Now ni mmg trend Adaptasi Novel jadi drama or Filem. Pengarah filem CUN, Osman Ali sekali lagi akan mengarahkan adapatasi dari novel terlaris Alaf 21. Jika dulu dia mengarahkan Filem Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari yang bakal ditayangkan di pawagam 1 Disember 2011, kini sekali lagi Osman Ali mengarahkan Adapatasi novel iaitu BICARA HATI (Novel Damya Hanna). Rasanya ini adalah karya terbaik Damya Hanna.
Drama ni akan ditayangkan di Astro dllm bulan November, tp bile tu belum tau lagi. Ada 26 epi semuanya.
ni sinopsis Bicara Hati .
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Dalam drama ni, Tg Syahran akan dimainkan oleh Sharnaaz Ahmad and Zahlia dipegang oleh Christina Suzanne (Kris Cempaka). Watak jahat si Linda tu siapa lagi klu bukan si Marsha Milan Londoh.
for more info boleh like fan page kat FB. ni link https://www.facebook.com/#!/pages/Drama-Bicara-Hati/300901059924705
siapa yg ada info boleh lah share di thread ni. Harap Drama ni akan sebest novel nya. Sbb novel tu mmg superb lah.
|