CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vympel77

Bola Sepak Sukan SEA: ReMatch HARIMAU Vs GARUDA !! [R.P. 666]

     Close [Copy link]
Post time 7-11-2011 10:40 PM | Show all posts
nasib baik tak kena belasah 1-6...
satusembilan Post at 7-11-2011 21:39



    jgn sbut satu enam.......ada yg semput kang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 09:28 AM | Show all posts
Kita tempah laluan berliku

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my



PEMAIN Malaysia, Baddrol Bakhtiar (kanan) dicabar dua pemain Singapura, Mohd. Zulfahmi (tengah) dan Muhd. Irwan Shah dalam saingan pembukaan Kumpulan A, Sukan SEA di Jakarta, semalam. - AGENSI

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Malaysia mengorak langkah sulung dengan aksi hambar dan menempah laluan berliku apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura dalam perlawanan sulung Kumpulan A bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011, semalam.

Sekurang-kurangnya lapan peluang keemasan yang mampu menghasilkan gol dan tiga mata disia-siakan skuad bawah 23 tahun negara, sekalipun menguasai sebahagian besar perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu.

Sepakan tersasar ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, kegopohan Syahrul Azwari Ibrahim, tindak balas lemah A. Thamil Arasu dan Ahmad Fakri Saarani cuma melengkapkan kegagalan pasukan untuk membalas dendam Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu.

Dengan cuma berkongsi satu mata, anak buah Ong Kim Swee kini menempah laluan berliku untuk melepasi peringkat Kumpulan A dan ke separuh akhir memandangkan dua lawan lebih getir, Thailand dan tuan rumah menanti selepas ini, selain Kemboja.

Singapura bagaimanapun lebih awal cuba menggugat kubu Harimau Muda dengan tolakan tinggi kaki kiri pemainnya, Fazli Ayob pada minit ke-12 yang sempat disambut kemas penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas Shukur Jusoh dikasari, sepakan bebas kencang sejauh 35 meter oleh Baddrol pula nyaris menembusi gawang Singapura, namun penjaga golnya, Izwan Mahbud pantas menepisnya keluar pada minit ke-23.

Sepuluh minit kemudian menyaksikan Syahrul Azwari pula membazirkan gerakan solonya yang sempat menggelecek untuk membolosi kubu Singapura apabila sepakan deras susulannya sekadar tinggi meliar.

Baddrol sekali lagi melakukan percubaan jarak jauh tetapi rembatan derasnya tersasar beberapa inci daripada tiang kiri gol Singapura pada minit ke-35, sebelum Fazli kembali menyaingi namun rembatan leretnya ditepis Khairul Fahmi, lima minit kemudian.

Seminit sebelum rehat, Ahmad Fakri dan Thamil Arasu pula gagal menyambar bola yang terlucut daripada tangkapan Izwan akibat sepakan bebas Baddrol terdahulu untuk sekali lagi menghampakan Harimau Muda dan Kim Swee.

Malaysia kemudian dinafikan sepakan penalti dan peluang kemenangan oleh pengadil dari Vietnam apabila Fandi Othman yang berjaya meloloskan diri, dijatuhkan pemain pertahanan Singapura dalam kotak penalti pada minit ke-55.

Percubaan Kim Swee memasukkan dua pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Izzaq Faris Ramlan bagi mengambil alih tempat Thamil dan Syahrul Azwari yang kian tumpul, turut gagal mengubah kedudukan akhir perlawanan .
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:29 AM | Show all posts
‘Satu mata tetap cemerlang’

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA – Biarpun perlawanan sulung sekadar diikat tanpa jaringan oleh Singapura, jurulatih Ong Kim Swee menyifatkan skuad bawah 23 tahun negara bimbingannya, tetap menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Kata beliau, anak buahnya masih mampu menguasai perlawanan lebih baik daripada lawan dan sentiasa bersikap positif untuk mencari jaringan dan tiga mata dalam aksi Kumpulan A bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 itu.

“Kami sangat positif dengan permainan hari ini. Saya mengakui pasukan Malaysia telah mengawal permainan dengan baik sekali jika dibandingkan dengan Singapura,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Bagaimanapun Kim Swee mengakui anak buahnya selepas ini tidak lagi boleh berpuas hati dengan keputusan sebegitu mahupun untuk mengambil ringan dengan lawan berikutnya, terutama Thailand, esok.

Katanya, lawan tersebut pastinya memiliki kemampuan yang berbeza apatah lagi pernah merangkul pingat emas Sukan SEA lapan kali berturut-turut sejak temasya di Singapura 1993 hingga Korat 2007.

“Mungkin tahap stamina mereka juga berbeza, sekali gus menuntut kerjasama pasukan dan tumpuan pemain yang lebih dalam memastikan kemenangan sulung kita,” katanya.

Ditanya kegagalan penyudah oleh Baddrol Bakhtiar, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, semalam, kata Kim Swee: “Sekurang-kurangnya kita masih memperoleh satu mata dan kami ada tiga lagi perlawanan untuk diberikan lebih perhatian.”

Mengenai sepakan penalti yang sepatutnya diperoleh Malaysia setelah Fandi Othman dijatuhkan pada babak kedua, ia hak peribadi pengadil.

“Itu hak seorang pengadil untuk menentukan sepakan penalti, termasuk buat Malaysia tetapi bagi pandangan saya, ia sepatutnya penalti.”

Pemain negara katanya, sudah bersedia sejak awal lagi dari aspek ketahanan mental, termasuk dalam berdepan sorakan atau ejekan provokasi penyokong dan penonton Indonesia yang mungkin masih mendendami kekalahan pasukan negara itu pada Piala Suzuki AFF, tahun lalu.

“Awal-awal lagi kami sudah menjangka bahawa penonton Indonesia tidak akan menyokong Malaysia dan kepada kami, ia bukan masalah sebaliknya sorakan mereka menjadi motivasi untuk kami bermain lebih baik,” katanya lagi. – Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:48 AM | Show all posts
main tah hape3.....ssh nak tahankan juara cam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:56 AM | Show all posts
fakri sharani 2 ada kabel besaq ka hapa? men bola cam kecut teloq..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:27 AM | Show all posts
nampaknya penyokong2 Indonesia memberi sokongan kepada pasukan spore berbanding malaysia..

kesian ...
peYno Post at 7-11-2011 18:43



hehehe....nampak sangat Indon lebih menyukai cina daripada mulayu, bertepok sebelah tangan je lah nampaknya macai2 ketua cawangan surumpun sana sini, pipi tersorong idong tak mancong, cemana nak ajak indon caprut lawan cina....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 10:43 AM | Show all posts
fakri sharani 2 ada kabel besaq ka hapa? men bola cam kecut teloq..
seratus_sukan Post at 8-11-2011 09:56



plg awal dtg training..plg lewat abis training..plg rajin dlm training..tu je alasan plg logik aku leh beri nape Ahamd F u ckri shaarani leh jd 1st eleven dlm skuad negara
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:51 AM | Show all posts
hehehe....nampak sangat Indon lebih menyukai cina daripada mulayu, bertepok sebelah tangan je  ...
pyropura Post at 8-11-2011 10:27


Tak nampak sorang pon Cina dalam pasukan kebangsaan Singapura semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 10:54 AM | Show all posts
Tak nampak sorang pon Cina dalam pasukan kebangsaan Singapura semalam.
flying_cow Post at 8-11-2011 10:51


so, yang kata kat singaporn semua cina conquer tak betul lah kan, lagipun mulayu2 singaporn semua keja sapu sampah & mintak sedekah kata para macai....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 107# kecimpret

rajin ka? seriyes...wa xnpk peranan n fungsi dia ms match smlm...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:07 PM | Show all posts
dari apa yg aku nampak dgn kepakaran khas milik si wadafakri shaarani menjatuhkan diri apabila diasak nih maybe tugas dia adalah mendapatkan freekick di kawasan berdekatan kotak penalti utk memberi peluang kepada Baddrol Bakhtiar menggunakan kepakaran sepakan beliau...malangnya si wadafakri shaarani nih asyik jatuh berdekatan sideline jer.....hampeh btol......
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:09 PM | Show all posts
Kita tempah laluan berliku

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD




PEMAIN Malaysia, Baddrol Bakhtiar (kan ...
along3746 Post at 8-11-2011 09:28



    Singaporah tarak letak pemain import pon tu pon tak bleh nak gigit....       
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:44 PM | Show all posts
Malaysia team tetap World.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:47 PM | Show all posts
berhabis duit jota2 p slovakia ni la hasilnya..xde safee tim mesia lemau xde scorer {:4_193:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:51 PM | Show all posts
teruskan menyokong pasukan kebangsaan.......nilah TEAM KITA....xkan nak ngaku Man Utd, QPR, Barca, AC Milan kot TEAM KITA eventhough x pernah pun kita sampai sana......dok gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:55 PM | Show all posts
bla bla bla... main bola sepak pun tak reti... pengkau...

kalau bab mengutuk no 1...{:4_241:}{:4_241:}{:4_241:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 12:58 PM | Show all posts
bla bla bla... main bola sepak pun tak reti... pengkau...

kalau bab mengutuk no 1...{:4_ ...
satusembilan Post at 8-11-2011 12:55


stended laaa pengkritik...agak2 kot kalo suruh si DAtuk CT wat stand-up comedy bleh ker???tu pun dijemput Datuk CT jadi pengkritik maharajalawak mega......sbb nak mengkritik memang senang, sesenang nak belasah Man Utd 6-1 aduhainye puun.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 01:18 PM | Show all posts
napelah banyak chances yan disia2kan?hadoOoiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by cak! at 8-11-2011 13:37
napelah banyak chances yan disia2kan?hadoOoiii
luraziera Post at 8-11-2011 13:18



    keeper kebangsaan singapork tu power..freekik baddrol bukan main cantik dia leh tepis bertubi2 {:4_234:}

singapork pon xleh skor jika tiada pemain2 import kertu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 01:46 PM | Show all posts
ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary robbart terasa semalam.....pada aku player yg bagi 100% adalah si Sharul Azwari, Baddrol Bakhtiar, Apek, n our defender walaupun kengkadang ada gak silly mistake yg defender buat but overall memang well compose gak laa terutama si Muslim Ahmad.......si KEcik wan sharulhisham ker sapa tuh pun leh jadi senjata rahsia....dia memang berani wat gerakan solo sama cam dia main masa lawan jepun ari tuh...but tu laaa tengah dam masih tercari2 lagi grip.......

yg patut dapat standing OVULATION adalah si wadafakri Shaarani, haishhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.422196 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list