CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Tujuh Hari - Tamat

  [Copy link]
Post time 9-1-2012 08:00 PM | Show all posts
mana nie..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2012 12:04 AM | Show all posts
kini dalam proses penulisan...

kudos to all professional writers..korang memang power, aku baru saje je nak cube2 menulis pun dah rase depressed nak came up with good material..

writing is so goddamn hard!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 10:06 AM | Show all posts
bru nk cuba2 pun...hasil nye da menarik n terbaikkkkk....
nti mesti kena lamar dgn mane2 publisher.....
b0dek nie....

next......
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 05:07 PM | Show all posts
yeayyy nadira n ajis dalam hati sudah ada taman..  tapi remy... halamekkk... pengacau daun sudah mariiii...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 05:08 PM | Show all posts
damm... sambung ler cepat laling oiiiiii.... tarak tahan tunggu lama2 wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 12:43 PM | Show all posts
Salam Damm,

Auntie tengok usaha Damm dlm penulisan ada membuahkan hasil.... Reading all the responses from your readers dah membuktikan that you hv the flair for writing.

So takyah stress kan diri.... Just write from the heart.... Insyallah, you'll be able to produce the storyline that will satisfy your readers and yourself too....

So... bila nak continue?  (sungguh tak menyabar auntie ni kan? hihihi...)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2012 09:39 AM | Show all posts
Reply 86# auntieagony


    setuju3!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:22 PM | Show all posts
masih setia menanti sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2012 03:00 PM | Show all posts
dalam proses menulis...

akan diupdate selepas gongsifacai
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 05:21 PM | Show all posts
dalam proses menulis...

akan diupdate selepas gongsifacai
dammerung Post at 18-1-2012 15:00




{:4_191:}alamak....lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 05:57 PM | Show all posts
Reply 89# dammerung

huwaaaaaaa... lamanya pas raya cine baru ada...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 09:54 AM | Show all posts
alaaaaaaaaaaaaaa...lamanya nk tgu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 04:28 PM | Show all posts
Reply 89# dammerung


    janji tau.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2012 11:45 AM | Show all posts
Reply 93# yatipauzi

janji
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 08:41 AM | Show all posts
Reply  yatipauzi

janji
dammerung Post at 21-1-2012 11:45


dah abis raye ke lum??? agak2 ari nie ade sambungan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 10:59 PM | Show all posts
harap semua dapat menunggu dengan chillax

aku still dlm proses nak menggoreng...aku terpaksa reject draft yang aku karang untuk new entry because it is too farking weak!

still need to find the key plotline to move the story...idea tu dah ade tapi nak cari the sequence of scenes to build up the story...letih...macam nak buat thesis plak rasanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 11:37 AM | Show all posts
tengah tunggu dgn chillax
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 03:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:30

Khamis

Segerombolan awan berarak di langit. Bacaan surah Al-Quran berkumandang dari masjid Abu Hurairah. Tebaran spektrum jingga semakin kelam dengan berlabuhnya matahari di ufuk barat.

Beberapa pelajar lelaki bergelak ketawa di perhentian bas terletak berhampiran Fakulti Pengajian Bahasa. Remaja-remaja itu kelihatan kemas dengan baju-baju berkolar yang di masukkan ke dalam seluar slack bergosok warna gelap. Beg-beg berisi komputer riba memenuhi tempat duduk perhentian bas.

“Freshies…” Ajis ketawa kecil melihat gelagat pelajar-pelajar yang baru beberapa hari menempuh kehidupan sebagai mahasiswa.

Di dongakkan kepala sambil menghembus asap rokok. Kepulan asap putih tebal berlonggok di udara membentuk cendawan bak awan bom atom yang gugur di kota Hiroshima pada tahun 1945.

Dia mengimbas kembali pada permulaan hari ini.

Dentuman guruh menggegar tingkap bilik. Jam tangan digital berdecit menandakan waktu sudah masuk pukul 8 pagi. Keadaan di luar masih lagi gelap–gelita. Hujan lebat yang bermula sejak awal pagi tadi masih tidak menunjukkan ianya akan reda.

Di kala pelajar-pelajar lain bersyukur dengan nikmat Tuhan sambil menarik selimut dan meneruskan tidur masing-masing, Ajis sudah siap untuk pergi ke fakulti. Dia memakai baju jenama Alexander Mcqueen pemberian Nadira. Inilah kali pertama Ajis mengenakan baju kemeja berkolar untuk pergi ke kelas. Selama ini Ajis begitu setia dengan t-shirt – t-shirt bundlenya.

Ajis begitu bersemangat hari ini. Kalau boleh dia mahu menjadi orang pertama tiba di kelas. Hakikatnya Ajis tidak berapa peduli pasal kelas, dorongan utamanya adalah gadis bernama Nadira Tajuddin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 03:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:33

Sesekali tersenyum Ajis mengenang kejadian semalam.  Wajah Nadira kerap kali bermain di minda seolah dia tidak boleh mengawal projeksi imej-imej Nadira dari berulang-ulang kali bermain di hadapannya.

Sebuku kertas A4 di ambil dari dalam beg. Laporan tugasan Dr. Salwa yang disiapkan awal pagi tadi di baca sekali lagi. Ada masanya kelopak mata terasa berat. Ajis tidak ingat bila kali terakhir dia tidur lebih dari 4 jam. Badannya terasa letih kerana kurang rehat namun dia tidak peduli semua itu kerana dia berasa gembira. Sudah lama dia tidak berasa gembira sebegini.

Letupan guruh diikuti dengan bunyi hujan yang semakin kuat meresahkan Ajis.

“Bila pulak hujan ni nak berenti” rungutnya. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu Nadira.

“Ahhh lantaklah!” Ajis bingkas bangun dan mencapai baju hujan milik Ebon. Di tengah ribut petir yang melanda UAM, seorang lelaki barsarung baju hujan kuning kelihatan berlari menuju ke fakulti.

Waktu memasuki pukul 10 pagi. Pelajar-pelajar yang tidak lebih dari 20 orang mengemas buku-buku di atas meja separa bulat untuk beredar dari bilik kuliah. Dr. Abdolreza menghampiri Ajis yang sedang memasukkan buku-buku ke dalam beg.

“Who are you?” tanya pensyarah berbangsa Iran itu.

“It’s me doctor, Aziz Mohamad” kata Ajis yang pelik dengan pertanyaan Dr. Abdolreza.

“Really?” Dr. Abdolreza pantas melihat nota kehadiran.

“It’s really you Aziz, what have come into you?”

“What do you mean doctor?”

“For the first time, you look like a human and for the first time also you come early to my class”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 03:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:37

Ajis hanya mampu tersengih.

“Well…keep it up” kata Dr. Abdolreza dan berlalu menuju ke meja syarahan.

Ajis tiada masa untuk menghargai pujian Dr. Abdolreza kerana dia perlu bergegas ke Kafe Fikri. Dia dan Nadira telah berjanji untuk bertemu di situ sebaik kelas pertama tamat.

Suasana nyaman di sekitar UAM. Hujan yang baru reda membuatkan persekitaran kampus seperti pukul 7.30 pagi. Ajis menghirup milo panas dengan perlahan. Pelayan comel berambut pendek yang sedang mengemas meja selang beberapa meja darinya kerap kali memandang Ajis sambil tersenyum. Agak pelik Ajis melihat perangai gadis itu. Dia memandang keadaan sekeliling. Hanya dia seorang sahaja berada di kafe. Mungkin gadis itu bosan agaknya, kata Ajis dalam hati.

“Saye tak cam lah awak tadi…lain betul muka awak bila gunting rambut”

Terkejut Ajis apabila gadis berambut pendek datang menegur. Dia yang sedang menanti Nadira tidak perasan langsung kehadiran gadis comel di belakangnya.

“Oh..he he..yea..saye gunting rambut”

“Kenape?” tanya gadis itu lagi.

“Saje..rimas lah rambut panjang”

“Comel…” perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut gadis itu.

“Hah?” Ajis tidak berapa dengar ayat yang keluar dari pelayan yang kini bertentang dengannya.

“Awaklah..cute…style baru ni…” senyuman yang dihiasi sepasang lesung pipit menambah lagi kecomelan gadis itu.

Ajis tidak tahu hendak berkata apa. Dia hanya tersengih-sengih sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

“Awak…kerja sini ke?” soalan bodoh terpacul dari mulut Ajis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064657 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list