad B-23 negara kembali ke Malaysia.
"Ini menunjukkan pengiktirafan Kabinet terhadap atlit Malaysia. Jika di edisi Laos dulu, kita menggunakan pesawat tentera, kini menggunakan pesawat komersil sewa khas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
dainese Post at 20-11-2011 14:37



....ooooo tim bola taraf estet tu boleh bagi segala  macam privilege pesawat khas segala macam, tu atlit2 yang lain  kategori B seramai 270 orang tu suruh depa bayaq tambang sendiri?....lahanat punya shabery mulut buih @ Bubbly Shabery....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 04:59 PM | Show all posts
....ooooo tim bola taraf estet tu boleh bagi segala  macam privilege pesawat khas segala macam ...
pyropura Post at 20-11-2011 16:52



   Takde keupayaan menjadi Menteri sebenarnya... mmg takde kualiti sebagai menteri... patut org mcm tu jadi mandur Alam Flora je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:02 PM | Show all posts
Mohon pencerahan, Alex Yoong ni Islam ke bukan? Nama bapak dia Hanifah Yoong kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:05 PM | Show all posts
Mohon pencerahan, Alex Yoong ni Islam ke bukan? Nama bapak dia Hanifah Yoong kan?
bobby2008 Post at 20-11-2011 17:02



   alex yoong bukan islam...mak dia chinese tak silap aku...tapi bapak dia islam convert kawen kali ke 2 ngan melayu...tu yg dpt philipa yoong ngan lagi sorang adik yg athlete tu...nama aku tak ingat...tu je yg aku tahu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2011 05:09 PM | Show all posts
memang kita tahu OKs dibuang padang... tapi yang tak faham mengapa bilagame dah habis pon.. bouncer2 indon tuh tak bagi dia turun.... susahsangat ke nak faham... the moment the wisel blows signaling the end ofthe game, that's it...the game ends.... mengapa pula dia tak bolehturun padang untuk merayakan kemenangan atas myanmar semalam?.. it'sgetting ridiculous okay...
~anya~ Post at 20-11-2011 16:40

maybe nak menjaga keselamatan OKS dari fans2 indon yg giler.. *berbaik sangka
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:09 PM | Show all posts
kiranya win predict adasama menang, atau seri... mana2 yang menang, tak kiralah ye...
~anya~ Post at 20-11-2011 16:28


betul tu anya...
kita mahu Harimau menang!
tapi, kalau dapat silver, sepatutnya kita tak kesah
kerana dalam team ni ada ramai bakat yg nanti bila diserap ke team senior maka kita punye team senior yg sangat depth.
apapun, harap-harap kita menang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply 2029# bobby2008


    bapanya convert selepas mereka dewasa.. tp aku rasa AAliyah Yoong adik depa ni muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:13 PM | Show all posts
alex yoong bukan islam...mak dia chinese tak silap aku...tapi bapak dia islam convert kawen ...
kaypo Post at 20-11-2011 17:05


philipa sama ibu dengan alex.. omputeh gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2011 05:16 PM | Show all posts
HIGHLIGHT VIDEO

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:19 PM | Show all posts
alex yoong bukan islam...mak dia chinese tak silap aku...tapi bapak dia islam convert kawen ...
kaypo Post at 20-11-2011 17:05


kalo xsalah iols...alex ngan philippa yoong mak orang putih...dah bercerai kekdahnya...
then bapaknya convert kawen ngan orang melayu...
aaliyah yoong tu anak ngan orang melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:19 PM | Show all posts
Skuad negara naik Barracuda ke Stadium Gelora Bung Karno


2011/11/20

JAKARTA: Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 esok, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu. "Malah kita harap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium," katanya. Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada jam 7 malam esok waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.

"Kita sudah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis lalu dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.

"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara," katanya.

Hamidin berkata, Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di depan penyokong dan di tempat sendiri. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:22 PM | Show all posts
memang kita tahu OKs dibuang padang... tapi yang tak faham mengapa bila game dah habis pon ...
~anya~ Post at 20-11-2011 16:40


bagaimana jika itu sume atas suruhan dari pejabat AFF/FIFA atau suruhan assistant referee yg ada disisi padang bagi menjalankan peraturan bola sepak yg sedia ada!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:22 PM | Show all posts
Lupakan perlawanan peringkat awal jika mahu menang: Kim Swee


2011/11/20

JAKARTA: "Lupakan perlawanan peringkat awal jika mahu menang dan kekalkan pingat emas yang dimiliki".

Ini amanat yang diberikan oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee kepada pemain skuad bola sepak negara yang akan mengharungi perlawanan akhir Sukan SEA ke-26 menentang tuan rumah Indonesia esok. Apa yang pasti, kemenangan 1-0 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat Kumpulan A pada Khamis lalu memberi pengalaman berguna kepada pemain Bawah 23 tahun negara agar berhati-hati dan tidak leka terhadap keputusan tersebut hinggakan terlampau ghairah memburu kemenangan. "Saya tidak mahu mereka terlalu yakin dengan diri sendiri. Saya tahu mereka keletihan dan saya mahu mereka kenali kekuatan dan prestasi sendiri.

"Dari segi semangat, sudah pasti pemain akan turun berhabis-habisan menentang Indonesia nanti.

"Ini adalah halangan terakhir untuk kita mengekalkan kejuaraan di Laos dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya ketika ditemui pemberita di hotel penginapan kontinjen bola sepak negara berhampiran Stadium Gelora Bung Karno, di sini, hari ini.

Malah beliau berkata, skuad negara perlu realistik ketika beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan itu dan turun bermain bersama psikologi bagi menghadapi tekanan pemain lawan dan juga ejekan penonton tuan rumah yang sememangnya memusuhi pasukan negara dari awal.

"Usah pedulikan ejekan mereka. Kita kena guna kecergasan yang berbaki sebaiknya. Saya percaya jika kita tekankan bermain untuk menang pada awal babak pertama, pada minit ke-60 pastinya mereka (pemain) sudah pancit kerana kita sememangnya keletihan," katanya.

Kim Swee yang kini bebas dari penggantungan satu perlawanan dari berada di tepi padang berkata, masalah kecederaan yang melanda skuad negara di bahagian penyerang dan pertahanan kiri dan kanan sedikit merencatkan agenda skuadnya namun beliau optimis kerana masih mempunyai pemain yang boleh diharapkan.

Beliau digantung berikutan membantah keputusan pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Fahad Alkassar semasa pertemuan Malaysia dengan Indonesia pada Khamis lalu.

"Saya sudah ada perancangan, gambaran dan siapa yang akan diturunkan bagi pertemuan menentang Indonesia esok.

"Saya sudah membuat banyak keputusan sebelum ini yang dilihat berhasil. Kali ini tekanannya lain, maka saya perlu ambil risiko dalam percaturan esok di mana lima pemain saya mengalami kecederaan," katanya.

Lima pemain tersebut ialah penyerang Izzaq Faris Ramlan; Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (sayap kiri); Syahrul Azwari Ibrahim (pemain tengah); Muhamad Fandi Othman (pertahanan kiri) dan Mohd Irfan Fazail (pertahanan kanan).

"Kita akan terlepas sentuhan Izzaq, Wan Zaharulnizam dan Syahrul. Mereka berkemungkinan besar terlepas beraksi pada hari esok dan juga saingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik menentang Syria nanti kerana masing-masing alami kecederaan pergelangan kaki.

"Saya juga kehilangan dua orang kuat Irfan dan Fandi yang juga cedera dan mereka akan digantikan dengan pemain lain yang akan saya tetapkan pada latihan terakhir petang ini," katanya.

Kim Swee mengharapkan Khairul Fahmi Che Mat mampu terus cemerlang menjadi penyelamat gawang daripada dibolosi tiga penyerang tuan rumah Patrick Wanggai, Titus Bonai dan Oktovianus Maniani yang dilihat berbahaya buat gawang negara. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:26 PM | Show all posts
Nazmi Faiz for the man of the match.....Baddrol Bakhtiar/ Khairul Fahmi for MVP......hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 05:29 PM | Show all posts
kalo xsalah iols...alex ngan philippa yoong mak orang putih...dah bercerai kekdahnya...
then ba ...
kru_mania Post at 20-11-2011 17:19



   aku silap ler...aalliyah yoong tu yg mak dia melayukan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:29 PM | Show all posts
confirm fakri main lagi, gelap masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:33 PM | Show all posts
confirm fakri main lagi, gelap masa depan
bobby2008 Post at 20-11-2011 17:29


dia bleh main tp kene dok depan jer tunggu bola jgn masuk campo dlm gerakan2 kengkawan lain.....dia nih cam perosak gerakan jer kalo ikutkan match msia vs burma semalam......dpt jer bola kat dia kalo x tahan jauh dari kaki, dia bantai wat fancy skill then ilang bola x pun dia tergolek dog kat sideline......
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 05:34 PM | Show all posts
when is the match ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074664 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list