CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9327|Reply: 86

Cubaan Murtadkan Umat Islam

 Close [Copy link]
Post time 25-10-2011 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Cubaan murtadkan umat Islam perlu dipandang serius


PEKAN 24 Okt. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, cubaan untuk memurtadkan umat Islam seperti yang dilaporkan baru-baru ini adalah suatu gejala yang perlu dipandang serius oleh semua pihak
.
Sehubungan itu, titah baginda, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan bertindak memantau perkara tersebut bagi memelihara akidah umat Islam.

''Patik berdoa ke hadrat Allah agar segala cubaan memurtadkan orang Islam tidak berlaku di negeri Pahang ini.
''Mudah-mudahan isu sensitiviti agama yang boleh menjejaskan hubungan antara penganut agama di negeri ini tidak tersentuh dalam apa jua keadaan sekalipun," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika mempersembahkan perutusan taat setia pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Muip bertitah, prinsip hormat menghormati perlu diamalkan secara dedikasi oleh keseluruhan rakyat negeri tercinta ini agar Pahang kekal aman dan makmur.

Baginda bertitah, rakyat juga perlu sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan mentaati Allah, Rasul dan raja yang memerintah.

''Sebagai rakyat kita adalah dituntut untuk mencintai negeri ini kerana ini adalah tempat tumpah darah kita.

''Oleh itu adalah menjadi kewajipan kita untuk mencurah sepenuh taat setia kepada negeri dan raja pemerintah untuk membolehkan baginda Tuanku Sultan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada baginda," titah baginda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 09:24 AM | Show all posts
Apa komen puak2 serban salib ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 09:30 AM | Show all posts
Sama2lah perkuatkan agama Islam dengan iman dan taqwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 09:34 AM | Show all posts
ni dari facebook drmaza.com, "..dengan menuduh orang lain punca orang Islam murtad, maka terlupa kita tentang ke mana duit zakat..dengan menuduh orang lain punca, lupalah kita tentang layanan buruk kepada fakir miskin di pengurusan agama..250000 murtad? sangat banyak..boleh senarai 2500 sahaja untuk kita semak? jika ada? apa punca?..jangan menuduh kesalahan diri dengan menuding jari..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 09:37 AM | Show all posts
Di bawah ular mak akhir zaman . Depa lebih banyak bekerja untuk Tuan ( pemerintah ) dari bekerja untuk Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 09:40 AM | Show all posts
kalu iman kuat , mcm mana kuat pun cubaan nak murtadkan takkan berhasil. kalu betul dah berjaya murtadkan org tu biarkan sajalah...nak simpan pun wat apa kalau sekadar buih2 kat laut je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2011 09:49 AM | Show all posts
kalu iman kuat , mcm mana kuat pun cubaan nak murtadkan takkan berhasil. kalu betul dah berjaya murt ...
putput Post at 25-10-2011 09:40


Buat apa simpan ? Dalam Islam pun sudah menetapkan hukuman mati buat mereka yang murtad . Berani buat beranilah tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:01 AM | Show all posts
Reply 7# tasbih_online


aku harap ada anak/bini/laki/parents ko yg murtad...boleh bunuh je. tgk apa perasaan ko. seronok atau sedih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 8# brownstone


    iyee...tengok kalau Tuhan nak bagi ujian kat tasbih_online ada diantara sedara terdekat dia murtad pas tu kena hukum bunuh... tengok dia nak mintak belas kasihan tak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:11 AM | Show all posts
Buat apa simpan ? Dalam Islam pun sudah menetapkan hukuman mati buat mereka yang murtad . Berani ...
tasbih_online Post at 25-10-2011 08:49



    org mcm ko ni lah yg lebih merupakan liability kpd islam.

nasib baiklah tak ramai dan dah nyawa2 ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:29 AM | Show all posts
sana sini ketua agama di Malaysia risau akan hal murtad ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:31 AM | Show all posts
pemerintah x pandang langsung hudud(penyelasaian) so perkara mcm ni xkan berakhir,buang ,masa jerk cari penyelesaian baik xyah buat apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:32 AM | Show all posts
kalu iman kuat , mcm mana kuat pun cubaan nak murtadkan takkan berhasil. kalu betul dah berjaya murt ...
putput Post at 25-10-2011 09:40


Betul...yg penting iman kita sendiri kena kuat..lagipun Allah swt dah kata..orang islam yg lain kalau mereka nak murtad bukan masalah kita...tu masalah dia kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:33 AM | Show all posts
Tu tu thread luar sana. Berapa banyak kes rogol sumbang mahram dan zina, tu murtad gak tu. Korang nak salahkan sapa pulak? Tokong buddha?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:43 AM | Show all posts
Aku pernah terbaca akhbar sinar harian minggu lepas (hari tak ingat).

kisah seorang muslim yang hidupnya miskin dan dijangkiti penyakit berjangkit (penyakit tidak dinyatakan). Dia mendakwa, sepanjang dia terlantar sakit, tiada jkkk,ketua kampung atau imam yang melawatnya. Tetapi beliau menerima lawatan seorang pastor yg datang dari jauh.

Dakwanya lagi, sepanjang dia tidak bekerja kerana sakitnya itu, dia telah cuba mendapatkan bantuan dari pejabat agama dan pusat zakat namun ditolak kerana penyakitnya itu tidak melayakkan dia mendapat apa2 bantuan. Lantaran terdesak, dia pergi ke pusat bantuan org bukan Islam dan dengan mudah dia mendapat bantuan.

Itulah secebis kisah kehidupan seorang muslim yg susah. Panjang lagi citernya..cuma salah sape dalam hal ini? salahkan org bukan Islam yg memberikan dia bantuan? patut kita rasa malu nk salahkan dorang. tu yg kena fikir semula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:00 AM | Show all posts
Aku pernah terbaca akhbar sinar harian minggu lepas (hari tak ingat).

kisah seorang muslim yang h ...
epal10 Post at 25-10-2011 10:43


kalau ikut sesetengah dari forumner ni...salah dia la..yg dia tak kuat iman dan nak murtad buat apa...yg penting kita jaga akidah kita sendiri..mereka nak murtad salah kita ke?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 11:09 AM | Show all posts
kalau ikut sesetengah dari forumner ni...salah dia la..yg dia tak kuat iman dan nak murtad buat  ...
Anak_Nogori Post at 25-10-2011 11:00


ops..lupa nak bagtau yg dia ni tak murtad, cuma dia hanya menerima bantuan je. Tapi Pastor tu bagtau, dia boleh dapat bantuan yg lagi banyak kalau mengakui sesuatu. Dan itu dia masih lagi kuat utk tidak melafazkannya. Cuma sampai bila dia mampu bertahan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:12 AM | Show all posts
Buat apa simpan ? Dalam Islam pun sudah menetapkan hukuman mati buat mereka yang murtad . Berani ...
tasbih_online Post at 25-10-2011 09:49



   tlg sertakan ayat Al Quran tentang murtad wajib dihukum bunuh. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:16 AM | Show all posts
ops..lupa nak bagtau yg dia ni tak murtad, cuma dia hanya menerima bantuan je. Tapi Pastor tu ba ...
epal10 Post at 25-10-2011 11:09


Kalau dia tidak bertahan sekali pun....pun bukan masalah kita jugak kan..itu masalah keluarga mereka la..kenapa tak jaga akidah anak sendiri.....kenapa dia sendiri tak kuat imannya?....lagipun Allah swt nanti tanya kita ke kat akhirat kenapa kita biarkan saudara seislam kita jadi murtad?.

malah...lam perlembagaan negara disebut, agama lain tidak dilarang diamalkan dinegara ini...so...kenapa pula kita nak adakan akta anti murtad plak?..bukan kan negara kita ni negara demokrasi...mereka nak murtad biarlah...tak urban la kita kalau kita halang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:18 AM | Show all posts
kalu iman kuat , mcm mana kuat pun cubaan nak murtadkan takkan berhasil. kalu betul dah berjaya murt ...
putput Post at 25-10-2011 09:40



    betul tu setuju sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.130794 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list