CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zaralove

Mengalami kesukaran untuk hamil setelah lama berkahwin

[Copy link]
Post time 8-1-2012 02:58 PM | Show all posts
Reply 108# zaralove


   sempena tahun baru nih akak doakan supaya murahlah rezeki zara..
"Ya Allah, permudahkanlah urusan saudaraku ini utk menerima cahayamata. Aminnn"

Baru dapat tips dari makcik di kampung pesannya rajin rajin buat solat  hajat dan dhuha mintak dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2012 03:17 PM | Show all posts
Reply 121# norbaya


   Terima kasih akak atas doa yang ikhlas tu.
moga2 doa tersebut dimakbulkan. Amin....

InsyaAllah akan diperbanyakkan solat hajat. tq.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:22 PM | Show all posts
Amalkan solat tahajud,taubat dan hajat..mintak dengan bersungguh2..N then amalkan minum air zamzam dan niat.Lagi satu cuba "bersama" time wife subur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 09:49 AM | Show all posts
InsyaAllah...........

moga2 dibukakan hati untuk memperbanyakkan solat2 sunat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:31 PM | Show all posts
zara nak ke buah zuriat..akak ada...kalau nk akak bole bg free....dpt pun drp makcik balik frm mekah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 01:47 AM | Show all posts
hai zara n sume ahli porum...
saya dah berkahwin hampir 3 tahun..belom dikurniakan anak..sunyi memang sunyi tambah2 lak saya keje shift sume keje normal..bila saya cuti time somi keje memang bosan yang amat..penah cuba jumpa doc gyne kat hospital kerajaan..tapi rawatan ambil masa yang lama..maksud saya temujanji ambil masa yang lama..jadi solution saya cuba klinik swasta..(belom pegi lagi tapi dah amik temujanji).
somi saya memang berharap sangat2 kita org dpt anak dalam masa terdekat,tapi hanya Allah yang mengetahui...somi lak x kisah amik anak angkat,dan kita org hampir2 nak amik anak angkat member dia..tapi bila saya melihat kawan2 lain mengandung dan melahirkan anak...saya x jadi amik angkat sebab saya nak merasa sendiri mengandung n melahirkan anak.
jadi buat masa nie...saya cuba positifkan diri serta sibukan diri dengan aktiviti2 berfaedah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2012 08:03 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua forumer terutamanya kepada sahabat2 yang sedang menanti kehadiran zuriat penuh sabar dan berharap. Semoga sahabat2 terus tabah dan tidak putus asa di dalam usaha dan doa kepadaNya.

Apa yg akan saya titipkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya secara peribadi...sekiranya tidak sependapat saya mohon kemaafan mungkin saya masih belum cukup berguru dgn pengalaman dan masih muda di dalam kehidupan. Saya juga punya kakak yg sudah 18 tahun tanpa zuriat dan ada pula di antara kakak yg mengandung dan bersalin hampir setiap tahun..dan saya juga dlm usia 40++ selepas 7 tahun disahkan mengandung lagi kali ke-4 dan kini disahkan pula misscarriege.

Ini lah ujian di dlm kehidupan buat menguji sejauh mana kesabaran dan keyakinan kita kepada perancangan Allah. Saya tahu bgmana tingginya harapan pasangan belum dikurniakan zuriat (dari pengamatan terhadap salah seorang kakak sendiri). Tekanan yg dilalui dan  kekecewaan yg dirasai..

Zara, apa yg mampu saya kongsikan di sini..saya doakan Zara teruskan berdoa penuh pengharapan dan tak lupa berusaha..yakin lah perancangan Allah adalah yg terbaik utk kita walaupun pada pandangan dan perasaan kita apa yg kita lalui adalah sesuatu yg mengecewakan..Mudah2an berkat kesabaran dan keyakinan Zara yg tidak berbelah bagi akan dikurniakan jua suatu hari nanti zuriat yg ditunggu2. Saya amat percaya anak adalah kurniaan dan rezeki dariNya. jadi jgn putus asa utk memohon kepadaNya.  Yakinlah setiap sesuatu yg berlaku dlm kehidupan kita pasti ada hikmahnya.

Ada yg awal2 mengatakan bahawa ooo saya tak mahu mengandung dan bersalin.Takut gemuk dan katanya belum mampu utk punya anak lagi.. sedangkan si suami amat mengharapkan si isteri hamil. Ujian buat di suami.Ada pula yg teringin sgt utk hamil dan mempunyai anak tetapi sehingga kini masih belum dikurniakan..Sesungguhnya ini lah ujian dan dugaan buat sesiapa saja...Bersabar dan berdoa kerana mungkin melalui ujian ini Allah ingin mengurniakan ganjaran pahala tak terhingga dan akan digantikan dengan sesuatu yg tidak kita duga2 di kemudian hari.

Mcm saya sendiri siapa sangka dalam usia begini selepas 7 tahun tiba2 mengandung lagi..semuanya kuasa Allah. Dan selepas hampir 3 bulan disahkan gugur..Jua kehendak Allah buat menguji keyakinan saya kepada ketentuanNya.

Buat Zara dan yg lainnya, terus berusaha dan bertawakal terus titipkan doa dgn penuh harap..Banyakkan solat hajat mohon kepadaNya..yakinlah hanya Dia yang Maha mengetahui yg terbaik dlm kehidupan hambaNya. Jgn putus asa kerana doa insan ada yg terus dimakbulkan dan ada juga ditahan sementara kerana dalam pengetahuanNya itulah yg terbaik utk waktu ini..

Ada buku buat panduan merawat hati bertajuk "Penawar bagi orang yg ditimpa musibah" dan "Latahzan"..Elok utk dijadikan panduan buat menyejukkan hati. Buat semua yang masih belum dikurniakan cahayamata, saya panjatkan doa semoga suatu hari nanti doa sahabat yang sabar menanti akan dimakbulkan Allah jua.AMIN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 09:50 AM | Show all posts
zara nak ke buah zuriat..akak ada...kalau nk akak bole bg free....dpt pun drp makcik balik frm mekah
dini1979 Post at 16-1-2012 13:31


nakkkkk....waaa, bertuahnye zara ada orang offer free..akak area mne ya?sorry lama zara xonline cari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2012 09:55 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua forumer terutamanya kepada sahabat2 yang sedang menan ...
noonebutme Post at 17-1-2012 08:03


terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.mahu terkeluar air mata kesyahduan membaca ilmu yang dikongsi...

mudah -mudahan apa yang kami dihajati akan dimakbulkanNya.InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 09:57 AM | Show all posts
Reply 126# lum_lum


   Hai lum_lum...bagus cara lum lum tu dengan membz kan diri mungkin dapat menghilangkan sedikit stress mikir pasal nak baby kan.cam zara skrg, bile zara melibatkan diri dalam bisnes kecik2 cam skrg at least zara byk memikirkan benda lain.

sebab kalau mikir kan keje stress plak.so, zara cuba ceburkan diri dengan benda yang zara minat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 10:20 AM | Show all posts
zaralove pm akak yer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 07:36 AM | Show all posts
Salam Zara,

Sesungguhnya perancangan dan takdir Allah tidak terduga oleh kita manusia..Semalam kakak ipar bagitahu adiknya kini telah hamil 4 bulan setelah juga 18 tahun usia perkahwinan (spt kakak saya juga).Umur adik kakak ipar saya 45 tahun sekarang.Mulanya doc marah2 kerana mengangung di usia begini..Begitulah kita manusia biasa..apa yg kita marah mungkin sesuatu impian yg kini baru tercapai kepada insan yg lain dan menjadi kebahagiaan kepada bakal ibu.kehamilan walau di usia lewat tentu saja sessuatu yg amat mengembirakan kepada insan yg telah terlalu lama menunggu. sayangnya ia merupakan kemarahan di pihak yg lain.Benar dari segi risiko, memang berisiko tinggi.  Tetapi apa salahnya kalau bersikap positif dlm keadaan tertentu..Ibu yg mengandung kesihatannya amat baik setakat ini..Pun kiranya berisiko, sama-sama lah berusaha untuk meminimakan risiko dengan menasihatkan dan membantu bakal ibu ini utk melalui tempoh kehamilan dengan penuh penjagaan yg terbaik dan dilaksanakan ujian2 tertentu utk langkah berjaga2.

Tentang bayi di dalam kandungan,,pada pendapat saya ianya adalah kuasa Allah..Saya ada kawan juga hamil di usia 45 tahun, mendapat anak sihat, pandai dan cantik.Ada kawan baru berusia 30thn diujinya Allah dengan anak istimewa..Semuanya ada hikmah dlm setiap kejadian mahupun sukar utk kita hadapi..Ada yg berkata menjaga anak istimewa pahalanya berganda2 berbanding pahala kita yg menjaga anak sempurna. Jadi usia hanya faktor hasil penyelidikan manusia tetapi kuasa Allah adalah segala-galanya.

Begitulah kehidupan kita manusia.Insan biasa yg terbatas dek akal dan fikiran tapi kuasa Allah meliputi arashNya yg besar..Doc mungkin ada perspektifnya tersendiri.Tidak salah juga jika difikir dari sudut perubatan.tetapi mungkin sedikit tidak sesuai di dalam keadaan kakak yg baru kini termakbul doanya dimarahi kerana hamil.

Begitulah Zara...siapa menyangka ketentuan Allah..rahmatnya amat luas dan kasih sayangnya melimpah. Mungkin berkat kesabaran bakal ibu yg tak pernah putus berharap dan berusaha.  Semoga kakak trsebut selamat melalui tempoh kehamilan dan memperolehi anak yg sihat.InsyaAlllah.

Buat Zara dan yg lain...berdoa dan berusaha.InsyaAllah. dan walau apa jua pun akhirnya yakinlah kepadaNya bahawa segala sesuatu itu ada hikmah tersembunyi yg hanya Dia yg maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2012 10:06 PM | Show all posts
zaralove pm akak yer...
dini1979 Post at 18-1-2012 10:20



salam kak dini...zara dah pm tadi...sorry lmbt bru blk dr kg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2012 10:07 PM | Show all posts
Salam Zara,

Sesungguhnya perancangan dan takdir Allah tidak terduga oleh kita manusia..Semalam ka ...
noonebutme Post at 19-1-2012 07:36



   Betul apa yang dikongsikan..jika kite mengetahui hikmah disebaliknye, tidak seorang pon akan mempertikai ketentuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 09:26 AM | Show all posts
slmt pagi...
sedikit perkongsian ilmu hasil daripada perjumpaan zara dengan seorang pakar......

untuk mereka yang TTC adalah disarankan supaya tidak memakan;
1) Makanan pedas -pedas kerana ia boleh menyebabkan telur lambat matang.
2) Minum air kelapa kerana sperma susah untuk melekat pada telur.
3) Makan daun sup kerana ianya boleh menyebabkan sperma tidak aktif dan telur tidak matang.


untuk suami pula disarankan memakan pisang manis seperti pisang emas dsb untuk memekatkan kadar air mani...


sekian tips hari ini untuk dikongsi bersama. Jika ada sesiapa yang merasakan tips ini tidak betul / tidak tepat bolehlah menyuarakan. tips ini diperoleh daripada seseorang yang dikira boleh dipercayai....wallahuallam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 03:15 PM | Show all posts
hye semua....nampaknye makin ramai yang dah pregnant....
thread tanda2 awal mengandung dah semakin ramai peminat.
tahniah kepada semua bakal2 ibu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2012 06:49 PM | Show all posts
hye semua..lama zara xbukak forum cari..
kesibukan mengatasi segalanya.
biasanya kalo kat umah mmg zara ngadap cari jer la..
tpi skrg banyak benda zara nak buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 08:48 AM | Show all posts
aiiii morning..mne pergi otai2 smua ekh.
lama xdgr khabar???
ke dah berjaya preggy?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 07:30 PM | Show all posts
Awak boleh menggunakan nutrisi untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh telephone saya untuk maklumat selanjutnya. Saya ialah seorang wellness coach di Johor Jaya. Kedai saya adalah di Johor Jaya.

Handphone: 012-7560935
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 04:27 PM | Show all posts
takpelah zara.. sama2 kita berdoa OK. kat forum nih rmi yg punya masalah mcm awak.. semoga taun 2012 ni adalah rezeki anak2 untuk kita kan... amin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.107477 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list