CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
Post time 3-11-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply  asyriqa


tp cite yg ni, awal2 lagi mmg dah xbest.


xper,, nnt aku try tgk cite dia y ...
cherylrihanna Post at 3-11-2011 06:59



smileyyyyyyyyyy....akhirnya ko muncul cite baru bg penutup 2011 ya...
cheryl...tak semua orang suka coklat...tak semua orang suka vanilla...cita rasa memasing lelain...banyak lagi cerita cerita disini yg menarik...sila sila bace...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 11:13 AM | Show all posts
smiley
best
satu lg buah hati smiley yg pasti x kan iwimz lepas kan
hehehe.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 11:34 AM | Show all posts
congrats smiley......another great story i assumed, from a great story teller.

nanti i baca............now tgh ada kerja
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 11:47 AM | Show all posts
yeayyy arjuna dah ada cita baru .. cam comel jer cita nih :d
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 12:52 PM | Show all posts
Reply  peahjamboo


    biar betul blom baca dah suka
tp seperti biasa citer ni mesti ber ...
sang_arjuna Post at 2-11-2011 19:57


saye, kipas-susah-mati cite2 kak smiley...sbb tu nampak je, terus berzaman xpe, at least ade n3...jgn diam terus 2-3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 03:21 PM | Show all posts
wah..smiley ada buah tangan baru.... sambung lagi smiley  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2011 03:50 PM | Show all posts
Weh smiley ada cerita baru....
Terima kasih dear menceriakan hari2 kami disini

Baca  tajuk aja dah gempak ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 03:58 PM | Show all posts
best.x sbr nk tunggu next entry..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 05:05 PM | Show all posts
sweetnya jasmin & rushdi

esok banyak-banyak lagi yek
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 05:11 PM | Show all posts
hari nih ilang pulok smiley nih...nak kena babap nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 12:16 AM | Show all posts
terimakasih semua yg masih sudi baca cerita smiley
dah berkarat lah sbb lama tak menulis

sori hari ni takde n3 sbb bz sgt
tgklah kalau ada masa besok.... nak kena edit dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:14 AM | Show all posts
aarrgghhh kuciwa nye... nak gak n3 esok tau... smileyyy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 11:37 AM | Show all posts
Beberapa saat selepas loceng di tekan, pintu di buka.  Mata Nadia membulat. Aku tersilap rumah kah? Tapi angka 12 jelas kelihatan di pintu.

“ Lambatnya! Jenuh aku tunggu” Muka lelaki itu kelat.

“ Laa... aku ingat salah rumah. Rupanya kau. Lawa rambut. Baru nampak macam orang” komen Nadia sambil ketawa. Hilang sudah gaya rocker serabai di ganti dengan preppy look. Rambut pendek yang di suak ke belakang  lebih sesuai dengan Rain. Baju T polo warna hitam dengan cargo pants khaki tersarung  kemas di tubuh lampai Rain. Takut mak bapak rupanya!

“ Masuklah cepat” dengus Rain sambil menyambut bekas berisi lauk ayam.  Nadia mengulum senyum.  Langkahnya terhenti bila terpandang pasangan separuh umur yang sedang memerhatinya dengan tekun. Jangkaan awalnya tidak tepat sama sekali. Ibubapa Rain tak ada rupa dato dan datin langsung. Si ibu  bertubuh gempal memakai baju Kedah dengan kain batik serta berserkup putih di kepala, si ayah pula ber T shirt putih dan kain pelikat. Sempoi. Berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Nadia pernah  jumpa ibubapa  yang datang melawat anak mereka. Yang pasti ibu ibu  lain lebih vogue, bapa bapa karismatik dan bergaya.

“ Mak, ayah. Ini kawan Rain.” Rain mendepakan tangan.

Inilah saingan Murni, bisik hati pasangan Azlan dan Saniah. Rupa elok tapi belum tahu lagi asal usulnya, perangainya.  Yang pasti Murni lebih kuat latarbelakang agama. Budak ini bertudung pun tidak. 10 markah untuk Murni. Tapi kalau ini pilihan Rain, kita terima sajalah.

“ Masuklah ...er... siapa namanya?” Wanita itu melirik pandang pada Rain. Nadia menghulur tangan untuk bersalaman.  Tangan ibu Rain di kucup.

“ Nama saya Nadia. Kawan kawan panggil Nad.” Senyuman lebar yang di hadiahkan di balas dengan senyum paksa.  Ibu bapa Rain memperkenalkan diri; Haji Azlan dan Hajjah Saniah. Riak muka mereka susah di tafsir.  Mereka mungkin sedang menganalisa diri aku untuk di beri markah, sama ada aku lulus piawaan untuk jadi menantu mereka. Kalau aku betul betul awek Rain, aku dah terkucil. Nasib baik ini semua lakunan saja.

“ Duduklah Nad. Make yourself at home. Borak borak lah dengan my parents. I nak keluar kejap beli jus. Tak sempat nak beli tadi.” Terkocoh kocoh Rain meninggalkannya. Ala... alasan saja. Entah entah nak jumpa Rachel untuk melepas rindu. Nadia faham sangat.

“ Bila makcik dan pakcik sampai?” Dia mengambil tempat duduk sebelah ibu Rain.

“  Kita sampai pagi tadi tapi lama kami tertidur. Penat sungguh duduk dalam kapalterbang. Lepas tu kena tukar kapalterbang sampai dua kali. Macam nak tercabut kaki. Penat! Taubat kami tak nak datang lagi” rungut Azlan.  Rain mewarisi wajah bapanya tapi berkulit cerah macam ibunya.

“ Dah lama Nadia berkawan dengan Li?” tanya Saniah dengan muka serius. Li? Oh... panggilan Rain di rumah agaknya. Nadia cuak untuk menjawab. Aku tak sempat bincang “storyline” dengan Rain. Macam mana kalau dia cakap lain, aku pula cakap lain. Pecah tembelang!

“ Baru lagi. Kami terserempak tengah jalan bila nak balik dari kampus. Kalau di kampus kami jarang jumpa sebab kita tak sama fakulti. Lagipun dia buat Masters, saya baru buat degree.” Jawapan yang jujur lebih mudah. Tak pening kepala aku.

“ Oh...macam tu. Dia ada cerita apa apa kat Nadia pasal keluarga dia?” duga Saniah. Nadia menggeleng. Nama penuh Rain pun aku tak tahu. Kenapa makcik ni tanya? Ada misteri keluarga kah? Mereka simpan hantu raya kah? Atau mereka sebenarnya hartawan tetapi saja menyamar macam orang kampung. Hmm.. kemungkinan besar. Nadia memandang sekeliling. Apartmen Rain luas dan cantik. Regency Apartment bukan tempat calang calang orang.  Pelajar yang hidup dengan duit biasiswa macam aku tentu tak mampu.

“ Nadia belajar apa di sini? Dapat biasiswa? Bila habis belajar?” Si bapa pula bertanya. Tak ubah macam wartawan.

“ Saya belajar Business Management dengan biasiswa Mara. Saya baru habis periksa semester akhir. Insyaallah, kalau lulus, tak lama lagi balik Malaysia”

“ Bapa awak kerja apa?”

“ Mak dengan bapa saya meninggal masa saya kecil.”

“ Kesiannya. Sakit apa?” tutur Azlan penuh simpati.

" Accident masa balik kampung. Saya selamat sebab naik kereta lain" Sudah lama peristiwa itu berlaku. Ingatannya terhadap kedua ibu bapa dan adiknya yang terkorban sama pun tinggal samar samar.

“ Oh.. anak yatim piatu rupanya. Habis tu, siapa bela Nadia?” Saniah pula pantas mengambil alih jawatan wartawan. Tangan Nadia di usap. Tapi entah kenapa bulu roma Nadia berdiri. Hee.. seram campur geli. Nak tarik tangan aku nanti macam kurang ajar pula.

“ Er..Mak saudara saya. Dulu nenek dengan datuk pun tinggal sekali tapi mereka pun dah meninggal.”

“ Mak saudara tinggal kat mana? Nadia asal orang mana?” Bertubi tubi soalan Saniah.
  
“ Kami tinggal di Ampang sekarang. Datuk dengan nenek  saya asal dari Kampung Datuk Keramat.” Nadia mula rimas. Kalau aku tahu mereka jenis kepochi, baik aku sediakan resume.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 11:42 AM | Show all posts
“ Oh, asalnya memang orang KL lah” komen Saniah dengan suara sinis.  Ibu bapa Rain saling berpandangan. Patutlah bergaya ranggi.  Tambah markah untuk Murni. Murni 20 , Nadia 0. Nadia tersinggung bila menangkap isyarat mata di antara mereka. Memanglah aku cuma berlakun tapi aku pun manusia. Terbesit juga rasa kecil hati dengan sikap makcik dan pakcik ini.

“ Pakcik Azlan kerja apa? Pakcik dengan makcik tinggal di mana?” Giliran Nadia pula mengemukakan soalan. Aku pun nak  jadi wartawan Melodi  walaupun maklumat ini tak berfaedah bagi aku. Tak adanya aku nak melawat mereka bila pulang ke Malaysia nanti.

“ Pakcik dulu kerja  gomen tapi dah pencen. Masa tu kita tinggal di Shah Alam. Sejak pencen kami pulang ke kampung di Batu Pahat. Makcik tak kerja. Kami ada dua orang anak saja. Li dan kakak dia Adura. Adura tu Datin. Suaminya Datuk Nasir tuanpunya Intermark Group. Mesti Nadia pernah dengar nama syarikat dia, banyak projek projek besar yang dia buat. Dulu Li kerja dengan abang ipar dia. Datuk Nasir yang suruh Li sambung belajar. Semua dia bayar, gaji pun jalan. Bila balik nanti, Li kerja semula dengan dia. Datuk Nasir juga yang sponsor pakcik dengan makcik ke sini “ Penuh bangga Azlan bercerita. Saniah mengangguk berulangkali. Senyuman tak lekang dari bibir.

Patutlah Rain mampu bawa kereta mahal dan tinggal di apartmen mewah. Semua di taja oleh abang ipar. Balik nanti pekerjaan sudah sedia menunggu. Mesti bukan calang calang punya jawatan. He is one lucky guy!

“Li tu bijak  dan rajin kerja sebab itu Datuk Nasir sayang dia macam adik kandung sendiri. Dia nak bagi saham syarikat pada Li. Untung anak makcik. Tapi makcik susah hati juga. Perempuan sekarang ramai mata duitan.” Mesej yang ingin di sampaikan oleh Saniah amat jelas. Nadia cuma mampu senyum tawar. Mulut makcik ni memang bisa.

“ Siapa tak nak hidup senang? Tapi beza nya ada yang berusaha sendiri, ada yang cari jalan mudah. Saya selalu ingatkan diri, rezeki datang dari Allah, bukan dari orang lain. Kalau kita cari pasangan kaya tapi di takdirkan dia jatuh bankrap, susah juga kan?”
Saniah terdiam lalu melarikan matanya. Azlan pula mengangguk berulang kali.  Suasana jadi hening di antara mereka.

Nadia menggumam dalam hati.  Mana hilangnya Rain? Beli jus ke perah limau? Menyesal aku datang. Baik aku duduk rumah perabihkan apple crumble dengan Kak Min dan Abang Rushdi. Kesian Rachel atau sesiapa pun yang kahwin dengan Rain. Ibunya ada potensi jadi  Mother in Law from Hell.

“ Makcik, pakcik,saya ke dapur dulu ya. Mesti makcik dengan pakcik dah lapar.” Nadia mengangkat punggung. Lagi lama aku bersoal jawab dengan mereka, makin sakit hati aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 11:47 AM | Show all posts
Dapur rumah itu serba serbinya lengkap dari ketuhar ke pembuat kopi. Bersih pula tu, macam dapur untuk rancangan memasak di TV. Periuk pun nampak masih baru. Memang sah Rain dan Rachel tak pernah masuk dapur.  Nadia membuka bekas berisi ayam masak merah yang di masak oleh Suria. Aroma nya membuka selera, ramuan semua cukup. Suria memang terror masak, patutlah Aziz terpikat. Syukurlah aku ada kawan yang pandai masak dan sudi menolong bila aku terdesak. Aku cuma perlu goreng sayur dan buat omelette. Cukuplah tiga lauk, bukannya aku nak tunjuk kehebatan skil memasak yang nan hado. Dia menyelongkar peti ais. Brokoli, karot dan cendawan di basuh dan dipotong. Tanpa di sedari ibu Rain berada di sebelah.

“ Kalau potong sayur, biar sama tebal sama panjang. Nanti setengah masih mentah, yang lain dah rentung. Mari makcik tunjukkan“ tegur Saniah. Kesian anak aku  dapat isteri macam ni. Kasarnya cara dia buat kerja. Bersepah pula tu.

Hei... mengacau lah makcik ni! Dengan selamba Nadia menghulur pisau.

“ Nadia pandai masak? Kalau tak pandai masak, macam mana nak kahwin? Li tu kuat makan”   Ibu Rain ketawa kecil seakan bergurau namun Nadia dapat menangkap maksud tersirat. Layan jer lah.

“ Saya boleh masak yang simple saja. Nantilah bila ada masa saya nak belajar masakan yang canggih canggih.” Dia akur dia bukan pakar dalam bab memasak. Mak Su wanita berkerjaya dan menggaji pembantu rumah untuk menjaga makan minum mereka. Dia belajar masak pun dari Jasmin. Saniah mengeluh dalam hati. Nadia dengan Murni macam langit dengan bumi. Murni cukup sempurna di matanya. Gadis yang bekerja sebagai guru itu pandai masak dan menjahit. Jarang jumpa anak dara sekarang yang boleh jahit tangan baju kurung bertulang belut. Si Nadia ni agaknya tak tahu pun apa itu tulang belut. Tapi kalau anak aku dah suka, nak buat macam mana.  Dia dengan suaminya bukanlah jenis yang suka memaksa.

Sayur sayuran yang sudah di potong di masukkan ke dalam bekas. Nadia memanaskan kuali dan menumis bawang putih. Tangannya cekap membalik balikkan sayur dalam kuali.

“ Nadia, biarlah makcik cakap terus terang. Sebenarnya dulu makcik ada calon untuk Li. Asal dari kampung makcik juga, sepupu Datuk Nasir. Murni namanya.” Saniah bermukadimah.
Murni ...sikit punya klasik namanya. Macam heroin filem Nasib Labu Labi. Nadia menahan tawa bila teringat babak Haji Bakhil mengorat Cikgu Murni. Patutlah mak bapak Rain hangin semacam bila tengok aku. Dah ada menantu pilihan, alkisahnya. Rain pun satu hal. Sengaja nak sakitkan hati mak bapak dia.

“ Tapi kalau Nadia pilihan Li, makcik dengan pakcik tak kisah. Elok bagi Li, elok juga bagi kami. Nanti bila balik ke Malaysia, makcik dengan pakcik nak jumpa mak saudara Nadia. Perkara elok jangan di tangguhkan. Lagipun kamu berdua dah habis belajar.“

Biar betul makcik ni. Tawa Nadia hampir terletus. Hebat juga lakunan aku.
“ Er... makcik tak payahlah terburu buru. Saya dengan Rain ..er...apa orang kata....er... tengah mengenali hati budi masing masing” Ceh.. pinjam ayat skema artis yang aku selalu baca dari online portal artis Malaysia.

“ Hati budi apa pula ni?”  Rain masuk membawa dua karton jus oren. Belum sempat Nadia menjawab, Saniah sudah membuka mulut.

“ Mak cadang bila balik Malaysia nanti nak jumpa mak saudara Nadia. Kalau dah suka, baik ikat terus. Tunang dulu sementara kamu kumpul duit”
Mata Rain terbeliak. Nadia menekup mulut menahan tawa. Padan muka... siapa suruh tipu mak bapak sendiri. Baik aku berterus terang. Kesian pula makcik dengan pakcik dan juga Murni.

“ Makcik... sebenarnya saya dan Rain cuma...” Nadia tergamam bila tangannya di capai. Rain sedang senyum padanya dengan mata redup

" Bagus cadangan mak. Li setuju”
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:25 PM | Show all posts
best citer nie...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 01:32 PM | Show all posts
x cukup ni....rase mcm nk suruh abiskan skrg je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 02:03 PM | Show all posts
smiley ..best...
sempoi.. dan bernas...
terbbbbbaaaaaiiiikkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply 36# shahrinas


    sori...lepas cuti raya haji baru smiley sambung ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply 37# peahjamboo


    nak kasi habis skrg??
plot pun tak ada lagi
pakai sedap tulis je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.063863 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list