CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6169|Reply: 14

Brahmanisme Indochina

[Copy link]
Post time 9-11-2011 05:58 PM | Show all posts |Read mode
sejarah awal tradisi brahman masuk ke indo-china sejak 2000 tahun yang lampau dengan banyak kerajaan purba di tanah besar indochina.

ada beberapa tahap brahmana masuk...
1. permulaan empayar bhnong (funan) dengan pedagang2 india purba
2. empayar angkor apabila kemboja menyerap pelbagai tradisi buddha dari kerajaan orang Mon seperti Dwarati n Haripunjaya

dalam masa 1000 tahun indochina diperintah oleh beberapa orang raja brahmana n juga raja pengikut Buddha seperti Jayawarman dari Bhnom serta Suriyawarman I. Ada pelbagai jenis tradisi Buddha dalam tanah orang Kemboja dan juga pertukaran kebudayaan dengan orang Mon yang beraliran Buddha Theravada di dalam Thailand masa kini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2011 05:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 12-11-2011 18:12

Kerajaan Phanuem

Nama bahasa Khemirnya Phnuem, bahasa Cina direkod sebagai Funan sahaja. Phnuem bermaksud Pergunungan atau sinonim dalam bahasa Senskiritnya adalah Shailendra, Shailaparwat, Girindranagar, Malayaparwat (raja orang asing, kerala), Malayagiri dan banyak lah lagi. Ia merupakan kerajaan Brahmana pertama di Asia Tenggara dan bermula di Indochina. Kerajaan ini dileburkan oleh salah satu negerinya iaitu negeri Chenla jadi tarafnya hanya menjadi negeri kecil sahaja bukan pusat lagi. Dalam kurun ke-6 Phnuem ada menghantar ufti ke empayar China.

Penduduk dalamnya dari keturunan orang asli Mon-Kemir, gotra mereka dalam gotra nagawangsa. Antara pelabuhannya adalah pelabuhan Oc Eo di Vietnam Selatan. Ibu negara kerajaan ini adalah di Wiyadhapur berdekatan dengan Phnom Penh zaman moden. Kemudian ibu kota berpindah ke Selatan Vietnam di Oc Eo.   

Laporan dari rekod Cina dicatat oleh Kang Tai dan Chu Ying menyatakan raja pertama kerajaan ini adalah seorang Brahman bergotra Kaundinya. Baginda bermimpi bahawa baginda diperintah mengambil mangkuk dan anak panah/lembing dari sebuah chetiya (kuil) lalu mesti belayar ke negara asing dengan kapal perdagangan. Kapal baginda ditiup angin sehingga ke Kemboja hari ini selepas belayar dari kawasan Segenting Kra. Baginda bertemu dengan puak Naga dan berperang sekejap. Puak Naga kalah dan ratu mereka puteri Somanag berkahwin dengan Brahman Kaundinya. Keturunan baginda berdua mewarisi dinasti Phnuem.   

Dalam abad ke-3, di bawah pemerintahan Brahmana yang namanya direkod dengan nama Cina, Fan Shiman meluaskan empayarnya ke selatan iaitu mencakupi utara Semenanjung Malaysia hari ini meliputi juga kawasan Barat (Selatan Myanmar). Phnuem mempunyai sistem angkatan laut dan pentadbiran Brahman separa feudal. Adat istiadat tempatan tetap kekal dalam pengaruh kebudayaan dan keagamaan Brahman. Bahasa istana adalah bahasa Senskirit dengan ajaran Brahmana dilindungi sehingga abad ke-5. Dalam abad ke-5 pengaruh Buddhisme melebar dari kawasan orang Mon di sebelah Barat Indochina. Cukai negara dibayar dalam bentuk emas, perak, mutiara dan kayu cendana.

Pentadbiran mengamalkan undang2 berdasarkan Tharmmasastra. Penjenayah dan pendosa akan diuji dengan kaedah seperti memegang besi panas atau mengambil cincin emas dan telur dari air panas mendidih. Kebudayaan Phnuem kurang diberikan perhatian dalam rekod Cina. Dalam kurun ke-3, maharaja Cina cuma pernah menerima kunjungan ahli muzik Phnuem sehingga tertubuhnya institut muzik Phnuem di ibu kota empayar China. Negara Phnuem mempunyai arkib dan pustakaan yang luas di seluruh negaranya. Orang terpelajar dalam negara juga agak ramai.   

Hubungan diplomasi Phnuem dengan negara2 lain jarang diketahui kecuali dari rekod Cina. Phnuem pernah bersama2 dengan kerajaan orang Cheam menyerang jajahan empayar China di Tongking. Dalam tahun 357, Phnuem dikatakan terpaksa tunduk kepada empayar China. Dalam abad ke-6, Phnuem mula berpecah dan negeri2 kecil memberontak. Phnuem jatuh dan digantikan dengan dinasti Chenla.

Rekod lisan mengenai Brahman Kaundinya bagi orang tempatan ada dalam bentuk lagenda yang dipanggil sebagai lagenda Preah Thong n Nang Neag. Dalam rekod Cina juga ada utamanya dari dinasti Liang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2011 05:45 PM | Show all posts
Lagenda Preah Thong (Brahman Kaundinya) dan Nang Soma Naga
(bahasa Khemir sengau)

Di Indochina terbahagi kepada 3 zaman iaitu zaman:
1. Phnuem (raja orang asing)
2. Chenla (raja orang asli)
3. Angkor (zaman klasik)


http://www.youtube.com/watch?v=bobH6XSATQc&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=B_02dOxK-ZM&feature=related
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2011 06:07 PM | Show all posts
Pengaruh Sastera Tamil Zaman Klasik di Kemboja

Bahagian Monimekhala dan Ream Ae Soh


http://www.youtube.com/watch?v=Zfz8Kgay98Q&feature=related


Yang ini adalah dari puisi 30 kerat oleh Seethalai Sathanar, epik dalam kesusasteraan Tamil. Ini bukan sastera Sanskrit macam Ramayana dan Mahabharata. Puisi ini adalah sambungan dari epik yang dihasilkan oleh putera Ellango Adigal iaitu Shilappatikkaram. Ellango Adigal ni adik lelaki kepada raja Cheran Shenguttuwan dari negara Chera (Kerala). Chera salah satu negara orang Tamil.

Latarbelakang cerita adalah berkenaan dengan putera raja negara Cholan (Tamil) yang tergila-gilakan Monimegala, anak perempuan kepada saudagar Kowalan dan Mathawi yang terbunuh akibat perbuatan tak usul periksa permaisuri dan raja berkaitan dengan kehilangan gelang kaki permaisuri. Monimegala menganut ajaran Buddha selepas mendengar ajaran Arawana Athigal dan cuba hendak menjadi bhikkhuni bagi mengelakkan pusingan kelahiran dan kematian. Sastera ini mengajarkan mengenai hal2 ahimsa (tiada keganasan), pratityasamudpat (asal-usul kebergantungan), ariyasatyani (empat kebenaran), chitta (pikiran), dan sila (kesopanan). Kisah yang menarik boleh dibaca sendiri. Baca juga tulisan Ellango Adigal kerana baginda menulis bukan sesuka hati. Baginda membuat tinjauan sendiri. Terjemahan ada dalam bahasa Inggeris dan Perancis juga. Bahasa Melayu tak ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 02:17 PM | Show all posts
Dinasti Chenla, Kemboja

Chenla merupakan nama dalam rekod Cina bagi dinasti yang menggantikan dinasti Phnuem yang membuat empayar di kawasan Kemboja sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Nama Chenla masih digunakan sehingga kurun ke-13 oleh wakil empayar China, Chou Takuan yang mengarang buku tentang adat istiadat Kemboja. Beberapa sarjana moden menggunakan Chenla untuk merujuk negeri2 orang Khemir dari lewat abad ke-6 sampai abad ke-9.

Permulaan mereka hendak tertubuh sebagai satu dinasti adalah dengan kampung2 kecil yang berada di utara dan selatan pergunungan Dangreak. Putera pertama yang menyatukan mereka ada tercatat namanya dalam batu besulat awal. Batu besulat dalam bahasa Sanskirit di Wal Gantel daerah Setung Treang menyatakan nama raja Wirawarrmman sebagai ayahanda kepada puteri yang namanya tak tersebut bernikah dengan Brahman bernama Somasharmman yang juga suami kepada adik perempuan kepada Bhawawarmman.

Menurut batu besulat Jan Nak'on di Bassak, dalam wilayah negara Laos, Wirawarmman adalah ayahanda kepada putera Chitrasena iaitu adinda kepada Bhawawarmman. Kedua2 putera ini dari ibu yang sama tetapi bapa berbeza. Ia disebut dalam batu besulat Sri Thep di dalam wilayah Thailand hari ini. Ia memberi maklumat tentang Bhawawarmman ananda kepada Prathiwindrawarmman dan cucunda kepada Chakkavarttin. Batu besulat Pak Mun di Ubon, Thailand memberi maklumat bahawa bapa kepada Wirawarmman adalah Sarwabhauma. Semua batu besulat ini menunjukkan bahawa kawasan yang luas dikuasai oleh orang dinasti Chenla meliputi kawasan Laos hari ini sampai ke Thailand.

Dalam rekod batu besulat Robang Romeas di Isanapur dekat kawasan arkeologi Sambor Prei Kuk menyatakan bahawa tokoh Narasinghagupta yang merupakan raja kecil (samantanerpah) kepada raja2 pengganti Bhawawarmma, Mahendrawarmman (nama takhta Chitrasena) dan Isanawarmman dibangunkan pada 13 April 598 semasa pemerintahan Bhawawarmman yang dikenali sebagai jelmaan Kalpawasudewa (Vishnu).

Nama2 kerabat diraja dalam dinasti ini masih boleh dikenalpasti jika dibandingkan dengan dinasti sebelumnya yang kebanyakan nama dalam rekod adalah dalam bahasa Cina. Dinasti ini kemudian terpecah dua pula iaiti dinasti Chenla Tanah dan Chenla Air. Chenla Tanah berada di Utara dekat kawasan Laos di Champassak manakala Chenla Air pula pusat mereka dekat Selatan dekat2 kawasan dinasti Phnuem dulu. Kawasan Selatan adalah sepanjang pantai dan juga meliputi delta Mekong.

Dalam tahun 715, Chenla mengalami kejatuhan. Negeri2 dalam empayar mereka memberontak hendak bebas maka jadi lah banyak negeri2 kecil dalam abad ke-6 (meliputi kawasan Semenanjung Tanah Melayu).

Dalam abad ke-8, satu lagi negeri kelautan muncul sebagai "empayar Jawa" yang mengalahkan kerajaan2 dan mereka datang dari lautan di selatan. Sarjana moden di Kemboja kurang pasti mungkin mereka ini orang dari Pulau2 Jawa (Indonesia) atau Semenanjung Tanah Melayu. Empayar ni Sriwijaya lah. Yang pergi mengamuk di Kemboja tu orang dinasti Shailendra memang mereka pemerintah di Jawa Tengah pada abad ke-8 mewakili empayar Sriwijaya. Dalam sebutan orang2 dulu, dinasti Kemboja lama (Phnuem) yang kalah terpaksa lari setengah kerabatnya kerana undang2 menyatakan kerabat dinasti yang kalah mesti dibunuh (dikambus hidup2). Setengah sarjana beritahu pula mungkin orang Phnuem ini terpaksa lari ke seberang (Sumatera) sebab Semenanjung Tanah Melayu pun masuk dalam kekuasaan empayar Chenla dalam abad ke-6. Empayar Jawa (Sriwijaya) itu meluaskan kuasa dan belayar ke Kemboja sampai mengalahkan negeri2 Chenla yang lemah.

Penaklukan Jawa (Sriwijaya) ke atas Kemboja ini antara penyebab kemunculan empayar Angkor pula yang membawa kepada zaman klasik. Penaklukan Jawa juga menyebabkan orang di Selatan (Semenanjung dan Selatan Thai) terpaksa melawan dan akhirnya kalah lalu masuk dalam lingkungan kuasa Jawa (Sriwijaya).

Penaklukan empayar dari kawasan Jawa berterusanlah datang dari laut dan kawasan pantai. Orang Khemir dan Kemboja (mamak) tidak terdaya melawan lalu mereka masuk perlahan2 ke kawasan Barat dalam kawasan hulu. Mereka buka semula kota baru di situ dekat kawasan tasik Tonle Sap. Di situ bermula semula ketamadunan Angkor (Brahman aliran Vaishnava) selama beberapa abad.

sumber:
1. Aphisat W.
2. Mark Stenden n John Hoskin: Passage Through Angkor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2011 10:57 PM | Show all posts
Zaman Angkor Kemboja




Pasti ramai pernah dengar tentang Angkor Wat kan. Angkor merupakan zaman klasik bagi Kemboja di Asia Tenggara. Angkor dimulakan oleh raja penganut ajaran Brahman dikenali sebagai Jayawarmman II sekitar abad ke-8 M. Baginda mengisytiharkan kemerdekaan Kambujadesa dari Jawa dan mengasaskan bandaraya Hariharalaya di utara Tonle Sap.

Baginda mngadakan kempen ketenteraan, perkahwinan, dan juga memberi kurniaan tanah bagi menyatukan semula jajahan Kemboja yang terpecah-pecah bermula dari sempadan China di utaranya, Cheampa di tengah Vietnam, ke timur, dan ke selatan. Kemboja pada masa itu melalui batu besulat dikenali sebagai tanah buah pelaga dan tanah mempelam mengunjur sampai ke barat.

Baginda Jayawarmman dalam tahun 802 mengisytiharkan bahawa baginda merupakan Chakravarttin yang kemudian diikuti oleh pengganti2nya. Ia dikaitkan dengan aliran Shaiva, semua raja mengambil nama lain iaitu Dewaraja. Sebelum Jayawarmman II, Kemboja mempunyai beberapa wilayah dan daerah yang bebas dikenali sebagai Phnuem dan Chenla.

Jayawarmman II

Bermula dari beliau Kemboja menjalankan semula penaklukan atas jajahan mereka yang terlepas akibat penaklukan Seriwijaya dan dinasti Shailendra dari lautan. Mereka berkuasa selama 600 tahun di Tanah Besar Asia Tenggara sebelum kemunculan kerajaan2 baru hasil dari gabungan kerajaan2 di dalam Thailand hari ini. Sebelum Jayawarmman II berkuasa, banyak pertelingkahan berlaku antara raja-raja kecil yang memerintah kawasan dalam Kembojadesa. Negara tidak bersatu dengan hanya satu pemerintah (maharaja).

Jayawarmman II memerintahkan seorang Brahman bernama Hiranhadama menjalankan upacara keagamaan pertabalahan dewaraja dengan melantiknya sebagai chakkavarttin. Ia dicatat dalam batu besulat dalam koil di Sedok Kak Thom di atas Gunung Kulen. Dengan cara ini baginda berjaya menyatukan negara. Sebelum baginda sudah ada raja lain memerintah sebagai maharaja dan Jayawarmman II sebenarnya raja yang kedua memakai gelaran maharaja/chakkavarttin. Dalam beberapa batu besulat menyebut, isteri baginda bernama Hiyang Amrit nama baginda permaisuri tercatat dalam koil di Lobok Srot.

Jayawarmman II pernah diculik ke Pulau Jawa. Di Jawa Tengah, baginda dikurung dalam istana dinasti Shailendra. Dalam tahun 790, baginda berjaya melarikan diri dari Jawa Tengah dan balik semula ke Kambujadesa. Selepas kemangkatan baginda, baginda menerima gelaran Parameswara (nama lain dewa Siva). Baginda digantikan oleh puteranya Jayawarmman III dan dua lagi raja2 dari keluarga isterinya. Baginda dan keluarga baginda dihormati di koil di Preah Kok yang dibina oleh raja Indrawarmman I pada 880.

Insiden menyebabkan dinasti Chenla iaitu dinasti sebelum dinasti Angkor diserang oleh Jawa (Sriwijaya-Shailendra) adalah kerana raja Kambujadesa menghina raja Seriwijaya. Selain itu dinasti Shailendra oleh setengah sarjana menyatakan mempunyai asal-usul dari Brahman2 Phnuem (Funan) yang berjaya melarikan diri ke Pulau Sumatera.

Nandiwarmman II

Dari dinasti Angkor di Kemboja ini juga seorang kerabat diraja iaitu Nandiwarmman II dilantik menjadi raja mewakili dinasti Pallava di Kerala. Ia terjadi akibat raja Parameswarawarmman Singhavishnu mangkat tidak mempunyai waris. Menteri2 menghantar perwakilan ke Kambujadesa. Putera2 raja di Kambujadesa yang bertiga semua menolak permintaan untuk dirajakan, hanya yang bongsu iaitu yang keempat menerima dan putera keempat itu berusia cuma 14 tahun dalam tahun 731. Nama penuh baginda ialah Pallawamalla Parameswara. Abang2nya yang menolak itu dikenali sebagai Chatriyamalla, Sangramamalla, dan Rajamalla.  

Senarai Raja2 Angkor abad ke-8 sampai ke-13

Jayawarmman II 770-780
Jayawarmman III
Indrawarmman I
Yasowarmman I
Harshawarmman I
Isanawarmman II
Jayawarmman IV
Harshawarmman II
Rajendrawarmman
Jayawarmman V
Utayathityawarmman I
Jayawirawarmman
Suryawarmman I (Buddhist)
Utayathityawarmman II
Harshawarmman III
Jayawarmman IV
Dharanindrawarmman I
Suriyawarmman II
Yasowarmman II
Tribuwandhityawarmman
Inthirawarmman II
Jayawarmman VIII (Kublai Khan tidak menyerang jajahannya kerana baginda membayar ufti)
Srindrawarmman (Inthirawarmman III)
Srindrajayawarmman
Jayawarmman Parameswara (1327-1336), baginda menerima ajaran Buddha aliran Theravada yang diajar oleh bhikkhu dari Siam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2011 02:51 AM | Show all posts
Di Kemboja mereka mempunyai Khon (wayang) yang dilakonkan oleh orang untuk epik2 tradisional seperti Ramayana. Di Tanah Besar Asia Tenggara, Ramayana adalah sangat berperngaruh jika dibandingkan dengan Mahabharata. Dalam bahasa Khemir, Ramayana dipanggil sebagai Reamkar (Ramakirtti). Biasanya mereka akan membahagikan bahagian2 kisah Ramayana kerana kisahnya sangat panjang.

Ini antara contohnya lakonan dalam bentuk tarian Kemboja bagi epik Ramayana.

Robam Soban Matcha (Hanuman dengan Ikan Emas)


http://www.youtube.com/watch?v=XgZKY2ApmR4&feature=related

Ada kisah lain seperti mengeluarkan lautan susu, kisah hanuman mempunyai anak namanya matcha nupp rupanya seperti monyet tapi bereekor seperti ikan ikut emaknya. Kemudian kisah anak hanuman bergaduh dengan hanuman sebab anak hanuman masuk ke bahagian Reapp yang merupakan musuh Hanuman. Kemudian bahagian sovann matcha (ikan emas) ni, ikan emas cuba meleraikan pergaduhan hanuman dengan matcha nupp.

Robam Kinnara


http://www.youtube.com/watch?v=TCteKlCn9N4&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=N7OIS-x6Teo&feature=related


Ini lagenda orang Buddha, Kinnara bentuk macam burung dan manusia dia turun dari kayangan bermain2. Tapi dalam riwayat Hindu, Kinnara bentuk macam kuda. Tak tahu lah sama jenis atau tak. Ini merujuk kepada jenis makhluk yang tinggal di kawasan kaki gunung Himalaya. Setengahnya bukan makhluk asing yang ditunjuk dalam gambaran tu, cuma nama sahaja diberikan kepada jenis2 puak atau kaum sebab rujukan zaman dahulu menggunakan keadaaan alam sekeliling bukan macam sekarang ni pakai negara. Kalau perasan lah, di biara2 ada patung2 burung ni di dinding2 biara.

Di Selatan Thailand dan Utara Smenanjung Malaysia ada Menora. Pun jenis Kinnara ni la jugak. Nanti2 saja kita godek.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 03:10 PM | Show all posts
Phnuem Legend Khon

How the kingdom of Phnuem (Funan), the first Brahman kingdom in South East Asia began being portrayed by Khemir's dance show called Khon. About Brahman Kaundinnya and Neang Soma Naga. Naga is also a legend in many South East Asian mainland areas such as in Mekong river (Northeast Thailand), Tasek Chini in Pahang, and in Cambodia itself. It has to do with the Umbrella of Dharmma spirit. It also has to do with fertility and vast paddy fields in South East Asia mainland as it could determine rain or flood.


http://www.youtube.com/watch?v=i_k3tji2h4g&feature=related



http://www.youtube.com/watch?v=0hY6Ezc5iqE&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=gieVvECAzRs&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=Ym2ZSank51s&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=Pd48zLV0xbI&feature=related
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 02:32 PM | Show all posts
Great info.....thanks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 07:04 PM | Show all posts
Amman Temples in Thailand

Bila lagi Jowo akan membenarkan masyarakat Tamil membantu penyebaran Hindu-Tharmma? Thailand juga membenarkan dan meminta bantuan menyebar tharmma! Jangan malu belajar dari Hindu Tamils, mereka boleh membantu.

Thai Girl in Tamil Hindu Temple, Bangkok


http://www.youtube.com/watch?v=1-hj4XUbVV8


Tamil Class in Thailand


http://www.youtube.com/watch?v=ENHYMgY3QEs&feature=related


Navaratri Puja, Thailand

Bila Indonesia pula akan ada Navaratri Puja? Orang Thai juga menyambut Navaratri bersama masyarakat lain.


http://www.youtube.com/watch?v=wtRL5lMhhWo&feature=related



http://www.youtube.com/watch?v=DGwpJBU3jb0&feature=related
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2011 09:47 PM | Show all posts
Phra Nakorn Dvaravati

Kita sudah bercakap tentang tamadun orang Kemboja sama ada golongan Brahmin atau golongan Kesatria (tempatan). Kita masuk lah kepada Dvaravati di Thailand Tengah. Negara ini adalah pusat asal kehinduan di Asia Tenggara tetapi kemudian menjadi pusat pelindung Buddhism. Dvaravati bermula sebagai satu konfederasi kerajaan2 di Tengah Thailand sekitar abad ke-6 dengan penduduk yang berketurunan Melayu purba dan juga keturunan Khemir purba tapi bahasa mereka dikatakan adalah bahasa Mon lama bertulisan Pallava dengan pengaruh bahasa Sanskrit yang kuat. Penduduk mereka berbahasa Mon, dipanggil sebagai Chao Bon. Bahasa mereka yang membawa masuk pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Thai moden hari ini dalam pengucapan2 tinggi.

Sebenarnya Dvaravati merujuk kepada penempatan penduduk yang berbahasa Mon atau masyarakat urban zaman purba yang tidak diatur oleh sistem pentadbiran berpusat kerana mereka percaya mereka hidup berasaskan tharmma. Negeri2 yang kecil akan membayar ufti kepada negeri2 yang kuat menurut sistem monthon atau mandala (jajahan). Ada banyak artifak purba ditemui di kawasan Nakhorn Prathom, Lopburi, Rajaburi, Ayutthaya, dan Prajinburi bertarikh karbon sekitar abad ke-5 sampai ke-7 masehi dengan pengaruh zaman Gupta di benua India sana.

Dvaravati dipercayai merupakan pusat2 tamadun membangun pada zaman pra-sejarah, mereka memakai kesenian pra-sejarah, yang kemudian dipengaruhi oleh orang Hindu (India) dan seterusnya ditokok tambah oleh penduduk tempatan di situ. Kota2 dalam Dvaravati bentuknya bulat2 dan besar serta terletak di lembangan sungai sebab senang hendak menggunakan air untuk tujuan perbandaran dan juga pengangkutan. Mereka juga ada empangan. Di tengah bandar ada Vihara.

Kerajaan orang2 Mon di Dvaravati masih bertahan sampai abad ke-9 kemudian dijajah oleh Khemir dari empayar Angkor. Pada masa mereka telah dijajah mereka menganut ajaran Buddha Theravada. Orang Khemir merupakan penganut aliran Shaiva tapi ada juga seorang dua raja mereka penganut ajaran Buddha. Pada masa mereka diserang dari Kemboja, setengah mereka melarikan diri ke Myanmar di Selatan sekarang ini. Jadi di Myanmar ada negeri orang Mon. Kerajaan ini juga digelar sebagai Suvarnabhumi. Dinasti mereka wujud dalam kerajaan Siam dalam dinasti Suvarnabhumi dengan 13 orang raja dan antara raja2nya juga ada berkasta Brahmin tapi kena pancung sebab perang saudara lepas tu. Tengok dalam filem Suriyothai pun ada mengenai dinasti Utara dan Selatan Siam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 08:47 PM | Show all posts
Shrine dedicated to Vishnu Narayan, Bangkok

25 years old shrine build with Northern Indian style of architecture....


http://www.youtube.com/watch?v=lSyTwBRs-ik&feature=related

Brahmin Chapel in Bangkok

Brahmins who are in charge here were from Southern India. There are few halls dedicated for Shiva, Vishnu, Brahma and Vigneshvara (Ganesh). They're build around 17th century. They wear white dress and they are non-Buddhists who serve Thai royal court. Only seven Brahmin left there serving Thai emperor royal court.


http://www.youtube.com/watch?v=2Pvruw6gbtI&feature=relmfu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 01:41 AM | Show all posts
Raam (traditional dance) tentang Ganesh Patah Gading


http://www.youtube.com/watch?v=Ibibt7IA044&feature=related

Ada tiga jenis cerita yang aku pernah dengar. Tapi yang dalam ini video, menyatakan bahawa Brahmin Parashuram datang hendak melawat Phra Isuwarn (Shiva). Tetapi Shiva sedang tidur jadi Ganesh menghalang Parashuram masuk. Parashuram cuba juga hendak masuk walaupun dihalang jadi mereka berhentak sekejap. Ganesh apabila berpeluang cuba menangkap Parashuram dengan belalainya dan memusing2kannya sampai dia pening. Lepas hilang peningnya, Parashuram membaling kapaknya kepada Ganesh. Ganesh nampak kapak itu adalah kapak dewa Shiva jadi dia terima kapak yang dibaling dengan gadingnya. Maka gadingnya patah jadi sebab itu Ganesh ada satu gading sahaja.

Cerita kedua aku dengar pasal Ganesh diminta menulis kisah Mahabharat dengan mendengar dari lisan Resi Wiyasa. Sebab tugasan ini sangat berat sebab Mahabharata bukannya kisah yang kecil-kecil jadi tak boleh guna pena biasa. Maka dia patahkan satu dari gadingnya buat menulis Mahabharat untuk Resi Wiyasa. Pengajaran kisah kedua ini, pengorbanan sebesar mana pun tak setanding dengan mencari ilmu pengetahuan.

Kisah ketiga dari perayaan Ganesh Chiturthi. Dewa Indira menjemput Ganesh ke satu jamuan. Ganesh pun mengambil wahana seekor tikus. Perjalanan bermula ke Indralok. Chandira (bulan) bersinar di langit ketawa kepada Ganesh. Jadi Ganesh berasa tersinggung lalu mematahkan gading satu dibaling kepada Chandira. Sebab itu selepasnya Ganesh dipanggil sebagai Ekadanta atau satu gigi. Ganesh menyumpah bulan, katanya sesiapa yang melihat ke bulan pada Ganesh Chiturthi akan kekurangan blessings. Jadi Bhaktan kepada Ganesh pun mengelak juga melihat bulan pada hari2 yang Ganesh sebut.

Last edited by genot on 1-8-2012 01:43 AM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 03:54 PM | Show all posts
Kebanyakkan artikal anda...menggunakan bahasa Indonesia...susah nak faham...kalau blh sila gunakan bahasa melayu versi Malaysia...lebih senang difaham oleh semua orang...ataupun english...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 04:10 PM | Show all posts
Thanks for the suggestion, I'll try to use bahasa Malaysia and English : )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.200649 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list